Hadirmu Menyemai Cinta - Part 5


28

Dari malam tadi Fazura teragak-agak untuk menghubungi Ehsan. Dan malam tadi tidurnya tidak lena. Masih segar di ingatannya tentang peristiwa di Luxurious Garden. Puas dia menangis dan Ehsan di sisinya setia menemani meski tanpa bicara. Ehsan begitu prihatin walaupun mereka tidak begitu rapat dan seringkali terserempak secara kebetulan.
   Fazura menaip mesej.

   Hi it’s me Fazura. Tqsm for yesterday.

   Fazura menekan butang ‘send’. Dan tidak smapai seminit kemudian,mesejnya dibalas Ehsan.

   My pleasure. Mind to have lunch with me later?

   Jantungnya berdegup pantas. Fazura tersenyum lebar. Dia membalas.

   When and where?

   Today. Tak tau kat mane lagi. I’ll text u later?

   Sure. See u soon.

   Fazura menampar pipinya berulang kali untuk memastikan dia tidak bermimpi. Apabila dia yakin semuanya adalah realiti, dia ketawa senang hati. Mujurlah ketika itu dia berada dalam bilik pejabatnya. Kalau orang lain melihat keadaannya ketika itu pasti dia sudah dilabel sebagai orang gila.

   Fazura menunggu Ehsan hampir 15 minit di sebuah restoran di KLCC. Lehernya dipanjangkan untuk mencari kelibat Ehsan. Tiada. Fazura membaca majalah yang baru dibelinya tadi.
   “Sorry I’m late.” Ehsan muncul.
   “It’s okay. Jam ke?”
   “Taklah. I dah sampai awal tadi. Kebetulan dah masuk Zohor, I solat dulu kat surau.” Jelas Ehsan. “Dah order?”
   Fazura menggeleng laju. Sewaktu Ehsan mengatakan dia lambat kerana solat terlebih dahulu, Fazura terkesima. Sebelum ini tiada seorang pun teman lelakinya yang bersolat. Malah mereka lebih suka berseronok. Dan dirinya tidak terkecuali.
   “Kenapa tak order dulu? Kesian you kena tunggu I.”
   “Tak apa. I tak lapar sangat.”
   “Next time kalau I lambat, jangan tunggu I. You makan dulu okey?” pesan Ehsan. Fazura mengangguk faham.
   Sambil menunggu makanan dihidangkan, Ehsan dan Fazura sempat berbual sebelum telefon bimbit Ehsan berbunyi. Ehsan meminta diri untuk menjawab panggilan itu di luar restoran. Di saat dia menyedut minumannya menggunakan straw, pandangan Fazura tertumpu pada seorang lelaki yang memandangnya dari luar restoran. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangan ke arahnya. Fazura membalas senyuman dan melambai ke arah lelaki tersebut. Dan tanpa dipinta, lelaki itu menghampirinya.
   “Hai Zura.”
   “Hai Kamal. Lama tak jumpa kau.”
   “Kau dah sombong. Lama tak lepak club sejak kau dengan Bad putus.”
   “Aku busy kerjalah.”
   “Ke kau tak nak lepak sekali dengan Bad?”
   “Takde kena-mengenalah dengan dia.”
   “Malam esok ada party kat tempat biasa. Aku nak kau datang.”
   “Aku tak boleh janjilah. Aku...”
   “No excuses. See you tomorrow.” Kamal kemudiannya beredar.
   Fazura mengetap bibir dan menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Dia tidak suka dipaksa.
   “Zura, you okey tak ni?” Ehsan kembali duduk di tempatnya.
   Fazura memandang Ehsan. “Okey. Tiba-tiba mata pedih.”
   Ehsan sekadar mengangguk faham.

   Selepas selesai makan malam, seluruh keluarga Datuk Ahmad Fauzi berehat di ruang tamu dan menghabiskan masa bersama. Dan ketika itu juga Datin Rosmah mengambil peluang untuk membincangkan hal perkahwinan Firdaus dan Nadia.
   “Macam mana Fir? Dah bincang dengan Nadia?” Tanya Datin Rosmah.
   “Err.” Firdaus tersengih sambil menggaru dahinya yang tidak gatal.
   “Macam nilah. Kita sekeluarga berbincang dengan keluarga Nadia. Dia kan tinggal dengan abang dia. Kita berbincang dengan abang dia sebab selama ni abang dia yang jaga Nadia dan Adam kan?”
   “Bila mama?”
   “Bila-bila pun boleh. Tapi dalam masa terdekat. Esok pun takpe.”
   “Fir tanya Nadia dulu. Takut diorang ada hal pulak.” Saran Azlin. Firdaus akur dan terus menghubungi Nadia. Sementara Firdaus berbicara dengan Nadia, ahli keluarganya yang lain sibuk berbual mengenai perkara lain.
   “Ingat tak handbag yang mama suka tu?” tanya Datin Rosmah kepada Fazura.
   “Yang warna cream tu ke?”
   “Ahah. Mama nampak Aunty Shida pakai handbag tu. Nasib baik kita tak beli hari tu Zura.”
   “Bukannya cantik sangat pun mama. Memang patut pun tak beli.”
   “Ma,” Firdaus bersuara selepas habis berbual dengan Nadia. “Abang Nadia kena pergi China lusa. InsyaAllah sabtu minggu depan abang dia free.”
   “Eloklah macam tu. Kita lunch kat rumah. Bolehlah berbincang sekali.”
   “Khamis depan adik balik bercuti kan? Eloklah tu. Bolehlah kenalkan dia dengan keluarga Nadia.”
   Firdaus mengangguk setuju.

   “Come on Zura. Just come.” Desak Kamal.
  “Aku tak boleh keluar. Serius. Kawan ayah aku datang rumah dengan keluarga dia. Korang go on jelah.”
   “Kau dah berubahlah sekarang. Dulu kau boleh je keluar dan balik pagi-pagi.”
   “Jangan samakan dulu dengan sekarang. I’m having a situation right now.” Fazura bengang. “Bukannya party tu tak jalan kalau tak ada aku pun.”
   “Kau dah lupa kawan kan? Setiap kali kau ada masalah dengan family kau, siapa yang kau carik kalau bukan kitorang ni?”
   Fazura mengetap gigi. Hatinya panas bila perkara lalu diungkit kembali.
   “Sekarang bila kau dah dapat lelaki yang lagi kaya, kau dah tak ingat kawan dah? You’re selfish.”
   Pentingkan diri. Sekali lagi ayat itu terpacul daripada mulut temannya sendiri. Fazura cuba menahan rasa sakit di hatinya.
   “Okay! Yes I’m selfish. Sebab tu aku tak layak nak hang out dan berkawan dengan korang lagi. Puas hati?!” tengking Fazura sebelum dia mematikan talian. Dia menghempaskan badannya atas katil dan setitik demi setitik air matanya jatuh ke pipi. Dan di saat itu dia teringatkan Ehsan.
   “Call me if you feel like crying.” Kata-kata Ehsan bermain-main di telinganya. Fazura buntu. Haruskah dia menghubungi Ehsan? Ah! Tidak. Sampai bila dia harus bergantung kepada Ehsan sedangkan dia dengan lelaki kacak itu langsung tidak mempunyai hubungan istimewa.





















29

Nadia menyerahkan Adam kepada Firdaus sementara dia mengangkat beg pakaian anaknya. Sementara ketiadaan Ehsan, Firdaus mengambil tanggungjawab menghantar Nadia ke tempat kerja dan juga menghantar Adam ke nurseri.
   “Abang call tadi. Dia kirim salam kat awak.” ujar Nadia semasa mereka dalam perjalanan menghantar Adam.
   Firdaus menjawab salam. “Bila abang balik?”
   “Petang lusa.”
   “Sabtu ni jangan lupa tau. Lunch kat rumah saya.”
   “InsyaAllah. Adik awak  dah sampai?”
   “Belum. Flight dia sampai pukul 3.30 pagi. Saya yang kena jemput dia nanti.”
   “Awak pergilah awal sikit. Bahaya drive lewat malam.”
   “Saya bukannya pergi sorang. Saya pergi dengan Zura.”
   “Oh. Mmm..awak.”
   “Ya?”
   “Zura tu..dia memang tak banyak cakap eh? Atau dengan I je dia tak banyak cakap?”
   “Dia memang macam tu. Bila dah kenal lama nanti, baru you tahu dia tu gila sikit. You jangan risaulah. Memang Zura tu nampak sombong tapi dia okey.”
   “Dia muda setahun daripada saya kan?”
   Firdaus mengangguk. “Tapi perangai macam budak-budak. Tak matang macam awak. Adik bongsu saya tu lagi matang daripada Zura.”
   “Zura tu cantik kan? Suka saya tengok muka dia. Adik bongsu awak mesti cantik jugak kan?”
   “Cantik macam awak,” Firdaus mengenyit mata ke arah Nadia dan Nadia ketawa kecil.

   Fazura hilang mood untuk melakukan tugasannya pagi itu selepas seorang pekerjanya membuatnya marah kerana tidak melakukan tugasan yang diarahkan dengan betul. Jika diikutkan, kesalahan pekerjanya itu tidak sebesar mana. Mungkin kerana rindunya pada seseorang yang menyebabkan dia tiada mood untuk bekerja.
   Kehilangan Ehsan selama beberapa hari bagai meragut udara di sekeliling Fazura untuk bernafas. Mereka tiada hubungan istimewa namun begitu, Fazura dapat merasakan suatu perasaan asing yang singgah bertapa di hatinya belakangan ini. Dia sentiasa ternanti-nanti panggilan atau pesanan ringkas daripada Ehsan. Walau hanya sekadar ucapan ’Hai’, ia mampu membuat Fazura tidak tidur malam.
   Tidak banyak yang Fazura tahu mengenai Ehsan. Tidak tentang keluarganya mahupun latar belakangnya. Mereka banyak berbual mengenai diri Fazura dan juga mengenai kerjaya masing-masing.
   “Zura,” Fairuz muncul tiba-tiba di muka pintu.
   “Hah?” Fazura terkejut.
   “Kau kenapa? Termenung panjang sampai tak perasan Along berdiri kat sini dari tadi.”
   “Mana ada. Zura tengah ingatkan flight adik pukul berapa. Terlupa.”
   “3.30 pagi.” balas Fairuz. “Jom lunch dengan Along dan papa.”
   “Sekarang ke?”
   “Sekaranglah. Along nak teman papa pergi HR office kejap. Nanti tunggu kat lobi okey?”
   Fazura mengangguk faham.

   Firdaus mengetuk pintu bilik Fazura kira-kira pukul 1 pagi. Tiada respons. Kali ketiga pintu diketuk, Fazura masih belum membuka pintu. Firdaus memulas tombol pintu dan melihat tubuh adiknya sedang terbaring di atas katil sementara televisyen di biliknya masih terpasang tanpa penonton.
   “Zura. Bangun, Zura.” Firdaus menepuk-nepuk bahu Fazura untuk mengejutkan adiknya itu.
   Tubuh Fazura masih tidak bergerak.
   “Zura, dah pukul 1 ni. Kita nak pergi airport. Nanti lambat.”
   “Mmm.” matanya masih dipejam rapat.
   “Bangun..bangun.” Firdaus menampar lembut pipi adiknya beberapa kali.
   “Ish.” Fazura geram apabila tidurnya diganggu.
   “Tahu pulak marah. Tadi Alang suruh kau tidur awal sikit kau degil.” Bebel Firdaus. “Cepatlah gemuk!”
   Fazura bingkas bangun dan menjeling tajam abangnya.
   “Cakap baik-baik sikit eh? Siapa gemuk?” Fazura bengang.
   “Kaulah gemuk. Tidur je kerja kau.”
   “Diamlah.”
   “Dah..dah..Cepat bersiap. Alang tunggu kau kat bawah.” Firdaus melangkah keluar dari bilik Fazura.
   “Membebel je.” dengus Fazura.
   “I heard you!” laung Firdaus dari luar.
   Fazura mengetap bibir.

   Farhana menolak troli bagasinya sambil memandang sekeliling untuk mencari kelibat abang dan kakaknya. Tiada. Farhana mendail nombor telefon abangnya namun gagal. Telefon bimbit abangnya dimatikan talian. Dan ketika dia cuba mendail nombor telefon Fazura, pingganya dicuit dari belakang. Farhana terkejut dan sempat melatah pendek.
   Fazura dan Firdaus ketawa.
   “Korang ni memang nak kena kan?” Farhana ketawa kecil.
   “Sorry..sorry. Alang dengan Kak Zura saja nak kenakan adik,” Firdaus tersenyum. Lalu dia memeluk tubuh adik bongsunya itu. “Welcome home, my dearest little sister.”
   Kemudian giliran Fazura pula untuk memeluk Farhana. “Rindunya dengan adik Kak Zura yang kuat cembeng ni.”
   “Eh tu bukan Kak Zura ke?” usik Farhana dan Firdaus ketawa.
   “Its’ not funny okay?” Fazura mencubit lengan Firdaus yang masih ketawa.
   “Okay, enough. Jomlah kita have supper. Adik lapar sangat ni.”
   “Mc’Donalds?” cadang Firdaus.
   “Cool. Jomlah. Alang belanja.” Sampuk Fazura.
   “Alang belanja adik je. Kau tak payah.”
   “Tak fair langsung. Zura pun adik Alang jugak.”
   “Memanglah. Tapi Zura dah kerja.”
   “Haji Firdaus Bakhil!”
   Firdaus mencebik bibir. Sengaja mengusik Fazura. Farhana yang memerhati pergaduhan abang dan kakaknya tadi sekadar ketawa kecil.
   “Ala Kak Zura ni. Alang kan memang suka mengusik. Mustahil dia tak belanja adik-adik dia yang cun-melecun ni kan?” Farhana mengeyitkan mata.
   “Alang dah lapar dah ni. Jom.” Firdaus melangkah mendahului adik-adiknya sambil menolak troli bagasi Farhana.

   Lebih kurang pukul 6.15 pagi, Firdaus, Fazura dan Farhana tiba di kediaman keluarga mereka. Ketika itu, seleurh ahli keluarga sudah sedia menantikan kepulangan Farhana. Datin Rosmah menangis gembira semasa menyambut kepulangan anak bongsunya itu yang sudah hampir setahun lebih tidak pulang ke tanah air.
   “Wah perut Kak Lin dah besar!” Farhana begitu teruja dengan kehamilan kakak iparnya.
   “Adik balik seorang je? Tak bawak Hazim?” Tanya Azlin.
   “Dia balik minggu depan. Dia krim salam kat semua.” Farhana menyampaikan salam kekasihnya kepada keluarganya. Kekasihnya, Hazim turut sama melanjutkan pengajian di universiti yang sama.
   “Penatnya,” Fazura berbaring atas sofa di ruang tamu.
   “Zura, solat dulu. Esok masuk office lewat sikit pun tak apa. Tapi jangan tak masuk office langsung.” Ujar Datuk Ahmad Fauzi.
   “Mm.” Ringkas sahaja jawapan Fazura lalu dia terus berlalu ke bilik tidur. Tidak tahan dengan matanya yang semakin berat, Fazura terus terlena dibuai mimpi. Solat yang merupakan kewajipan semua umat Islam diabaikan begitu sahaja.


















30

Farhana langsung tidak melelapkan mata sebaik tiba di rumah. Mungkin sudah puas tidur di dalam kapal terbang sehingga matanya langsung tidak mengantuk. Dia menemani Azlin untuk menghantar Ira ke sekolah sebelum sempat singgah di klinik Faiza pagi itu. Klinik Faiza yang ketika itu baru sahaja dibuka operasinya masih belum dikunjungi oleh orang ramai. Dan ia memberi kesempatan buat Farhana, Faiza dan Azlin berbual panjang.
   Di kesempatan itu juga, Faiza dan Azlin memperkenalkan Nadia kepada Farhana. Keramahan Farhana membuatkan Nadia selesa bebrual dengan bakal adik iparnya itu. Karakter Farhana begitu berbeza dengan Fazura.
   “Esok kita jumpa kat rumah eh? Lunch ramai-ramai.” ujar Farhana kepada Nadia sebelum dia dan Azlin berangkat pulang. “Tak sabar nak jumpa Adam.”
   “InsyaAllah.”
   Sewaktu dalam perjalanan pulang, Azlin dan Farhana berbual panjang mengenai Nadia dan Firdaus, dan begitu juga dengan kisah percintaan Fazura dan Badri yang terlerai jua akhirnya.
   “Tapi dengar cerita, Badri tu still kacau Kak Zura lagi.” Ujar Farhana.
   “Memanglah. Tapi nasib baik Zura dah tak layan dia. Ish. Kak Lin tak suka betul dengan Badri tu. Along marah betul kalau sebut nama Badri tu.”
   “Eloklah diorang dah putus. Takdelah mama dengan papa pening kepala lagi.” Farhana tersenyum kecil.

Malam itu, seisi keluarga Datuk Ahmad Fauzi meraikan kepulangan Farhana dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Pada awalnya Firdaus mempelawa Nadia dan Adam untuk menyertai keluarganya namun ditolak baik oleh Nadia. Alasannya ialah ingin menunggu abangnya yang akan pulang dari China malam ini.
   Sedang mereka sekeluarga berbual mesra sambil menikmati hidangan, Fazura menerima pesanan ringkas daripada Ehsan.

Hi again there. How r u?

Fazura tersenyum lebar. Dia menekan butang ‘Reply’ dan menaip mesej buat Ehsan.

M.I.A for few days? I sihat je. U?

U noticed that? Rindu ke?

Mesej terakhir dari Ehsan membuatkan Fazura terkedu. Hatinya gementar. Patutkah dia berterus-terang mengenai perasaanya terhadap Ehsan?
   “Ehem.” Farhana di sebelahnya berdehem perlahan. Dari tadi dia memerhatikan Fazura yang leka ber’sms’ dengan seseorang sambil tersenyum sendirian.
   “Tak makan ke?” Fazura kelam-kabut. Pantas dia meletakkan telefon bimbitnya atas meja dan terus menghirup minumannya. Farhana masih lagi memerhati. Kali ini dengan senyuman penuh makna.
   “Balas jelah mesej tu. Cakap je rindu.” bisik Farhana ke telinga Fazura.
   Fazura memandang Farhana yang tersengih dari tadi.
   “Busybody.” Bisik Fazura ke telinga Farhana dan adiknya ketawa.

   Setiba di rumah, Fazura bergegas masuk ke bilik tidurnya dan terus membalas mesej Ehsan tadi.
  
Sorry lambat reply. I ada family dinner tadi.

It’s okay. Zura, I’m sleepy. We’ll chat later?

Have a good sleep then. Good night.

U too. Tc.

Fazura menghempaskan badannya atas katil dan berguling-guling bagaikan filem Hindustan. Hatinya berbunga riang selepas mendapat khabar dari Ehsan.

   Keesokannya seperti yang dijanjikan, Nadia hadir di kediaman keluarga Firdaus bersama Ehsan dan Adam. Pada waktu itu kesemua ahli keluarga Datuk Ahmad Fauzi berada di tingkat bawah dan sedia menyambut kedatangan Ehsan, Nadia dan Adam. Kecuali Fazura yang masih bersiap kerana lewat bangun tidur.
   Fazura terdengar suasana riuh-rendah dari tingkat bawah. Dia dapat mengagak tetamu yang dinanti telah tiba. Tidak lama kemudian, dia mula menapak menuruni anak tangga dan dia dapat melihat seluruh ahli keluarganya terlalu asyik berbual dengan Nadia. Dia dapat melihat Farhana mendukung Adam, anak tunggal Nadia.
   “Hah. Dah turun pun.” Ujar Datin Rosmah.
   Fazura bersalaman dengan Nadia. “Datang dengan Adam je? Cakap nak dating dengan abang sekali.”
   “Abang ada kat luar. Jawab telefon.” Balas Nadia.
   Fazura mengangguk faham.
   “Rupa-rupanya papa dengan along kenal dengan abang Nadia ni. Papa selalu jugak main golf dengan dia.” Jelas Datuk Ahmad Fauzi.
   “Oh.” Fazura mengangguk faham. Dan bebearap saat kemudian, kelibat Ehsan memasuki ruang tamu tersebut. Fazura dan Ehsan berpandangan.
   “Meet my daughter, Fazura. Bawah Firdaus.” Datuk Ahmad Fauzi memperkenalkan Ehsan dan Fazura kepada satu sama lain. “Zura, nilah abang Nadia. Ehsan.”
   “Zura…” Fazura mematikan ayatnya apabila Ehsan menyampuk.
   “Nice to meet you.” Ehsan tersenyum kecil sebelum mengambil semula tenpat di sebelah Fairuz. Kemudian perbualan disambung semula seperti sebelumnya. Fazura masih terdiam. Mengapa Ehsan berlakon seperti tidak mengenalinya? Dia sebal dengan tindakan Ehsan.
   Semasa di meja makan, Fazura tajam memerhati Ehsan yang duduk di hadapannya. Ehsan berlagak bersahaja meskipun dia menyedari dirinya diperhatikan oleh Fazura. Fazura tiada selera makan dan bangun daripada tempat duduknya.
   “Zura dah kenyang.” Ujar Fazura sebelum meninggalkan ruang makan dan terus ke kawasan kolam renang yang terdapat di kediaman keluarganya. Beberapa ahli keluarag Fazura tidak puas hati dengan tindakan Fazura meninggalkan ruangan makan begitu sahaja. Tindakannya dianggap biadap memandangkan mereka mempunyai tetamu.

   Ehsan memberi alasan untuk membuat panggilan penting selepas selesai menikmati hidangan tengahari bersama keluarga Datuk Ahmad Fauzi. Dia mencari kelibat Fazura dan hatinya tergerak untuk mencari Fazura di kawasan kolam renang di bahagian belakang kediaman Datuk Ahmad Fauzi. Dia mengambil tempat di sebelah Fazura yang sedang termenung jauh.
   “Ehem.” Ehsan berdehem.
   Fazura menoleh. Dia menatap tajam wajah Ehsan.
   “Kenapa tak habiskan makanan you?” tanya Ehsan.
   “Kenyang.’
   “Makan apa sampai kenyang?”
   “Makan hati.”
   Ehsan ketawa kecil. Fazura bengang.
   “Tak sangka you pandai berlakon kan? Konon-konon tak kenal I.” sindir Fazura.
   Ehsan ketawa. “Zura, I came here with an invitation. Tujuan I datang untuk bincang hal perkahwinan Nadia dengan Firdaus. Bukan untuk beritahu keluarga you yang I kenal you..dan you kenal I. I buat apa yang sepatutnya I buat.”
   “Lagipun, I tak cakap pun I tak kenal you. I cuma cakap ‘nice meeting you’. You yang sensitif lebih ni.” Tambah Ehsan.
   “Memang pun I sensitif.”
   “Dan berangin.” Ehsan tersenyum. Fazura terdiam.
   “Tindakan you masa tengah makan tadi mungkin mengguris hati keluarga you.” Ujar Ehsan dengan nada lembut. “Mungkin you terasa dengan I, but that was not an appropriate way to show your anger. I nak you minta maaf dengan family you. Okey?”
   Entah mengapa hati keras Fazura mampu dicairkan dengan nasihat Ehsan tadi. Ehsan pandai berkata-kata dan kata-katanya mampu mempengaruhi Fazura. Lambat-lambat Fazura mengangguk.
   Tanpa mereka sedari, Farhana memerhatikan mereka melalui tingkap biliknya yang mengadap kolam renang. Farhana sudah dapat menghidu sesuatu berlaku antara Ehsan dan Fazura sejak papanya memperkenalkan Ehsan kepada Fazura. Dan sejak itu angin monsun Fazura tiba dan kakaknya terus berubah sikap.



31

Datin Rosmah menghampiri Fazura yang leka membaca majalah di ruang tamu. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya dan dia berharap semoga Fazura bisa membantunya.
   “Zura, mama nak tanya ni.”
   “Mmm? Apa dia ma?”
   “Zura perasan tak abang Nadia tadi? Mama rasa macam pernah jumpa dia sebelum ni.”
   Fazura teringat peristiwa di sebuah restoran eksklusif tidak lama dulu. Dia menelan liur. “Yeke mama? Mmm. Mama jumpa kat mana?”
   “Itu yang mama dok fikir dari tadi ni.”
   “Silap orang kot mama. Tak pun pelanduk dua serupa.”
   “Agaknya kot.” Datin Rosmah memicit-micit kepalanya. “Ish pening pulak kepala mama sebab nak ingatkan mana mama jumpa Ehsan tu.”
   Fazura tersenyum hambar.
   “Handsome Ehsan tu. Papa cakap dia usahawan muda yang berjaya tau. Mama ada jugak tanya Nadia tadi kot-kot abang dia tu dah berpunya.”
   Fazura mula tertarik dengan kata-kata mamanya. “Mmm. Dah ada ke, mama?”
   “Nadia cakap setahu dia belum. Tapi tak tahulah kalau abang dia bercinta sorok-sorok sebab abang dia jarang nak cerita pasal hal peribadi ni.”
   Fazura mengetap gigi.
   “Mama ingatkan nak kenenkan Zura dengan Ehsan.”
   Fazura tersentak.
   “Ish mama ni. Merepek je. Zu...Zura nak makanlah. Lapar.” Fazura bangun dan menuju ke dapur. Sengaja melarikan diri dari mamanya itu.

Amani baru selesai berbincang dengan klien di sebuah kafe eksklusif di sebuah pusat membeli-belah apabila dia ternampak Ehsan dan Fazura sewaktu menuju ke keretanya. Ehsan dan Fazura kelihatan begitu mesra dan Ehsan asyik ketawa. Jarang dia melihat karakter Ehsan yang sebegitu. Hatinya seakan dihiris sembilu. Pedih.
   “Kenapa you gelak?” tanya Fazura. “I tengah marah tau.”
   “Sebab tu kalau marah ada batasannya. Tak pasal-pasal you terlanggar waiter sampai waiter tu tertumpahkan jus kat baju you.” Ujar Ehsan. Tawanya masih bersisa. “Tu balasan you tau.”
   “Mana boleh kawal marah.”
   ”Boleh. Setiap kali you marah atau rasa nak marah, ucap Auzubillahhiminasysyaitonnirrojim. InsyaAllah, rasa marah you boleh dikawal.”
   “Mmm.”
   “Ingat tu.”
   “Yalah doktor.” Fazura tersenyum manis. Dia senang kerana Ehsan sentiasa menasihatinya dengan cara tersendiri. Berbeza dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum ini.
   “Kita nak lunch dulu or solat dulu? Dah masuk Zohor dah ni.” Tanya Ehsan.
   Fazura tersentak dengan pertanyaan Ehsan tadi.
   “Macam mana?” Tanya Ehsan, masih menunggu jawapan Fazura.
   “I..mmm...I tak kisah.”
   “Kita solat dululah okey. Nanti tak adalah terkejar-kejar.” ujar Ehsan. ”Come. Let’s go.”
   Fazura mengagumi Ehsan. Lelaki itu begitu peka mengenai agama. Setiap kali keluar bersama Ehsan, dia pasti akan mendahulukan solat jika sudah masuk waktu solat. Ehsan berupaya mempengaruhi Fazura untuk kembali taat kepada Allah selepas sekian lama dia lalai dan alpa dalam dunianya.

   Hari itu Farhana berjumpa kekasih hatinya, Hazim memandangkan Hazim baru sahaja pulang ke tanah air kelmarin. Hubungannya dengan Hazim sudah hampir dua tahun dan mereka begitu serius terhadap hubungan mereka berdua. Alhamdulillah hubungan itu tidak mendapat tentangan daripada kedua belah keluarga.
   “So dah tahu dah bila Alang kahwin?” Tanya Hazim.
   “Dah. Nikah sehari sebelum kita balik. Malam tu buat majlis resepsi untuk family and close friends je.”
   “Cepatnya?’
   “Eloklah cepat-cepat. And kitorang buat majlis ringkas je atas permintaan Kak Nadia sebab dia segan nak buat besar-besar. Dia cakap dia bukannya anak dara lagi nak buat grand wedding. Alang pun kan jenis simple jugak. So tak ada masalah.”
   “Kita bila lagi?”
   Farhana membuat muka. “Tunggu habis study dulu.”
   Ala tak lama je lagi nak habis study.”
   “Tunggu by dapat kerja dulu. Dah stabil, baru kahwin.”
   “Yalah. By pun kena tunggu sayang pandai masak, baru kita boleh kahwin.” usik Hazim.
   “Excuse me. Sayang pandai masak okey? Cuma malas nak tunjuk bakat je. Tunggulah nanti bila dah kahwin. Perut by pun boleh buncit sebab makan makanan sedap je.”
   “Makanan beli kat kedai?”
   “A’ah.” Farhana ketawa.
   “Pemalas punya budak.” Hazim mencuit hidung Farhana yang sedang ketawa. “Nasib baik by jadi boyfriend sayang. Kalau orang lain, entahlah. Tak ada yang lebih baik dari by. Beruntunglah dapat by.”
   “Perasan gila!”
   Hazim tersengih lebar.

   Nadia dan Firdaus tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan segala persiapan pernikahan mereka. Mujurlah semua ahli keluarga sedia membantu dari segala segi. Farhana dan Datin Rosmah banyak membantu dari segi pakaian pernikahan dan persiapan barang hantaran manakala Fazura pula ditugaskan sebagai wedding planner memandangkan majlis resepsi akan diadakan di Luxurious Inn.
   Ehsan bersyukur kerana adiknya itu bakal bernikah sekali lagi dan dia berdoa semoga kali ini ianya akan menjadi perkahwinan terakhir buat Nadia dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Dia tidak ingin perkara lalu berulang kembali kerana dia sedar adiknya dusah terlalu banyak menderita sejak ditinggalkan bekas seuami ketika sarat mengandungkan Adam.
   Ehsan ingin memastikan segala tugasannya selesai sebelum tiba hari pernikahan Firdaus dan Nadia. Dia tidak mahu terlalu sibuk memikirkan soal kerja sehingga mengabaikan hari bahagia adiknya itu. Justeru, dia rela menghabiskan masa sehingga lewat pagi di pejabat untuk menyelesaikan segala tugasannya.
   “You kat mana?” Tanya Fazura sewaktu menghubungi Ehsan malam itu.
   “Office.”
   “Really? Seriously? Dah pukul 10 malam ni.”
   “Seriously I’m at office, Zura. Tak percaya ke?”
   “You’ve been working too hard lately. Nanti tak sihat kan susah.”
   “You ada.” Perlahan nada suara Ehsan namun masih mampu didengari Fazura. Fazura tersenyum riang.
   “You cakap apa?” Tanya Fazura. Sengaja dia buat-buat tak dengar.
   “I tak cakap apa-apa pun.”
   Ada. I dengar tapi tak clear sangat.”
   “Mana adalah.” Ehsan ketawa kecil. “Kenapa you call I?”
   “Mmm saja. Rindu.” Kali ini Fazura pula memperlahankan suaranya. Dan Ehsan masih mampu mendengarinya.
   “I heard that.” Lembut nada suara Ehsan. Fazura merasakan kehangatan pada wajahnya kerana malu.
   “Okeylah tak nak kacau you. Bye.”
   “Assalammualaikum.”
   Fazura menjawab salam dan terus mematikan talian. Fazura tersenyum bahagia. Dia tidak menolak kemungkinan dia telah jatuh cinta dengan Ehsan. Ya. Itu yang dirasainya buat masa ini. Namun begitu, dia tidak pasti akan perasaan Ehsan. Adakah dia merasakan perasaan yang sama sepertinya? Fazura mula gelisah.



  













32

Ehsan tidak mampu meneruskan tugasannya apabila kepalanya mula terasa sakit. Dia memicit dahinya beberapa kali. Sambil itu sempat dia mengerling jam tangannya. Sudah hampir pukul sembilan malam. Dia hampir terlupa dia belum sempat makan malam. Ehsan mengemas segala dokumen dan kertas kerja yang berada atas mejanya dan berniat untuk meninggalkan pejabat apabila Fazura menghubunginya.
   “Let me guess. You ada kat office lagi kan?” duga Fazura.
   “Pandai,” usik Ehsan. “Tapi I nak balik dah. Sebelum tu nak pergi makan dulu.”
   “I temankan?”
   “You pun belum makan lagi?”
   “Belum. Boleh I join you for dinner?”
   “Boleh je. Nak makan kat mana?”
   “Mana-mana je. I ikut you.”
   “Nanti I text you okey? See you there.”
   “Okay bye.”
   Ehsan tersenyum kecil.

   Fazura melangkah masuk ke sebuah restoran melayu di Setiawangsa sambil mencari kelibat Ehsan. Dengan hanya mengenakan tight pendek paras lutut dan t-shirt ber;lengan panjang, sudah cukup membuatkan beberapa orang lelaki di restoran tersebut mengganggu Fazura. Ada yang bersiul meminta perhatian dan ada juga yang cuba memulakan perbualan.
   “Ish.” Fazura rimas dan mujrlah dia terlihat kelibat Ehsan yang sedang berbual di telefon. Fazura menghampiri dan mengambil tempat di hadapan Ehsan. Mereka saling tersenyum dan Fazura membiarkan Ehsan berbual di telefon dengan tenang.
   “Sorry. Kawan I call tadi.” Ujar Ehsan selepas talian dimatikan.
   “It’s okay. You dah order makanan?”
   “Belum. I tunggu you.” Balas Ehsan. Sesekali dia mengerutkan dahinya kerana kepalanya masih terasa sakit.
   “You makanlah dulu. Tak payah tunggu I.” ujar Fazura lalu memanggil pelayan untuk mengambil pesanannya. Selepas memesan makanan, Fazura memerhatikan Ehsan yang kerap kali mengerutkan dahinya seakan menahan kesakitan.
   “Ehsan, you okey tak ni?” Fazura risau akan keadaan Ehsan.
   “Okey. You nampak I macam ada masalah ke?” Ehsan masih mampu ketawa kecil.
   “You look terribly tired. You memang selalu macam ni ke?”
   “Macam mana?”
   “Macam ni. Workaholic. Dah pukul 9.40 malam baru nak makan malam.”
   Ehsan ketawa kecil. “Ada orang lain yang lagi workaholic daripada I. Jangankan makan malam, lunch pun dia tak makan tau.”
   “Malas nak cakap dengan you. Ada je jawapan you.”
   “Sebab you tanya banyak soalan.”
   Fazura berdecit. Ehsan tersenyum melihat reaksi Fazura. Ehsan mengusap lembut rambut Fazura buat seketika. Fazura kaget dengan tindakan Ehsan.
   “Such a childish.” Usik Ehsan.
   Fazura mengetap bibir. Terasa hangat di setiap inci wajahnya apabila Ehsan memandangnya dengan pandangan romantis.

   Farhana memasuki bilik tidur Fazura. Ketika itu Fazura sedang menonton televisyen sambil berbalas mesej dengan Ehsan. Apabila melihat Farhana berbaring di sebelahnya, Fazura cepat-cepat meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal.
   “Lah, mesej jelah dengan boyfriend Kak Zura tu. Malu-malu pulak dengan adik.” Usik Farhana.
   “Bila masa pulak Kak Zura ada boyfriend.”
   “Yeke? Lepas putus dengan Bad, tak ada yang special?”
   “Mana ada. Kawan-kawan rapat adalah.”
   “Yang paling rapat?”
   Fazura merenung tajam adiknya yang seakan ingin mencungkil rahsia daripadanya. Farhana mengangkat kening. Menunggu jawapan Fazura.
   “Aik? Peliknya soalan.” Fazura mengusap pipinya beberapa kali.
   “Kak Zura, you can count on me. Sebelum ni pun kita banyak kongsi rahsia kan?” ujar Farhana. “Even Kak Zura tak beritahu pun, adik rasa adik tahu boyfriend Kak Zura.”
   “Siapa?” Fazura cemas.
   Farhana tersengih penuh makna. “Bakal abang ipar Alang. Kan?”
   Fazura memaksa diri untuk ketawa. “Kitorang kawan jelah. Baru je kenal masa dia datang rumah hari tu.”
   “Takkanlah baru kenal dah boleh berbual kat tepi kolam renang? And not to mention, you guys had dinner together last night. Kan?”
   “Okay I can explain.”
   “Gotcha!” Farhana tersenyum lebar. “I wanna know the details!”
   Fazura menarik nafas panjang. Dia terpaksa mengalah dan menceritakan bagaimana dia mengenali Ehsan dan bagaimana perasaannya terhadap Ehsan selama ini. Fazura juga mengakui antaranya dan Ehsan tiada hubungan istimewa kerana dia sendiri tidak pasti bagaimana perasaan Ehsan terhadapnya. Mungkin Ehsan sekadar menganggapnya sebagai teman merangkap bakal adik ipar kepada adik kandungnya sendiri.
   “Kenapa tak cuba find out perasaan dia terhadap Kak Zura?” saran Farhana.
   “Maksudnya?”
   “Try jual mahal pulak dengan dia. Kalau dia ajak keluar, cakaplah busy. Tak pun, konon-konon you’re dating someone. Masa tu barulah kita tahu dia jealous ke tak bila tengok Kak Zura dengan lelaki lain.”
   “Lelaki mana?”
   “Berlambak orang sukakan Kak Zura. Abang Helmi tu pun suka Kak Zura.”
   “Tapi dorang tu bukan my type. Sebab tu Kak Zura tak layan.”
   “Poyo betul. Bukannya adik suruh Kak Zura dating betul-betul. Main-main je.”
   Fazura mengangkat kening. Tidak berapa setuju dengan idea Farhana tetapi hanya ini sahaja cara untuk mencari tahu perasaan sebenar Ehsan terhadapnya. Lambat-lambat Fazura mengangguk.

   Nadia dan Firdaus ditemani Datin Rosmah dan Farhana mengunjungi butik Andaman milik sepupu Datin Rosmah, Aunty Umi untuk mencuba pakaian yang akan dipakai di majlis pernikahan dan majlis resepsi. Barangan hantaran, dekorasi ballroom dan catering diuruskan oleh Fazura dan pekerja bawahannya
   “Rasanya untuk majlis akad nikah nanti, Kak Nadia nampak cantik kalau pakai kurung moden.” saran Farhana. “Kan Aunty Umi?”
   “Akad nikah ni yang paling penting simple but elegant.” Balas Aunty Umi. “Awak dah cantik, Nadia. Pakai apa pun cantik. Tapi Aunty suggest beige colour. Very nice.”
   “Atau awak ada idea nak color lain?” Tanya Firdaus.
   “Ha’ah. Kenalah tanya tuan punya badan ni jugak. Macam mana, Nadia?” tanya Datin Rosmah.
   “Mmm. Nadia tak kisah. Warna yang Aunty Umi suggest ni pun okey jugak.” Ujar Nadia sambil meneliti kurung moden berwarna beige yang dimaksudkan Aunty Umi tadi. “Lembut je warnanya.”
   “Alang okey tak? Suka dengan warna ni?” Tanya Aunty Umi.
   “Dia lagilah tak kisah, Umi. Lelaki ni pakai je apa yang kita suruh pakai.” usik Datin Rosmah. Aunty Umi ketawa.
   “Warna untuk baju akad nikah dah selesai. Sekarang ni kita pilih warna untuk baju kat majlis resepsi nanti. Bila dah pilih warna, baru kita boleh bincang design ape yang you nak. Contoh-contoh baju ni pun nanti kita boleh try.” Celoteh Aunty Umi. Sambil itu, Farhana leka membelek-belek baju-baju perkahwinan yang terdapat di butik tersebut. Tak sabar rasanya untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Hazim. InsyaAllah jika jodoh menyebelahi mereka berdua.
   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 comments:

Hafia Hana said...

best2
smbung lg k

hana_aniz said...

sambung cepat2. huhu

ummu_khadijah said...

dh lama tunggu. bila nk sambung?

ziela aila said...

idea sndri ke??? bukukanlah buat novel~~ HUHUHUHU :)

Post a Comment