Hadirmu Menyemai Cinta - Part 6

33

Sudah dua kali Fazura menolak pelawaan Ehsan untuk keluar makan bersama. Meskipun berat hatinya untuk menolak pelawaan tersebut, namun dia terpaksa melakukan demikian. Dia harus mencari tahu perasaan sebenar Ehsan. Dia tidak mahu bertepuk sebelah tangan dan terhegeh-hegeh mencari perhatian Ehsan sedangkan lelaki itu masih belum diketahui perasaannya.
   Ehsan menatap mesej terakhir yang diterima daripada Fazura. Dia pelik. Fazura seakan menjauhkan diri daripadanya. Bila dihubungi telefon bimbitnya, Fazura seakan tidak mahu berbual dan ada sahaja alasannya untuk cepat-cepat menamatkan perbualan.
   “Boss...boss,” Safwan berdiri di muka pintu dan menegur majikannya itu.
   Ehsan tersentak dari lamunannya.
   “Ada apa, Wan?” tanya Ehsan.
   “Macam mana? Boss nak join kitorang lunch tak?”
   Ehsan mengetap bibir. Dia teringat pelawaannya ditolak oleh Fazura. “Alright. Bagi saya lima minit.”
   “Kitorang tunggu kat luar.” Ujar Safwan sebelum meninggalkan Ehsan.
   Ehsan menyusun dokumen yang berselerak atas mejanya dan pada waktu yang sama dia menerima panggilan telefon daripada klien perniagaannya. Selepas berbual buat seketika, Ehsan keluar dari biliknya dan melihat beberapa orang staf sedang berbual sambil menunggunya.
   “Sorry saya tak boleh join. Saya ada hal dengan klien.” Ehsan meminta maaf kepada stafnya. Dia menghulurkan dua keping not RM50 dan menyerahkannya kepada salah seorang stafnya, Bob. “Hari ni saya belanja.”
   “Thanks boss.”
   Ehsan tersenyum sebelum kembali semula ke biliknya.

   Fazura bertungkus-lumus dalam membuat persediaan perkahwinan abangnya. Memandangkan beberapa minggu sahaja lagi majlis perkahwinan akan berlangsung, Fazura terpaksa bekerja siang dan malam bagi memastikan segalanya berjalan lancar. Mujurlah Firdaus dan Nadia memberi kepercayaan sepenuhnya terhadapnya.
   “Cik Zura, meeting dengan catering dan event crew pukul 11.30 pagi ni.” Ujar setiausaha Fazura.
   Fazura memandang jam tangannya. Ada lebih kurang setengah jam lagi. “Awak prepare meeting room kat HR department. Sebab meeting room kita Encik Firdaus guna. Nanti dah ready, call saya.”
   Setiausahanya mengangguk faham dan terus melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Fazura. Fazura menongkat dagu sambil terus-terusan menatap telefon bimbitnya. Dia sudah mula merindui Ehsan. Menyesal dia menolak pelawaan Ehsan untuk makan tengahari bersama. Dan menyesal dia berpura-pura jual mahal setiap kali Ehsan menghubunginya. Natijahnya kini dia sudah mula tidak keruan.
   “Apasal aku je yang teringat kat dia? Entah-entah dia tengah happy kat sana. Buat apa nak teringatkan aku? Bukannya aku ni girlfriend dia pun.” Fazura mengomel sendirian. Dia menghentak perlahan kepalanya atas meja berkali-kali.
   “Zura, kenapa ni?” Datuk Ahmad Fauzi sudah berdiri di hadapan Fazura. Fazura mengangkat muka dan terkedu seketika.
   Datuk Ahmad Fauzi mengangkat kening. “What’s wrong?”
   “Hah? Mmm.” Fazura menelan liur. “Zura...pening kepala.”
   “Teruk sangat ke sampai hentak kepala atas meja? Jom papa hantar pergi klinik.”
   “Hah? Takpelah papa. Dah okey dah. Zura ada meeting ni.”
   “Are you sure?”
   Fazura mengangguk laju.
   “Kalau tak tahan, call papa. Kita pergi klinik.”
   “Okey. Jangan risaulah. Zura dah okey.”
   “Kalau macam tu, papa keluar dulu. Take care.” Datuk Ahmad Fauzi sempat mencuit pipi anaknya itu sebelum keluar dari bilik tersebut.
   Fazura menghela nafas lega.

   Firdaus membawa Fazura dan Farhana keluar untuk membeli beberapa barangan yang masih belum mencukupi untuk majlisnya nanti. Sebelum itu Firdaus sempat singgah di rumah Ehsan untuk memulangkan telefon bimbit Nadia yang tertinggal di keretanya. Fazura sudah mula berdebar dan gemuruh sewaktu Firdaus menyatakan hajatnya untuk singgah di rumah Nadia. Sudah lebih seminggu dia cuba menjauhkan diri daripada Ehsan.
   Fazura menghela nafas lega apabila dia melihat kereta Ehsan tiada di rumah. Fazura memandang jam tangannya. Sudah hampir pukul 8.15 malam. Kemungkinan Ehsan masih belum pulang dari pejabat. Firdaus berbual seketika dengan Nadia sementara Fazura dan Farhana menunggu di dalam kereta.
   “Nasib baik Ehsan tak ada.” ujar Fazura.
   Belum sempat Farhana menjawab, perhatian mereka teralih ke arah kereta Ehsan yang berhenti di belakang kereta Firdaus. Tidak lama kemudian, Ehsan kleuar daripada kereta sambil membimbit briefcase. Dia bersalaman dengan Firdaus sebelum tersenyum ke arah Farhana yang berada di dalam kereta. Ehsan hanya mampu tersenyum kecil apabila Fazura sengaja mengalihkan pandangannya ke arah bertentangan.
   “Kak Zura, janganlah sombong dengan dia. Ni betul-betul menjauhkan diri namanya.” Ujar Farhana.
   Kan adik yang suruh Kak Zura jual mahal.”
   “Memanglah. Tapi taklah semahal ni. Bagilah discount sikit.” ujar Farhana. “Abang Ehsan dah masuk dalam dah.”
   Dan tidak sampai seminit kemudian, Firdaus kembali masuk ke dalam kereta. “Kak Nadia kirim salam kat korang.”
   “Waalaikumussalam. Tadi Abang Ehsan baru balik kerja ke?” tanya Farhana.
   “Ha’ah. Dia tak sihat tu. Kejap lagi nak pergi klinik.”
   Fazura mula khuatir akan kesihatan Ehsan. “Tak sihat macam mana? Demam?”
   “Dia dah dua hari demam. Kak Nadia ajak pergi klinik dia tak nak. Tapi tadi dia dah tak larat sangat agaknya, terpaksalah ikut cakap Kak Nadia.”
   Fazura mengetap bibir. Dia memejamkan matanya dan cuba menenangkan hati yang sedang kencang bergelora.
   Firdaus banyak dibantu Farhana untuk memilih dan mencari barangan yang diperlukan sementara Fazura pula masih dalam dunianya sendiri. Apabila mengetahui keadaan kesihatan Ehsan daripada Firdaus tadi, dia tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Di mindanya hanya terbayangkan Ehsan. Dia ingin bertemu Ehsan. Dia ingin melihat keadaan Ehsan. Tanpa disedari, akhrinya dia terlena melayari bahtera mimpi.

   Nadia baru selesai menunaikan solat Subuh apabila dia sempat meninjau keadaan abangnya di bilik sebelah. Ehsan masih berselubung dalam selimut kerana kesejukan sedangkan pendingin hawa dan kipas tidak dipasang. Nadia meletakkan tapak tangannya pada dahi Ehsan. Masih panas.
   “Abang…bangun bang.” kejut Nadia.
   “Mmm?” Ehsan terkebil-kebil.
   “Dah pukul 6.15 ni. Badan abang panas lagi ni. Nadia ambilkan ubat ya?”
   “Mmm. Abang solat dulu.”
   “Okey. Abang tak payah kerja hari ni tau.”
   Ehsan pantas menggeleng. “Abang ada meeting penting hari ni.”
   “Tak boleh cancel ke? Sehari je abang tak pergi kerja tak boleh ke?” rungut Nadia.
   Ehsan bangun dari katil. Dia hanya tersenyum kecil memandang Nadia dan terus beredar ke bilik air meninggalkan Nadia yang masih merungut kerana kedegilannya. Nadia kemudiannya beredar ke dapur untuk mengambil ubat dan diberikan kepada Ehsan. Selepas itu barulah dia menyediakan sarapan sebelum Adam akhirnya terjaga dari lena.
   Ehsan berbaring semula atas katil selepas memakan ubat. Matanya terasa berat. Mujur mesyuaratnya diadakan pada pukul 11 pagi. Dia masih mempunyai masa untuk berehat seketika sebelum berangkat ke pejabat.
  



34

Datin Rosmah dibantu Azlin, Farhana, pembantu rumah dan beberapa orang sepupu dan rakan yang bertandang ke rumah menyediakan cenderamata buat tetamu di majlis resepsi Firdaus dan Nadia.
   “Lepas Fir, Zura pulak kan?” usik salah seorang rakan Datin Rosmah.
   Datin Rosmah tersenyum kecil. “Dia mana ada calon lagi, Nor. Lepas dia putus dengan budak yang saya cerita dulu, terus sampai sekarang tak ada pengganti.”
   “Tapi selalu jugak Nor ternampak Zura dengan seorang lelaki. Boleh tahan handsome. Tinggi daripada Zura. Mesra sangat. Agaknya dia malu nak beritahu awak kot.”
   Datin Rosmah mengerutkan dahinya. Farhana dan Azlin saling berpandangan.
   “Dia tunggu masa yang sesuailah tu. Biar selesai hal abang dia ni dulu, barulah dia nak beritahu keluarga agaknya.” celah sepupu Datin Rosmah.
   “Budak-budak sekarang macam tu lah. Senyap-senyap bercinta. Tup-tup ada rombongan datang meminang. Entah bila masa diorang bercinta pun kita tak tahu.” Sepupu Datin Rosmah ketawa kecil.
   “Tak ada pulak dia beritahu dia dah ada pakwe ke ape. Tapi sejak akhir-akhir ni Zura ni macam berubah sikit. Kan Lin?” Datin Rosmah memandang Azlin. “Dia dah tak berangin sangat kan? Jaranglah dia nak marah ke..mengamuk ke macam dulu.”
   “Tulah. Lin pun perasan jugak.”
   “Sebab tu orang tua-tua selalu kata bila bergaul dengan orang baik, kita pun jadi baik. Eloklah tu Zura dapat pakwe yang boleh membimbing dia.” ujar sepupu Datin Rosmah.
   Datin Rosmah tersenyum lega.

   Fazura berdebar menantikan kehadiran Ehsan di Luxurious Garden. Dia menghubungi Ehsan untuk bertanyakan keadaan kesihatan Ehsan. Dan secara tiba-tiba Ehsan menyuarakan hasrat utnuk berjumpa Fazura. Dan untuk tidak menyukarkan Fazura, Ehsan meminta Fazura menunggu di Luxurious Garden pada petang itu.
   Bahunya dipegang seseorang. Fazura pantas menoleh dengan senyuman kerana menyangkakan seseorang itu adalah Ehsan. Namun sangkaannya meleset sama sekali.
   “Sayang.” Badri memandang Fazura dengan pandangan penuh harapan supaya Fazura menerimanya kembali.
   “Apa you nak?!” jerkah Fazura.
   “Zura, I menyesal. I silap sebelum ni. Tapi percayalah I menyesal. I sayangkan you. Terlalu sayangkan you.”
   Fazura mendengus.
   “I tinggalkan Leeya demi you. Sebab I tak cintakan dia sepertimana I cintakan you. Dulu I akui I bersama you semata-mata kerana duit. Tapi bila kita berpisah, I dah sedar. I tak boleh hidup tanpa you.” Kali ini mata Badri mula berkaca. Fazura terpaku. Lelaki seperti Badri menangis kerananya? Sepanjang bersama Badri, dia sudah terlalu mengenali lelaki yang begitu tinggi dengan egonya itu. Mustahil Badri akan mengalirkan air mata semata-mata kerana seorang perempuan. Tetapi tidak kali ini. Badri sudah berubah.
   “Bad, dahlah. I…sebenarnya I dah lama lupakan hal tu.” Fazura cuba menenangkan Badri.
   “I janji I akan berubah. I janji I akan jaga you dengan lebih baik.” Badri memaut kedua bahu Fazura.
   “Kita tak boleh bersama macam dulu.”
   “I tahu you masih tak boleh maafkan I.”
   “Bukan…bukan macam tu.”
   “One more chance. Just one more chance.”
   Fazura terdiam. Badri menganggap diam Fazura sebagai tanda setuju lalu dia memeluk tubuh Fazura dan berulang kali menyatakan kekesalannya terhadap Fazura.
   Ehsan menghubungi telefon bimbit Fazura. Dan apabila panggilannya dijawab, Ehsan pantas memberi salam. “Zura, I tak dapat datang. Something came up.”
   “You memang betul-betul tak dapat datang? Kita boleh jumpa malam ni. Esok ke?”
   “I busy sangat sebenarnya. Once I’m free, I akan call you. Selama tu, please jangan cari I.”
   “Tapi..”
   “Gotta go now. Assalammualaikum.” Ehsan mematikan talian. Dia terus melangkah meninggalkan Luxurious Garden. Melihatkan kemesraan antara Badri dan Fazura, Ehsan terus mematikan niatnya untuk bertemu Fazura. Belum masanya untuk di bersemuka dengan Fazura.

   Farhana memasuki bilik tidur Fazura. Kakaknya asyik berkurung dalam bilik sejak pulang dari kerja petang tadi. Sewaktu dipanggil turun untuk makan malam, Fazura menyatakan dia tidak lapar. Farhana dapat merasakan sesuatu terjadi pada Fazura. Dan nalurinya tepat. Fazuradilihat sedang menangis sendirian sambil menekup wajahnya dengan bantal.
   “Kak Zura,” Farhana memaut lengan Fazura. “Kenapa ni?”
   Fazura tidak mempedulikan adiknya dan terus-terusan menangis.
   “Tentang Abang Ehsan ke?”
   Farhana tidak mendapat jawapan.
   “Kak Zura janganlah macam ni. Cerita kat adik. Mana tahu adik boleh tolong.”
   “Tak ada siapa yang boleh tolong aku!”
   “Biar adik call Abang Ehsan kalau Kak Zura tak nak beritahu.”
   Fazura bangun dan memandang adiknya. “Dia tak pedulikan aku pun. Kau nak call dia? Call lah. Aku sorang je yang terhegeh-hegeh nakkan dia. Dia langsung tak pedulikan aku. Dia suruh aku jangan cari dia lagi!”
   Air mata Fazura semakin deras mengalir. Farhana memeluk kakaknya itu. “Jadi itu sebabnya Kak Zura nangis? Korang berdua ni peliklah. Sama-sama suka tapi terus memendam perasaan. Terus-terang jelah.”
   “He doesn’t like me.”
   “He likes you. Trust me. Dia tak tunjukkan cinta dia kat Kak Zura melalui percakapan. Tapi secara tak langsung dia merubah Kak Zura. Kak Zura perasan tak ada perubahan pada diri Kak Zura sejak Kak Zura rapat dengan dia?” jelas Farhana. “Kak Zura secara perlahan-lahan berubah dari seorang yang terlalu berangin kepada seorang yang sedikit berangin. Dulu kalau Kak Zura salah, punyalah tinggi ego tu sampai tak nak minta maaf langsung. Tapi sekarang tak. Salah sikit, Kak Zura dah minta maaf.”
   “Kak Zura mungkin nak sorok-sorok daripada kitorang. Tapi mama, Kak Lin, Alang pernah nampak Kak Zura solat terutamanya solat Subuh. Kak Zura sebelum ni susah nak bangun pagi. Tapi sekarang lepas solat Subuh, Kak Zura terus berjaga. Mungkin Kak Zura sendiri tak perasan semua ni. Itulah sebenarnya cinta Abang Ehsan. Hadirnya dia untuk menyemai cinta dalam hati Kak Zura secara diam sampai Kak Zura sendiri tak sedar. Selama ni Kak Zura asyik fikir Kak Zura bertepuk sebelah tangan. Tapi sebenarnya tak.”
   Fazura terdiam mendengar kata-kata Farhana. Farhana menyambung kata, “Sebab tu adik pelik. Kenapa korang asyik memendam perasaan?”
   Farhana menyeka air mata kakaknya. “Buat masa ni, Kak Zura ikut je cakap Abang Ehsan. Jagan cari dia. Adik yakin nanti dia sendiri yang akan cari Kak Zura.”
   Fazura memeluk adiknya itu. Entah mengapa dia merasakan lebih tenang setelah dipujuk Farhana. Adiknya itu begitu memahaminya sejak kecil lagi sehinggakan dia merasakan Farhana lebih layak menjadi kakaknya berbanding dia sendiri menjadi kakak Farhana.




35

Ketibaan rombongan pengantin perempuan di perkarangan masjid disambut mesra oleh pihak keluarga pengantin lelaki. Ayu berkurung moden serta bertudung, Nadia diapit adik saudaranya sambil diikuti ahli keluarga yang lain masuk ke dalam masjid. Nadia sempat bersalaman dengan keluarga dan sanak saudara Firdaus yang turut hadir ke majlis akad nikahnya.
   Di kala Nadia berdebar-debar menanti saat bergelar isteri Firdaus, lain pula bagi Fazura. Fazura berdebar-debar untuk bersua muka kembali dengan Ehsan selepas hampir tiga minggu. Dari ekor matanya, Fazura bias melihat kelibat Ehsan yang segak berbaju melayu krim melangkah masuk ke dalam masjid sambil berbual bersama Fairuz dan Dani, sepupu lelaki Fazura. Cepat-cepat Fazura mengalih pandang dan berbual dengan sepupu-sepupunya.
   “Handsome.” Puji Fasya, sepupu Fazura. “Kan Kak Zura?”
   “Siapa?”
   “Tu. Yang duduk sebelah Alang tu. Itu abang Kak Nadia eh?”
   Fazura terkedu.
   “Sya, jangan main-main. Dia dah berpunya tau. Melepaslah kau.” Usik Farhana pula. Seakan mengetahui isi hati Fazura.
   “Ish. Melepas lagi.” Fasya tersenyum.
   Fazura memandang Ehsan selalu wali Nadia yang sedang duduk bersebelahan Firdaus. Sesekali dia dilihat berbisik dengan Firdaus. Fazura merindui wajah itu. Fazura merindui senyuman pada wajah itu. Dan tanpa diduga, pandangan mereka bersatu. Mereka saling berpandangan buat seketika sebelum Ehsan mengambil tempat di hadapan Firdaus bagi upacara ijab dan kabul.
   Alhamdulillah akhirnya Firdaus dan Nadia selamat diijabkabulkan dan kini mereka sudah bergelar suami isteri walaupun dengan dua kali lafaz. Selepas itu, sesi bergambar bersama pengantin bermula. Gambar bersama keluarga pengantin lelaki dan perempuan, adik-beradik pengantin lelaki dan perempuan, begitu juga gambar pengantin bersama kenalan yang hadir.
   “Lagi satu gambar. Abang Ehsan dengan Kak Fazura,” pinta Farhana. Fazura terkejut. Ehsan juga terkejut dengan permintaan Farhana tetapi dilindungi perasaan itu dengan senyuman. “Hah, dengan Adam sekali.”
   Selepas digesa oleh beberapa ahli keluarga, Fazra dan Ehsan terpaksa akur. Ehsan mendukung Adam dan berdiri di sebelah Nadia manakala Fazura pula berdiri di sebelah Firdaus. Kekok. Itu yang dirasakan oleh Fazura dan Ehsan ketika itu.

   Petang itu selepas solat Asar, Fazura ditemani Farhana dan Hazim menuju ke Luxurious Inn bagi memeriksa persediaan terakhir untuk majlis resepsi yang akan diadakan malam itu. Fazura dan Farhana turut membawa pakaian untuk dipakai malam ini dan akan terus bersiap di hotel sahaja.
   “Okay babe. Aku tunggu tapi jangan lambat sangat okey? Sebab aku banyak lagi kerja nak kena siapkan before majlis.” ujar Fazura kepada rakannya yang merupakan seorang mak andam yang akan mendandannya sempena majlis malam nanti. “Okay bye.”
   Fazura kemudiannya memantau pekerja Aunty Umi yang masih bertungkus-lumus menghias pelamin supaya konsepnya selaras dengan konsep hiasan dewan cetusan idea Fazura.
   “Kelopak mawar dah ada, Fynn?” Tanya Fazura kepada pekerjanya.
   “Dah. Nak taburkan atas red carpet sekarang ke?”
   “Belum lagi. Setengah jam sebelum tetamu datang, awak taburkan atas red carpet.”
   Farhana menghampiri Fazura. “Kak Zura, ada berapa round table semuanya? Satu table berapa orang?”
   “Ada 50. Satu table sepuluh orang. Kenapa?”
   “Saja tanya. By the way, nice deco.” Puji Farhana.
   “Thanks. Adik, tolong Kak Zura boleh tak? Kat tepi tu ada banner stand. Ada gamba Kak Nadia dan Alang. Adik letak kat luar so that nanti tetamu tahu mana satu dewan untuk majlis kita. And also the big bouquet of flowers kat tepi tu. Letak kat luar jugak together with the banner stand. Pandai-pandailah adik nak hias macam mana. Mintak tolong Hazim.” Arah Fazura.
   “Okay boss.” Farhana akur.
   Fazura memerhati sekeliling. Daripada dekorasi pelamin, dekorasi meja makan tetamu dan pengantin, dekorasi pintu gerbang, pencahayaan dan segalanya diteliti Fazura. Dengan konsep ’Taman Bunga’, ballroom itu dipenuhi dengan hiasan bunga yang begitu menarik pandangan. Fazura tersenyum lega. Segalanya mengikut kehendaknya.

   Ramai tetamu jemputan telah tiba untuk meraikan raja sehari iaitu Firdaus dan Nadia di Luxurious Inn. Ada yang sudah berada di meja makan sambil menunggu majlis bermula. Ada yang berdiri sambil berbual dengan tetamu yang lain dan tidak kurang juga ada tetamu yang sibuk mengambil gambar kenangan.
   Fazura tidak menang tangan. Dialah yang paling sibuk malam itu. Ke sana ke sini menguruskan semuanya berkaitan dengan majlis itu sehingga tidak menyedari dirinya diperhatikan Ehsan. Malam itu kedua belah pihak pengantin termasuk pengantin sendiri mengenakan pakaian berwarna merah jambu. Dan Ehsan mengakui keanggunan Fazura menggayakan kurung moden dan rambutnya yang panjang beralun dibiarkan lepas.
   Ketibaan raja sehari disambut dengan selawat ke atas nabi junjungan, Rasulullah S.A.W diketuai oleh Ustaz Azmil. Selepas itu raja sehari diarak masuk ke dewan dan diapit oleh pengapit naik ke atas pelaminan. Datuk Ahmad Fauzi dan Ehsan selaku wakil kedua belah keluarga diberi kepercayaan untuk memberi sepatah dua kata buat raja sehari dan tetamu yang sudi hadir.
   “Mulut tu tutup sikit. Nanti masuk lalat,” usik Farhana ketika kakaknya itu kusyuk mendengar ucapan Ehsan.
   “Mulut Kak Zura memang tertutup eh?” Fazura mencubit lembut lengan adiknya. Kemudian mereka menyertai tetamu lain yang menepuk tangan selepas Ehsan selesai memberi ucapan pendeknya.
   Selesai upacara menepung tawar, raja sehari di bawa ke meja santapan. Dan ketika itu tetamu turut sama menjamu hidangan yang disediakan. Ehsan yang turut berada di meja pengantin mengambil tempat di antara pengapit Nadia dan ibu saudaranya. Fazura menemani beberapa rakannya yang turut hadir menjamu hidangan sambil berbual mesra.
   “Zura.” Namanya dipanggil seseorang. Fazura dan rakan-rakannya menoleh.
   “Leeya?” Fazura terkejut melihat kehadiran Leeya apatah lagi dengan perubahan fizikalnya. Fazura dan rakannya saling berpandangan.
   “Leeya,kau…” Sherry tidak sanggup meneruskan ayatnya.
   “Aku pregnant. Kenapa? Terkejut?”
   “Kau…buat apa kat sini?” tanya Fazura.
   “Kita berbual kat luar. Please.” Leeya terus meninggalkan dewan ballroom. Fazura teraga-agak untuk menemui Leeya. Selepas diyakini oleh rakan-rakannya, dia akur dengan permintaan Leeya.

   Ehsan mencari di sekitar lobi namun kelibat Fazura dan rakan wanitanya tadi tidak kelihatan. Tadi sempat dia melihat Fazura didekati seorang wanita yang suatu ketika dulu pernah menampar pipi Fazura. Dia merasa tidak sedap hati lalu membuat keputusan untuk mengekori Fazura dan wanita itu.
   Ehsan meraup wajahnya. Kemudian dia teringatkan sesuatu. Taman. Mungkin Fazura dan wanita itu berbincang sesuatu bersifat peribadi di taman. Laju kaki Ehsan melangkah menuju ke taman. Dan sangkaannya tidak salah. Dia mengamati dari jauh kedua wanita itu.
   Leeya melutut di hadapan Fazura secara tiba-tiba. Air matanya menitis laju membasahi pipi. Fazura terpana seketika dengan tindakan drastik Leeya itu.
   “Leeya..apa..apa kau buat ni?”
   “Aku merayu pada kau, Zura. Aku merayu. Lepaskan Badri. Bukan demi aku tapi demi bayi yang aku kandung. Ni darah daging dia, Zura.” tangis Leeya. “Bayi ni milik Badri.”
   Fazura terpampan mendengar pengakuan Leeya. Lidahnya kelu. Dia tidak mampu bersuara.
   “Aku sedar kesilapan aku. Memang aku bersalah sebab khianati kau. Aku buat semua tu sebab aku cintakan Bad. Aku terlalu cintakan Bad. Tolong tinggalkan dia, Zura.”
   “Dah..berapa bulan?” lemah pertanyaan Fazura.
   “Empat bulan.”
   “Masa kau datang sini dan serang aku, kau sebenarnya dah mengandung?”
   Leeya mengangguk perlahan. Fazura memejamkan matanya. Dia tidak kecewa dengan Badri. Tetapi dia kasihan melihat Leeya. Leeya menderita kerananya. Jika cinta Badri bukan terhadap Fazura, Leeya tidak akan sanggup melutut di hadapannya dan merayu supaya dia meninggalkan Badri. Dan bayi dalam kandungan Leeya tidak berdosa. Dia tidak tegar membiarkan bayi itu lahir tanpa bapa.
   Fazura melutut mengadap Leeya. Dia memeluk erat tubuh Leeya. “Aku dah lama lupakan tentang peristiwa yang berlaku antara kau, aku dan Bad. Aku tak simpan dendam terhadap kau. Leeya, kau kawan baik aku.”
   Air mata Fazura mula jatuh ke bumi. “Aku tak ada hubungan langsung dengan Badri. Percayalah. Bila dia merayu nak kembali semula dengan aku, aku menolak. Aku dah tak ada perasaan pada Bad. Aku cintakan orang lain.”
   “Bukan Bad?”
   Fazura menggeleng. “Demi Allah, Leeya. Aku takkan rampas Bad. Aku akan cuba slow talk dengan dia. Jangan risau.”
   “Thanks Zura.”
   “My pleasure. Dahlah jom bangun. Sakit lutut aku.” Fazura sempat bergurau sambil berdiri dituruti oleh Leeya. “Jom makan kat dalam.”
   “Takpelah Zura. Aku kena balik. Terima kasih sekali lagi Zura.” Leeya memeluk Fazura sekali lagi buat seketika. “Aku balik dulu.”
   Fazura memerhatikan Leeya yang melangkah meinggalkannya. Tiba-tiba Leeya menoleh ke belakang. “Kau dah banyak berubah. Aku yakin ini semua kerana kekasih kau kan? Aku doakan kebahagiaan kau, Zura.”
   “Thanks Leeya.” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fazura buat Leeya. Fazura mengambil tempat di sebuah bangku taman sambil memandang kerlipan bintang di dada awan.
   “Bangku yang sama.” terdengar suara Ehsan di sisinya. Sekali lagi Fazura terkedu. Ehsan mengambil tempat duduk di sebelahnya. Ehsan tersenyum manis. “Bezanya kali ni you tak menangis seperti sebelum ni.”
   Fazura diam.
   “Kat luar ni sejuk. Takkan you plan nak duduk sini sepanjang malam? Jom.” pelawa Ehsan sambil bangun dari bangku.
   “I dah tak tahan lagi.” Tiba-tiba Fazura bersuara.
   “Hah?”
   Fazura ketawa sinis. “I tak kisah apa tanggapan you pada I selepas ni. Tapi I betul-betul dah tak tahan. I dah penat memendam perasaan I.”
   “Zura, kita masuk…..”
   “I cintakan you Ehsan!”
   Ehsan terdiam. Mereka saling berpandangan. Kemudian Fazura menundukkan wajahnya. Dia ketawa. Namun tawanya terasa hambar.
   “Glad to say that.” Fazura menghela nafas lega. “Let’s get back inside.”
   Langkah Fazura terhenti apabila lengannya dipaut Ehsan. Fazura menoleh. “You made it easy.”
   Fazura mengerutkan keningnya. Tidak mengerti maksud Ehsan.
   “Selama ni I asyik fikir macam mana caranya untuk I luahkan perasaan I. I ingatkan susah. But you made it easy.” jelas Ehsan. Dia menghampiri Fazura. Buat seketika, dia mengusap lembut rambut panjang wanita itu. “I ingatkan I bertepuk sebelah tangan.”
   Mata Fazura mula berkaca.
   “Zura, buat sementara kita rahsiakan hal ni.” pinta Ehsan. “Adik I baru je kahwin dengan abang you. I tak nak nanti orang lain akan cakap macam-macam bila dapat tahu tentang kita. You faham kan maksud I?”
   Fazura mengangguk faham.
   “Jom.” Ujar Ehsan dan mereka melangkah masuk ke dewan ballroom. Apa yang berlaku di taman tadi menjadi rahsia mereka berdua. Yang penting bagi Fazura dan Ehsan, mereka sudah mengetahui perasaan maisng-masing. Fazura bahagia. Tidak pernah dia merasa sebahagia begini.



36

Farhana sempat berbisik ke telinga Fazura sebelum dia masuk ke balai perlepasan bersama Hazim. “Hadiah terbaik sebelum adik balik semula ke Australia ialah perkahwinan Alang dan…hubungan Kak Zura dan Abang Ehsan. Jangan tunggu lama-lama.”
   “Thanks adik.”
   “Ingat tau. Kalau ada benda yang Kak Zura nak cerita, call me.”
   Fazura mencium pipi adiknya. Farhana kemudiannya mencium tangan dan berpelukan dengan ahli keluarga yang lain. Begitu juga dengan Hazim yang bersalaman dengan ahli keluarga kekasihnya.
   “Alang, see you next week.” Ujar Farhana kepada Firdaus yang akan berbulan madu di Australia.
   “Zim, jaga budak ni elok-elok. Along percaya kat kau.” Pesan Fairuz.
   “InsyaAllah, Along.” Hazim tersenyum.
   “Dah sampai jangan lupa call mama.” Datin Rosmah memeluk anak bongsunya.
   “Okey mama. Jangan risau. Doakan kitorang selamat sampai.” pinta Farhana. Tidak berapa lama kemudian, dia dan Hazim melangkah menuju ke balai pelepasan meninggalkan keluarganya. Sengaja dia tidak mahu mengalirkan air mata di hadapan keluarganya.
   Hazim mengerling Farhana di sebelah. Kekasihnya itu menyeka air mata di pipi. “Tak lama je lagi sayang. Nanti kita akan balik semula ke sini. Forever.”
   Farhana mengukir senyuman. Benar kata Hazim. Tidak lama sahaja lagi mereka akan menamatkan pengajian. Dan selepas itu mereka akan kembali semula ke pangkuan keluarga.

   Ehsan baru sahaja selesai bermesyuarat dengan semua stafnya apabila dia berehat di sofa di ruangan pejabatnya. Matanya terasa penat lalu dia memejamkan matanya. Beberapa minit kemudian, dia menerima panggilan telefon daripada Fazura.
   “Ya, Zura?”
   “You busy?”
   “Tak. I baru lepas meeting.”
   “Hari ni lunch sama-sama eh.”
   “Mmm..Rasanya tak bolehlah Zura. I ada lunch meeting dengan klien di Putrajaya. Lagi setengah jam I bertolak.”
   “Oh. Takpelah macam tu. Take care.”
   “Dah tak nak cakap dengan I ke?”
   “Takdelah. I takut mengganggu you.”
   “Kalau you mengganggu, I akan cakap terus-terang. Tapi I tak cakap kan?”
   Fazura ketawa kecil. Ehsan tersenyum mendengar tawa buah hatinya itu.
   “Buat apa tu?” Tanya Ehsan pula.
   “Tak ada buat apa. Meronda-ronda je kat keliling hotel ni.”
   “Syoknya kerja macam you.”
   “Tulah you. Workaholic sangat.” Ujar Fazura. “Dah berapa lama dah tak jumpa you. You bukannya nak jumpa I.”
   “Eh? Wedding tu bukan ke empat hari lepas? Bukannya lama sangat pun.”
   “Memanglah. Empat hari tu pun dah macam empat bulan.”
   Ehsan tersenyum. “Sebab tu I nak you biasakan diri berjauhan lama-lama dengan I. I nak you jadi kuat sikit. Tak naklah macam ni. Baru empat hari tak jumpa you dah rasa macam empat bulan. Kalau selama-lamanya tak dapat jumpa I, macam mana?”
   “You janganlah cakap macam tu.”
   “I cakap benda betul.”
   “You nak tinggalkan I ke?”
   “Bukan macam tu.” Ehsan ketawa kecil mendengar rajuk Fazura. “Okey esok kita jumpa. Malam esok you free tak?”
   “Free sangat!” laju Fazura memberi persetujuan.
   “I nak pergi Putrajaya dah ni. Nanti ada masa I call you.” Jelas Ehsan. “Assalammualaikum.”
  “Waalaikumussalam.” Fazura mematikan talian.

   Nadia duduk termenung di bucu katil sehingga tidak menyedari kehadiran Firdaus. Firdaus sekadar memerhati isterinya itu tanpa banyak bicara. Dia yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Nadia.
   “Awak..” tegur Firdaus dengan nada lembut.
   Nadia menoleh. “Maafkan saya. Saya tak perasan awak ada kat sini.”
   “Kenapa termenung ni? Awak boleh cerita apa-apa pun kat saya.”
   Nadia mengeluh perlahan. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Firdaus. “Saya rindukan abang. Selama ni abang dah banyak kerja kuat untuk menyara saya dan Adam. Makan minum abang saya yang jaga. Tak tahulah macam mana kehidupan abang lepas kita dah kahwin.”
   “Awak nak jumpa abang? Kita pergi rumah dia malam ni ya?”
   “Malam ni kan kita nak pergi rumah cousin awak?”
   “Oh. Saya terlupa pulak. Esoklah. Macam mana?”
   “Nanti saya beritahu abang. Kita pergi awal boleh tak? Saya nak masak makan malam kat sana.”
   “Boleh sayang.” Firdaus mencuit hidung Nadia. Dia dapat melihat wajah muram Nadia kini sudah menjadi ceria. Dia sedar isterinya itu begitu menyayangi abangnya, Ehsan.

   Pagi itu seluruh ahli keluarga sudah berada di ruangan makan untuk menikmati sarapan bersama-sama. Kecuali Nadia. Firdaus menyatakan bahawa Nadia sedang menghubungi abangnya.
    “Maaf lambat.” Ujar Nadia yang baru muncul. Dia mengambil tempat di antara Azlin dan Firdaus.
   “Dah call abang?” tanya Firdaus.
   “Dah. Dia happy bila tahu kita nak datang malam ni.”
   Fazura tersedak mendengar kata-kata Nadia. Kini semua mata tertumpu ke arahnya. Fazura mengelap bibirnya dengan tisu.
   “Makan gelojoh sangat.” Usik Fairuz. Fazura tidak menghiraukan usikan abangnya itu. Fikirannya terganggu dengan apa yang didengarinya tadi.
   “Malam ni nak pergi mana?” tanya Datin Rosmah.
   “Nadia ni rindu sangat kat abang dia. Malam ni plan nak makan malam kat rumah abang Nadia. Nadia nak masak kat sana.”
   “Eloklah tu. Sebelum honeymoon, elok jumpa abang Nadia dulu.”
   Fazura mendengus perlahan. Kemudian dia bangun dari tempat duduk. “Handphone Zura tertinggal dalam biliklah.”
   Semua memerhatikan Fazura yang berlari-lari anak menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Mereka tersenyum. Sikap Fazura sejak belakangan ini sedikit pelik sehingga menimbulkan keraguan pada keluarganya.
   Fazura menghubungi telefon bimbit Ehsan. Selepas menunggu beberapa saat, akhirnya Ehsan menjawab panggilannya.
   “I know.” Itu kata-kata pertama Ehsan sebaik menjawab panggilan Fazura.
   “Oh tahu? Habis tu kenapa tak cakap you ada hal?”
   “I can’t say no to my sister.”
   “And you can say no to me?”
   “Zura, cuba faham situasi I. Nadia nak jumpa I sebab dia rindukan I. And plus lusa dia dah nak pergi honeymoon.”
   “I pun rindu you jugak.”
   “Tapi kita boleh jumpa bila-bila masa je. Kalau tak malam ni mungkin malam esok. Tak pun lusa..tulat.”
   Fazura diam. Dia sebal kerana Ehsan tidak memahami perasaannya. Dia marah kerana Ehsan memungkiri janjinya. Terdengar keluhan Ehsan di talian.
   “You datang sekali dengan diorang malam ni.” Cadang Ehsan.
   “Datang rumah you?”
   “Yalah.”
   “Diorang tak ajak I pun. Tak naklah. Nanti tak ada privacy nak berbual dengan you.”
   “Habis tu macam mana? You nak jugak jumpa malam ni, you datanglah rumah I dengan Nadia. Okey?”
   “Malaslah nak cakap dengan you lagi. Bye.” Fazura terus mematikan talian. Dia mendengus marah. Pantas dia beristighfar supaya marahnya reda.



37

Faiza bersama suami dan anak-anaknya pulang ke kediaman keluarganya lewat petang itu sejurus selepas suaminya pulang dari tempat kerja. Ketika itu Fairuz sedang memeriksa enjin keretanya. Manakala Datin Rosmah bersama suami, Fazura, Ira dan Azlin menikmati udara segar di taman.
   Anak-anak Faiza berlari mendapatkan atuk dan wan mereka sebelum bersalaman dengan yang lain. Nadira mengajak mereka bermain sekitar taman dan suasana menjadi semakin meriah dengan gelak tawa kanak-kanak itu.
   “Fir dengan Nadia mana?” Tanya Faiza.
   “Balik rumah abang Nadia.”
   “Tidur sana ke?”
   “Taklah. Malam nanti balik sini.”
   “Zura tak ikut ke?” tanya Faiza kepada Fazura yang dari tadi leka bermain dengan rambutnya.
   “Eh buat apa Zura nak ikut? Seganlah.” Fazura tersenyum sinis.
   “Manalah tau kan?” ujar Faiza. “Ni angah tengah cari pekerja untuk gantikan tempat Nadia. Any recommendations?”
   Serta-merta Fazura terbayangkan Leeya. Dia tahu kesusahan hidup Leeya apatah lagi setelah dibuang kerja kerana majikannya mendapat tahu dia hamil anak luar nikah.
   “Nanti Zura try tanya kawan Zura.”
   Faiza mengangguk faham.

   Makan malam sudah tersedia. Nadia menunggu Firdaus dan abangnya pulang daripada menunaikan solat jemaah di surau berdekatan. Adam berlari ke sana sini di sekitar ruang tamu dan menyukarkan Nadia untuk menyuap makanan ke mulut anaknya itu.
   “Assalammualaikum.” Ucap Ehsan dan Firdaus sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Adam meluru ke arah Ehsan dan meminta supaya Ehsan mendukungnya.
   “Adam dah beratlah. Papa tak laratlah nak angkat Adam.” Usik Ehsan. Adam menginjakkan kakinya.Mahu didukung Ehsan. Ehsan ketawa lalu mendukung anak kecil itu.
   “Dia kalau dah jumpa papa dia, bukan main mengada lagi.” Ujar Nadia. “Papa nak makanlah. Jom main dengan mama.”
   Nadia cuba mengambil Adam daripada Ehsan tetapi rengekan Adam membantutkan niatnya.
   “Takpelah. Biar abang pangku dia. Fir, kita makan dulu.” Pelawa Ehsan dan Firdaus tersenyum setuju. Nadia menyenduk nasi ke pinggan abang dan suaminya.
   “Kejap lagi Zura datang. Hantarkan barang Nadia.” Ujar Nadia.
   “Barang apa?” Tanya Ehsan.
   “Adalah.” Nadia cuba berahsia. Dia mengenyit mata ke arah Firdaus supaya suaminya tidak membuka mulut.
   Ehsan menyuap makanan ke dalam mulutnya. Sejujurnya dia tidak sabar untuk bertemu Fazura. Rindu terhadap kekasih hatinya itu dipendam daripada pengetahuan Fazura.

   Sewaktu Nadia mengemas meja makan dan Firdaus berbual bersama Ehsan di ruang tamu sambil memerhatikan Adam yang leka bermain dengan mainannya, terdengar Fazura memberi salam. Fazura sudah terpacul di muka pintu sambil memegang bungkusan yang diinginginkan Nadia.
   “Masuklah. Zura nak makan?” Tanya Nadia.
   “Dah makan kat rumah tadi.” balas Fazura. “Ni dia barang yang Kak Nadia minta Zura hantarkan.”
   “Terima kasih Zura. Kak Nadia tertinggal pulak kat hall tadi. Duduklah dulu. Kak Nadia buatkan air.”
   Fazura mengambil tempat di sofa. Sempat dia mencium pipi Adam. Kini dia berhadapan dengan Firdaus dan Ehsan.
   “Kau datang sorang je?” Tanya Firdaus.
   “Yalah. Tadi Ira nak ikut tapi Along tak bagi. Homework dia tak siap lagi.”
   “Awak, tolong angkat pinggan kotor atas meja tu. Saya nak basuh pinggan.” Laung Nadia dari dapur. Dan sepantas kilat Firdaus melaksanakan arahan isterinya. Kini hanya tinggal Ehsan, Fazura dan Adam.
   “I’m not talking to you.” Ujar Fazura separuh berbisik. Takut didengari Firdaus dan Nadia.
   “Kan I dah minta maaf.” ujar Ehsan dengan nada yang sama. “Esok kita keluar.”
   “Tulah. I ingat nak pergi jugak.” nada suara Fazura lebih kuat dan dia mengukir senyuman buat Ehsan ketika dia melihat kelibat Firdaus menghampiri mereka.
   “Oh.” Ehsan turut menyedari kehadiran Firdaus. “Eloklah. It’s a nice place.”
   “Pergi mana?” Tanya Firdaus seraya mengambil tempat semula di sebelah Ehsan. Dia memandang Fazura dan Ehsan silih berganti.
   “Hah?” Fazura mati kutu.
   “Pergi mana? Tadi dengar Zura cakap nak pergi jugak.”
   “Korea Selatan.” Ehsan menjawab bagi pihak Fazura. “Tadi Zura kata nak pergi holiday tapi tak tahu kat mana. So abang suggest Korea Selatan.”
   “Oh.” Firdaus mengangguk.
   Ehsan dan Fazura masing-masing menghela nafas lega. Mujur Firdaus menerima penjelasan Ehsan tadi.

   Mizi, Iman, Nadira dan Adam awal-awal pagi lagi sudah berkejaran di taman sehingga tidak mahu bersarapan pagi dek kerana terlalu seronok bermain. Datuk Ahmad Fauzi tersenyum melihat keletah cucu-cucunya pagi itu. Anak dan menantu sudah berada di meja makan kecuali Fazura.
   “Zura mana? Tidur balik ke?” Tanya Datuk Ahmad Fauzi.
   “Tadi nampak dia pergi bilik air. Mandi kot.” Jawab Fairuz.
   “Takpelah. Kita sarapan dulu.”
   Fazura pada masa sama baru sahaja selesai membersihkan diri apabila dia dihubungi Ehsan.
   “Buat apa tu?” Tanya Ehsan.
   “Baru lepas mandi. Nak pakai baju. Kenapa?”
   “Nanti I call balik.”
   “No..no! Cakap jelah. I bukannya busy pun.”
   “Ingat nak ajak you dating.”
   Fazura menguntum senyum.
   “Hello?”
   “I dengar. Pukul berapa?”
   “Dah tak merajuk?”
   “Kalau tak jadi jugak hari ni, I boikot you.”
   Ehsan ketawa. “Kali ni jadi. Sekarang.”
   “I belum breakfast lagi.”
   “I pun belum breakfast lagi, cik adik.” Balas Ehsan. “Ingatkan pagi ni nak breakfast dengan kekasih hati.”
   Perut Fazura tiba-tiba terasa ngilu. Jantungnya berdegup laju..dan semakin laju. “Kita nak jumpa kat mana?”
   “You datang rumah I. Then tinggalkan kereta you kat rumah I. Biar I yang drive.”
   “Oh. Okey. I bersiap dulu. Lagi half an hour I sampai.”
   “Okey. See you soon. Assalammualaikum.”
   Fazura mengenakan blous hitam lengan pendek beserta skirt labuh paras lutut. Rambutnya diikat tinggi dan fringe rambutnya tersisir kemas. Sewaktu dia turun ke tingkat bawah, kelihatan papa, kedua abangnya dan abang ipar masih berada di meja makan manakala mama, Faiza dan Nadia membantu bibi di dapur.
   “Dah siap nak ke mana ni?” Tanya papanya.
   “Zura dah janji dengan kawan nak breakfast kat luar. Zura pergi dulu.” Fazura bersalaman dengan ahli keluarganya sebelum beredar. Nasib baiklah keluarganya tidak banyak tanya dengan siapa dia berjanji untuk bersarapan bersama.

  








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hadirmu Menyemai Cinta - Part 5


28

Dari malam tadi Fazura teragak-agak untuk menghubungi Ehsan. Dan malam tadi tidurnya tidak lena. Masih segar di ingatannya tentang peristiwa di Luxurious Garden. Puas dia menangis dan Ehsan di sisinya setia menemani meski tanpa bicara. Ehsan begitu prihatin walaupun mereka tidak begitu rapat dan seringkali terserempak secara kebetulan.
   Fazura menaip mesej.

   Hi it’s me Fazura. Tqsm for yesterday.

   Fazura menekan butang ‘send’. Dan tidak smapai seminit kemudian,mesejnya dibalas Ehsan.

   My pleasure. Mind to have lunch with me later?

   Jantungnya berdegup pantas. Fazura tersenyum lebar. Dia membalas.

   When and where?

   Today. Tak tau kat mane lagi. I’ll text u later?

   Sure. See u soon.

   Fazura menampar pipinya berulang kali untuk memastikan dia tidak bermimpi. Apabila dia yakin semuanya adalah realiti, dia ketawa senang hati. Mujurlah ketika itu dia berada dalam bilik pejabatnya. Kalau orang lain melihat keadaannya ketika itu pasti dia sudah dilabel sebagai orang gila.

   Fazura menunggu Ehsan hampir 15 minit di sebuah restoran di KLCC. Lehernya dipanjangkan untuk mencari kelibat Ehsan. Tiada. Fazura membaca majalah yang baru dibelinya tadi.
   “Sorry I’m late.” Ehsan muncul.
   “It’s okay. Jam ke?”
   “Taklah. I dah sampai awal tadi. Kebetulan dah masuk Zohor, I solat dulu kat surau.” Jelas Ehsan. “Dah order?”
   Fazura menggeleng laju. Sewaktu Ehsan mengatakan dia lambat kerana solat terlebih dahulu, Fazura terkesima. Sebelum ini tiada seorang pun teman lelakinya yang bersolat. Malah mereka lebih suka berseronok. Dan dirinya tidak terkecuali.
   “Kenapa tak order dulu? Kesian you kena tunggu I.”
   “Tak apa. I tak lapar sangat.”
   “Next time kalau I lambat, jangan tunggu I. You makan dulu okey?” pesan Ehsan. Fazura mengangguk faham.
   Sambil menunggu makanan dihidangkan, Ehsan dan Fazura sempat berbual sebelum telefon bimbit Ehsan berbunyi. Ehsan meminta diri untuk menjawab panggilan itu di luar restoran. Di saat dia menyedut minumannya menggunakan straw, pandangan Fazura tertumpu pada seorang lelaki yang memandangnya dari luar restoran. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangan ke arahnya. Fazura membalas senyuman dan melambai ke arah lelaki tersebut. Dan tanpa dipinta, lelaki itu menghampirinya.
   “Hai Zura.”
   “Hai Kamal. Lama tak jumpa kau.”
   “Kau dah sombong. Lama tak lepak club sejak kau dengan Bad putus.”
   “Aku busy kerjalah.”
   “Ke kau tak nak lepak sekali dengan Bad?”
   “Takde kena-mengenalah dengan dia.”
   “Malam esok ada party kat tempat biasa. Aku nak kau datang.”
   “Aku tak boleh janjilah. Aku...”
   “No excuses. See you tomorrow.” Kamal kemudiannya beredar.
   Fazura mengetap bibir dan menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Dia tidak suka dipaksa.
   “Zura, you okey tak ni?” Ehsan kembali duduk di tempatnya.
   Fazura memandang Ehsan. “Okey. Tiba-tiba mata pedih.”
   Ehsan sekadar mengangguk faham.

   Selepas selesai makan malam, seluruh keluarga Datuk Ahmad Fauzi berehat di ruang tamu dan menghabiskan masa bersama. Dan ketika itu juga Datin Rosmah mengambil peluang untuk membincangkan hal perkahwinan Firdaus dan Nadia.
   “Macam mana Fir? Dah bincang dengan Nadia?” Tanya Datin Rosmah.
   “Err.” Firdaus tersengih sambil menggaru dahinya yang tidak gatal.
   “Macam nilah. Kita sekeluarga berbincang dengan keluarga Nadia. Dia kan tinggal dengan abang dia. Kita berbincang dengan abang dia sebab selama ni abang dia yang jaga Nadia dan Adam kan?”
   “Bila mama?”
   “Bila-bila pun boleh. Tapi dalam masa terdekat. Esok pun takpe.”
   “Fir tanya Nadia dulu. Takut diorang ada hal pulak.” Saran Azlin. Firdaus akur dan terus menghubungi Nadia. Sementara Firdaus berbicara dengan Nadia, ahli keluarganya yang lain sibuk berbual mengenai perkara lain.
   “Ingat tak handbag yang mama suka tu?” tanya Datin Rosmah kepada Fazura.
   “Yang warna cream tu ke?”
   “Ahah. Mama nampak Aunty Shida pakai handbag tu. Nasib baik kita tak beli hari tu Zura.”
   “Bukannya cantik sangat pun mama. Memang patut pun tak beli.”
   “Ma,” Firdaus bersuara selepas habis berbual dengan Nadia. “Abang Nadia kena pergi China lusa. InsyaAllah sabtu minggu depan abang dia free.”
   “Eloklah macam tu. Kita lunch kat rumah. Bolehlah berbincang sekali.”
   “Khamis depan adik balik bercuti kan? Eloklah tu. Bolehlah kenalkan dia dengan keluarga Nadia.”
   Firdaus mengangguk setuju.

   “Come on Zura. Just come.” Desak Kamal.
  “Aku tak boleh keluar. Serius. Kawan ayah aku datang rumah dengan keluarga dia. Korang go on jelah.”
   “Kau dah berubahlah sekarang. Dulu kau boleh je keluar dan balik pagi-pagi.”
   “Jangan samakan dulu dengan sekarang. I’m having a situation right now.” Fazura bengang. “Bukannya party tu tak jalan kalau tak ada aku pun.”
   “Kau dah lupa kawan kan? Setiap kali kau ada masalah dengan family kau, siapa yang kau carik kalau bukan kitorang ni?”
   Fazura mengetap gigi. Hatinya panas bila perkara lalu diungkit kembali.
   “Sekarang bila kau dah dapat lelaki yang lagi kaya, kau dah tak ingat kawan dah? You’re selfish.”
   Pentingkan diri. Sekali lagi ayat itu terpacul daripada mulut temannya sendiri. Fazura cuba menahan rasa sakit di hatinya.
   “Okay! Yes I’m selfish. Sebab tu aku tak layak nak hang out dan berkawan dengan korang lagi. Puas hati?!” tengking Fazura sebelum dia mematikan talian. Dia menghempaskan badannya atas katil dan setitik demi setitik air matanya jatuh ke pipi. Dan di saat itu dia teringatkan Ehsan.
   “Call me if you feel like crying.” Kata-kata Ehsan bermain-main di telinganya. Fazura buntu. Haruskah dia menghubungi Ehsan? Ah! Tidak. Sampai bila dia harus bergantung kepada Ehsan sedangkan dia dengan lelaki kacak itu langsung tidak mempunyai hubungan istimewa.





















29

Nadia menyerahkan Adam kepada Firdaus sementara dia mengangkat beg pakaian anaknya. Sementara ketiadaan Ehsan, Firdaus mengambil tanggungjawab menghantar Nadia ke tempat kerja dan juga menghantar Adam ke nurseri.
   “Abang call tadi. Dia kirim salam kat awak.” ujar Nadia semasa mereka dalam perjalanan menghantar Adam.
   Firdaus menjawab salam. “Bila abang balik?”
   “Petang lusa.”
   “Sabtu ni jangan lupa tau. Lunch kat rumah saya.”
   “InsyaAllah. Adik awak  dah sampai?”
   “Belum. Flight dia sampai pukul 3.30 pagi. Saya yang kena jemput dia nanti.”
   “Awak pergilah awal sikit. Bahaya drive lewat malam.”
   “Saya bukannya pergi sorang. Saya pergi dengan Zura.”
   “Oh. Mmm..awak.”
   “Ya?”
   “Zura tu..dia memang tak banyak cakap eh? Atau dengan I je dia tak banyak cakap?”
   “Dia memang macam tu. Bila dah kenal lama nanti, baru you tahu dia tu gila sikit. You jangan risaulah. Memang Zura tu nampak sombong tapi dia okey.”
   “Dia muda setahun daripada saya kan?”
   Firdaus mengangguk. “Tapi perangai macam budak-budak. Tak matang macam awak. Adik bongsu saya tu lagi matang daripada Zura.”
   “Zura tu cantik kan? Suka saya tengok muka dia. Adik bongsu awak mesti cantik jugak kan?”
   “Cantik macam awak,” Firdaus mengenyit mata ke arah Nadia dan Nadia ketawa kecil.

   Fazura hilang mood untuk melakukan tugasannya pagi itu selepas seorang pekerjanya membuatnya marah kerana tidak melakukan tugasan yang diarahkan dengan betul. Jika diikutkan, kesalahan pekerjanya itu tidak sebesar mana. Mungkin kerana rindunya pada seseorang yang menyebabkan dia tiada mood untuk bekerja.
   Kehilangan Ehsan selama beberapa hari bagai meragut udara di sekeliling Fazura untuk bernafas. Mereka tiada hubungan istimewa namun begitu, Fazura dapat merasakan suatu perasaan asing yang singgah bertapa di hatinya belakangan ini. Dia sentiasa ternanti-nanti panggilan atau pesanan ringkas daripada Ehsan. Walau hanya sekadar ucapan ’Hai’, ia mampu membuat Fazura tidak tidur malam.
   Tidak banyak yang Fazura tahu mengenai Ehsan. Tidak tentang keluarganya mahupun latar belakangnya. Mereka banyak berbual mengenai diri Fazura dan juga mengenai kerjaya masing-masing.
   “Zura,” Fairuz muncul tiba-tiba di muka pintu.
   “Hah?” Fazura terkejut.
   “Kau kenapa? Termenung panjang sampai tak perasan Along berdiri kat sini dari tadi.”
   “Mana ada. Zura tengah ingatkan flight adik pukul berapa. Terlupa.”
   “3.30 pagi.” balas Fairuz. “Jom lunch dengan Along dan papa.”
   “Sekarang ke?”
   “Sekaranglah. Along nak teman papa pergi HR office kejap. Nanti tunggu kat lobi okey?”
   Fazura mengangguk faham.

   Firdaus mengetuk pintu bilik Fazura kira-kira pukul 1 pagi. Tiada respons. Kali ketiga pintu diketuk, Fazura masih belum membuka pintu. Firdaus memulas tombol pintu dan melihat tubuh adiknya sedang terbaring di atas katil sementara televisyen di biliknya masih terpasang tanpa penonton.
   “Zura. Bangun, Zura.” Firdaus menepuk-nepuk bahu Fazura untuk mengejutkan adiknya itu.
   Tubuh Fazura masih tidak bergerak.
   “Zura, dah pukul 1 ni. Kita nak pergi airport. Nanti lambat.”
   “Mmm.” matanya masih dipejam rapat.
   “Bangun..bangun.” Firdaus menampar lembut pipi adiknya beberapa kali.
   “Ish.” Fazura geram apabila tidurnya diganggu.
   “Tahu pulak marah. Tadi Alang suruh kau tidur awal sikit kau degil.” Bebel Firdaus. “Cepatlah gemuk!”
   Fazura bingkas bangun dan menjeling tajam abangnya.
   “Cakap baik-baik sikit eh? Siapa gemuk?” Fazura bengang.
   “Kaulah gemuk. Tidur je kerja kau.”
   “Diamlah.”
   “Dah..dah..Cepat bersiap. Alang tunggu kau kat bawah.” Firdaus melangkah keluar dari bilik Fazura.
   “Membebel je.” dengus Fazura.
   “I heard you!” laung Firdaus dari luar.
   Fazura mengetap bibir.

   Farhana menolak troli bagasinya sambil memandang sekeliling untuk mencari kelibat abang dan kakaknya. Tiada. Farhana mendail nombor telefon abangnya namun gagal. Telefon bimbit abangnya dimatikan talian. Dan ketika dia cuba mendail nombor telefon Fazura, pingganya dicuit dari belakang. Farhana terkejut dan sempat melatah pendek.
   Fazura dan Firdaus ketawa.
   “Korang ni memang nak kena kan?” Farhana ketawa kecil.
   “Sorry..sorry. Alang dengan Kak Zura saja nak kenakan adik,” Firdaus tersenyum. Lalu dia memeluk tubuh adik bongsunya itu. “Welcome home, my dearest little sister.”
   Kemudian giliran Fazura pula untuk memeluk Farhana. “Rindunya dengan adik Kak Zura yang kuat cembeng ni.”
   “Eh tu bukan Kak Zura ke?” usik Farhana dan Firdaus ketawa.
   “Its’ not funny okay?” Fazura mencubit lengan Firdaus yang masih ketawa.
   “Okay, enough. Jomlah kita have supper. Adik lapar sangat ni.”
   “Mc’Donalds?” cadang Firdaus.
   “Cool. Jomlah. Alang belanja.” Sampuk Fazura.
   “Alang belanja adik je. Kau tak payah.”
   “Tak fair langsung. Zura pun adik Alang jugak.”
   “Memanglah. Tapi Zura dah kerja.”
   “Haji Firdaus Bakhil!”
   Firdaus mencebik bibir. Sengaja mengusik Fazura. Farhana yang memerhati pergaduhan abang dan kakaknya tadi sekadar ketawa kecil.
   “Ala Kak Zura ni. Alang kan memang suka mengusik. Mustahil dia tak belanja adik-adik dia yang cun-melecun ni kan?” Farhana mengeyitkan mata.
   “Alang dah lapar dah ni. Jom.” Firdaus melangkah mendahului adik-adiknya sambil menolak troli bagasi Farhana.

   Lebih kurang pukul 6.15 pagi, Firdaus, Fazura dan Farhana tiba di kediaman keluarga mereka. Ketika itu, seleurh ahli keluarga sudah sedia menantikan kepulangan Farhana. Datin Rosmah menangis gembira semasa menyambut kepulangan anak bongsunya itu yang sudah hampir setahun lebih tidak pulang ke tanah air.
   “Wah perut Kak Lin dah besar!” Farhana begitu teruja dengan kehamilan kakak iparnya.
   “Adik balik seorang je? Tak bawak Hazim?” Tanya Azlin.
   “Dia balik minggu depan. Dia krim salam kat semua.” Farhana menyampaikan salam kekasihnya kepada keluarganya. Kekasihnya, Hazim turut sama melanjutkan pengajian di universiti yang sama.
   “Penatnya,” Fazura berbaring atas sofa di ruang tamu.
   “Zura, solat dulu. Esok masuk office lewat sikit pun tak apa. Tapi jangan tak masuk office langsung.” Ujar Datuk Ahmad Fauzi.
   “Mm.” Ringkas sahaja jawapan Fazura lalu dia terus berlalu ke bilik tidur. Tidak tahan dengan matanya yang semakin berat, Fazura terus terlena dibuai mimpi. Solat yang merupakan kewajipan semua umat Islam diabaikan begitu sahaja.


















30

Farhana langsung tidak melelapkan mata sebaik tiba di rumah. Mungkin sudah puas tidur di dalam kapal terbang sehingga matanya langsung tidak mengantuk. Dia menemani Azlin untuk menghantar Ira ke sekolah sebelum sempat singgah di klinik Faiza pagi itu. Klinik Faiza yang ketika itu baru sahaja dibuka operasinya masih belum dikunjungi oleh orang ramai. Dan ia memberi kesempatan buat Farhana, Faiza dan Azlin berbual panjang.
   Di kesempatan itu juga, Faiza dan Azlin memperkenalkan Nadia kepada Farhana. Keramahan Farhana membuatkan Nadia selesa bebrual dengan bakal adik iparnya itu. Karakter Farhana begitu berbeza dengan Fazura.
   “Esok kita jumpa kat rumah eh? Lunch ramai-ramai.” ujar Farhana kepada Nadia sebelum dia dan Azlin berangkat pulang. “Tak sabar nak jumpa Adam.”
   “InsyaAllah.”
   Sewaktu dalam perjalanan pulang, Azlin dan Farhana berbual panjang mengenai Nadia dan Firdaus, dan begitu juga dengan kisah percintaan Fazura dan Badri yang terlerai jua akhirnya.
   “Tapi dengar cerita, Badri tu still kacau Kak Zura lagi.” Ujar Farhana.
   “Memanglah. Tapi nasib baik Zura dah tak layan dia. Ish. Kak Lin tak suka betul dengan Badri tu. Along marah betul kalau sebut nama Badri tu.”
   “Eloklah diorang dah putus. Takdelah mama dengan papa pening kepala lagi.” Farhana tersenyum kecil.

Malam itu, seisi keluarga Datuk Ahmad Fauzi meraikan kepulangan Farhana dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Pada awalnya Firdaus mempelawa Nadia dan Adam untuk menyertai keluarganya namun ditolak baik oleh Nadia. Alasannya ialah ingin menunggu abangnya yang akan pulang dari China malam ini.
   Sedang mereka sekeluarga berbual mesra sambil menikmati hidangan, Fazura menerima pesanan ringkas daripada Ehsan.

Hi again there. How r u?

Fazura tersenyum lebar. Dia menekan butang ‘Reply’ dan menaip mesej buat Ehsan.

M.I.A for few days? I sihat je. U?

U noticed that? Rindu ke?

Mesej terakhir dari Ehsan membuatkan Fazura terkedu. Hatinya gementar. Patutkah dia berterus-terang mengenai perasaanya terhadap Ehsan?
   “Ehem.” Farhana di sebelahnya berdehem perlahan. Dari tadi dia memerhatikan Fazura yang leka ber’sms’ dengan seseorang sambil tersenyum sendirian.
   “Tak makan ke?” Fazura kelam-kabut. Pantas dia meletakkan telefon bimbitnya atas meja dan terus menghirup minumannya. Farhana masih lagi memerhati. Kali ini dengan senyuman penuh makna.
   “Balas jelah mesej tu. Cakap je rindu.” bisik Farhana ke telinga Fazura.
   Fazura memandang Farhana yang tersengih dari tadi.
   “Busybody.” Bisik Fazura ke telinga Farhana dan adiknya ketawa.

   Setiba di rumah, Fazura bergegas masuk ke bilik tidurnya dan terus membalas mesej Ehsan tadi.
  
Sorry lambat reply. I ada family dinner tadi.

It’s okay. Zura, I’m sleepy. We’ll chat later?

Have a good sleep then. Good night.

U too. Tc.

Fazura menghempaskan badannya atas katil dan berguling-guling bagaikan filem Hindustan. Hatinya berbunga riang selepas mendapat khabar dari Ehsan.

   Keesokannya seperti yang dijanjikan, Nadia hadir di kediaman keluarga Firdaus bersama Ehsan dan Adam. Pada waktu itu kesemua ahli keluarga Datuk Ahmad Fauzi berada di tingkat bawah dan sedia menyambut kedatangan Ehsan, Nadia dan Adam. Kecuali Fazura yang masih bersiap kerana lewat bangun tidur.
   Fazura terdengar suasana riuh-rendah dari tingkat bawah. Dia dapat mengagak tetamu yang dinanti telah tiba. Tidak lama kemudian, dia mula menapak menuruni anak tangga dan dia dapat melihat seluruh ahli keluarganya terlalu asyik berbual dengan Nadia. Dia dapat melihat Farhana mendukung Adam, anak tunggal Nadia.
   “Hah. Dah turun pun.” Ujar Datin Rosmah.
   Fazura bersalaman dengan Nadia. “Datang dengan Adam je? Cakap nak dating dengan abang sekali.”
   “Abang ada kat luar. Jawab telefon.” Balas Nadia.
   Fazura mengangguk faham.
   “Rupa-rupanya papa dengan along kenal dengan abang Nadia ni. Papa selalu jugak main golf dengan dia.” Jelas Datuk Ahmad Fauzi.
   “Oh.” Fazura mengangguk faham. Dan bebearap saat kemudian, kelibat Ehsan memasuki ruang tamu tersebut. Fazura dan Ehsan berpandangan.
   “Meet my daughter, Fazura. Bawah Firdaus.” Datuk Ahmad Fauzi memperkenalkan Ehsan dan Fazura kepada satu sama lain. “Zura, nilah abang Nadia. Ehsan.”
   “Zura…” Fazura mematikan ayatnya apabila Ehsan menyampuk.
   “Nice to meet you.” Ehsan tersenyum kecil sebelum mengambil semula tenpat di sebelah Fairuz. Kemudian perbualan disambung semula seperti sebelumnya. Fazura masih terdiam. Mengapa Ehsan berlakon seperti tidak mengenalinya? Dia sebal dengan tindakan Ehsan.
   Semasa di meja makan, Fazura tajam memerhati Ehsan yang duduk di hadapannya. Ehsan berlagak bersahaja meskipun dia menyedari dirinya diperhatikan oleh Fazura. Fazura tiada selera makan dan bangun daripada tempat duduknya.
   “Zura dah kenyang.” Ujar Fazura sebelum meninggalkan ruang makan dan terus ke kawasan kolam renang yang terdapat di kediaman keluarganya. Beberapa ahli keluarag Fazura tidak puas hati dengan tindakan Fazura meninggalkan ruangan makan begitu sahaja. Tindakannya dianggap biadap memandangkan mereka mempunyai tetamu.

   Ehsan memberi alasan untuk membuat panggilan penting selepas selesai menikmati hidangan tengahari bersama keluarga Datuk Ahmad Fauzi. Dia mencari kelibat Fazura dan hatinya tergerak untuk mencari Fazura di kawasan kolam renang di bahagian belakang kediaman Datuk Ahmad Fauzi. Dia mengambil tempat di sebelah Fazura yang sedang termenung jauh.
   “Ehem.” Ehsan berdehem.
   Fazura menoleh. Dia menatap tajam wajah Ehsan.
   “Kenapa tak habiskan makanan you?” tanya Ehsan.
   “Kenyang.’
   “Makan apa sampai kenyang?”
   “Makan hati.”
   Ehsan ketawa kecil. Fazura bengang.
   “Tak sangka you pandai berlakon kan? Konon-konon tak kenal I.” sindir Fazura.
   Ehsan ketawa. “Zura, I came here with an invitation. Tujuan I datang untuk bincang hal perkahwinan Nadia dengan Firdaus. Bukan untuk beritahu keluarga you yang I kenal you..dan you kenal I. I buat apa yang sepatutnya I buat.”
   “Lagipun, I tak cakap pun I tak kenal you. I cuma cakap ‘nice meeting you’. You yang sensitif lebih ni.” Tambah Ehsan.
   “Memang pun I sensitif.”
   “Dan berangin.” Ehsan tersenyum. Fazura terdiam.
   “Tindakan you masa tengah makan tadi mungkin mengguris hati keluarga you.” Ujar Ehsan dengan nada lembut. “Mungkin you terasa dengan I, but that was not an appropriate way to show your anger. I nak you minta maaf dengan family you. Okey?”
   Entah mengapa hati keras Fazura mampu dicairkan dengan nasihat Ehsan tadi. Ehsan pandai berkata-kata dan kata-katanya mampu mempengaruhi Fazura. Lambat-lambat Fazura mengangguk.
   Tanpa mereka sedari, Farhana memerhatikan mereka melalui tingkap biliknya yang mengadap kolam renang. Farhana sudah dapat menghidu sesuatu berlaku antara Ehsan dan Fazura sejak papanya memperkenalkan Ehsan kepada Fazura. Dan sejak itu angin monsun Fazura tiba dan kakaknya terus berubah sikap.



31

Datin Rosmah menghampiri Fazura yang leka membaca majalah di ruang tamu. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya dan dia berharap semoga Fazura bisa membantunya.
   “Zura, mama nak tanya ni.”
   “Mmm? Apa dia ma?”
   “Zura perasan tak abang Nadia tadi? Mama rasa macam pernah jumpa dia sebelum ni.”
   Fazura teringat peristiwa di sebuah restoran eksklusif tidak lama dulu. Dia menelan liur. “Yeke mama? Mmm. Mama jumpa kat mana?”
   “Itu yang mama dok fikir dari tadi ni.”
   “Silap orang kot mama. Tak pun pelanduk dua serupa.”
   “Agaknya kot.” Datin Rosmah memicit-micit kepalanya. “Ish pening pulak kepala mama sebab nak ingatkan mana mama jumpa Ehsan tu.”
   Fazura tersenyum hambar.
   “Handsome Ehsan tu. Papa cakap dia usahawan muda yang berjaya tau. Mama ada jugak tanya Nadia tadi kot-kot abang dia tu dah berpunya.”
   Fazura mula tertarik dengan kata-kata mamanya. “Mmm. Dah ada ke, mama?”
   “Nadia cakap setahu dia belum. Tapi tak tahulah kalau abang dia bercinta sorok-sorok sebab abang dia jarang nak cerita pasal hal peribadi ni.”
   Fazura mengetap gigi.
   “Mama ingatkan nak kenenkan Zura dengan Ehsan.”
   Fazura tersentak.
   “Ish mama ni. Merepek je. Zu...Zura nak makanlah. Lapar.” Fazura bangun dan menuju ke dapur. Sengaja melarikan diri dari mamanya itu.

Amani baru selesai berbincang dengan klien di sebuah kafe eksklusif di sebuah pusat membeli-belah apabila dia ternampak Ehsan dan Fazura sewaktu menuju ke keretanya. Ehsan dan Fazura kelihatan begitu mesra dan Ehsan asyik ketawa. Jarang dia melihat karakter Ehsan yang sebegitu. Hatinya seakan dihiris sembilu. Pedih.
   “Kenapa you gelak?” tanya Fazura. “I tengah marah tau.”
   “Sebab tu kalau marah ada batasannya. Tak pasal-pasal you terlanggar waiter sampai waiter tu tertumpahkan jus kat baju you.” Ujar Ehsan. Tawanya masih bersisa. “Tu balasan you tau.”
   “Mana boleh kawal marah.”
   ”Boleh. Setiap kali you marah atau rasa nak marah, ucap Auzubillahhiminasysyaitonnirrojim. InsyaAllah, rasa marah you boleh dikawal.”
   “Mmm.”
   “Ingat tu.”
   “Yalah doktor.” Fazura tersenyum manis. Dia senang kerana Ehsan sentiasa menasihatinya dengan cara tersendiri. Berbeza dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini.
   “Kita nak lunch dulu or solat dulu? Dah masuk Zohor dah ni.” Tanya Ehsan.
   Fazura tersentak dengan pertanyaan Ehsan tadi.
   “Macam mana?” Tanya Ehsan, masih menunggu jawapan Fazura.
   “I..mmm...I tak kisah.”
   “Kita solat dululah okey. Nanti tak adalah terkejar-kejar.” ujar Ehsan. ”Come. Let’s go.”
   Fazura mengagumi Ehsan. Lelaki itu begitu peka mengenai agama. Setiap kali keluar bersama Ehsan, dia pasti akan mendahulukan solat jika sudah masuk waktu solat. Ehsan berupaya mempengaruhi Fazura untuk kembali taat kepada Allah selepas sekian lama dia lalai dan alpa dalam dunianya.

   Hari itu Farhana berjumpa kekasih hatinya, Hazim memandangkan Hazim baru sahaja pulang ke tanah air kelmarin. Hubungannya dengan Hazim sudah hampir dua tahun dan mereka begitu serius terhadap hubungan mereka berdua. Alhamdulillah hubungan itu tidak mendapat tentangan daripada kedua belah keluarga.
   “So dah tahu dah bila Alang kahwin?” Tanya Hazim.
   “Dah. Nikah sehari sebelum kita balik. Malam tu buat majlis resepsi untuk family and close friends je.”
   “Cepatnya?’
   “Eloklah cepat-cepat. And kitorang buat majlis ringkas je atas permintaan Kak Nadia sebab dia segan nak buat besar-besar. Dia cakap dia bukannya anak dara lagi nak buat grand wedding. Alang pun kan jenis simple jugak. So tak ada masalah.”
   “Kita bila lagi?”
   Farhana membuat muka. “Tunggu habis study dulu.”
   Ala tak lama je lagi nak habis study.”
   “Tunggu by dapat kerja dulu. Dah stabil, baru kahwin.”
   “Yalah. By pun kena tunggu sayang pandai masak, baru kita boleh kahwin.” usik Hazim.
   “Excuse me. Sayang pandai masak okey? Cuma malas nak tunjuk bakat je. Tunggulah nanti bila dah kahwin. Perut by pun boleh buncit sebab makan makanan sedap je.”
   “Makanan beli kat kedai?”
   “A’ah.” Farhana ketawa.
   “Pemalas punya budak.” Hazim mencuit hidung Farhana yang sedang ketawa. “Nasib baik by jadi boyfriend sayang. Kalau orang lain, entahlah. Tak ada yang lebih baik dari by. Beruntunglah dapat by.”
   “Perasan gila!”
   Hazim tersengih lebar.

   Nadia dan Firdaus tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan segala persiapan pernikahan mereka. Mujurlah semua ahli keluarga sedia membantu dari segala segi. Farhana dan Datin Rosmah banyak membantu dari segi pakaian pernikahan dan persiapan barang hantaran manakala Fazura pula ditugaskan sebagai wedding planner memandangkan majlis resepsi akan diadakan di Luxurious Inn.
   Ehsan bersyukur kerana adiknya itu bakal bernikah sekali lagi dan dia berdoa semoga kali ini ianya akan menjadi perkahwinan terakhir buat Nadia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Dia tidak ingin perkara lalu berulang kembali kerana dia sedar adiknya dusah terlalu banyak menderita sejak ditinggalkan bekas seuami ketika sarat mengandungkan Adam.
   Ehsan ingin memastikan segala tugasannya selesai sebelum tiba hari pernikahan Firdaus dan Nadia. Dia tidak mahu terlalu sibuk memikirkan soal kerja sehingga mengabaikan hari bahagia adiknya itu. Justeru, dia rela menghabiskan masa sehingga lewat pagi di pejabat untuk menyelesaikan segala tugasannya.
   “You kat mana?” Tanya Fazura sewaktu menghubungi Ehsan malam itu.
   “Office.”
   “Really? Seriously? Dah pukul 10 malam ni.”
   “Seriously I’m at office, Zura. Tak percaya ke?”
   “You’ve been working too hard lately. Nanti tak sihat kan susah.”
   “You ada.” Perlahan nada suara Ehsan namun masih mampu didengari Fazura. Fazura tersenyum riang.
   “You cakap apa?” Tanya Fazura. Sengaja dia buat-buat tak dengar.
   “I tak cakap apa-apa pun.”
   Ada. I dengar tapi tak clear sangat.”
   “Mana adalah.” Ehsan ketawa kecil. “Kenapa you call I?”
   “Mmm saja. Rindu.” Kali ini Fazura pula memperlahankan suaranya. Dan Ehsan masih mampu mendengarinya.
   “I heard that.” Lembut nada suara Ehsan. Fazura merasakan kehangatan pada wajahnya kerana malu.
   “Okeylah tak nak kacau you. Bye.”
   “Assalammualaikum.”
   Fazura menjawab salam dan terus mematikan talian. Fazura tersenyum bahagia. Dia tidak menolak kemungkinan dia telah jatuh cinta dengan Ehsan. Ya. Itu yang dirasainya buat masa ini. Namun begitu, dia tidak pasti akan perasaan Ehsan. Adakah dia merasakan perasaan yang sama sepertinya? Fazura mula gelisah.



  













32

Ehsan tidak mampu meneruskan tugasannya apabila kepalanya mula terasa sakit. Dia memicit dahinya beberapa kali. Sambil itu sempat dia mengerling jam tangannya. Sudah hampir pukul sembilan malam. Dia hampir terlupa dia belum sempat makan malam. Ehsan mengemas segala dokumen dan kertas kerja yang berada atas mejanya dan berniat untuk meninggalkan pejabat apabila Fazura menghubunginya.
   “Let me guess. You ada kat office lagi kan?” duga Fazura.
   “Pandai,” usik Ehsan. “Tapi I nak balik dah. Sebelum tu nak pergi makan dulu.”
   “I temankan?”
   “You pun belum makan lagi?”
   “Belum. Boleh I join you for dinner?”
   “Boleh je. Nak makan kat mana?”
   “Mana-mana je. I ikut you.”
   “Nanti I text you okey? See you there.”
   “Okay bye.”
   Ehsan tersenyum kecil.

   Fazura melangkah masuk ke sebuah restoran melayu di Setiawangsa sambil mencari kelibat Ehsan. Dengan hanya mengenakan tight pendek paras lutut dan t-shirt ber;lengan panjang, sudah cukup membuatkan beberapa orang lelaki di restoran tersebut mengganggu Fazura. Ada yang bersiul meminta perhatian dan ada juga yang cuba memulakan perbualan.
   “Ish.” Fazura rimas dan mujrlah dia terlihat kelibat Ehsan yang sedang berbual di telefon. Fazura menghampiri dan mengambil tempat di hadapan Ehsan. Mereka saling tersenyum dan Fazura membiarkan Ehsan berbual di telefon dengan tenang.
   “Sorry. Kawan I call tadi.” Ujar Ehsan selepas talian dimatikan.
   “It’s okay. You dah order makanan?”
   “Belum. I tunggu you.” Balas Ehsan. Sesekali dia mengerutkan dahinya kerana kepalanya masih terasa sakit.
   “You makanlah dulu. Tak payah tunggu I.” ujar Fazura lalu memanggil pelayan untuk mengambil pesanannya. Selepas memesan makanan, Fazura memerhatikan Ehsan yang kerap kali mengerutkan dahinya seakan menahan kesakitan.
   “Ehsan, you okey tak ni?” Fazura risau akan keadaan Ehsan.
   “Okey. You nampak I macam ada masalah ke?” Ehsan masih mampu ketawa kecil.
   “You look terribly tired. You memang selalu macam ni ke?”
   “Macam mana?”
   “Macam ni. Workaholic. Dah pukul 9.40 malam baru nak makan malam.”
   Ehsan ketawa kecil. “Ada orang lain yang lagi workaholic daripada I. Jangankan makan malam, lunch pun dia tak makan tau.”
   “Malas nak cakap dengan you. Ada je jawapan you.”
   “Sebab you tanya banyak soalan.”
   Fazura berdecit. Ehsan tersenyum melihat reaksi Fazura. Ehsan mengusap lembut rambut Fazura buat seketika. Fazura kaget dengan tindakan Ehsan.
   “Such a childish.” Usik Ehsan.
   Fazura mengetap bibir. Terasa hangat di setiap inci wajahnya apabila Ehsan memandangnya dengan pandangan romantis.

   Farhana memasuki bilik tidur Fazura. Ketika itu Fazura sedang menonton televisyen sambil berbalas mesej dengan Ehsan. Apabila melihat Farhana berbaring di sebelahnya, Fazura cepat-cepat meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal.
   “Lah, mesej jelah dengan boyfriend Kak Zura tu. Malu-malu pulak dengan adik.” Usik Farhana.
   “Bila masa pulak Kak Zura ada boyfriend.”
   “Yeke? Lepas putus dengan Bad, tak ada yang special?”
   “Mana ada. Kawan-kawan rapat adalah.”
   “Yang paling rapat?”
   Fazura merenung tajam adiknya yang seakan ingin mencungkil rahsia daripadanya. Farhana mengangkat kening. Menunggu jawapan Fazura.
   “Aik? Peliknya soalan.” Fazura mengusap pipinya beberapa kali.
   “Kak Zura, you can count on me. Sebelum ni pun kita banyak kongsi rahsia kan?” ujar Farhana. “Even Kak Zura tak beritahu pun, adik rasa adik tahu boyfriend Kak Zura.”
   “Siapa?” Fazura cemas.
   Farhana tersengih penuh makna. “Bakal abang ipar Alang. Kan?”
   Fazura memaksa diri untuk ketawa. “Kitorang kawan jelah. Baru je kenal masa dia datang rumah hari tu.”
   “Takkanlah baru kenal dah boleh berbual kat tepi kolam renang? And not to mention, you guys had dinner together last night. Kan?”
   “Okay I can explain.”
   “Gotcha!” Farhana tersenyum lebar. “I wanna know the details!”
   Fazura menarik nafas panjang. Dia terpaksa mengalah dan menceritakan bagaimana dia mengenali Ehsan dan bagaimana perasaannya terhadap Ehsan selama ini. Fazura juga mengakui antaranya dan Ehsan tiada hubungan istimewa kerana dia sendiri tidak pasti bagaimana perasaan Ehsan terhadapnya. Mungkin Ehsan sekadar menganggapnya sebagai teman merangkap bakal adik ipar kepada adik kandungnya sendiri.
   “Kenapa tak cuba find out perasaan dia terhadap Kak Zura?” saran Farhana.
   “Maksudnya?”
   “Try jual mahal pulak dengan dia. Kalau dia ajak keluar, cakaplah busy. Tak pun, konon-konon you’re dating someone. Masa tu barulah kita tahu dia jealous ke tak bila tengok Kak Zura dengan lelaki lain.”
   “Lelaki mana?”
   “Berlambak orang sukakan Kak Zura. Abang Helmi tu pun suka Kak Zura.”
   “Tapi dorang tu bukan my type. Sebab tu Kak Zura tak layan.”
   “Poyo betul. Bukannya adik suruh Kak Zura dating betul-betul. Main-main je.”
   Fazura mengangkat kening. Tidak berapa setuju dengan idea Farhana tetapi hanya ini sahaja cara untuk mencari tahu perasaan sebenar Ehsan terhadapnya. Lambat-lambat Fazura mengangguk.

   Nadia dan Firdaus ditemani Datin Rosmah dan Farhana mengunjungi butik Andaman milik sepupu Datin Rosmah, Aunty Umi untuk mencuba pakaian yang akan dipakai di majlis pernikahan dan majlis resepsi. Barangan hantaran, dekorasi ballroom dan catering diuruskan oleh Fazura dan pekerja bawahannya
   “Rasanya untuk majlis akad nikah nanti, Kak Nadia nampak cantik kalau pakai kurung moden.” saran Farhana. “Kan Aunty Umi?”
   “Akad nikah ni yang paling penting simple but elegant.” Balas Aunty Umi. “Awak dah cantik, Nadia. Pakai apa pun cantik. Tapi Aunty suggest beige colour. Very nice.”
   “Atau awak ada idea nak color lain?” Tanya Firdaus.
   “Ha’ah. Kenalah tanya tuan punya badan ni jugak. Macam mana, Nadia?” tanya Datin Rosmah.
   “Mmm. Nadia tak kisah. Warna yang Aunty Umi suggest ni pun okey jugak.” Ujar Nadia sambil meneliti kurung moden berwarna beige yang dimaksudkan Aunty Umi tadi. “Lembut je warnanya.”
   “Alang okey tak? Suka dengan warna ni?” Tanya Aunty Umi.
   “Dia lagilah tak kisah, Umi. Lelaki ni pakai je apa yang kita suruh pakai.” usik Datin Rosmah. Aunty Umi ketawa.
   “Warna untuk baju akad nikah dah selesai. Sekarang ni kita pilih warna untuk baju kat majlis resepsi nanti. Bila dah pilih warna, baru kita boleh bincang design ape yang you nak. Contoh-contoh baju ni pun nanti kita boleh try.” Celoteh Aunty Umi. Sambil itu, Farhana leka membelek-belek baju-baju perkahwinan yang terdapat di butik tersebut. Tak sabar rasanya untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Hazim. InsyaAllah jika jodoh menyebelahi mereka berdua.
   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments