Hadirmu Menyemai Cinta - Part 4

23

“Awak maafkan saya, ya?” pinta Firdaus. Dia rasa bersalah terhadap Nadia. Wajah bersih wanita itu direnung lembut.
   “Tak ada apa yang nak dimaafkan.” Nadia bersuara.
   “Saya tahu saya tak patut menuduh awak tanpa usul periksa. Tapi…masa tu saya serabut sangat. Saya….”
   “Fir, saya tak salahkan awak. Sepatutnya saya berterus-terang dengan awak sejak dulu lagi.”
   Mereka saling berpandangan.
   “Abang awak tak kahwin lagi ke?” tanya Firdaus.
   “Belum. Awak dah jumpa abang saya tadi, kan?”
   Firdaus mengangguk.
   Diam.
   Firdaus berdehem.
   “Saya masih sayangkan awak, Nadia.”
   Nadia terkedu.
   “Saya dah ada anak. Saya pernah berkahwin, Fir. Ramai lagi perempuan……….”
   “Tak ada perempuan lain seistimewa awak,” pantas Firdaus mencelah.
   Sekali lagi Nadia terpampan mendengar kata-kata Firdaus.
   “Saya tak kisah tentang masa silam awak. Saya nak bina masa depan bersama awak…..dan Adam. Saya sanggup terima Adam dan menyayangi Adam seperti anak saya sendiri. Saya cuma perlukan satu peluang je untuk saya buktikan pada awak yang saya betul-betul ikhlas.”
   Mata Nadia mula berkaca. Keikhlasan Firdaus meresap jauh ke sanubarinya.

   Fazura bersama Tiara menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran di Ampang. Mereka sempat berbual tentang persiapan majlis persandingan Tiara yang akan berlangsung di Grand Ballroom, Luxurious Inn dalam masa sebulan lagi.
   “Berdebar tak menunggu saat-saat menjadi isteri orang?” tanya Fazura.
   “Mestilah. Nervous sangat. Tak sabar rasanya.”
   Fazura tersengih mendengar jawapan Tiara.
   “Zura, kau tak ada yang special ke lepas putus dengan Bad tu?”
   Fazura menggeleng.
   “Sekarang aku lebih careful dengan lelaki. Cukuplah aku jadi orang bodoh masa dengan Badri dulu. Sampai dia dengan Leeya tipu aku pun, aku boleh tak sedar.”
   Tiara ketawa sinis.
   “Dari dulu lagi aku tak sukakan perempuan tu. Tak tahulah macam mana kau boleh baik sangat dengan dia.” Ujar Tiara.
   “Dahlah. Malas aku nak cakap pasal dia lagi.”
   Fazura mula bengang.
   Kemudian dia tersengih.
   “Oit,” Tiara memetik jarinya di hadapan mata Fazura.
   “Apa?”
   “Yang kau tersengih ni kenapa?”
   Fazura berdehem.
   “Tiara, actually I like someone,” bisik Fazura. Malu.
   Tiara mengangkat kening. Pelik. Jarang dia melihat Fazura tersengih dan malu-malu kucing apabila menyebut tentang lelaki.
   “Who’s the guy?” tanya Tiara. Ingin tahu.
   “Kawan Abang Awal. “
   “Yalah. Siapa nama dia? Mana kenal dia? Details please.”
   “Aku just tahu nama dia Ehsan.” Balas Fazura. Lalu dia menceritakan kepada Tiara mengenai pertemuannya dengan Ehsan. Matanya kelihatan bersinar apabila bercerita mengenai Ehsan. Tiara sedar akan perkara itu. Tiara mengukir senyuman. Dia tahu Fazura benar-benar menyukai pemuda bernama Ehsan itu.

   Wani terlihat kelibat Badri menghampiri Fazura yag berada di lobi hotel pagi itu. Wani cepat-cepat menyorok di balik dinding untuk mengintip sasarannya itu.
   “You nak apa lagi ni?” Fazura bengang. Nadanya diperlahankan, takut didengari sesiapa.
   “I nak you. Please, kita perbaiki semula hubungan kita.”
   Fazura ketawa. Makin lama makin kuat tawanya sehingga menjadi perhatian orang sekeliling. Badri mula segan apabila diperhatikan.
   “Semua orang pandang kita,” bisik Badri.
   “Biarlah.” balas Fazura. Tawanya masih bersisa. “Tak sangka you ni kelakar gila kan? You nak I?”
   “It’s not funny.”
   “It is funny!” tegas nada Fazura. “You bukan nak I. You nakkan duit I..harta I. You ingat I terhegeh-hegeh sangat nakkan you balik? No way!”
   “Zura.” Firdaus tiba-tiba muncul.
   Fazura memejam mata seketika sambil mengetap bibir. Badri sudah mula gelisah. Dia tidak sangka akan bertemu Firdaus.
   “Apahal ni? Buat drama apa kat lobi ni?” tanya Firdaus.
   “Takde apalah Alang. Mamat ni pun dah nak balik.” Balas Fazura.
   “Eloklah tu balik. Zura, get back to work. Now.”
   Fazura akur arahan abangnya itu lalu dia melangkah pergi meninggalkan Firdaus dan Badri.
   “Aku balik dulu.” Ujar Badri.
   “Tunggu.”
   Firdaus kini berhadapan dengan Badri.
   “Jangan ganggu adik aku lagi. Sekali lagi aku nampak kau kat sini lagi, aku takkan teragak-agak untuk seret kau keluar. Walaupun depan orang ramai.”
   Kali ini Badri ketawa sinis.
   “Aku bukan budak kecik yang takut dengan ugutan, bro. Kau silap orang. Aku malas nak bertekak dengan bakal abang ipar aku ni.” Terus Badri melangkah pergi.
   Firdaus mendengus marah.

  






24

Amani mencuri masa untuk menatap wajah lelaki idaman yang sedang menaip sesuatu pada telefon bimbit di hadapannya. Sudah lebih lima tahun dia berkawan baik dengan lelaki itu dan dalam diam dia memendam perasaan.Tidakkah lelaki itu menyedari cintanya?
   “So Amani.” Ehsan bersuara. “How’s business?”
   “Bolehlah. Tapi taklah make big profits like you do.”
   “Low profile. Good. I like that attitude.” Puji Ehsan.
   Attitude aku je? Kau tak sukakan aku ke? Getus hati kecil Amani.
   “Ehsan, sabtu depan you free tak?”
   “Sabtu depan?Mmm.” Ehsan mengerutkan dahi cuba meningati jadualnya. “InsyaAllah I tak ada apa-apa hal. Kenapa?”
   “High tea?” pelawa Amani dengan harapan Ehsan akan setuju dengan pelawaannya.
   “Just high tea?”
   “Kenapa? You nak tengok wayang sekali?Bukan ke you tak minat tengok wayang?”
   “Bukan wayang. I mean, just high tea je? Kalau macam tu sekarang pun boleh.”
   “Oh tak sudi dah keluar dengan I.”
   “Siapalah yang tak sudi nak keluar dengan you. Rugi tau. I have better plan.”
   “Apa dia?”
   “A dinner. My treat.”
   Amani tersenyum lebar.
   “Dah senyum tu maknanya setujulah kan? You kalau pasal makan memang laju je.”
   Amani menumbuk perlahan lengan Ehsan dengan senyuman yang masih bersisa.

   “Kak, kau sure ke yang Bad tu saja je nak tackle balik si minah gila tu?” tanya Wani kepada kakaknya.
   “Asal kau tanya?”
   “Takdelah. Manelah tau dia betul-betul nakkan balik Zura tu. Kau faham-faham jelah lelaki.”
   “Bad dah cakap kat aku yang dia nak tackle Zura balik sebab nak kikis duit dia.”
  “Logik ke kak? Sebelum ni pun dia dah banyak kikis duit Zura. Takkanlah Zura tu nak terima dia balik lepas dia tahu kau dengan Badri ada hubungan belakang dia.” Terang Wani. “Lainlah kalau dia tak boleh hidup tanpa Zura.”
   “Apa kau merepek ni?”
   “Takdelah. Aku cakap je. Sebab aku macam curiga sikit.”
   Leeya mendengus. “Kau jangan masuk campurlah.”
   Wani mencebik bibir seraya melangkah masuk ke bilik tidurnya. Dia ingin tidur awal kerana tidak mahu terlewat untuk ke kerja keesokannya. Leeya pantas menelefon Badri.
   “Bad! You kat mana ni?” jerkah Leeya. Telinganya sakit mendengar muzik kuat melalui telefon bimbitnya.
   “I tengah clubbing lah.”
   “You tak cakap pun dengan I. And you tak ajak I pun!”
   Kan you cakap you sakit perut.”
   “At least you beritahu I. Atau you keluar dengan perempuan tu?”
   “I lepak dengan kawan-kawan I lah. Memanglah ada perempuan sekali.”
   “You tahu I maksudkan perempuan mana kan? Zura!”
   Badri ketawa kecil. “Merepeklah. Okeylah. Bising ni. Bye.”
   “Ish!” Leeya menggenggam erat telefon bimbitnya. Geram.

   “Tadi Bad nak apa?” Firdaus berbisik ke telinga Fazura yang ketika itu sedang mengetip kuku di balkoni.
   “Busybody la.”
   “Alang kan abang kau. Dia nak apa?”
   Fazura berdecit. “Dia nak dengan Zura balik.”
   “Kau terima?”
   “Ah buang masa lah. Buang masa dan buang duit!”
   Firdaus ketawa sinis. “Tau takpe. Dulu bukan main lagi kau mewahkan dia.”
   “Alang saja nak carik pasal dengan Zura ke? Kalau ya, I’m sorry I’m not in a mood to argue.”
   Firdaus masih ketawa. Fazura memerhatikan abangnya. Dia dapat merasakan kelainan pada abangnya itu. Sejak beberapa hari ini dia sering ketawa dan tersenyum sendirian.
   “Oh! Ada girlfriend tak beritahu kan?” Fazura serkap jarang.
   “Busybody la.”
   “Alang busybody takpe? Mana aci. Cepatlah cakap siapa bakal kakak ipar Zura tu.”
   “Rilekslah dulu sister. Jangan gelojoh.”
   “Poyo pulak abang aku ni.”
   “Poyo moyo tak mainlah. Kalau nak tahu, kenalah tunggu.” ujar Firdaus seraya bangun dari tempat duduknya. Sebelum masuk semula ke dalam rumah, Firdaus sempat mengucapkan selamat malam buat adiknya itu.
   “Ish. Apa kenalah dengan abang aku tu? Gila. Bercinta dengan orang gila kot. Sebab tu terikut-ikut perangai gila makwe die.” Fazura ketawa sendirian.

   Ehsan menghirup minuman yang disediakan oleh Nadia untuknya sambil melakukan tugasannya di ruang tamu. Adam sedang asyik bermain sendirian dengan mainannya manakala Nadia pula kusyuk menonton drama di televisyen.
   “Nadia, kenduri rumah Acu bila?” tanya Ehsan.
   “Awal bulan depan. Kenapa?”
   “Oh awal bulan eh? Abang ingatkan pertengahan bulan.”
   “Kita jadi balik kampung tak?”
   “Mmm. Esok abang confirmkan balik. Sebab rasanya abang out-station hari khamis sampai isnin. Nanti abang rearrange schedule abang.”
   “Okey.”
   Suasana hening seketika sebelum Ehsan kembali berbicara. “Kakak Fir tahu tak yang Nadia ada hubungan dengan Fir?”
   Nadia terdiam. Tidak sangka Ehsan akan bertanyakan soalan mengenai hubungannya dengan Firdaus. Dia menggeleng perlahan.
   “Suruh Fir beritahu kakak dia. Abang tak nak nanti kakak dia tu ingat Nadia sengaja ambil kesempatan.”
   Nadia mengangguk perlahan.
   “Abang macam mana?” Tanya Nadia.
   “Macam mana apa?”
   “Abang kan ramai kawan perempuan. Tak ada yang special ke?”
   Ehsan hanya ketawa dan kembali menyambung tugasannya.
  “Kak Fiya? Kak Nurul? Kak Amani?” Nadia tidak berputus asa.
  “No comments.” Ehsan tersenyum manis. “Dah, tengok tv tu.”
   Nadia mencebik bibir.
   Ada bayangan seseorang di fikiran Ehsan. Dan sekali lagi Ehsna menguntum senyuman kecil.









25


Langkah kakinya terhenti. Kelibat pasangan yang sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran eksklusif menarik perhatiannya. Leka dia memerhatikan pasangan tersebut. Sekejap sekejap mereka ketawa sambil berbual. Singgah perasaan cemburu di hatinya.
   “Zura, what are you doing?” Tanya Datin Rosmah.
   “Tak ada apa.” Fazura berbohong. Lalu dia mendapatkan semula mamanya.
   “Nak makan ke tak?”
   “Umm.” Fazura mengetap bibir. Dia tidak tentu arah. “Kita..kkita makan tempat lainlah,mama. Sini tak best kot.”
   “Dah sampai sini, makan jelah. Tadi Zura yang beria-ia ajak mama dinner kat sini lepas shopping.”
   “Itu tadi. Ni sekarang. Jomlah mama.”
   “Makan kat sini je.”
   “Jomlah mama. Please.”
   “Macam-macamlah budak ni. Yalah..yalah.”
   “Thanks my queen. Kita pergi makan tempat yang lagi best ok.” Fazura dan Datin Rosmah mula melangkah untuk ke kereta. Tiba-tiba...
   “Fazura?” namanya dipanggil.
   Fazura mengetap gigi lalu dia menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Datin Rosmah. Kelihatan Ehsan sedang berdiri memandangnya. Di sebelah Ehsan ialah seorang wanita bertubuh genit yang sedang tersenyum ke arahnya.
   “Hai. Urmm..Meet my mama.”
  Ehsan pantas bersalaman dengan Datin Rosmah. Diikuti Amani, wanita yang bersamanya.
   “Baru lepas makan ke? Tak perasan pulak tadi.” tanya Ehsan.
   “Tadi memang...” belum sempat Datin Rosmah menjawab, Fazura pantas mencelah.
   “Baru je nak masuk tapi mama tiba-tiba sakit perut. Ingatkan nak pergi klinik. Kan mama?” Fazura tersenyum penuh makna sambil memandang mamanya yang kebingungan.
   “Oh. Kalau macam tu better pergi klinik cepat.” Perhatian Ehsan.
   “Lagi cepat lagi bagus.” Balas Fazura. Ada sindiran tajam dalam kata-katanya. Ehsan mengerti dan dia tersenyum.
   “Ok bye. Nice to meet you both. Good night.” Fazura menarik tangan mamanya dan pantas melangkah pergi. Tidak mahu menunggu walaupun sesaat.
   “Pelik.” Ujar Amani. Perlahan suaranya.
   “One of a kind.” balas Ehsan sambil ketawa kecil. Amani memerhatikan Ehsan yang masih belum melepaskan pandangannya ke arah Fazura. Hatinya berdetik. Mungkinkah Ehsan menyukai wanita bernama Fazura itu?

   Berkerut dahi Fazura sewaktu memandu pergi dari restoran tersebut. Sekejap dia mengetap bibir. Sekejap menumbuk perlahan stereng kereta. Datin Rosmah di sisinya sekadar menjadi pemerhati setia.
   “Ish!” Fazura mendengus.
   “Zura ni kenapa? Lain macam perangai Zura malam ni.” Datin Rosmah akhirnya bersuara. “Ada kaitan dengan handsome guy tadi?”
   “Mm..taklah.”
   “Siapa lelaki tadi? Tak pernah cerita kat mama pun.”
   “Tu bestfriend Abang Awal. Zura tak kenal sangat pun.”
   “Yang perempuan tadi tu isteri dia?”
   “Mak dia kot.” nada suara Fazura menjadi tegang.
   “Aik? Bunyi macam cemburu je.” Usik Datin Rosmah.
   “Merepeklah mama ni. Buat apa Zura nak jealous. Bukannya Zura rapat sangat dengan mamat tu. Tak masuk akal.”
   Datin Rosmah ketawa kecil. Dia tahu anaknya berbohong. Mustahil dia mampu menyangkal naluri keibuannya.

   Fairuz tiba di Luxurious Inn bersama Firdaus dan Fazura tepat jam 9 pagi. Sebaik tiba, Fairuz dan Firdaus terus ke pejabat manakala Fazura pula memantau aktiviti di seluruh hotel. Dan tempat pertama yang dituju Fazura ialah spa hotel. Dan tujuan utamanya ialah untuk mengawasi Wani.
   “Selamat pagi, Cik Zura,” tegur receptionist spa.
   “Selamat pagi. Semua pekerja dah sampai?”
   “Dah kecuali Yvonne sebab hari ni dia cuti sakit.”
   “Okey. Mmm..Wani?”
   “Dia ada kat dalam. Ada customer.”
   “Dia ada buat hal tak?”
   “Mmm. Tak ada pulak. Biasa je.”
   Fazura mengangkat kening. “Okeylah. Get back to work.” Fazura kemudiannya melangkah keluar dari spa tersebut dan menuju ke ‘open café’ di kawasan kolam renang.
   Fazura memerhati pelayan kafe mengambil pesanan dan menghidang makanan dan minuman. Dia juga memerhatikan bagaimana pelayan kafe berinteraksi dengan pelanggan.
   Fazura menyedari dirinya diperhatikan seseorang sedari tadi. Dia menoleh ke arah pelayan lelaki yang asyik memerhatikannya sambil tersenyum. Fazura sengaja membalas senyuman dan memanggil lelaki tersebut.
   “Hai.” Ujar Fazura.
   “Hai. Mmm awak nak pesan minuman? Makanan?”
   “Tak apalah. Saya saja je nak duduk sini. Saya panggil awak sebab saya perasan dari tadi awak pandang saya. Kenapa?”
   “Sebab awak cantik kot.”
   “Ya ke?”
   “Awak bercuti ke?”
   “A’ah. Sorang-sorang je bercuti.” Sengaja Fazura memerangkap lelaki itu.
   “Oh. Mmm. Kalau awak bosan, boleh saya temnakan awak jalan-jalan sekitar KL. Tapi lepas shift saya habislah.”
   “Baiknya awak. Okey.” Fazura tersenyum penuh makna. “Awak kerjalah dulu.”
   “Okey. Tunggu saya kat sini pukul 5 petang ok?”
   Fazura mengangguk dan lelaki itu kemudiannya beredar untuk menyambung kerjanya. Fazura tersenyum sinis.
   “Bodoh. Tunggulah pukul 5 nanti.” Fazura menjeling tajam dan terus beredar.

  Firdaus terburu-buru keluar dari pejabat kerana tidak mahu lewat menjemput Nadia di klinik. Mereka sudah berjanji untuk makan tengahari bersama. Laju langkahnya dan tidak menyedari Fazura memerhatikannya.
   “Wah wah wah. Lajunya jalan.” tegur Fazura.
   Firdaus menoleh. ”Not now.”
   “Why not? Eh nak pergi lunch ke? Nak ikut. Zura laparlah.”
   “Not today please. Alang ada hal.”
   Fazura mengecilkan matanya dan memandang Firdaus dengan pandangan tajam. “A date. You’re having a lunch date aren’t you?”
   Firdaus menelan liur.
   “Zura dah dapat tangkap Alang! Oh sorok-sorok eh?”
   “Nanti kita cerita. Alang dahl lambat ni. Bye!” Firdaus melangkah pergi.
   “Alang!”
   “Bye!”
   Fazura berdecit. Namun dia tetap tersenyum. Gembira dapat mengusik abangnya itu.








26

Tepat jam lima petang, Fazura sudah berada di ‘open café’. Pelayan lelaki tadi tersneyum lebar memandangnya. Dan dia melangkah menghampiri Fazura.
   “Hai.” Tegur lelaki itu.
   “Hai. Dah habis kerja?”
   “Dah. Jom pergi.”
   “Kejap eh. Saya nak jumpa manager awak.”
   “Kenapa?”
   “Nak mintak izin keluar dengan pekerja dia. Manalah tahu kalau-kalau ada polisi tertentu kat cafe ni.” ujar Fazura.
   “Tapi tak payah....” lelaki itu tidak mampu meneruskan ayatnya apabila Fazura sudah melangkah ke kaunter kafe. Lelaki itu kemudian membuntuti Fazura.
   “Your manager please,” ujar Fazura kepada pekerja yang berada di kaunter. Tidak sampai seminit pengurus kafe sudah berada di hadapan Fazura.
   “Cik Fazura, ada apa-apa masalah?” Tanya Encik Shariman.
   “Encik Shariman, one of your waiter is asking me out. Macam mana tu?” Tanya Fazura sambil tersenyum sinis ke arah pelayan lelaki di sebelahnya. “Mungkin dia tak tahu siapa I kot.”
   “Siapa awak?” pelayan lelaki itu kebingungan.
   “Amir, ni Cik Fazura Datuk Ahmad Fauzi. Cik Fazura ni Pengurus bahagian Pengurusan Acara dan Majlis hotel ni.” Jelas Encik Shariman kepada pekerjanya itu.
   “Macam mana? Faham?” Tanya Fazura.
   “Maafkan saya, Cik Fazura.” Lelaki itu menunduk malu.
   “Pengajarannya jangan menggatal dengan pelanggan sewaktu bekerja. This is my first warning.” tegas Fazura dan berlalu pergi.
   “Kau ni buat malulah. Beragaklah sikit. Tu anak pemilik hotel ni.” Encik Shariman mula bengang. “Dah. Pergi balik.”
   Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mendengus perlahan.

   Firdaus, Datin Rosmah dan Datuk Ahmad Fauzi berada di dalam studio kerja bersebelahan kamar tidur Datuk Ahmad Fauzi dan isteri untuk membincangkan sesuatu. Firdaus merasakan sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang mengenai hubungannya dengan Nadia dan begitu juga dengan status kekasihnya.
   “Kau betul dah bersedia nak kahwin ni? Maksud papa, bila kau kahwin dengan dia maka secara automatic you’ll become the father of her son.” Jelas Datuk Ahmad Fauzi. “Tapi papa tak ada masalah. I’m happy for you.”
   “Mama pun sama. Tapi Fir yang kena fikir masak-masak. Dah sedia jadi ayah?” tanay Datin Rosmah pula.
   “InsyaAllah Fir dah sedia. So mama dan papa dah setujulah ni?”
   Kedua ibu bapanya tersenyum senang seraya mengangguk setuju. Firdaus bersyukur atas penerimaan ibu bapanya terhadap Nadia.
   Fazura yang baru selesai membersihkan diri terus ke ruang tamu. Hanya anak buahnya dan Fairuz yang berada di ruang tamu. Dia tahu kakak iparnya berada di dalam bilik.
   “Semua orang ada dalam bilik ke?” Tanya Fazura.
   “Mama dengan papa ada kat studio. Tengah berbincang dengan Alang.” Jawab Fairuz yang sedang membantu anaknya melakukan kerja sekolah.
   “Bincang apa?”
   “Manalah along tahu. Kau tak makan malam lagi kan? Tadi mama ada simpankan makanan untuk kau kat dapur.”
   “Okey.” ujar Fazura. Kemudian mereka melihat Firdaus dan kedua ibu bapa mereka sedang berbual sambil menuju ke ruang tamu.
   “Hah, dah habis bebrincang dah?” Tanya Fairuz.
   “Bincang apa?” Fazura ingin tahu.
   “Esok hari Sabtu kan? So mama nak semua orang ada di rumah malam esok. Jangan ada plan lain. Sebab esok mama nak buat special dinner.” Terang Datin Rosmah.
   “Special dinner? Birthday Ira lambat lagi.” Ira mencelah dan semua yang berada di situ ketawa.
   ”Jangan perasan okey little girl.” Fazura mengusik anak buahnya.
   “Special dinner apa ma?” Fairuz pula bingung.
   “Special dinner for special guest.” Celah Datuk Ahmad Fauzi.
   “Esok ada orang tu nak bawa kekasih hati dia ke rumah.” Datin Rosmah mengerling Firdaus di sisinya.
   “Diam-diam ubi berisi.” Usik Fairuz.
   “Oh! Siapakah?” Fazura bertanya.
   “Tunggulah esok.” Jawab Firdaus.
   Fazura berdecit. Geram kerana masih tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

   Ehsan tersenyum melihat kelakuan Nadia yang seakan tidak keruan sedari tadi. Sudah lebih sepuluh kali dia melihat Nadia membetulkan tudungnya. Dan sesekali melihat solekan nipisnya melalui cermin. Dia turut membetulkan pakaian Adam. Ehsan memaut bahu adiknya.
   “Nervous?” tanya Ehsan. Lembut.
   Nadia mengangguk.
   “InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.”
   “Abang rasa family Fir akan terima Nadia?”
   “Kalau diorang tak terima Nadia, diorang takkan ajak dinner malam ni.” Ehsan menenangkan Nadia dan memangku Adam.
   Terdengar deruman enjin di luar rumah. Ehsan mendukung Adam lalu menuju ke muka pintu.
   “Fir dah sampai tu.” ujar Ehsan.
   “Assalammualaikum.” Firdaus memberi salam sambil bersalaman dengan Ehsan. Ehsan menjawab salam.
   “Nadia ni nervous sangat.” Ujar Ehsan. Firdaus ketawa kecil manakala Nadia sudah menunduk malu.
   “Adam jangan nakal okey?” Ehsan mencium pipi Adam lalu menyerahkannya kepada Firdaus.
   “Pergi dulu, bang.” Firdaus bersalaman sekali lagi dengan Ehsan. Diikuti oleh Nadia.
   “Dah jangan risau. Selawat banyak-banyak.” Pesan Ehsan.
   Nadia memeluk tubuh sasa abangnya. Dia begitu menyayangi Ehsan. Selepas kematian kedua ibu bapa, Ehsan tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang abang. Sewaktu diceraikan bekas suaminya, dia sedang sarat mengandungkan Adam. Dan Ehsanlah yang sentiasa berada bersamanya. Ehsan yang banyak menjaganya ketika berpantang dan membawa ibu saudara mereka dari kampung untuk turut sama menjaga Nadia. Nadia bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang abang seperti Ehsan.

  



27

Nadia tersenyum lega. Dua jam yang lepas dia begitu resah memikirkan reaksi keluarga Firdaus mengenai hubungan mereka berdua. Apatah lagi dengan kehadiran Adam, anak tunggalnya. Namun sekarang dia mampu menarik nafas lega dan tersenyum manis. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Seluruh keluarga Firdaus menyenangi dan merestui hubungannya dengan Firdaus.
   Ira begitu asyik melayan Adam manakala yang lain sibuk berbual dalam proses mengenali Nadia dengan lebih mendalam. Faiza banyak memuji ketekunan Nadia sewaktu bekerja.
   “Angah kena carik pekerja barulah kalau macam ni.” Ujar Faiza.
   “Kenapa?” Firdaus bingung.
   “Yalah. Nanti Fir kahwin dengan Nadia. Bukan ke Fir tak suka bakal isteri Fir bekerja?”
   “Oh. Kita tak bincang lagi pasal benda ni kan?” Tanya Firdaus kepada Nadia.
   “Nadia tak jumpa adik lagi. InsyaAllah bulan depan dia balik bercuti. Bolehlah kenalkan adik dengan Nadia.” Celah Azlin.
   Fazura pada masa sama, tidak banyak bersuara. Dia lebih rela menjadi pendengar. Dia asyik memerhatikan setiap inci wajah Nadia. Entah mengapa senyuman dan iras wajah Nadia mengingatkannya kepada seseorang. Seseorang yang sentiasa berada dalam ingatannya sejak belakangan ini.

   Leeya bengang dengan sikap Badri yang mula berubah. Setiap malam dia pasti akan berseronok dengan kawan-kawan sehingga mengabaikan hubungan mereka berdua. Leeya merasakan Badri semakin jauh daripadanya. Dan semua ini berpunca daripada seseorang. Fazura.
   Sejak Badri berpisah dengan Fazura, Badri mulai berubah. Leeya mula meragui perasaan Badri buat Fazura. Adakah semata-mata kerana wang atau kerana cinta? Mungkin apa yang diperkatakan oleh Wani sebelum ini mengenai Badri dan Fazura benar. Leeya tidak mampu tinggal diam. Dia begitu mencintai Badri. Apatah lagi kini dia sedang hamil tiga minggu. Ya. Dia hamil dan sehingga kini tiada seorang pun yang tahu mengenai kehamilannya itu.
   Haruskah dia berterus-terang dengan Badri mengenai kehamilannya? Dan bagaimana jika Badri tidak mampu menerima berita tersebut? Bagaimana jika Badri tidak mahu bertanggungjawab?
   “Aku kena jumpa Zura!” nekad Leeya.

   Langkah kaki Fazura semakin laju. Dia cuba mengejar kelibat seseorang yang dilihatnya tadi. Dia ingin memastikan bahawa apa yang dilihatnya tadi bukannya mainan perasaannya sendiri. Sehingga ke lot parkir Luxurious Inn dia cuba mengejar namun usahanya gagal. Fazura hampa. Lalu dia mula melangkah masuk ke bangunan hotel.
   “Zura!” namanya dilaung seorang wanita. Fazura menoleh.
   “Kau? Nak apa?” Fazura tidak sennag melihat Leeya.
   “Aku nak kau berhenti ganggu hidup aku dan Badri.”
   Fazura ketawa.
   “Apasal kau gelak hah perempuan?”
   “Aku rasa kelakar sangat. Aku? Kacau hidup kau dengan Badri? Bukan ke pakwe kesayangan kau tu yang terhegeh-hegeh nak dengan aku balik?”
   “Sebab kau pun melayan!”
   “Kau ingat aku ni murah macam kau? Sekali aku dah ludah, aku takkan jilat balik! Badri tu lelaki sampah. Lelaki sampah sesuai dengan perempuan sampah macam kau!”
   Leeya bengang. Dia cuba menampar Fazura namun Fazura sempat menahan tangan Leeya.
   “Jangan cari pasal dengan aku, Leeya. You know me very well.” Fazura memberi amaran. “Baik kau pergi sekarang sebelum darah aku naik.”
   “Patutlah Badri buat hubungan dengan aku dekat belakang kau. Patutlah selama ni semua lelaki yang pernah jadi boyfriend kau pergi tinggalkan kau. Sebab perangai kau! Semua benda mesti nak ikut telunjuk kau! Angin tak tentu pasal!” maki Leeya. “Aku menyesal jadi kawan kau, Zura! Aku menyesal sebab aku asyik nak ikut cakap kau selama ni! Perempuan yang pentingkan diri macam kau takkan bahagia sampai bila-bila!”
   Fazura terpana seketika sambil memerhatikan Leeya yang sudah mula meninggalkannya. Dia benar-benar terpukul dengan kata-kata Leeya.

   Ehsan tidak sangka keputusannya untuk berpatah semula ke bangunan hotel untuk mengambil dokumen yang tetringgal di restoran hotel memberinya kejutan apabila menyaksikan insiden pergaduhan Fazura dengan seorang wanita. Setiap butir pertikaman lidah mereka mampu didengari Ehsan.
   Fazura melangkah longlai menuju Luxurious Garden. Dan tanpa dia sedari, Ehsan mengekori di belakangnya. Fazura mengambil tempat di sebuah bangku dan mujurlah ketika itu tidak ramai yang berada di taman tersebut.
   Air mata Fazura menitis. Semakin lama semakin deras. Dan esakan kecilnya mampu didengari Ehsan. Hati lelaki Ehsan sedikit tersentuh mendengar tangisan Fazura. Dia mengambil tempat bersebelahan Fazura dan menghulurkan sehelai sapu tangan miliknya kepada wanita itu. Fazura terkejut dan menoleh ke arah Ehsan.
   Fazura pantas menyeka air matanya dan cuba untuk bangun dari tempat duduknya namun pantas dihalang oleh Ehsan. Fazura kembali duduk.
   “I won’t say anything. I takkan tanya apa yang dah jadi dan kenapa you menangis. It’s your moment. Menangislah sepuasnya.” Ujar Ehsan. Lembut nada suaranya.
   Entah mengapa Fazura tersentuh dengan kata-kata Ehsan. Dan tanpa segan silu air matanya kembali menitis. Untuk beberapa ketika, kesunyian antara mereka dipecahkan dengan tangisan Fazura.

   Nadia pelik dengan sikap Ehsan. Malam itu Ehsan tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Dia banyak termenung seakan memikirkan sesuatu. Ingin ditanya, takut abangnya tidak senang dengan pertanyaannya. Nadia membiarkan. Mungkin abangnya mempunyai masalah yang harus diselesaikan.
   Ehsan pada ketika itu sedang memikirkan insiden petang tadi yang berlaku selepas pertemuannya dengan klien di Luxurious Inn. Dan dia mulai sedar akan sikap sebenar Fazura. Wanita itu kelihatan kuat pada zahirnya namun dia dapat melihat kerapuhan pada hatinya.
   “Thanks,” ucap Fazura apabila emosinya kembali stabil.
   “I tak buat apa-apa. I duduk diam je sebelah you.”
   “Sebab tu I appreciate sangat. Your silence meant a lot to me.”
   Ehsan menghulurkan kad namanya kepada Fazura. “Kita dah banyak kali terserempak secara kebetulan. And I’m wondering why I don’t have your number. Call me if u feel like crying.”
   Fazura ketawa kecil. “I will.”
   Ehsan lega melihat senyuman Fazura.

  




























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Salam Kemaafan

Dengan rendah hatinye,sy nak minx maaf yer sbb lame x update blog..
sy getting busier dgn kerje..sangat sangat sangat banyak kerje...haih..
tapi sy janji within 2 days lagi,saye akan post new entry..InsyaAllah..salam :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hadirmu Menyemai Cinta - Part 3

17

Awal dan Idayu bersama dua orang anak mereka sedang menikmati hidangan di Kelantan Delights, KLCC sambil menunggu kedatangan rakan baik Awal. Sambil menyuap makanan ke dalam mulut, pandangan Idayu tertacap ke arah seorang pemuda kacak berkemeja polo jingga beserta jeans biru yang melangkah masuk ke restoran tersebut.
   “Abang, Ehsan dah sampai,” ujar Idayu pada suaminya.
   Awal melambai tangannya ke arah Ehsan seakan memberi isyarat kepada rakan baiknya itu. Ehsan yang menyedari keberadaan Awal bersama keluarganya, terus menuju ke arah mereka dengan senyuman.
   “Sorry lambat,” Ehsan mengambil tempat di sebelah anak lelaki Awal sambil bersalaman dengan Awal.
   “It’s okay. Orderlah makanan,” pelawa Awal.
   Ehsan menggeleng.
   “Aku baru lepas makan ni. Kenyang.”
   “Mana Nadia dengan Adam.?” Tanya Idayu.
   “Ada kat rumah. Adam demam, itu yang Nadia tak dapat datang sekali. Dia kirim salam.” Balas Ehsan.
   “Waalaikumussalam. Betul ni tak nak makan?” tanya Awal.
   Belum sempat Ehsan menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Dia melangkah keluar dari restoran untuk menjawab panggilan tersebut.
   Laju langkah kaki Fazura menuju ke Kelantan Delights. Tanpa diduga dia terlanggar bahu Ehsan yang sedang leka berbual dalam telefon bimbit. Niatnya untuk meminta maaf pada Ehsan terbantut apabila melihatkan keseriusan lelaki yang tidak dikenalinya itu bercakap dalam telefon.
   “Zura!” panggil Idayu.
   Fazura tersenyum lebar sambil berjalan ke arah keluarga kakak angkatnya itu.

   “Shopping apa tadi?” tanya Fazura.
   “Belum sempat shopping lagi. Lapar sangat,” ujar Idayu.
   “Zura, tak makan sekali ke?” tanya Awal.
   Fazura menggeleng.
   “I’m on diet,” ujarnya sambil tawanya masih bersisa.
   Awal ketawa.
   “Badan dah kering macam lidi pun nak diet lagi,” usik Idayu pula.
   “24 jam sibuk memanjang,” ujar Awal kepada Ehsan yang kembali ke tempat duduknya.
   Ehsan menggaru dahinya menggunakan jari telunjuk. Pandangannya beralih pada wanita cantik di sebelah Idayu.
   “Ini adik angkat Ayu, Fazura,” Idayu memperkenalkan Ehsan kepada Fazura.
   “Zura, ini kawan Abang Awal. Ehsan.”
   Fazura dan Ehsan berbalas senyuman.
   “Sorry I was bumped into you just now,” ucap Fazura, menahan getar pada suaranya. Entah mengapa dia berdebar. Lelaki kacak di hadapannya itu mencuit hati wanitanya.
   “Just now? I tak perasan pulak,” balas Ehsan.
   Awal dan Idayu ketawa.
   “Ehsan memang macam tu, Zura. Orang yang kerja besar ni, bila dapat phone call memang langsung tak hiraukan sekeliling,” perli Idayu.
   Ehsan hanya senyum kecil.
   Melihatkan senyuman Ehsan, Fazura bergitu tertawan. Tetapi entah mengapa dia merasakan seakan pernah bertemu Ehsan sebelum ini. Di mana? Bila? Ah, itu semua tak penting. Fazura masih mengamati wajah kacak itu.
   “Macam pernah nampak je mamat hensem ni. Tapi kat mana ya?” tanya Fazura dalam hati.
   “Ah, tak kisahlah. Hensemnya. Segak pulak tu.”
   Fazura tersenyum seraya memandang kembali ke arah Idayu. Idayu mengangkat keningnya sambil tersengih.
   “Dah terpikat ke?” tanya Idayu.
   Fazura memandang Ehsan dan Awal yang sedang berbual mengenai dunia perniagaan. Fuh. Dia menghembus nafas lega. Nasib baik Ehsan tidak mendengari kata-kata Idayu.
   Tanpa menjawab pertanyaan Idayu, Fazura hanya tersengih penuh makna.

   Leeya menyembur wangian pada badannya. Kemudian dicalitnya gincu merah pada bibir mungilnya. Dia bergaya di hadapan cermin untuk melihat penampilannya pagi itu untuk ke pejabat.
   “Perfect!” pujinya.
   Melihatkan wajah masam Wani yang sedang menunggunya di ruang tamu, Leeya hanya ketawa kecil. Dibiarkan Wani yang menjeling tajam ke arahnya.
   “Kau dah buat aku lambat tau tak?” marah Wani.
   Leeya ketawa lagi.
   “Rilekslah.”
   “Banyak kau punya rileks.”
   “Dah tahu lambat, naiklah bas ke, teksi ke. Kenapa nak aku hantar pulak?”
   Wani berdecit.
   “Kalau perempuan tu tahu aku masuk lambat hari ni, habislah aku. Dahlah dia selalu attack aku!”
   “Yang kau takut sangat dengan si Zura tu kenapa?”
   “Dia tu kan gila sikit. Kepala angin!”
   Leeya ketawa besar.
   “Yelah, jom. Aku hantar sekarang. Bisinglah kau ni.”
   Wani masih mencuka.

   Fazura baru sahaja selesai memantau persediaan majlis perkahwinan pasangan pengantin cina yang akan berlangsung malam esok di ballroom hotel. Sebaik melangkah keuar dari ballroom, dia ternampak kelibat Wani yang berjalan masuk ke hotel. Langkahnya begitu pantas.
   Fazura melihat jam tangannya. Sudah pukul 9 pagi. Melihatkan Wani yang kelihatan tergesa-gesa, Fazura dapat mengagak kesalahan yang dilakukan oleh adik Leeya itu. Fazura tersenyum penuh makna.
   Wani mengetap bibir. Dia menjadi gementar apabila Mrs. Stacy Tan ingin berjumpa dengannya.
   Masuk sahaja ke bilik ketuanya itu, Wani terus berdiri kaku.
   “Kenapa you lambat hari ni?” tanya Mrs. Stacy Tan.
   “I minta maaf.” Ucap Wani.
   “Your shift sepatutnya start pukul 7.30 pagi. Sekarang sudah pukul 9.10 pagi. You tak inform I awal-awal pun yang you akan masuk lambat pagi ini.”
   Wani menunduk.
   “Miss Fazura wants me to give you the first warning. Kali kedua you lambat, I’m sorry but you will lose your job.”
   “But….”
   “I’m sorry, Wani.”
   Wani mendengus.
   “Make sure lepas ni you tak lambat lagi. Okey?”
   Wani mengangguk faham.
   “Okay, get back to your work.”
   Sebaik Wani melangkah keluar dari bilik ketuanya itu, Fazura sudah sedia menunggu di luar bilik. Fazura berjalan ke arah Wani dengan senyuman sinis.
   Kan aku dah kata sebelum ni,” ujar Fazura.
   Fazura membelai rambut Wani.
   “Don’t mess with me,” tegas Fazura.
   Wani menjeling tajam.
   “This is the first warning from me. Remember.”
   Fazura berlalu meninggalkan Wani yang sedang panas hati terhadapnya.



















18

Badri menyandar pada kereta Fazura yang diparkir di tempat letak kereta yang terdapat di The Pavillion. Pada waktu itu Fazura berada di The Pavillion bersama beberapa rakannya untuk tujuan membeli-belah.
   Fazura berdecit. Dia melihat Badri sedang bersandar pada keretanya sewaktu dia sudah bersedia untuk pulang.
   “Do not lean against my car please,” tegas Fazura. Ada nada bongkak pada suaranya.
   Badri akur.
   “Dah lama I tunggu you,” ujar Badri.
   “I tak suruh pun you tunggu I.”
   Fazura memasukkan barangannya ke tempat duduk belakang. Sewaktu dia ingin mengambil tempat di tempat duduk pemandu, lengannya dipegang erat oleh Badri. Fazura tersentak.
   “Apa ni?!” tengking Fazura. Tak puas hati.
   “I nak bincang dengan you,” ujar Badri. Marah dengan sikap Fazura.
   “Bincang apa lagi? You dengan I bukannya ada apa-apa.”
   “Sebab tu kita kena bincang. I want you back.”
   Fazura ketawa sinis.
   “Ingat I ni benda mainan ke? Kejap nak..kejap tak nak.”
   Badri mendengus.
   “Zura, I tahu I silap. Tapi berilah I peluang.”
   “No way. Lepaskan I.”
   “No.”
   “Let me go!”
   “Zura,” suara garau tiba-tiba muncul antara Fazura dan Badri.
   Fazura dan Badri menoleh. Kelihatan seorang lelaki segak berkemeja lengan panjang memandang ke arah mereka berdua.
   Dada Fazura berombak kencang. Ehsan. Ya, Ehsan sedang berdiri di hadapannya. Dan dia memanggil Fazura.
   “Kau siapa?” jerkah Badri.
   “I boyfriend Zura.” Lancar sekali ayat itu keluar dari bibir Ehsan. Ehsan juga hairan.
   Mendengarkan kata-kata Ehsan, Fazura terbatuk kecil. Badri merenungnya tajam seakan ingin menelannya. Fazura dan Ehsan pula saling berpandangan.
   
   Firdaus menemani Nadia menikmati makanan tengahari di sebuah restoran yang agak jauh dari klinik Faiza. Risau dilihat sesiapa atas permintaan Nadia.
   Nadia kelihatan muram. Dia merisaukan kesihatan anaknya, Adam.
   “Awak, kenapa ni?” tanya Firdaus.
   Nadia hanya menggeleng.
   “Tak nak beritahu saya?”
   “Tak ada apa, Fir. Saya cuma rasa tak sedap badan je.” Dalih Nadia.
   Firdaus mula cemas.
   “Dah makan ubat? Dah tahu tak sihat, kenapa tak ambil cuti je? Nanti saya beritahu kakak saya….”
   “Eh, takpe. Saya masih larat bekerja. Bukannya sakit, cuma rasa tak sedap badan je.”
   “Betul ni?”
   “Betul, Fir.”
   Nadia tersenyum memandang wajah cemas Firdaus. Lelaki itu begitu prihatin terhadapnya. Nadia tersentuh.
   Suasana hening seketika. Lama keadaan sebegitu.
   “Saya ambil berat tentang awak,” ucap Firdaus. Ikhlas. Seikhlas hatinya.
   Nadia terpaku. Hanya mampu merenung sepi wajah lelaki kacak itu.
  
   Ehsan merangkul kemas jemari halus Fazura. Fazura tersentak dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh Ehsan itu. Dia menelan liur. Tekaknya terasa perit. Melihatkan Ehsan yang bersahaja di sisinya, Fazura menguntum senyum.
   “Nak apa dengan Zura?” tanya Ehsan kepada Badri. Tenang.
   “Itu bukan hal kau!” balas Badri. Kasar sekali nadanya.
   “Zura girlfriend I..so hal dia hal I jugaklah. Sekarang ni you kacau girlfriend I so what do you expect me to do?”
   Gilfriend? Sekali lagi ayat itu keluar dari mulut Ehsan. Entah kenapa Fazura rasa gembira teramat sangat apabila ayat itu disebut oleh Ehsan.
   “Zura, you cakap dengan I betul-betul. Jantan ni boyfriend you ke?” tanya Badri. Merah wajahnya menahan marah.
   Saat itu Ehsan dan Fazura berpandangan. Masing-masing terasa getarnya. Fazura mencari keberanian dari anak mata Ehsan untuk bersemuka dengan Badri.
   Fazura memandang Badri.
   “He is my boyfriend. Puas hati?”
   Badri mendengus kasar.
   “You tunggu apa lagi? Get off,” tegas Fazura.
   Badri sempat menghadiahkan satu tumbukan pada wajah Ehsan sebelum dia bergegas meninggalkan tempat tersebut.
   “Ya Allah!” Fazura tergamam seketika.
   “Ehsan, you….you okay?” tanya Fazura. Cemas.
   Ehsan menggosok perlahan pipinya. Terasa panas. Pedih.
   “Hmm..kita..kita ke klinik okey? I minta maaf sangat. I…..”
   “It’s okay.”
   Mereka saling berpandangan.
   “ I’m just fine. No worries,” Ehsan menghulur senyuman untuk menenangkan Fazura.
   Ehsan melihat jam tangannya.
   “I kena balik ke office,” ujar Ehsan.
   “Tapi you pasti you okey kan?”
   Ehsan mengangguk perlahan. Kemudian dia beredar meninggalkan Fazura yang masih khuatir akan keadaannya.
   Fazura melangkah masuk ke suite di mana Idayu bersama suami dan anak-anaknya menginap. Pada waktu itu, Awal menemani kedua anaknya untuk bermandi-manda di kolam renang.
   “What’s up? Gelabah je ni,” tanya Idayu.
   “Kak, Ehsan..”
   “Ehsan? Ehsan kawan Abang Awal tu?”
   Fazura mengangguk.
   Idayu tersengih.
   “Don’t tell me you’re falling in love with him,” usik Idayu.
   Merah padam wajah Fazura diusik Idayu. Dia pantas menggeleng laju beberapa kali.
   “Badri tumbuk dia,” jelas Fazura.
   Idayu tergamam.
   “Kenapa pulak? Apa dah jadi?”
   Fazura menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku antara dia Badri dan Ehsan. Selesai bercerita, Idayu tersenyum ceria.
   “Kak Ayu ni kenapa? Apa yang gembira sangat ni?” Fazura bingung.
   “Macam cerita cinta tiga segi pulak. Bestnya.”
   Fazura menampar laju behu Idayu. Idayu mengaduh kesakitan. Tidak lama kemudian, dia ketawa besar. Fazura menggaru kepala.
   “Kesian Ehsan. Tak pasal-pasal kena tumbuk,” ujar Idayu.
   “Tapi Kak Ayu rasa ada jodoh between you and him. Hmm, memang sepadan. Sama cantik, sama pandai. Zura tahu tak, siapa yang dapat Ehsan tu memang bertuah sangat. Kerja besar, macho pulak tu, agama pun kuat. Hmmm..syoknya.”
   “What are you crapping? Zura kenal dia semalam pun tak sampai sejam.”
   “Tak sampai sejam tapi dah berpegangan tangan,” perli Idayu.
   “That was just an act!”
   “Yalah tu,” Idayu mencebik bibir.
  Fazura membalas.


















19

Malam itu Nadia tidak dapat melelapkan mata. Hatinya resah. Jantungnya berdegup pantas. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan sebegitu. Ah! Dia tidak bisa menafikan lagi perasaannya terhadap Firdaus. Dia sayangkan lelaki itu. Sayang yang lebih daripada seorang kawan.
   Fikirannya melayang kembali kepada pertemuannya dengan Firdaus lewat petang itu. Masih teringat tatkala Firdaus merenung jauh ke matanya. Romantis sekali.
   “Kali pertama saya melihat awak, saya tahu saya dah jatuh cinta,” jujur Firdaus.
   Nadia terkedu.
   “Awak, terus-terang saya katakan…sebenarnya saya dah mula sukakan awak. Saya tahu kita baru kenal, tapi tak salah kan kalau saya nak jelaskan perasaan sebenar saya terhadap awak.”
   Nadia masih diam. Lidahnya kelu.
   “Awak marah saya cakap begini?” tanya Firdaus.
   Nadia menggeleng.
   “Fir, awak belum kenal siapa saya sebenarnya,” jelas Nadia.
   “Sebab tu saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi. Saya tak paksa awak untuk menerima saya tapi….”
   “Fir, ada banyak perkara awak perlu tahu tentang saya,” tegas Nadia, serius.
   Firdaus mula cemas. Nadia kelihatan serius.
   “Kenapa ni, Nadia?”
   “Bila saya dah bersedia, saya akan beritahu awak. Tapi sekarang saya perlukan masa.”
   Firdaus menguntum senyuman kecil. Lambat-lambat dia mengangguk. Mengerti. Akur dengan permintaan Nadia.

   Kandungan Azlin sudah mencecah usia tiga bulan. Tidak seperti kandungan pertama dahulu, kali ini Azlin tidak mempunyai alahan yang teruk ketika hamil. Cuma yang lucunya, Fairuz pula yang mengalami alahan seperti orang hamil. Setiap pagi selepas bangun daripada tidur, tekaknya pasti berasa mual dan loya.
   “Abang nak makan?” tanya Azlin kepada suaminya yang baru pulang dari hotel.
   Lambat-lambat Fairuz menggeleng.
   “Abang tak ada selera.”
   “Abang loya lagi?”
   Fairuz mengangguk.
   “Baru abang tahu macam mana Lin rasa bila mengandungkan Ira dulu.”
   “Hah, baru tahu?” usik Azlin.
   Fairuz senyum sumbing.
   “Ira mana?” tanyanya.
   “Dia ikut mama dengan papa pergi Subang.”
   Azlin membuntuti suaminya ke ruang tamu. Fairuz berbaring atas sofa. Kepenatan. Azlin beransur ke dapur untuk membancuh minuman untuk suaminya. Pada masa yang sama, Fazura melangkah masuk ke rumah. Dia kelihatan tergesa-gesa.
   Fazura pantas berlari ke biliknya untuk menyegarkan diri. Malam ini dia harus ke suatu majlis perkahwinan rakan lamanya, Stephanie.
   “Zura, handphone kau berbunyi!” jerit Firdaus yang baru pulang. Sewaktu melalui bilik Fazura untuk ke biliknya, dia terdengar telefon bimbit adiknya berbunyi.
   “Orang tengah mandilah!” balas Fazura dari dalam bilik air.
   Firdaus menjawab panggilan tersebut.
   “Hello, Zura!” kedengaran suara seorang wanita cina di talian.
   “Zura is in bathroom. I’m her brother.”
   “Oh. Okay, please tell her I’ll pick her up at 8.”
   “Okay.”
   “Thanks!” talian dimatikan.
   Firdaus menghampiri pintu bilik air.
   “Kawan Zura kata dia jemput pukul 8.” Laung Firdaus.
   “Okey!”
   Sebaik Firdaus melangkah keluar dari bilik adiknya, dia bertembung pula dengan Fairuz yang berjalan menuju ke biliknya.
   “Fir, esok kau gantikan Along masa meeting.” Ujar Fairuz.
   “Along nak hantar Kak Lin pergi check up, lepas tu Along ada hal sikit di Rawang. So, kau handle meeting esok.”
  “Papa tak ada?”
   “Tak. Papa kan nak ke Jakarta pagi esok.”
   Firdaus mengangguk faham.
   “Okey.”

   Anggun dengan kaftan dress berwarna jingga beserta rambutnya disanggul kemas, Fazura menarik perhatian ramai tetamu malam itu. Rakan di sebelahnya, Cindy turut kelihatan anggun mengenakan dress putih dan rambut perangnya dibiarkan lepas.
   Siapa sangka, dalam diam dirinya diperhatikan seseorang. Ehsan yang segak berkemeja biru lembut beserta slack hitam sedang asyik berbual dengan beberapa orang tetamu yang juga merupakan kenalannya. Tanpa diduga, matanya asyik memerhatikan Fazura yang hadir di majlis yang sama.
   “Hi, Zura. Long time no see,” Andrew Lim, kenalan lama Fazura menegurnya. Di sebelah Andrew ialah tunangnya.
   “Hi. How are you?” tanya Fazura kembali. Sedang mereka berbual, entah mengapa pandangan Fazura tiba-tiba teralih pada seorang lelaki kacak berkemeja biru lembut yang kelihatan asyik berbual dengan beberapa orang tetamu.
   Fazura mula berdebar. Tanpa dipinta, senyuman kecil terpalit pada bibir manisnya. Semakin pantas degupan jantungnya apabila lelaki kacak itu turut memandangnya. Ehsan sedang memandangnya. Ah! Hati Fazura semakin kacau.
   Selesai menikmati hidangan yang disediakan, Fazura mengambil kesempatan untuk ke tandas. Keluar sahaja dari tandas, kelihatan Ehsan sedang bersandar pada dinding, sedang menunggunya.
   Mereka kini berhadapan dengan satu sama lain.
  
  “Dia tunggu orang lain kot,” ujar Fazura dalam hati. Takut dirinya disangka perasan pula oleh Ehsan nanti.
   Fazura berjalan menuju ke ballroom tanpa mempedulikan Ehsan.
   “You tak kenal I lagi?” tiba-tiba suara Ehsan kedengaran pada cuping telinganya.
   Fazura menoleh. Ehsan sedang menghadapnya.
   “You cakap dengan I ke?” tanya Fazura.
   Ehsan ketawa kecil sambil memandang sekeliling.
   “I nak cakap dengan siapa lagi?” tawa Ehsan masih bersisa.
   Fazura turut ketawa kecil. Namun tawanya dimatikan apabila melihat sedikit kesan lebam pada tepi bibir Ehsan.
   “What’s wrong? Kenapa nampak serius je?” tanya Ehsan.
   “The bruise,” Fazura menunjukkan kesan lebam tersebut.
   “Oh,” Ehsan senyum.
   “Taklah obvious sangat. Sikit je,” sambung Ehsan lagi.
   “I’m sorry.”
   Ehsan ketawa lagi.
   “There’s nothing to be sorry for, Zura.”
   Fazura diam.
   “You look stunning,” puji Ehsan.
   Terasa hangat di setiap inci wajah Fazura. Malu dan bangga dipuji cantik oleh lelaki sekacak Ehsan.

   Azlin mengetap bibir. Terasa serba salah dengan apa yang dilihatnya sewaktu ke Carrefour petang tadi. Perasaan bersalahnya semakin menebal apabila melihat Firdaus sedang leka menonton berita bersama Datuk Ahmad Fauzi, Datin Rosmah dan Fairuz.
   Azlin menghela nafas panjang. Dia melihat Firdaus bangun dari tempat duduknya dan menghala ke halaman rumah. Azlin membuntuti adik iparnya.
   Hujung puntung rokok dibakar. Firdaus mula menghisap rokok tanpa menyedari kehadiran kakak iparnya di belakangnya.
   “Fir,” tegur Azlin.
   Firdaus menoleh. Cepat-cepat dia mengalihkan puntung rokok dari bibirnya.
   “Kak Lin, bahaya kalau Kak Lin hidu asap rokok ni,” ujar Firdaus. Prihatin dengan keadaan Azlin yang sedang hamil.
   “Kak Lin nak beritahu Fir sesuatu. But before that, Kak Lin nak tahu tahap hubungan Fir dengan Nadia.”
   Firdaus menguntum senyum sebaik mendengar nama Nadia.
   “Fir dan Nadia dah makin rapat.”
   “Dia dah tahu tentang perasaan Fir?”
   Firdaus mengangguk.
   “Dia kata apa?”
   “She needs time. Dia kata ada banyak perkara yang perlu Fir tahu tentang diri dia.”
   “Kak Lin tahu tentang diri dia. Dan demi kebaikan Fir, lupakan Nadia.”
   Firdaus terpaku.
   “Kak Lin tak mahu Fir terluka.”
 
20

Nadia mendukung tubuh kecil anaknya sewaktu menjemput anaknya itu pulang dari rumah pengasuhnya. Di sisinya ialah Ehsan yang mengangkat beg berisi barangan Adam.
Sempat Ehsan mencium pipi Adam sebelum mereka masuk ke perut Toyota Harrier milik Ehsan.
   Kemesraan yang dipaparkan oleh Ehsan, Nadia dan Adam disaksikan oleh Firdaus dengan hati yang begitu terluka. Dia teringat kembali akan perbincangannya dengan Azlin malam tadi.
   “Nadia dah berkahwin,” ujar Azlin.
   “Apa Kak Lin merepek ni?”
   “Kak Lin cakap benda betul, Fir. Kak Lin ke Carrefour petang tadi. Dan Kak Lin nampak Nadia dengan seorang lelaki.”
   “Lelaki tu pulak tengah mendukung seorang budak lelaki.” Sambung Azlin.
   Firdaus seakan terpaku mendengar kata-kata Azlin. Benarkah Nadia sudah berkahwin? Benarkah segala kata-kata Azlin? Tidak mungkin kakak iparnya berbohong. Dan Nadia…mungkinkah wanita itu berbohong mengenai statusnya? Tapi kenapa?
   Lamunan Firdaus terhenti. Kelibat Nadia bersama suami dan anaknya telah hilang daripada pandangan.
   Dengan hati yang lara, Firdaus memandu untuk kembali semula ke Luxurious Inn. Cukuplah degan drama yang ditontonnya tadi. Dia sudah kecewa. Begitu kecewa. Terutamanya dengan pembohongan Nadia mengenai status sebenar dirinya.
  
   Sehari selepas kepulangan Idayu bersama keluarganya ke Singapura, Fazura menelefon kakak angkatnya itu. Intisari perbualan mereka keseluruhannya menceritakan tentang Ehsan.
   “I think he likes you,” ujar Idayu.
   Fazura tersengih.
   “Kenapa pulak Kak Ayu cakap macam tu?” tanya Fazura.
   “Sebab dia pernah tanya Abang Awal tentang Zura. Bila Abang Awal beritahu dia yang your family owns the Luxurious Inn, he was totally shocked.”
   “Dia pernah tanya Kak Ayu, Zura ni jenis orang yang macam mana.” Sambung Idayu.
   “Then, what did you say?”
   “Zura ni panas baran…tegas..”
   “Kak Ayu! Kenapa cakap macam tu? Malulah Zura.”
   Idayu ketawa.
   “Kak Ayu pun beritahu Ehsan yang walaupun Zura ni panas baran sikit eh, banyak….but you are such a nice woman. Tak kedekut.”
   Fazura tersengih lagi. Bangga.
   “Zura,” panggil Idayu.
   “Hmm?”
   “Zura…sukakan Ehsan?”
   Pertanyaan Idayu membuatkan Fazura terdiam sejenak.
   “Zura?” panggil Idayu lagi.
   “Suka kot,” Fazura ketawa.
   “Lah, kenapa gelak pulak? Suka macam mana?”
   “Suka macam..sukalah. Entah, Zura pun tak tahu.”
   “Dengan Kak Ayu pun nak malu ke?”
   “Bukan malu. Ala, Zura pun tak tahu Zura suka dia macam mana. Tapi bila setiap kali jumpa dia, perut Zura rasa sakit. Lepas tu hati berdebar sangat.”
   “Ewah,ewah. Kalau dah macam tu, ada hatilah tu.”
   Fazura menelan liur.
   “Memandai je Kak Ayu ni. Kenal pun tak sampai sebulan dah ada hati?”
   Kedengaran tawa Idayu di talian.
   Fazura turut ketawa namun di sebalik tawanya itu, dia berasa gelisah. Mungkinkah perasaannya terhadap Ehsan ialah perasaan cinta?

   Nadia mengemas pakaian Ehsan memandangkan Ehsan akan ke Korea Selatan keesokan paginya. Pemergian Ehsan ke Korea Selatan selama seminggu adalah atas urusan kerja. Sempat dia mengerling ke arah Ehsan yang sudah terlelap atas katil. Sementara Adam pula sibuk bermain dengan barang mainannya di sisi Ehsan.
   “Adam, jangan bising. Papa tengah tidur,” arah Nadia.
   Adam mengerling Ehsan yang berbaring di sisinya.
   “Kenapa papa tidur?” tanya Ehsan dengan suara comelnya.
   “Sebab dah malam.” Jawab Nadia.
   “Tapi papa tidur cepat.”
   “Papa penat, sayang. Esok papa tak ada dengan kita lagi.”
   “Oh papa pergi jumpa bos ya?
   Nadia mengangguk. Kemudian, Adam kembali bermain semula. Kali ini suaranya diperlahankan supaya tidak mengganggu tidur papanya.
   Tanpa dirancang, Nadia memerhati sepi telefon bimbitnya. Dia teringatkan Firdaus. Sepanjang hari ini Firdaus langsung tidak menelefon apatah lagi menghantar mesej kepadanya. Tidakkah lelaki itu merinduinya?
   Nadia mengeluh.

   Berkepul asap di udara. Sudah dua puntung rokok dihisap Firdaus. Dia begitu kecewa. Di saat cintanya sudah mekar untuk seorang wanita bernama Nadia, akhirnya dia dikecewakan. Lebih menyakitkan hati lagi ialah apabila mendapat tahu bahawa Nadia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
   “Fir,” tegur Azlin.
   Firdaus menoleh.
   “Fir okey?”
   Lambat-lambat Firdaus mengangguk.
   “Kak Lin minta maaf.”
   “Untuk apa?”
   “Sebab beritahu Fir tentang Nadia.”
   Nama itu kedengaran lagi. Terasa pedih hatinya apabila terkenangkan Nadia.
   “Kak Lin tak payah minta maaf. Kalau Kak Lin tak beritahu Fir, sampai kiamatlah Fir kena tipu.” Sinis nada Firdaus.
   “Fir memang cintakan dia?”
   Soalan Azlin membuatkan Firdaus kaku. Lidahnya menjadi kelu.
   “Kak Lin tahu Fir kecewa.”
   Cepat-cepat Firdaus mencampak puntung rokoknya. Dia meletupkan jemarinya. Langsung dia tidak menoleh ke arah Azlin.
   “Confront her. Tanya dia situasi yang sebenar.” Ujar Azlin.
   “There’s nothing to ask. Fir nampak dengan mata kepala Fir sendiri, dia dengan suami dan anak dia. Fir nak tanya apa lagi?” nada suara Firdaus meninggi.
   Azlin terkejut.
  Firdaus mengeluh kasar.
   “Fir minta maaf, Kak Lin. Fir bukannya sengaja meninggi suara pada Kak Lin.” Ucap Firdaus. Serba-salah.
   Azlin menguntum senyum tanda memaafkan Firdaus. Dia tidak menyalahkan adik iparnya itu kerana dia tahu Firdaus terlalu kecewa.


 21

Telefon bimbitnya dicampak atas katil. Sudah banyak kali nombor telefon Firdaus didail tetapi panggilannya langsung tidak berjawab. ‘Kehilangan’ Firdaus selama tiga hari ini menimbulkan persoalan pada benak fikiran Nadia.
   Mungkinkah dia sibuk?
   Atau mungkinkah dia sengaja menjauhkan diri daripadaku?
   Nadia garu kepala. Dia sudah buntu. Dia tidak dapat menafikan perasaan rindunya terhadap Firdaus. Lelaki itu sedikit sebanyak telah berjaya memenangi hatinya.
   Nadia mendapat idea. Lantas dia mendapatkan telefon bimbitnya dan pantas jemarinya menaip mesej untuk dihantar kepada Firdaus.
   Pada masa yang sama, Firdaus sedang bersantai di kawasan kolam renang di kediaman keluarganya. Beberapa panggilan daripada Nadia dibiarkan tanpa berjawab. Kemudian dia menerima mesej daripada Nadia.

Salam. Awk, minta maaf kalau sy mengganggu. Dah lama x dgr berita dr awk. Awk mrhkn sy ke?

Firdaus mengeluh membaca mesej Nadia. Dia berasa serba-salah memperlakukan Nadia sedemikian rupa. Firdaus mengambil tindakan untuk tidak membalas mesej Nadia.
   Tidak berapa lama kemudian, satu lagi mesej daripada Nadia diterimanya.

Sy ada perkara nk bcng dgn awk. Sy hrp kita blh berjumpa. Pls.

Kali ini Firdaus membalas.

Nk jmpa? What 4? Apa plk helah awk kali ni?

Helah? Apa mksud awk, Fir? Apa yg sy dh buat?

Nadia, pls. Stop lying. Sy dh tahu semuanya ttg awk. Semua!

Nadia terpaku. Firdaus sudah mengetahui segalanya tentang dirinya? Mungkin itu menjadi sebab mengapa Firdaus cuba berjauhan daripadanya.
   Satu lagi mesej daripada Firdaus diterima.

Kenapa diam? Takut? Selama ni sy sgkakan awk seorg wanita yg baik. Tp x sgka selama ni awk menipu sy. Sy x boleh terima penipu dlm hdp sy.

Mesej terakhir daripada Firdaus membuat Nadia terduduk. Air matanya terus merembes keluar. Tidak sangka reaksi daripada Firdaus sebegitu kejam. Mengapa Firdaus langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk berterus-terang? Nadia terkilan.

   Fazura mengelamun jauh. Memikirkan tentang Ehsan. Kata-kata Idayu terngiang-ngiang di telinganya. Dia tersenyum sendirian apabila peristiwa di majlis perkahwinan Stephanie kembali bermain di fikiran.
   Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap yang berlatar belakangkan kawasan kolam renang di kediaman keluarganya. Kelihatan Firdaus sedang menghisap rokok di kawasan tersebut. Belakangan ini, Fazura sering melihat Firdaus merokok. Abangnya itu begitu jarang merokok kecuali jika dia mempunyai masalah.
   “Alang!” laung Fazura dari biliknya.
   Firdaus mendongak ke atas. Kelihatan Fazura berada di tepi tingkap biliknya sambil melambai tangan ke arahnya.
   Firdaus hanya sekadar mengangkat tangan buat beberapa saat sebelum menyambung menghisap rokok.
   “Alang, kenapa tak tidur lagi?” laung Fazura lagi.
   “Panas,” jawab Firdaus.
   “Asyik hisap rokok je. Memanglah panas!” perli Fazura.
   Firdaus hanya menggeleng kepala.
   “Alang!” jerit Fazura.
   “Apa?”
   Ada problem ke?”
   “Mana ada.”
   “Yalah tu.”
   “Kenapa pulak?”
   “Asyik hisap rokok je. Selalunya Alang hisap rokok bila ada problem.”
   Firdaus ketawa kecil.
   “Sibuklah Zura!”
   “Poyo!” Fazura mencebik bibir. Kemudian dia terus berbaring atas katil. Cuba melelapkan mata yang tidak mengantuk. Satu persatu wajah Ehsan berlegar di ruangan matanya. Ah! Kacak dan bergaya sekali lelaki itu.

   Pagi itu, Nadia cuba berlagak biasa di hadapan Firdaus yang berkunjung ke klinik Faiza. Tujuan Firdaus ke klinik kakaknya itu ialah untuk mengambil preskripsi ubatan mamanya. Pada mulanya Firdaus cuba mengelak daripada ke klinik, tetapi apabila banyak kali dipujuk Datin Rosmah, dia akhirnya akur dengan permintaan mamanya itu.
   Sewaktu Nadia menyerahkan preskripsi tersebut kepada Firdaus, Firdaus langsung tidak menoleh ke arahnya. Firdaus leka menaip mesej pada telefon bimbit untuk dihantar kepada rakannya. Tersinggung hati kecil Nadia.
   “I pergi dulu, Malini,” ujar Firdaus kepada rakan sekerja Nadia sebelum melangkah keluar.
   Terasa pedih di hati Nadia apabila Firdaus langsung tidak menegur dan memandangnya.
   Pada masa yang sama, Firdaus masuk ke dalam perut kereta dan menghempas pintu keretanya. Dia menjerit dalam hati. Dia terasa bersalah kerana membuat Nadia seperti orang asing. Dia tidak bisa menghakis perasaan sayangnya terhadap wanita itu. Ah! Mengapa semua ini harus berlaku di saat cintanya terhadap Nadia begitu tulus dan suci?
  
   Fazura begitu asyik membaca majalah ‘Cleo’ di lobi hotel apabila seseorang menegurnya. Berdiri seorang jejaka tampan yang segak berkemeja, memandang Fazura dengan senyuman.
   Fazura terlopong seketika.
   “Safwan!” Fazura seakan tidak percaya apabila melihat bekas teman lelakinya kini berada di hadapan matanya.
   Sudah hampir dua tahun Fazura dan Safwan tidak bertemu. Mereka tidak lagi berhubung apabila Safwan mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Kanada.
   Fazura dan Safwan berpelukan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling.
   “How are you? Lama betul kita tak jumpa!” Girang Fazura.
   “Alhamdulillah, sihat. You macam mana? Dah kahwin?”
   Tawa Fazura tersembur keluar.
   “I dah kahwin? What a joke! Bila you balik dari Kanada?”
   “Last 5 months.”
   “And now only you came to see me?”
   Safwan tersengih.
   “Tersengih je. You buat apa kat sini?”
   Kan ada konvensyen kat ballroom hotel ni.”
   “Oh, you join konvensyen tu?”
  Safwan tersengih.
   “I assist my boss untuk konvensyen ni.”
   Fazura melihat jam tangannya.
   “Pukul berapa start?”
   “Dalam sejam lagi. Pukul 11. Kalau you nak join pun boleh jugak.”
   Fazura hanya mengangguk.
   “Tengoklah kalau I tak busy.”
   “Siap boleh baca magazine lagi kat lobi yang ramai orang ni, mestilah tak busy,” perli Safwan.
   Fazura mencubit mesra lengan Safwan. Dan mereka ketawa.
   “Wan,” suara seseorang muncul antara Fazura dan Safwan.
   Fazura dan Safwan menoleh.


  
22

Fazura berdebar. Perutnya terasa ngilu saat melihat Ehsan yang segak bersut hitam sedang berdiri memandang Safwan dan dirinya. Safwan sudah berada di sisi Ehsan dan mereka sedang berbincang sesuatu. Tidak berapa lama kemudian, Ehsan menuju ke ballroom. Tiada pandangan dan tiada senyuman untuk Fazura.
   “Zura, I kena pergi. Boss I pun dah sampai,” ujar Safwan.
   “He’s your boss?” tanya Fazura merujuk kepada Ehsan.
   Safwan mengangguk.
   “You know him?” tanya Safwan.
   Fazura pantas menggeleng.
   “Kalau macam tu, I pergi dulu. Kalau you bosan tak ada kerja, you join the convention okay?”
   “Okay. Bye,” ujar Fazura kepada Safwan yang menuju ke ballroom. Kemudian kelihatan para peserta konvensyen mula memasuki ballroom di mana konvensyen tersebut berlangsung.
   Ehsan ialah majikan Safwan? Fazura seakan tidak percaya.
   “What a small world,” bisiknya sendiri.
   “Tapi kenapa dia buat-buat tak kenal aku? Macam sombong pulak tu.”
   Deringan telefon bimbit menghentikan lamunan Fazura.

   Fazura sempat menjenguk sebentar konvensyen yang sedang berlangsung di ballroom Luxurious Inn. Ketika tu kelihatan Ehsan terlibat dalam perbincangan mengenai Industri Perdagangan di Malaysia.
   Kagum Fazura melihat gaya kepimpinan yang ada pada lelaki kacak bernama Ehsan itu. Begitu bersemangat dia berceramah dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan sesekali diselang-selikan dengan gurauan.
   “Oit,” Safwan mencuit bahu Fazura yang keihatan kusyuk mendengar ceramah Ehsan.
   Fazura mengurut-urut dadanya. Terkejut.
   “Sorry,” Safwan ketawa kecil.
   “You tak busy ke?
   “I ada meeting dalam setengah jam lagi. Saja je nak jenguk keadaan kat sini.”
   Safwan mengangguk faham. Matanya memandang Ehsan yang masih petah berbicara di pentas. Begitu juga Fazura.
   “So, macam mana? Handsome tak?” tiba-tiba Safwan menyoal Fazura.
   “Hah?” Fazura tidak memahami soalan Safwan.
   Safwan tersengih.
   “Boss I ramai peminat. Kat office tu berlambak pekerja sukakan dia.”
   “So?”
   “I guess you’re one of them.”
   Fazura tersedak.
   Safwan tersengih lagi.
   “Dari tadi I tengok you asyik sangat pandang dia. Dah jatuh hati ke?” duga Safwan.
   “Ish. You ni memandai je. You jealous ke?”
   “Bukan jealous…concern.”
   Fazura ketawa kecil.
   “Kalau you nak, I boleh kenenkan you to him.”
   Fazura mencubit lengan Safwan.
   “Tak payah nak jodohkan I. You pun tak kahwin lagi,” usik Fazura.
   “I lain..you lain.”
   “Apa yang lainnya, cik abang?”
   “I lelaki…you perempuan. Lelaki lagi lambat kahwin lagi menaik saham. Tapi perempuan bila lambat kahwin dah jadi kes andartu.”
   Fazura menutup mulutnya, menahan tawa. Tidak mahu mengganggu konsentrasi para peserta konvensyen yang khusyuk mendengar perbincangan tersebut.

   Malam itu, Faiza beserta suami dan anak-anaknya bermalam di kediaman Datuk Ahmad Fauzi memandangkan keesokannya ialah hari minggu. Seperti kebiasaannya seluruh keluarga akan berkumpul di ruang tamu dan berbual sepanjang malam. Sedang leka berbual, telefon bimbit Faiza berbunyi.
   “Ya, Nadia. Ada apa?” tanya Faiza semasa menjawab panggilan daripada Nadia.
   Mendengarkan nama Nadia meniti di bibir Faiza, Firdaus dan Azlin segera menoleh.
   “Oh, yeke? Tak apalah kalau macam tu. Kalau anak awak dah sihat baru awak masuk kerja ya? Ok. Assalammualaikum.” Faiza mematikan talian.
   “Siapa?” tanya suami Faiza.
   “Nadia. Anak dia kena demam campak. Dia nak minta cuti sampai anak dia sihat.”
   “Nadia yang Angah bawa datang sini dulu ke?” tanya Fazura.
   Faiza mengangguk.
   “Dia dah kahwin ke? Ingatkan belum kahwin lagi…nampak solid je lagi.”
   Firdaus memasang telinga. Topik mengenai Nadia menarik minatnya.
   “She’s a single mother. Nadia tu rajin kerja, baik….rugilah bekas suami dia tu.”
   Firdaus membetulkan duduknya. Ibu tunggal? Nadia ialah seorang ibu tunggal? Bermakna……..dia sudah tidak bersuami. Tetapi, siapa lelaki yang dilihatnya bersama Nadia tempoh hari?
   “Tapi hari tu Kak Lin nampak dia dengan seorang lelaki. Ingatkan tu suami dia,” ujar Kak Lin seakan mengetahui persoalan yang bermain di minda Firdaus.
   “Rasanya tu abang dia sebab dia memang tinggal dengan abang dia.”
   Azlin memandang Firdaus yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
   Firdaus bangun dari tempat duduknya.
   “Pergi mana, Fir?” tanya Datin Rosmah.
   “Keluar jumpa kawan kejap,” ujar Firdaus sambil berlalu menuju ke keretanya yang diparkir di halaman rumah.

   Nadia mengusap lembut ubun-ubun anak tunggalnya yang sedang lena diulit mimpi. Hati ibunya simpati melihat anaknya yang diserang demam campak. Adam tidak berhenti menangis apabila terjaga.
   “Nadia, abang nak cakap sesuatu dengan Nadia,” ujar Ehsan yang berdiri di muka pintu. Nadia akur. Sempat dia menghadiahkan ciuman pada pipi Adam sebelum melangkah keluar dari bilik.
   “Apa dia, abang?” tanya Nadia kepada Ehsan yang sedang bersandar pada dinding.
   “I want you to be honest.”
   Nadia tidak memahami permintaan abangnya. Berlaku jujur? Apakah selama ini dia tidak berlaku jujur kepada Ehsan?
   “Nadia ada hubungan dengan sesiapa?”
   Nadia terkedu.
   “Maksud abang, Nadia ada hubungan dengan mana-mana lelaki tak?”
   “Kenapa abang tanya macam tu?”
   “Sebab Nadia adik tunggal kesayangan abang. Abang tak nak adik abang ni kecewa sekali lagi.”
   Nadia diam.
   “Abang tak marah kalau betul Nadia tengah bercinta dengan seseorang. But at least tell me.”
   “Nadia tak bercinta dengan sesiapa pun.” Tegas Nadia.
   Ehsan mengeluh sambil mengangguk perlahan.
   “Ada orang nak jumpa Nadia di ruang tamu. Selesaikanlah masalah antara Nadia dengan dia. Biar abang jaga Adam.”
   “Hah?” Nadia buntu.
   “Dia tengah tunggu Nadia. Just go, okay?”
   Ehsan berlalu meninggalkan Nadia yang kebingungan.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments