Hadirmu Menyemai Cinta - Part 8

42

Alunan bacaan Yassin bergema di setiap penjuru kediaman keluarga Datuk Ahmad Fauzi. Kenduri doa selamat diadakan khas buat Fazura yang telah sedar daripada koma dan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaannya beransur pulih. Jiran, saudara-mara dan kenalan terdekat dijemput ke kenduri tersebut.
   Fazura berada di dalam biliknya bersama Leeya yang turut hadir ke kenduri doa selamat di rumahnya. Fazura masih belum larat untuk banyak berjalan dan bergerak. Dia hanya berbaring atas katil. Mereka berbual mengenai kejadian yang berlaku di rumah Leeya dan begitu juga dengan keadaan Badri.
   “Aku ingat nak serahkan anak aku nanti pada orang lain. Aku tak mampu nak jaga dia dengan keadaan aku yang macam ni.” Luah Leeya. “Aku hamil anak luar nikah. Apa nasib anak aku kalau dia tetap bersama dengan aku.”
   Fazura memegang tangan Leeya. “Kau dah fikir masak-masak ke? Leeya, mulut orang tak boleh tutup. Orang akan bercakap sekejap je. Lama-lama nanti senyaplah.”
   Leeya diam.
   “Anak ialah rezeki Allah, Leeya. Jaga sebaik-baiknya.” Pesan Fazura.
   “InsyaAllah. Thanks, Zura.”
   Mereka saling berbalas senyuman.

   “Fir, pimpin Zura turun bawah. Ni ramai nak jumpa dia. Biar dia duduk kat ruang tamu tu.” Bisik Datin Rosmah kepada Firdaus di tengah keriuhan tetamu yang sedang menikmati hidangan yang disediakan di khemah yang didirikan di halaman kediaman. Firdaus akur dan segera mendaki anak tangga untuk ke bilik Fazura.
   “Macam ni, Wan. Saya hantar Malik untuk ke Penang untuk handle projek kat sana. So, awak tak payah pergi.” Ujar Ehsan sewaktu menghubungi Safwan. Dia berdiri di hadapan pagar banglo mewah itu.
   “Saya tak payah out-station lah bos?”
   “Kena out-station. Tapi dengan saya.”
   “Ke mana?”
   “Beijing.”
   “Bi..biar betul bos? Beijing?” Safwan bagai tidak percaya. Pertama kali dia ditugaskan ke luar negara. Selalunya dia dihantar ke Pulau Pinang dan Melaka sahaja. Bukannya tidak pernah menjejakkan kali ke luar negara. Malahan sebelum ini dia pernah belajar di Ottawa, Canada selama empat tahun sebelum diambil bekerja di bawah Ehsan.
   “Kenapa? Awak tak nak ke? Kalau tak nak, saya….,”
   “Eh nak bos! Excited saya ni. Bila kita nak pergi ni?”
   Ehsan ketawa kecil. “Esok jumpa saya kat office. Saya ada hal ni. Assalammualaikum.” Ehsan mematikan talian dan terus menyertai para tetamu yang lain. Dia juga tidak kekok berbual dengan sebahagian para tetamu yang hadir meskipun tidak pernah mengenali mereka sebelum ini.
   Fazura yang berbaju kurung kain kapas beserta selendang menutupi rambutnya berbual dengan beberapa tetamu di ruang tamu. Mereka prihatin dnegan keadaan Fazura dan bertanyakan pelbagai soalan. Semakin lama semakin ramai tetamu meninggalkan rumahnya memandangkan malam sudah semakin larut. Dikerlingnya jam dinding. Sudah pukul 10 malam namun kelibat Ehsan masih belum kelihatan sedangkan dia tahu Ehsan hadir ke kenduri malam ini.
   Ehsan melangkah masuk ke rumah selepas berbual dengan para tetamu yang hadir sambil mendukung tubuh kecil Adam. Dia ingin menemui Fazura sebelum beransur pulang. Melihatkan Fazura yang leka berbual di ruang tamu bersama Nadia, Leeya dan beberapa orang jirannya, Ehsan mematikan langkah. Memberi ruang untuk mereka berbual.
   “Adam, sini. Kesian papa tu. Asyik nak berdukung je.” Nadia menegur. Dan kini semua mata tertumpu ke arah Ehsan.
   Adam menggeleng laju. Tidak mahu lepas dari dukungan Ehsan.
   “Papa nak balik dah. Esok papa belikan toys.” Pujuk Ehsan.
   “Nak balik dah, Ehsan?” Tanya Datuk Ahmad Fauzi yang terdengar kata-kata Ehsan tadi.
   Ehsan mengangguk. “Dah lewat dah ni, Uncle.”
   “Sabtu free? Golf?” Tanya papa Fazura sambil menepuk perlahan bahu Ehsan.
   “InsyaAllah. Apa-apa hal nanti I’ll let you know.”
   Datuk Ahmad Fauzi mengangguk faham. Dia mencuit manja pipi Adam. “Tak mahu berenggang langsung dengan papa dia. Papa nak balik dah tu. Jom ikut atuk. Atuk ada coklat.”
   Adam terpancing dengan kata-kata datuknya dan kini dia telah berada di dalam dukungan datuknya itu. Ehsan meminta diri untuk pulang daripada ahli keluarga Fazura dan tetamu yang lain. Ehsan dan Fazura berpandangan. Masing-masing ingin berbicara dengan satu sama lain namun keadaan tidak mengizinkan.
   “I balik dulu,” ujar Ehsan dari jauh.
   Fazura mengangguk lemah.
   Seakan memahami perasaan pasangan kekasih itu, Nadia cuba mengalih perhatian semua yang berada di keliling Fazura untuk ke ruang lain di banglo itu. Dia ingin memberi sedikit ruang buat Ehsan dan Fazura untuk berbicara empat mata memandangkan sepanjang majlis bacaan doa selamat berlangsung, mereka masih belum sempat bersua muka.
   Perlahan Ehsan mengatur langkah menghampiri Fazura dan mengambil tempat di hadapan Fazura.
   “Macam mana luka? Sakit lagi?” Tanya Ehsan, lembut.
   “Kadang-kadang je.” Fazura memuji kesegakan Ehsan berbaju melayu warna krim dalam hatinya.
   “Kalau macam tu, I balik dulu.”
   “Nak balik dah?”
   “Kenapa?”
   “Baru nak berbual dengan you.” Rajuk Fazura.
   “I’ll call you. Lagipun rumah you ada tetamu. Tak manis kalau kita berbual berdua lama-lama.” Pujuk Ehsan. “Okey, sayang?”
   Lambat-lambat Fazura mengangguk. Dia memerhatikan Ehsan yang bangun dari sofa dan sempat dia membongkokkan badannya sedikit cuba mencari telinga Fazura.
   “I love you,”ucap Ehsan separuh berbisik. Tidak mahu didengari sesiapa. Dan selepas itu dia tersenyum dan meninggalkan Fazura.
   Fazura tersenyum sendirian. Bisikan Ehsan tadi terlalu bermakna baginya.

   Fazura berbaring atas katil selepas menelan preskripsi ubatannya. Dia masih menanti panggilan telefon daripada Ehsan sepertimana yang dijanjikan oleh kekasihnya itu sebelum pulang tadi.
   Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan daripada Ehsan. Matanya sudah sedikit mengantuk, efek daripada ubatan yang ditelannya tadi.
   “Dah mengantuk ke? Lemah je suara ni?” Tanya Ehsan.
   “Baru lepas makan ubat. Ubat tu memang mengantuk sikit.” Balas Fazura. “I’m craving for something.”
   “What is it?”
   “Pasta.”
   “Pasta?”
   “Yes. Yang you masak. Ingat tak yang you pernah masak untuk I sebelum ni?”
   “You complained tak best.”
   “I lied.”
   “InsyaAllah. Ada apa-apa lagi sayang nak?”
   “Ada.”
   “Apa dia?”
   “I nak you sentiasa di sisi I.”
   Ehsan mengukir senyuman kecil.
   “Kalau I nak sesuatu, boleh tak?” giliran Ehsan menyuarakan hasratnya.
   “Mestilah boleh.”
   “I nak kita kahwin.”
   Fazura terdiam.
   “Zura, sakit sihat you biar I yang jaga.” Ujar Ehsan. “Biar I pula yang pikul tanggungjawab tu.”
   Air mata Fazura mula menitis jatuh ke pipi.
   “Zura?” Ehsan memanggil Fazura apabila wanita itu tidak memberi respons dengan kata-katanya.
   “Terima kasih.” Perlahan Fazura mengucapkan perkataan itu. “Thanks for loving me.”
   Ehsan tersenyum sendirian.



43

Safwan tidak berhenti tersengih sambil melakukan tugasannya. Berita yang disampaikan oleh Ehsan malam semalam membuatkan dia tidak mampu berhenti tersenyum. Tidak sabar untuk berangkat ke Beijing. Usikan rakan sekerja yang pelik dengan sikapnya hanya diabaikan tanpa membalas usikan mereka.
   “The project is in a good hand,” terdengar suara Ehsan yang melangkah masuk bersama seorang kliennya.
   Kakitangannya menyapa dan Ehsan sempat membalas sapaan mereka. “Lisa, two cup of coffee please. In my room.”
   Safwan membatalkan niat untuk bertanya lebih lanjut mengenai hal semalam kepada Ehsan apabila melihat majikannya itu begitu leka berbincang dengan kliennya. Dia kemudiannya melangkah ke pantry. Di sana kelihatan Lisa sedang membancuh minuman buat Ehsan dan tetamunya manakala Malik dan Bob sedang berbual sambil membaca surat khabar. Dia mengambil tempat duduk bersama mereka.
   “Lisa, buatkan untuk aku sekali. Boleh?” pinta Safwan.
   “Eh? Buatlah sendiri.”
   “Ala. Alang-alang kau tengah bancuh kopi tu, apa salahnya buatkan untuk aku sekali.”
   “Ish mengadalah kau ni. Yalah.”
   Safwan ketawa kecil. “Terima kasih.”
   Tidak lama kemudian, Lisa menyerahkan minuman kepada Safwan sebelum menghantar minuman ke bilik Ehsan.
   “Model baru Proton smart kot.” Ujar Bob penuh semangat. “Bini aku siap pujuk aku beli kereta tu.”
   “Oh yang macam Mitsubishi Lancer tu?” Tanya Malik.
   Bob mengangguk. “Memang smart. Aku pergi showroom semalam. Kau cuba try tengok hari ni ke esok ke.”
   “Mana nak sempatnya? Aku nak bertolak ke Penang dah lepas Zohor ni.” Balas Malik, matanya masih tertumpu pada bacaannya.
   “Malik,” Safwan mencelah. “Kau tak kisah ke gantikan tempat aku?”
   “No problems la. Asalkan elaun masuk. Gaji naik.” Gurau Malik.
   Safwan menarik nafas lega.
   “Wan, bos nak jumpa kau pukul sebelas. And lepas lunch kita ada meeting. Malik terkecuali sebab kena pergi Penang. Tapi bos pesan, lepas dia habis berbincang dengan Wan, dia nak jumpa kau pulak,” Lisa menyampaikan pesanan Ehsan. “Bos nak bincang dengan kau pasal projek kat Penang tu.”
   “Okey.”
   “Hah lagi satu sebelum terlupa. Hari ni lunch ramai-ramai. Bos belanja. Kau pun kena join, Malik.”
   “Jimat duit kitorang.” Gurau Bob.
  
   “Sayang I dah makan?” Tanya Ehsan ketika menghubungi Fazura.
   “Dah. Tadi mama masakkan sup ayam. You kat mana ni? Bising je.”
   “Mall. Nak lunch dengan staffs.”
   “Oh. Ramai ke tu?”
   “Semua staffs I ada. Dalam dua belas orang.” Jelas Ehsan.
   “Mana pasta I?”
   “Nantilah. Perut you belum boleh makan makanan berat lagi kan? You dah perfectly recover nanti baru I masakkan.”
   “Jangan lupa.”
   “Iye. Tak lupalah.” Romantis nada suara Ehsan. “Diorang dah tunggu tu. Nanti kita berbual lagi okey?”
   “Okey.”
   “Jaga diri. Assalammualaikum.”
   “Waalaikumussalam.”

   Azlin sedang menyusu bayi kecilnya apabila Nadia masuk ke dalam bilik. Kedinginan suhu bilik itu menyegarkan tubuh Nadia yang kepanasan selepas membantu ibu mertuanya mengemas ruang tamu dan bilik bacaan.
   “Adam mana?” Tanya Azlin.
  “Tidur kat bilik Zura.” Nadia mengambil tempat di atas katil Azlin.
   “Zura pun tidur?”
   “Taklah. Dia tengah baca novel.”
   “Tak nak sambung honeymoon ke? Hari tu tak sampai berapa hari honeymoon dah terpaksa balik sebab kes Zura.”
   Nadia tersenyum kecil. “Lima hari tu pun dah puas berjalan, Kak Lin. Sambung honeymoon kat rumah jelah. Fir pun dah start busy.”
   “Hmm. Samalah dengan Along tu. Kalau dah mula bekerja, takde maknenye nak berhenti. Kerja jelah.”
   “Nadia ingat nak kerja balik.”
   “Dekat klinik angah?”
   Nadia menggeleng. “Kalau boleh nak kerja yang ikut office hours. Klinik angah dulu ada syif. Dulu bolehlah sebab tak kahwin dengan Fir lagi.”
   “Kalau kerja syif susah jugak. Tak menentu waktu kerja. Tak nak cuba kat hotel kita?”
   Nadia menggeleng sekali lagi. “Segan pulak.”
   “Fir bagi kerja?”
   “Nak ikutkan, dia tak izinkan. Tapi Nadia bosan pulak. Yalah dah biasa kerja.”
   “Macam Kak Lin pulak, dulu tak sempat nak bekerja. Habis je belajar, Along masuk meminang. Dah lapan tahun jadi surirumah. Dah terbiasa.”
   Nadia dan Azlin berbalas senyuman.

   Datin Rosmah melangkah masuk ke bilik Fazura. Fazura ketika itu leka membaca novel sambil Adam sudah lena berbaring di sebelahnya.
   “Dah makan ubat belum?” Tanya mamanya.
   “Dah.”
   “Zura, semalam papa ada beritahu mama sesuatu.”
   “Beritahu apa?”
   “Masa majlis semalam, papa sempat berbincang dengan Ehsan tentang kamu berdua. Papa nak tahu sejauh mana hubungan kamu berdua ni.”
   Fazura masih kusyuk mendengar.
   “Ehsan suarakan hajat dia untuk meminang Zura dalam masa terdekat. Dan kalau boleh, nak kahwin dengan Zura tahun ni jugak.”
   Fazura seakan tidak percaya akan kata-kata mamanya.
   “Zura macam mana?”
   “Maksud mama?”
   “Yalah. Zura dah sedia ke belum nak berkahwin dengan Ehsan. Mama tak nak lepaskan Zura kahwin kalau Zura sendiri belum sedia dari segi mental, fizikal dan ibadah Zura. Nak berkahwin ni tanggungjawabnya besar.”
   Fazura menghela nafas.
   “Mama, Zura faham maksud mama. Zura akui sikap Zura selama ni begitu melampau. Tapi Ehsan sedikit sebnayak membimbing Zura. Dan Zura yakin dia mampu menjaga Zura.” Akui Fazura.
   “Mama pun yakin dengan Ehsan. Mama suka kalau Zura berkahwin dengan dia.”
   Datin Rosmah mencium dahi Fazura. “I’m happy for you, sayang.”
   “Thanks mama. Zura sayang mama.”



44

Fazura kelam kabut. Dek kerana sibuk menggoreng nasi, dia terlupa untuk meletak gula dalam minuman yang disediakan. Dia memerhati meja makan yang sudah tersedia dengan sarapan yang dimasaknya. Dia menepuk tangan perlahan. Bangga dengan hasil air tangannya sendiri.
   Dia mengerling jam tangannya. Sudah hapir pukul 7.45 pagi. Dia masih belum bersiap untuk pejabat. Lalu dia berlari anak menaiki anak tangga dan melanggar bahu seseorang tanpa sengaja.
   “Dah lambat bersiap lah tu.” Usik Ehsan sambil melipat kedua lengan kemejanya. Dia meneruskan langkah menuruni anak tangga.
   “Sarapan dah siap!” Laung Fazura.
   Ehsan mengambil tempat duduk di meja makan.
   “Nasi goreng. Teh-O panas. Yummy.” Omel Ehsan sendirian.
   Sempat Ehsan menghirup teh-o panas dan belum sempat minuman itu masuk ke tekaknya, disemburkannya tanpa sengaja. Terlalu pahit dirasakannya.
  “No sugar. Three days in a row.” Bisik Ehsan pada diri sendiri. Dan dia tersenyum sendiri.
   Tidak berapa lama kemudian, Fazura muncul di ruang makan dengan berbaju kurung moden warna kuning lembut.
   “So how is it?” Tanya Fazura kepada Ehsan mengenai sarapan pagi itu.
   “Good for health.”
   “Huh?”
   Ehsan menyerahkan secawan teh-o kepada Fazura. Fazura meminumnya dan reaksinya sama dengan Ehsan sebentar tadi. Dia tersengih memandang Ehsan.
   Ehsan bangun selepas selesai bersarapan. “Told you, it’s good for health. Kita takkan kena kencing manis.”
   “Sorry.” Fazura menzahirkan rasa bersalah.
   “It’s okay.” Ehsan mencuit pipi Fazura. “Nasi goreng you sedap. Try it. Abang warm-up kereta dulu.”
   Fazura duduk untuk bersarapan. Dan apabila menyua nasi goreng ke dalam mulut dan menelannya, dia tergumam seketika. Apa kena dengan dia? Sudahlah teh-o tidak bergula, nasi goreng pula tidak bergaram. Merah wajahnya kerana malu diperli suami sendiri.
   “Sorry!” laung Fazura.
   “Told you!Kencing manis tak ada. Darah tinggi pun tak ada.” Balas Ehsan disulami tawa kecil.
   Fazura mengetap bibir.

   Ehsan ke pantry sebaik sahaja tiba di pejabat pagi itu. Kelihatan beberapa orang stafnya mengambil peluang berbual dan ada juga bersarapan sebelum memulakan tugas.
   “Bos, meh la duduk dulu.” Pelawa Bob. Ehsan akur dan mengambil tempat di sebelah Zulfazli.
   “Bos nak minum apa-apa?” Tanya Ros.
   “Coffee please. Thanks.” Pinta Ehsan. Sekalian dia teringatkan sarapannya pagi tadi. Dan juga Fazura yang beberapa kali melahirkan perasaan bersalahnya kerana sarapan yang tidak menyelerakan.
   Ehsan ketawa kecil tanpa menyedari diinya diperhatikan beberapa pasang mata. Mereka saling berpandangan sesama sendiri.
   “Aik bos? Happy semacam je pagi ni?” perli Zulfazli.
   “Entah-entah ada berita gembira kot. Yelah kan. Dah dekat tiga bulan berkahwin.” Ros menduga sambil meletakkan minuman yang dibancuh buat Ehsan di hadapan majikannya itu.
   Ehsan menyedari dirinya menjadi bahan usikan. “Dah..dah. In ten minutes, semua get back to your own desks. Ros, thanks for the coffee.” Dia mengambil cawan minumannya dan melangkah pergi.
   “Bos nak larikan diri lah tu.” Ujar Bob dengan nada kuat diiringi gelak tawa rakan sekerjanya.
   “Bob, nine more minutes.” Balas Ehsan. Dia tersenyum dengan usikan stafnya tadi.

   Sambil meneliti dokumen di tangannya, Ehsan melangkah ke bilik bacaan di tingkat bawah kediamannya. Untuk ke bilik bacaan, dia harus melepasi ruang tamu dahulu. Dan di ruang tamu, kelihatan Fazura sedang duduk bersila melipat pakaian sambil menonton televisyen. Sesekali dia menepuk-nepuk tulang belakangnya. Kelenguhan.
   Ehsan mengambil tempat di sofa yang berada di belakang Fazura. Dokumen diletakkan di sisi dan kedua tangannya sudah berada di bahu Fazura. Mengurut bahu isterinya dengan kasih sayang.
   “Macam tau-tau je badan I lenguh.” Sengih Fazura.
   “Kalau you sakit hati pun abang boleh tahu. Inikan pulak lenguh badan.” Usik Ehsan.
   “Eleh. Perli I lah tu.” Fazura mencebik. “Abang, tadi masa lunch hour I went to Leeya’s. Baby dia comel sangat.”
   “Tak cakap pun?”
   “Terlupa. Sorry.” Sengih Fazura.
   “Next time, do tell me kalau nak pergi mana-mana okey?”
   Fazura mengangguk.
  “Abang ada kerja sikit nak buat kat bilik bacaan. Sayang tidur dulu. Tak payah tunggu abang. Okey?” Ehsan mencium pantas pipi Fazura sebelum berlalu ke bilik bacaan.

   “Congrats. Finally,” Faiza memeluk Faiza sewaktu ke klinik kakanya itu untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Sejak dua tiga minggu ini Fazura merasakan badannya begitu lesu dan sentiasa ingin melelapkan mata jika ada kesempatan.
   “Congrats for?”
   “For your very first pregnancy lah, Zura.” Faiza tersenyum riang sambil memegang tangan Fazura. Fazura terkesima.
   “Angah, betul ke ni?”
   “Betullah buat apa Angah nak tipu Zura. Zura tak perasan ke Zura dah terlewat datang haid ke?”
   “Zura ingatkan benda biasa je. Sebab sebelum ni kitaran haid Zura pun tak tentu.” Fazura mula mengukir senyuman manis. Dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan rezeki oleh Allah S.W.T selepas hampir lima bulan menanti berita gembira ini. “Alhamdulillah.”
   “So, tunggu apa lagi? Call Ehsan and tell him the good news.” Saran Faiza.
   Fazura menggeleng. “Ehsan busy kat office. Zura ingat nak surprisekan dia malam ni. Lebih baik Zura beritahu dia kat rumah je.”
   “If you said so.” Ujar Faiza. “Okey, sekarang yang paling penting jangan banyak buat kerja yang berat-berat. Di peringkat awal kehamilan ni yang paling penting. Dan jangan stress. Please.”
   “InsyaAllah doktor.”
   “Next two weeks datang sini lagi. Dengan Ehsan sekali.” Pesan Faiza.
   Fazura mengangguk faham.



45

Ehsan yang sedang menonton televisyen yang berada di kamar tidurnya sesekali mengerling si isteri yang sedang menyapu losyen pada kedua belah tangannya. Malam itu Fazura kelihatan seksi mengenakan sepasang baju tidur satin tanpa lengan dan tidak melebihi paras lutut.
   Tidak tahan dengan hanya menjadi pemerhati dari jauh, Ehsan bangun dan menghampiri isterinya. Tangannya sudah melingkari pinggang Fazura dari belakang. Sebuah ciuman hangat dihadiahkan pada tepi leher Fazura.
   “Wanginya.” Puji Ehsan dengan nada romantis.
   “I memang wangi.  “ Fazura melepaskan diri dari pelukan Ehsan. Dan kali ini mereka bertentang mata dan giliran Fazura memeluk pinggang suami tercinta.
   “Nak tidur?” Tanya Ehsan sambil bermain-main dengan anak rambut Fazura yang berjurai di dahi.
   “Tak nak.”
   “Tak ngantuk ke?”
   “Tak.”
   “Tapi abang ngantuk pulak tiba-tiba.”
   Fazura segera melepaskan pelukannya. “Okay good night. Sleep tight.” Fazura cuba melangkah menuju ke meja solek namun tubuhnya sempat ditarik oleh Ehsan. Kini tubuh mereka seakan digam. Terlalu rapat sehingga tiada ruang untuk sesiapa menyelit.
   “It’s been few days since we last made love.” Ehsan mengusap lembut pipi dan bibir Fazura. “I missed you.”
   “I…,” belum sempat Fazura menghabiskan kata-katanya, terasa hangat bibirnya dikucup Ehsan. Lama bibir mereka bertemu. Sambil itu, leka Ehsan mengusap lembut punggung isterinya yang masih dibaluti baju tidur.
   “Should we have a baby?” pertanyaan Ehsan dibiarkan lama tanpa jawapan.
   Fazura mendekatkan bibirnya ke telinga Ehsan. “One is on his way, abang.”
   Buntang mata Ehsan memandang Fazura. Seakan tidak percaya dengan bisikan isterinya tadi. “Sayang tak beritahu abang pun.”
   “Zura baru check petang tadi. I wanted to surprise you actually tapi tak sempat.”
   “Dah berapa lama?”
   “Baru lima minggu.”
   Ehsan ketawa gembira. “Alhamdulillah. Lepas ni Zura kena banyak berehat. Okey, yang?”
   “Okey. Zura tidur dulu eh? Nak rehat.”
   “Hah?”
   “Apa hah hah?”
   “Tapi..tapi malam ni projek kita still on kan?” Ehsan seakan menagih simpati Fazura. Fazura ketawa dalam hati. Gembira dapat mengenakan suaminya itu.
   “Tadi suruh I rehat. Kalau projek on, macam mana nak rehat?”
   Ehsan mengusap dahinya beberapa kali. Mencari idea untuk memujuk Fazura.
   “Abang janji, kejap je.”
   “Mengada.” Fazura mencubit lengan Ehsan. Fazura menggenggam erat jemari suaminya. “Jom.”
   Fazura melemparkan senyuman penuh makna. Susah menjadi tugasnya untuk memenuhi kehendak si suami tercinta. Hanya bermandikan cahaya lampu tidur yang suram, mereka bersama melayari bahtera cinta.

   Nadia melangkah longlai masuk ke kamar tidurnya. Sebentar tadi dia bersama Datin Rosmah, Azlin dan Firdaus berbual di ruang tamu manakala Adam dan Nadira mengikut datuk mereka ke pasaraya. Dan panggilan telefon daripada Fazura merubah suasana menjadi lebih ceria. Berita kehamilan Fazura disambut gembira oleh seluruh ahli keluarga.
   “Nadia,” Firdaus merapati tubuh isterinya. Dia tahu berita diterima daripada Fazura tadi turut memberi kesan pada Nadia. “Saya faham perasaan awak.”
   “Saya minta maaf.”
   “Untuk apa?”
   “Dah lebih setahun kita berkahwin tapi…”
   “Dah..dah. Kenapa cakap macam tu? Mungkin bukan rezeki kita. Allah dah takdirkan rezeki Zura lebih awal daripada kita. Lagiupn, kita kan ada Adam.”
   “Tapi Adam bukan daripada darah daging awak.”
   “Anak awak, anak saya jugak. Nadia, saya tak nak awak ungkit perkara ni lagi. Janji?”
   Tiada respons daripada Fazura. Tidak menggeleng mahupun mengangguk.
   “Saya tak boleh give up. Abang awak lagi kuat daripada saya nampaknya.” Firdaus cuba bergurau. Ternyata gurauannya menjadi apabila Nadia melontar tawa kecil.
 
   Ehsan melangkah keluar dari bilik pejabatnya apabila ditegur Safwan. Ketika itu Ehsan kelihatan agak terburu-buru.
   “Bos nak keluar ke?” Tanya Safwan.
   “Ha’ah. Kenapa? Ada hal nak bincang dengan saya?”
   “Tak adalah. Ingat nak ajak bos lunch sekali.”
   “Oh.” Ehsan mengerutkan dahinya. “Hari ni tak dapatlah. Saya nak lunch dengan siteri dan…”
   “Dan?”
   ‘Baby’, Ehsan menajwab dalam hati.
  “Bos?” Safwan cuba mencuri perhatian Ehsan yang tersenyum sendirian.
   “Okeylah. Saya pergi dulu.”
   Safwan terpinga-pinga melihat kelakuan aneh majikannya itu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
   “Kau tercegat apa kat sini? Jom pekena Nasi Arab.” Bob menepuk bahu Safwan.
   “Bob, aku nak tanya kau sesuatu. Kau perasan tak perangai bos pelik semacam sejak akhir-akhir ni?”
   “Aku perasan jugak. Tapi kau perasan yang tang mana?”
   “Tang senyum sorang-sorang. Kadang-kadang termenung lepas tu tergelak sorang-sorang.”
   “Dia fikirkan bini dialah tu. Aku pun kadang-kadang macam tu jugak.”
   “Tak pun, bos ada affair.” Lisa menyampuk.
   “Mulut tak ada insurans.” Sergah Safwan. “Kau macam tak tahu je bos kita macam mana. Dia mana ada masa layan perempuan sebelum ni. Asyik kerja dua puluh empat jam.”
   “Manalah tahu. Kadang-kadang lelaki ni tak cukup dengan sorang bini kat rumah. Tetap nak menggatal dengan perempuan lain kat luar.” Lisa mempertahankan pendapatnya. “Contohnya kau, Wan.”
   “Woi! Aku belum kahwinlah!”
   “Memanglah sebab kau kan playboy.”
   Safwan terdiam.Dia hanya mampu memerhati tubuh Lisa yang berlalu meninggalkannya. Bob di sisi sudah ketawa besar.
   “Betul-betul kaw!” Bob mengajuk tagline daripada sebuah iklan minuman di televisyen dan ditujukan khas buat Safwan.

   “What are you doing, bang?” Fazura seakan tidak percaya melihat Ehsan bersandar di sofa yang terdapat di bilik pejabatnya.
   “Waiting for you.”
   “Tunggu I? Kenapa?” Fazura cuba mengingat kembali samada mereka ada berjanji untu ke mana-mana tengahari itu. Dan dia teringat. “Oh! Our lunch date!”
   Ehsan mengangguk perlahan beberapa kali sambil kedua tangannya dimasukkan dalam poket seluar slack yang dipakainya. Fazura terasa begitu bersalah terhadap suaminya.
   “Where’s your phone? You didn’t pick up my calls.” Tenang Ehsna melontarkan pertanyaan.
   “I ada meeting tadi.”
   “I know. Your secretary has told me about that.”
   “My phone is in silent mode.”
   Ehsan menggaru dahinya beberapa kali. Dan semakin lama menatap wajah Fazura, dia dapat melihat wajah Fazura yang agak pucat dan kelihatan lesu.
   “Jom lunch.” Ehsan mendapatkan jemari halus Fazura dan digenggam erat. “Muka pucat ni, yang. Tadi you tak breakfast pun. Tadi ada makan apa-apa?”
   “Belum lagi. Tak sempat.”
   “Kenapa tak makan? Sekarang you bawak baby sekali. Kena makan, baru ada tenaga.”
   “Makan kat bawah jelah.”
   “Mana-mana jelah asalkan abang nampak Zura makan.”
   Fazura akur dengan arahan suaminya kerana dia tahu Ehsan khuatir akan kesihatan dirinya dan bayi yang dikandung.




46

Sikap Fazura kelihatan pelik sejak Ehsan pulang dari tugasan luar di Beijing. Ehsan merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya. Malam itu, sewaktu mereka sudah bersedia untuk melelapkan mata, Ehsan membuka lampu tidur di sisi katil.  
   “Kenapa?” tanya Fazura dalam keadaan berbaring memandang Ehsan. Ehsan kembali berbaring dan mengadap Fazura. Lama dia merenung jauh ke dalam anak mata Fazura.
   “Berapa lama abang tinggalkan ayang abang ni?” tanya Ehsan, separuh berbisik.
   Fazura mengerutkan dahinya. “Lima hari.”
   Ehsan mengeluh kecil.
   “Dalam lima hari je Zura boleh jadi lain.”
   “Mana ada.”
   “Tengok tu. Zura cuba nak mengelak daripada abang.”
   “Mana ada. Dah lambat ni. Esok nak kerja.”
   “Tukar topik ke?”
   Fazura mengetap bibir. Kemudian dia mengiring ke arah lain. Cuba lari dari pandangan Ehsan. Sesaat kemudian tubuhnya sudah didakap mesra dari belakang.
   “Don’t hide anything from me. Please.” Bisik Ehsan. Fazura memejam rapat matanya. Tidak mampu membalas bisikan Ehsan. Biarlah perbincangan itu berakhir begitu sahaja.

   “Sampai bila nak berahsia dengan suami kau?” tanya Leeya ketika Fazura datang melawatnya di rumah. Bayinya sudah lena tidur dalam buaian ketika Fazura tiba.
   Fazura menjongketkan bahunya.
   “Zura, aku tak nak kau ada masalah dengan Ehsan. Dia suami kau dan dia patut tahu pasal hal ni.”
   “Aku tahu tapi….Ehsan takkan terima. Belum masanya lagi untuk aku beritahu dia hal yang sebenar.”
   Leeya mengeluh. “Sukati kaulah Zura. Kalau ada apa-apa masalah timbul, jangan cakap aku tak nasihatkan kau.”
   “Ya aku tahu. Jangan risau.”
   “Dah berapa minggu dah kandungan kau ni?”
   “Rabu minggu depan dah genap tiga belas minggu.”
   “Selera makan okey?”
   ‘Okey sangat. Aku makan banyak sangat tapi Alhamdulillah so far aku tak rasa mabuk yang teruk. Setakat morning sickness jelah.” Terang Fazura. “Rumah kau ni tak ada makanan ke? Hidanglah untuk aku sikit. Lapar.”
   “Yalah mak buyung!”

   Safwan terkejut melihat kehadiran Fazura di pejabatnya. Bertambah terkejut apabila melihat perut Fazura yang sudah agak kelihatan membulat. Kebetulan Ehsan sedang bermesyuarat dengan klien di biliknya lalu Safwan dan beberapa rakan sekerja yang lain melayan Fazura di ruang menunggu.
   “Bos tak cakap pun yang you dah pregnant. No wonder lah dia pelik semacam.”
   “Pelik?”
   Safwan mengangguk dan menceritakan beberapa perangai pelik Ehsan. Fazura ketawa mendengar cerita Safwan.
   “Yalah. Baby first, mungkin bos tak nak terlalu mengharap sangat. Sebab tu dia tak nak beritahu kita awal-awal.” Celah Ros.
   Ehsan pada masa sama mengiringi kliennya keluar dari bilik pejabat selepas selesai bermesyuarat. Kemudian dia menyambung tugasannya sehinggalah pintu biliknya diketuk. Tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin komputer, Ehsan bersuara, “Masuk.”
   “Bos nak kopi?”
   “It’s okay. Saya…’ Ehsan terhenti kata sebaik mengangkat wajahnya. Fazura berdiri di hadapannya sambil tersenyum manis.
   “Hai, suami,” sapa Fazura.
   Ehsan bingkas bangun dan membawa Fazura duduk di sofa empuk. “Kenapa datang sini?”
   “Saja. Bosan tak ada apa nak buat kat hotel.”
   ‘Naik apa?”
   “Pinjam kereta papa.”
   “Kenapa tak call abang?”
   “Saja. I nak pujuk suami yang merajuk.” Kata Fazura. “Pasal malam semalam, I minta maaf. I was too tired last night.”
   Ehsan ketawa kecil sambul mencuit hidung Fazura. “Abang merajuk? Impossible. Kalau Zura merajuk, baru betul.”
   “Ish. Tak appreciate pun kita datang sini nak pujuk dia.”
   “Bukan tak appreciate. Nak pujuk apanya?” balas Ehsan dengan tawa masih bersisa. “So, you dah ready nak beritahu abang kenapa you nampak lain sejak akhir-akhir ni?”
   Fazura berdehem. Dia menelan liur. Terasa perit. Lambat-lambat dia menggeleng. “Perasaan abang je kot. I macam biasa je. Tak rasa lain pun.”
   Ehsan mencari anak mata Fazura. Ditenungnya tajam. Lama. Dia yakin Fazura tidak berlaku jujur terhadapnya. Tidak mahu terus mendesak, dia membiarkan sahaja persoalan itu bermain-main di fikirannya.

   Nadira berlari-lari anak menuju ke dapur sebaik pulang dari sekolah agama. Perutnya begitu lapar sejak dari sekolah lagi. Ingin sahaja dia meminta pemandu datuknya yang menjemputnya dari sekolah untuk singgah di restoran makanan segera tetapi mengingatkan kembali pesan bapanya untuk tidak selalu memakan makanan segera.
   “Ira cari apa sayang?” tanya Azlin kepada anak sulungnya itu.
   “Lapar.” Nadira menepuk-nepuk perutnya.
   “Ira tak makan kat sekolah tadi?”
   “Tak cukup duit. Tadi daddy lupa bagi duit belanja.”
   “Kesiannya anak mummy. Nanti mummy masakkan untuk Ira.”
   “Thank you mummy. Ira nak makan ayam goreng tau.”
   “Okey. Naik atas pergi mandi. Lepas mandi, turun bawah dan makan.”
   “Okey.”
   “Ira jangan kacau baby eh? Baby baru tidur tu.”
   “Ira balik je, baby tidur.” Rajuk anak gadis itu.
   “Nanti dia bangun, Ira main-mainlah dengan dia. Go take your shower. Now.”
   Nadira melangkah kecil mendaki anak tangga untuk ke kamar tidur. Dan dia bertembung dengan Nadia yang memimpin tangan kecil Adam.
   “Eh, Kak Ira dah balik?” sapa Nadia. “Kesian Adam. Tak ada sesiapa nak main dengan dia.”
   Nadira mencium pipi Adam. “Tunggu tau. Kak Ira nak mandi dulu. Nanti kita main kat taman luar tau.”
   Adam mengangguk setuju. Gembira dia kerana kakak saudaranya itu ingin bermain dengannya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hadirmu Menyemai Cinta - Part 7

38

   “Esok I outstation.” Ujar Ehsan ketika bersarapan bersama Fazura pagi itu. “Seminggu.”
   “Kat mana?” 
   “Singapore. Dekat je.”
   “Kenapa dekat sangat?” Fazura bersikap sarkastik.
   Ehsan ketawa kecil sebelum menghirup minuman panasnya. Dia memerhati riak wajah Fazura. Wajah manis itu seakan memendam seribu rasa.
   “Hei. Kenapa ni?” tanya Ehsan dengan nada romantis. Dia cuba mencari anak mata Fazura namun gagal kerana kekasihnya itu hanya menundukkan wajah. “Zura?”
   Fazura menghela nafas panjang.
   “What’s wrong?” tanya Ehsan lagi.
   “You…you serius tak dengan hubungan kita?” kali ini giliran Fazura untuk mencari anak mata Ehsan. Dia inginkan kejujuran Ehsan.
   Ehsan sekadar tersenyum manis. “You risaukan tu je?”
   “I patut risau. Kan?”
   “Zura, I’m in my 30’s. It’s old enough to play around.”
  “Don’t u think it’s time to let my family know about us?”
   “It’s…complicated.”
   “Kenapa? Apa yang you risaukan? Papa dengan Along dah kenal you sebelum Kak Nadia kenal family I. Mustahil diorang fikir bukan-bukan tentang you.”
   Ehsan diam.
   Fazura turut terdiam.
   Suasana tiba-tiba hening di antara mereka berdua.

   Ehsan memandang sepi telefon bimbit di sisinya. Tiada panggilan atau pesanan daripada Fazura sejak pertemuan mereka pagi tadi berakhir. Dia tahu Fazura terasa hati dengan kedegilannya untuk tidak menghebahkan hubungan mereka berdua kepada keluarga Fazura.
   Dia teragak-agak untuk menghubungi Fazura. Egonya begitu tinggi saat itu. Lalu dibiarkan perasaannya berlalu begitu sahaja dan dia mula mengemas beg pakaiannya. Pagi esok dia harus ke lapangan terbang untuk bertolak ke Singapura.
   Pada masa sama, Fazura setia menunggu panggilan atau pesanan dari Ehsan. Hampa hatinya apabila dia langsung tidak menerima sebarang panggilan atau pesanan dari lelaki yang dicintainya itu.
   ‘Kenapa you tak call I?’
   ‘You tak faham ke perasaan I?’
   ‘Kenapa you takut family I tahu tentang kita?’
   Pelbagi persoalan bermain di benak fikiran Fazura. Dia bingung dengan sikap Ehsan. Arau adakah dia terlalu ikutkan perasaan? Fazura cuba muhasabah diri.
   Malam itu Fazura terlelap sambill tangannya menggenggam telefon bimbitnya. Masih menanti….

   Ketika di balai perlepasan, Ehsan teringatkan Fazura. Dia berasa tidak sedap hati kerana membiarkan rajuk kekasihnya itu berpanjangan. Lalu dia menghubungi Fazura.
   “You buat apa tu?” tanya Ehsan. Lembut nadanya.
   “Buat kerja.” Fazura bersikap dingin.
   “Sayang.” Ehsan cuba menghidupkan suasana romantis antaranya dan Fazura sekaligus memadamkan kedinginan Fazura terhadapnya.
   Fazura gementar. Laju jantungnya berdegup sebaik dirinya dipanggil ‘sayang’ oleh Ehsan buat kali pertama.
   “You merajuk lagi dengan I ke? Hmm?”
   “Mana ada.” Fazura cuba menyembunyikan perasaan gementarnya.
   “Tentang hal semalam, I minta maaf okey? I balik je outstation, I jumpa family you. Kita terus-terang tentang  hubungan kita.”
    “Kalau you tak nak tak payahlah. Buat apa nak paksa diri.”
   “I nak.”
   “Kan I cakap tak payah.”
   “Nanti I datang eh?”
   “Kalau terpaksa tak payah datang.”
   Ehsan diam. Begitu juga dengan Fazura.
   “Kita kahwin?” lamar Ehsan. Ehsan sendiri tidak menyangka perkataan itu keluar dari mulutnya secara spontan. Mungkin cintanya terhadap Fazura begitu dalam dan dia menginginkan Fazura menjadi miliknya.
   Fazura terpaku mendengar lamaran Ehsan itu. Tidak mungkin dia tersilap dengar. Dia tidak pekak. Dia yakin Ehsan menyebut perkataan ‘kahwin’ tadi.
   “You..cakap apa tadi?” tanaya Fazura. Dia inginkan kepastian.
   “It’s okay. I’m off to Singapore now. Balik nanti, I beritahu you. Face to face.” Balas Ehsan. “Zura,”
   “Ya?”
   “Jangan merajuk lagi?” pinta Ehsan. “Janji?”
   “Tengoklah.”
   Ehsna ketawa kecil sebelum meminta izin untuk mematikan talian. Fazura tersenyum lebar selepas berbual dengan Ehsan. Hatinya berbunga riang kerana akhirnya Ehsan bersetuju untuk bersemuka dengan keluarganya. Dan Ehsan juga telah melamarnya sebentar tadi.

   Datin Rosmah masuk ke bilik Fazura untuk mengutip baju kotor. Fazura berada di kamar mandi waktu itu.
   “Zura,ada baju kotor lagi tak selain dalam bakul ni?” laung Datin Rosmah.
   “Tak ada.” Balas Fazura.
   “Mmm. Anak dara ni tak reti nak kemas tenpat tidur lepas bangun tidur.” Omel Datin Rosmah sambil mengemas katil Fazura. Dan di saat itu dia terpandangkan sesuatu yang menarik perhatiannya. Telefon bimbit Fazura berbunyi menandakan mesej baru diterima. Dan nama penerima ialah ‘cinta hati’.
   ‘Cinta hati’? Datin Rosmah bertanya dalam hati. Teringin benar dia untuk menyiasat siapa kekasih misteri Fazura yang selama ini hanya menjadi buah mulut teman-temannya. Belum sempat dia menyentuh telefon bimbit tersebut, Fazura sudah keluar dari kamar mandi. Cepat-cepat Datin Rosmah menepuk-nepuk bantal.
   “Eh mama kat sini lagi?” Tanya Fazura yang menyangkakan mamanya sudah lama keluar dari biliknya.
   “Yalah. Tengok katil ni. Bersepah.”
   “Kejap lagi Zura kemaslah. Don’t worry.” Ujar Fazura. “Zura nak pakai baju. Kejap lagi Zura turun.”
   Lambat-lambat Datin Rosmah melangkah meninggalkan bilik tidur Fazura, Dia berasa tidak sedap hati melihatkan sikap anaknya yang seakan ingin menyembunyikan rahsia besar itu.
   Fazura menarik nafas lega sebaik mamanya meninggalkan biliknya. Pantas dia mencapai telefon bimbit untuk memeriksa apa-apa panggilan atau pesanan ringkas yang diterima. Lebar senyumannya melihatkan pesanan ringkas yang dihantar Ehsan.

Bakal isteri, bakal suami awak ada meeting kejap lagi. Lepas habis meeting, bakal suami awak telefon awak ya?Love you.

Laju jari-jemari halusnya menaip untuk mebalas pesanan ringkas Ehsan.

Meeting takpe. Jangan dating pulak kalau tak nak bakal isteri mengamuk. Love you too.

Ehsan yang pada ketika itu sedang menghirup kopi panas sambil menunggu mesyuarat bermula sempat tersenyum kecil membaca pesanan ringkas Fazura sebelum mematikan telefon bimbitnya.










39

Leeya ketakutan apabila Badri ke rumahnya malam itu. Sikapnya yang kasar dan wajah bengis membuatkan Leeya bbimbang jika dirinya diapa-apakan oleh Badri. Adiknya masih belum pulang lagi dari kerja. Badri memandang tajam ke arah perut Leeya yang semakin membuncit.
   “Kenapa kau degil sangat? Hah?!” jerkah Badri. “Kan aku suruh kau gugurkan kandungan kau.”
   “Ni anak kita, Bad!”
   Badri merangkul kasar lengan Leeya. “Kau saja nak buat aku marah ke? Kau nak naikkan darah aku?!”
   “Lepaskan I. Sakit, Bad. Lepaskan I!” rayu Leeya dengan air mata yang semakin laju berderai jatuh membasahi pipi.
   “Tahu pulak kau sakit? Hah? Tahu pulak kau sakit? Hati aku ni lagi sakit bila kau sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan Zura!”
   “Dia tak nakkan you lagi. Dia dah ada kekasih. Sedarlah, Bad!” Leeya cuba melepaskan lengannya yang terasa begitu perit digenggam kasar oleh Badri. “Lepaskan tangan I. Please.”
   “Cerita apa yang kau reka ni? Dia sayangkan aku separuh mati. Selagi aku tak dengar dari mulut dia sendiri, aku takkan percaya sepatah pun kata-kata kau perempuan.”
   Leeya mengeluh kasar.

   “Tiga hari macam tiga bulan I rasa,” ujar Fazura sewaktu berhubung dengan Ehsan. “Lamanya nak tunggu you balik.”
   “Itu nasib baik tiga hari. Kalau I pergi tiga bulan, tak ke you rasa macam 3 tahun?”
   “Aik? Ada hajat nak tinggalkan I selama tiga bulan ke?”
   Ehsan ketawa di hujung talian.
   “Oh gelak? Okey. Kalau you tak dapat dengar suara I dan tak dapat jumpa I lebih dari seminggu, apa you rasa?” Tanya Fazura.
   “Hmm. Entah. Tak ada jawapan.” Balas Ehsan. “Bila tiba masanya I tak dapat jumpa you lebih dari seminggu, I akan beritahu you apa yang I rasa.”
   Tidak semena-mena air mata Fazura mengalir. Terasa suatu perasaan pilu yang singgah di hatinya. Entah mengapa dia merasakan perasaan sebegitu pun dia tidak tahu.
   Tidak berapa lama kemudian talian dimatikan kerana Ehsan mempunyai urusan penting awal pagi esok. Baru sahaja dia ingin melepakan mata, dia dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada Leeya yang menyuruhnya untuk segera ke rumahnya atas alasan Badri membuat kacau di sana. Fazura tidak sanggup membiarkan Leeya diapa-apakan oleh Badri.

   Badri sudah dalam keadaan mabuk ketika Fazura tiba di rumah Leeya. Leeya berlari mendapatkan Fazura sambil diperhatikan Badri. Badri tersenyum gembira melihatkan kehadiran wanita yang dicintainya.
   “You datang jugak, sayang.” Ujar Badri sambil cuba menyentuh Fazura namun sempat ditepis Fazura.
   “Apa ni Bad? You dah gila ke buat kacau kat sini? Lebih baik you pergi sebelum I report polis.” Ugut Fazura.
   “Rileks. Rileks, sayang. I tak buat apa-apa pun.” Ujar Badri. Kemudian dia meneguk botol minuman haram di tangannya.
   “You’re drunk!” tempik Fazura. “Pergi dari sini sekarang jugak. Jangan ganggu Leeya lagi.”
   Badri ketawa besar. Kemudian dia serius. “I ganggu perempuan ni? You salah. Perempuan ni yang ganggu kita! Dia yang rosakkan hubungan kita sebab tak nak gugurkan baby dalam perut tu!”
   “Itu anak you dengan Leeya. Kenapa Leeya nak kena gugurkan pulak? Dan lagi satu, kalaupun bukan sebab Leeya, I tak akan pernah kembali semula pada you. Never!” tegas Fazura. “I tak bodoh untuk ditipu oleh you sekali lagi, Bad. I dah lupakan you.”
    Mendengarkan kata-kata Fazura, Badri memecahkan hujung botol kaca yang ada di tangannya dan meluru laju ke arah Fazura dan menusuk perut Fazura dengan serpihan botol kaca tadi sebelum sempat wanita itu mengelak. Leeya menjerit melihatkan keadaan tersebut. Tidak cukup dengan tusukan itu, Badri menghantukkan kepala Fazura pada dinding beberapa kali sehingga mengalirkan cecair merah.
   Menggigil badan Badri apabila Fazura tersungkur jatuh ke lantai dengan berlumuran darah. Dilihat Leeya memeluk Fazura sambil menangis dan menjerit meminta tolong.
   “Apa you buat ni?! Pembunuh!” jerkah Leeya. Badri semakin hilang punca dan pantas dia berusaha melarikan diri namun gagal apabila sekumpulan jiran Leeya lebih tangkas mengejarnya.
   Fazura tidak cukup nafas. Perutnya terasa begitu ngilu dan pedih. Cecair merah pekat semakin banyak mengalir dari bahagian tusukan tadi begitu juga di kepala. Dia ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak mampu mengeluarkan suara.
   “Zura, bertahan. Kau akan selamat. Zura!” Leeya meraung melihatkan keadan Fazura yang berjuang untuk hidup.

   Seperti ingin tercabut nyawa Datin Rosmah dan suami apabila menerima panggilan daripada Leeya yang menyatakan keadaan Fazura yang kritikal di hospital seawal jam 2 pagi itu. Mereka sekeluarga bergegas ke hospital selepas menerima perkhabaran buruk tersebut.
   Setibanya di sana, mereka menemui Leeya dan adiknya di luar ruang kecemasan. Leeya, dengan pakaian berlumuran darah masih belum mampu bertenang. Tangisannya masih bersisa. Beberapa orang saudara-mara Fazura turut sama berada di situ. Leeya menceritakan segalanya yang berlaku dan menyatakan bahawa Badri telah pun tertangkap.
   “Anak kita, bang.” Datin Rosmah menangis sambil ditenangkan suaminya. Fairus pula berusaha menghubungi Firdaus dan Farhana yang berada di Australia untuk menyampaikan khabar buruk yang berlaku pada Fazura. Leeya menyerahkan telefon bimbit dan beg tangan Fazura kepada Faiza, kakak Fazura.
   “Ada seseorang yang patut dihubungi. Zura sempat berbisik ke telinga saya sebelum dia tak sedarkan diri.” Terang Leeya.
   “Siapa?” Tanya Datuk Ahmad Fauzi.

   Pagi itu usai solat Subuh, Ehsan mendapatkan telefon bimbitnya di sisi katil. Sengaja dia mematikan telefon bimbitnya malam itu tidak mahu diganggu. Dan dia juga telah memberitahu Fazura tentang perkara tersebut dan berjanji untuk menghubungi Fazura pagi itu.
   “Dua puluh satu missed calls?” ujar Ehsan kepada diri sendiri. Dua belas panggilan tidak berjawab daripada Fazura dan selebihnya daripada Fairus, abang sulung Fazura. “Pelik.”
   Ehsan mula merasa tidak sedap hati. Dia kembali menghubungi semula nombor telefon bimbit Fazura untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang bermain di mindanya. Tidak berjawab. Sekali lagi dia mencuba. Kali ini agak lama dia menunggu sebelum kedengaran suara lembut seseorang di hujung talian.
   “Zura, kenapa call I banyak kali?” Tanya Ehsan. Tenang.
   Faiza berdehem perlahan. “Sorry Ehsan. Ni Faiza.”
   “Oh sorry. I’ll call back later.”
   “Tunggu. Hmm. Ada perkara yang you perlu tahu.”
   “Is something bad going on?” Ehsan mula tidak sedap hati.

   Pakaian dan barangan dimasukkan ke dalam beg secepat mungkin. Dia ingin segera pulang ke tanah air dan bertemu Fazura. Kata-kata Faiza tadi terngiang-ngiang di telinganya.
   “Zura masih belum sedarkan diri. Sekarang dia ada di High Dependancy Ward.”
   “Dia ada sebut nama you right before fell unconscious.”
   Telefon bimbit Ehsan berbunyi dan segera dia menjawabnya. “Hello Andrew.”
   “I’m here. I’ll send you off to the airport.” Ujar Andrew, kenalannya di Singapura.
   “Thanks. Give me five minutes.” Ehsan terus mematikan talian. Hatinya tidak berhenti berdoa untuk kesembuhan Fazura. Tidak sanggup dia melewatkan walau sesaat untuk menemui Fazura. Hatinya tidak tenang.





40

Seminggu kemudian…

   Wajah Fazura ditatap penuh kerinduan. Dahi Fazura yang dibalut kemas diusap lembut. Dia rindu dengan rajuk, tawa dan tangisan si buah hati. Dan di saat itu, dia mula terkenang kembali perbualannya dengan Fazura pada malam sebelum kejadian yang menimpa Fazura.

“Apa you rasa kalau you tak dapat jumpa I lebih dari seminggu?” soalan Fazura itu akhirnya bertemu jawapan.

   Ehsan mendekatkan wajah ke telinga Fazura. “Ingat tak soalan you pada I? Apa yang I rasa kalau tak dapat jumpa you lebih dari seminggu? I dah ada jawapan.”
  Dia menghela nafas sebelum kembali menyambung bicara. “I dapat jumpa you tapi tak dapat dengar suara you. It’s been a week since last we talked on phone. I rasa kehilangan. Because you…complete me.”
   Jemari Ehsan dan Fazura saling bertaut.
   “And one more good news, your family knows about us. I dah terus-terang dengan keluarga you. Just like what you wanted.” Ehsan mengukir senyuman kecil. “I’ll be waiting until you wake up.”

   Nadia memaut mesra lengan Ehsan yang sedang termenung di suatu sudut di luar High Dependancy Ward yang menempatkan Fazura yang masih koma. Sebentar tadi, Ehsan sempat berbual pendek dengan Firdaus, Fairus dan beberapa orang saudara-mara Fazura sebelum mengambil tempat duduk yang agak tersorok daripada orang lain.
   “Nadia gembira tengok abang.” Nadia memula bicara.
   Ehsan mengangkat kening. Cuba mengerti maksud adiknya.
   Nadia ketawa kecil. “Akhirnya abang dah ada someone special.”
   “Abang minta maaf terpaksa rahsiakan daripada Nadia.”
   “Nadia faham. Dengan status Nadia dalam keluarga Fazura, Nadia faham kenapa abang rahsiakan perkara ni.”
   “Thanks.”
   Nadia menggenggam jemari kasar abangnya. “She will be fine. InsyaAllah.”
   Ehsan mengangguk perlahan. Ya. Itu yang dia harapkan. Fazura akan bangun dan sembuh seperti sediakala. Dia tidak mampu menahan rindunya terhadap wanita yang dicintainya itu.

   “Doktor cakap apa?” Tanya Datuk Ahmad Fauzi kepada Faiza yang baru saje berbincang dengan doktor. Memandangkan Faiza adalah seorang doktor, maka lebih baik membiarkan Faiza berbincang dengan doktor yang merawat Faiza. Faiza lebih mengerti.
   “Sekarang ni, Zura demam. Tunggu demam Zura kebah, baru doktor boleh decide untuk transfer Zura ke wad biasa. Keadaan dia dah stabil tapi kena tunggu demam dia kebah dulu.” Jelas Faiza.
   “Doktor tak beritahu bila dia boleh sedar?” Tanya Azlin.
   “Yang tu kita kena tunggu. InsyaAllah. She’s strong. Bila-bila masa dia boleh sedar.”
   “Banyakkan berdoa. Kena selalu bisik kat dia. Dia mungkin dengar apa yang kita cakap.” Ujar Datuk Ahmad Fauzi.
   Datin Rosmah mengangguk. “Fir mana?”
   “Dia ada dengan Ehsan tadi. Mana entah.” Balas suami Faiza.
   “Kesian Ehsan. Setiap hari datang melawat Zura.” Ujar Datin Rosmah. Kemudian dia memandang suaminya. “Abang cakaplah dengan Ehsan tu. Jangan risaukan Zura. Kalau ada apa-apa perkembangan, kita beritahu dia. Kesian dia. Kerja tak pergi, dari pagi sampai ke malam menunggu Zura bangun.”
   “Biarlah dia. Itu yang dia hendakkan. Dia bukan makan gaji. Bekerja sendiri. Ramai pekerja dia yang boleh uruskan syarikat tu.”
   Datin Rosmah mengeluh lemah.

   Hari pertama kembali bekerja selepas lebih seminggu tidak masuk ke pejabat masih belum dapat menenangkan hatinya. Tubuhnya berada dalam bilik pejabat namun fikirannya berada di hospital. Pelbagai persoalan bermain di mindanya.
   ‘Bagaimana keadaan Fazura hari ini?’
   ‘Masih demamkah Zura?’
   ‘Sudah sedarkah Zura?’
Ah! Kacau! Dokumen yang berada di tangannya langsung tidak diteliti seperti biasa. Entah apa yang dibacanya. Langsung tidak masuk ke dalam kotak fikirannya. Ketukan di pintu menyedarkannya.
   Bob, pekerjanya yang bertubuh gempal sudah berada di muka pintu. Dengan senyuman sambil mengangkat tangan, dia menegur Ehsan. “Apa khabar, bos?”
   “Alhamdulillah sihat.” Balas Ehsan. “Duduk, Bob.”
   “Macam mana Singapore? Lama bos kat sana.”
   “Oh. Hmm. Saya dah lama balik. Last week lagi dah balik.” Jelas Ehsan. “Ada personal matter sikit yang nak kena uruskan.”
   Bob mengangguk faham.
   “So, how’s everything? Sepanjang saya tak ada ni, apa problem?”
   “Problem besar-besar tu tak adalah setakat ni. Cuma yang kecik jelah.”
   “Kecik? Kecik macam mana tu?” Ehsan mengerutkan dahinya.
   Bob mula menerangkan maslah yang berlaku sepanjang ketiadaan Ehsan. Ehsan mendengar penuh teliti. Soal Fazura harus diketepikan sebentar walaupun hatinya tidak putus-putus mendoakan Fazura.

   “Siapa call?” Tanya Firdaus selepas melihat Nadia menamatkan perbualan telefon dnegan seseorang. Dia yang sedang mendukung tubuh Adam yang sudah lena tidur menghampiri Nadia.
   “Abang. Dia tanya keadaan Zura. Masuk kali ni dah lebih tiga kali dia telefon.” Balas Nadia.
   “Abang tak datang?”
   “Dia ada meeting kat Putrajaya. Dah lama sangat dia tak masuk pejabat. Hari ni tak sempat rasanya nak lawat Zura.”
   “Adik nak pergi makan tu. Pergila ikut dia sekali. Sayang pun tak makan lagi kan?” ujar Firdaus sambil menjuihkan bibir ke arah Farhana yang sedang berpelukan dengan mamanya. Farhana baru sahaja tiba petang semalam.
   “Tak apalah. Tak lapar. Siapa yang ada kat dalam?” Tanya Nadia yang merujuk kepada wad yang menempatkan Fazura yang hanya boleh menerima dua pelawat sahaja pada satu masa.
   “Maksu dengan Rizal.”
   “Patut bawak stroller tadi. Tak payah susah-susah nak dukung anak ni.” Nadia mengusap rambut anak kecilnya itu.
   “Tak teringat tadi.”
   Sepupu Firdaus yang baru tiba mendekati Firdaus dan Nadia. Mereka sempat bersalaman sebelum mendekati ahli keluarga yang lain.






























41

Sementara menantikan kehadiran Ehsan di ruang mesyuarat, para kakitangan terlibat sempat berbual sesama sendiri. Mereka sempat membicarakan khabar angin yang menyatakan majikan mereka itu mempunyai hubungan istimewa dengan adik kepada adik iparnya. Dan begitu juga dengan khabar yang menyatakan Fazura kini koma di hospital.
   “Fazura tu kawan aku.” Tegas Safwan.
   “Kau tak tau ke bos bercinta dengan dia?”
   “Morning.” Ehsan muncul dengan telefon bimbit di tangan. Serta-merta ruang mesyuarat menjadi sunyi.
   “Dari luar saya dengar semua berbual, tiba-tiba diam?” Ehsan mengukir senyuman kecil sambil mengambil tempat duduk. “Kenapa? Saya nampak pelik ke?”
   Semua menggeleng kepala menidakkan pertanyaan Ehsan.
   “Okay. Shall we start?” Tanya Ehsan dan semua di hadapannya bersetuju. Kemudian dia teringatkan failnya tertinggal di atas meja lalu meminta setiausahanya mengambil fail tersebut.
   “Semalam siapa menang? Liverpool against Chelsea?” Tanya Ehsan.
   “Liverpool lah bos! 2-1.”
   “Bos tak tengok ke? Rugilah.”
   “Saya tertidur. Penat sangat.” Balas Ehsan sambil membetulkan lengan kemejanya. Sekejap-sekejap dia mengerling telefon bimbit di hadapannya. Menunggu panggilan yang ditunggu-tunggu dari ahli keluarga Fazura.

   Fairus mendapatkan ahli keluarganya yang berkumpul di luar HDW. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Dia melajukan langkah.
   “Zura kenapa?” Tanya Fairus.
   “Dia baru je sedar. Alhamdulillah.” Jelas salah seorang sepupunya.
   “Ni doktor tengah periksa keadaan dia. Tadi doktor cakap kemungkinan hari ni nak pindahkan Zura ke wad biasa.” Sambung Datin Rosmah. “Alhamdulillah.”
   “Tadi siapa yang ada masa Zura sedar?” Tanya Fairus.
   “Adik dengan Nadia.”
   Nadia pada masa sama cuba menghubungi Ehsan. Panggilan pertamanya tidak berjawab. Begitu juga dengan panggilan kedua.
   Ehsan pada masa sama memandang sepi telefon bimbitnya yang berada dalam ‘silent mode’ itu bergegar atas meja. Ketika itu salah seorang pekerja sedang membentangkan kertas kerja dan dia tidak mahu dianggap tidak professional untuk menganggu pembentangan tersebut semata-mata untuk menjawab panggilan telefon.
   Sebaik sahaja pembentangan ditamatkan beberapa minit kemudian, Ehsan meminta diri sebentar untuk membuat panggilan penting.
   “Assalammualaikum. Nadia, ada apa?” Tanya Ehsan.
   Nadia menjawab salam. “Zura dah sedar. Baru je.”
   Ehsan agak terkejut mendengar berita itu namun pada masa sama, dia bersyukur kerana Allah memakbulkan doanya. “Alhamdulillah. Dia boleh bercakap dah?”
   “Tak. Dia sekadar buka mata dan pandang sekeliling.”
   “Abang ada meeting sebenarnya. Dalam setengah jam lagi abang ke sana. Thanks for calling.”
   “Sama-sama.”
   Ehsan tersenyum sendirian. Hatinya begitu gembira kerana akhirnya Fazura sudah sedar daripada koma. Dia kembali melangkah masuk ke ruang mesyuarat dengan senyuman melebar.
   “So, shall we proceed?” Ehsan tersenyum memandang kakitangannya yang rata-ratanya pelik melihat sikap Ehsan.
  
   Melihatkan kehadiran Ehsan, rakan-rakan dan ahli keluarga Fazura yang datang melawat memberikan peluang untuk Ehsan dan Fazura bertemu. Fazura kini ditempatkan di wad biasa, di bilik yang menempatkan sebuah katil sahaja. Kini hanya tinggal mereka berdua.
   “Hai,” sapa Ehsan dengan nada lembut, romantis.
   “Hai.” Serak suara Fazura membalas sapaan Ehsan itu. Diperhatinya Ehsan yang mengambil tempat di sisinya.
   Mereka saling berpandangan untuk melepaskan rindu masing-masing. Entah mengapa tiba-tiba lidah Ehsan kelu untuk berkata-kata.
   “You’re wearing black.” Ujar Fazura, lemah. Tetapi masih mampu mengukir senyuman kecil. “My favorite.”
   “I know,” balas Ehsan seraya menganggukkan kepalanya.
   “Dah berapa hari I tak jumpa you?” Tanya Fazura lagi.
   “12 hari.”
   “Dah lebih seminggu?”
   Ehsan ketawa kecil. Sekali lagi dia mengangguk. “Dah lebih seminggu.”
   “So?”
   “Apa dia?”
   “Apa you rasa?”
   Ehsan mendekatkan wajahnya pada wajah Fazura. “I rasa nak kahwin cepat-cepat. Tapi bakal isteri terlalu syok tidur tak bangun-bangun.”
   Fazura ketawa kecil. Sesekali dia mengusap perutnya yang dijahit akibat ditikam oleh Badri. Terasa ngilu dan pedih. Ehsan perasan riak wajah Fazura yang seakan menahan sakit.
   “Sakit sangat ke? Hmm?”
   Fazura menggeleng perlahan. “Terasa pedih sikit.”
   Ehsan mengeluh perlahan. “Take a rest okay? I tak nak ganggu you. Esok I datang.”
Ehsan mencium jemari halus milik Fazura dan mula melangkah meninggalkan Fazura.
   “Don’t go.” Kata-kata Fazura mematikan langkah Ehsan. “Please.”

   Leeya mengusap perutnya sambil menunggu dua orang yang ingin ditemuinya. Dia sudah nekad. Keputusannya sudah bulat. Tiada siapa yang dapat menghalangnya walaupun sudah dipujuk berkali-kali oleh adiknya.
   “Tumpang tanya. Awak…Leeya kan?” seorang wanita bertudung bersama pasangannya kini berdiri di hadapan Leeya.
   Leeya mengangguk. “Puan Nora?”
   “Ya saya. Maaflah lambat sikit,” Nora berpelukan dan berlaga pipi dengan Leeya sebelum memperkenalkan Leeya kepada suaminya, Rashid.
   “Baby macam mana? Sihat?” tanya Nora.
   “Alhamdulillah.”
   “Awak…awak dah yakin dengan keputusan awak untuk serahkan bayi awak kepada kami selepas lahir nanti?”
   Soalan Nora membuatkan Leeya berhenti bernafas buat seketika. Hatinya berdegup pantas. Dia kembali bertanya kepada dirinya sendiri apakah dia sudah yakin untuk menyerahkan bayinya kepada orang lain selepas dia melahirkan bayinya itu? Jika sebentar tadi dia begitu yakin dengan keputusannya, kali ini dia sendiri tidak pasti.
   “Leeya?” Nora masih menanti jawapan Leeya.
   “Maafkan saya. Saya takkan serahkan anak saya kepada puan. Maafkan saya.” Leeya bingkas bangun dan meninggalkan pasangan suami isteri itu dalam keadaan terpinga-pinga.

   Sepuluh minit kemudian Ehsan bangun dari kerusi di sisi katil Fazura dan berbisik lembut ke telinga Fazura. “Sayang, I balik dulu. Take care okay.”
   Melangkah sahaja menghampiri pintu, Datin Rosmah bersama beberapa orang ibu saudara Fazura sudah berada di muka pintu.
  “Ehsan, nak balik dah?” Tanya Datin Rosmah.
   Ehsan mengangguk. “Saya kena masuk pejabat semula. Ada kerja lagi. InsyaAllah esok saya datang lagi.”
   “Yalah. Terima kasih banyak-banyak sebab ambil berat tentang Zura.”
   “Jangan cakap macam tu. Saya ikhlas.” Balas Ehsan dengan senyuman kecil. Ehsan bersalaman dengan wanita-wanita berusia di hadapannya. “Saya balik dulu. Assalammualaikum.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments