Hadirmu Menyemai Cinta - Part 4

23

“Awak maafkan saya, ya?” pinta Firdaus. Dia rasa bersalah terhadap Nadia. Wajah bersih wanita itu direnung lembut.
   “Tak ada apa yang nak dimaafkan.” Nadia bersuara.
   “Saya tahu saya tak patut menuduh awak tanpa usul periksa. Tapi…masa tu saya serabut sangat. Saya….”
   “Fir, saya tak salahkan awak. Sepatutnya saya berterus-terang dengan awak sejak dulu lagi.”
   Mereka saling berpandangan.
   “Abang awak tak kahwin lagi ke?” tanya Firdaus.
   “Belum. Awak dah jumpa abang saya tadi, kan?”
   Firdaus mengangguk.
   Diam.
   Firdaus berdehem.
   “Saya masih sayangkan awak, Nadia.”
   Nadia terkedu.
   “Saya dah ada anak. Saya pernah berkahwin, Fir. Ramai lagi perempuan……….”
   “Tak ada perempuan lain seistimewa awak,” pantas Firdaus mencelah.
   Sekali lagi Nadia terpampan mendengar kata-kata Firdaus.
   “Saya tak kisah tentang masa silam awak. Saya nak bina masa depan bersama awak…..dan Adam. Saya sanggup terima Adam dan menyayangi Adam seperti anak saya sendiri. Saya cuma perlukan satu peluang je untuk saya buktikan pada awak yang saya betul-betul ikhlas.”
   Mata Nadia mula berkaca. Keikhlasan Firdaus meresap jauh ke sanubarinya.

   Fazura bersama Tiara menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran di Ampang. Mereka sempat berbual tentang persiapan majlis persandingan Tiara yang akan berlangsung di Grand Ballroom, Luxurious Inn dalam masa sebulan lagi.
   “Berdebar tak menunggu saat-saat menjadi isteri orang?” tanya Fazura.
   “Mestilah. Nervous sangat. Tak sabar rasanya.”
   Fazura tersengih mendengar jawapan Tiara.
   “Zura, kau tak ada yang special ke lepas putus dengan Bad tu?”
   Fazura menggeleng.
   “Sekarang aku lebih careful dengan lelaki. Cukuplah aku jadi orang bodoh masa dengan Badri dulu. Sampai dia dengan Leeya tipu aku pun, aku boleh tak sedar.”
   Tiara ketawa sinis.
   “Dari dulu lagi aku tak sukakan perempuan tu. Tak tahulah macam mana kau boleh baik sangat dengan dia.” Ujar Tiara.
   “Dahlah. Malas aku nak cakap pasal dia lagi.”
   Fazura mula bengang.
   Kemudian dia tersengih.
   “Oit,” Tiara memetik jarinya di hadapan mata Fazura.
   “Apa?”
   “Yang kau tersengih ni kenapa?”
   Fazura berdehem.
   “Tiara, actually I like someone,” bisik Fazura. Malu.
   Tiara mengangkat kening. Pelik. Jarang dia melihat Fazura tersengih dan malu-malu kucing apabila menyebut tentang lelaki.
   “Who’s the guy?” tanya Tiara. Ingin tahu.
   “Kawan Abang Awal. “
   “Yalah. Siapa nama dia? Mana kenal dia? Details please.”
   “Aku just tahu nama dia Ehsan.” Balas Fazura. Lalu dia menceritakan kepada Tiara mengenai pertemuannya dengan Ehsan. Matanya kelihatan bersinar apabila bercerita mengenai Ehsan. Tiara sedar akan perkara itu. Tiara mengukir senyuman. Dia tahu Fazura benar-benar menyukai pemuda bernama Ehsan itu.

   Wani terlihat kelibat Badri menghampiri Fazura yag berada di lobi hotel pagi itu. Wani cepat-cepat menyorok di balik dinding untuk mengintip sasarannya itu.
   “You nak apa lagi ni?” Fazura bengang. Nadanya diperlahankan, takut didengari sesiapa.
   “I nak you. Please, kita perbaiki semula hubungan kita.”
   Fazura ketawa. Makin lama makin kuat tawanya sehingga menjadi perhatian orang sekeliling. Badri mula segan apabila diperhatikan.
   “Semua orang pandang kita,” bisik Badri.
   “Biarlah.” balas Fazura. Tawanya masih bersisa. “Tak sangka you ni kelakar gila kan? You nak I?”
   “It’s not funny.”
   “It is funny!” tegas nada Fazura. “You bukan nak I. You nakkan duit I..harta I. You ingat I terhegeh-hegeh sangat nakkan you balik? No way!”
   “Zura.” Firdaus tiba-tiba muncul.
   Fazura memejam mata seketika sambil mengetap bibir. Badri sudah mula gelisah. Dia tidak sangka akan bertemu Firdaus.
   “Apahal ni? Buat drama apa kat lobi ni?” tanya Firdaus.
   “Takde apalah Alang. Mamat ni pun dah nak balik.” Balas Fazura.
   “Eloklah tu balik. Zura, get back to work. Now.”
   Fazura akur arahan abangnya itu lalu dia melangkah pergi meninggalkan Firdaus dan Badri.
   “Aku balik dulu.” Ujar Badri.
   “Tunggu.”
   Firdaus kini berhadapan dengan Badri.
   “Jangan ganggu adik aku lagi. Sekali lagi aku nampak kau kat sini lagi, aku takkan teragak-agak untuk seret kau keluar. Walaupun depan orang ramai.”
   Kali ini Badri ketawa sinis.
   “Aku bukan budak kecik yang takut dengan ugutan, bro. Kau silap orang. Aku malas nak bertekak dengan bakal abang ipar aku ni.” Terus Badri melangkah pergi.
   Firdaus mendengus marah.

  






24

Amani mencuri masa untuk menatap wajah lelaki idaman yang sedang menaip sesuatu pada telefon bimbit di hadapannya. Sudah lebih lima tahun dia berkawan baik dengan lelaki itu dan dalam diam dia memendam perasaan.Tidakkah lelaki itu menyedari cintanya?
   “So Amani.” Ehsan bersuara. “How’s business?”
   “Bolehlah. Tapi taklah make big profits like you do.”
   “Low profile. Good. I like that attitude.” Puji Ehsan.
   Attitude aku je? Kau tak sukakan aku ke? Getus hati kecil Amani.
   “Ehsan, sabtu depan you free tak?”
   “Sabtu depan?Mmm.” Ehsan mengerutkan dahi cuba meningati jadualnya. “InsyaAllah I tak ada apa-apa hal. Kenapa?”
   “High tea?” pelawa Amani dengan harapan Ehsan akan setuju dengan pelawaannya.
   “Just high tea?”
   “Kenapa? You nak tengok wayang sekali?Bukan ke you tak minat tengok wayang?”
   “Bukan wayang. I mean, just high tea je? Kalau macam tu sekarang pun boleh.”
   “Oh tak sudi dah keluar dengan I.”
   “Siapalah yang tak sudi nak keluar dengan you. Rugi tau. I have better plan.”
   “Apa dia?”
   “A dinner. My treat.”
   Amani tersenyum lebar.
   “Dah senyum tu maknanya setujulah kan? You kalau pasal makan memang laju je.”
   Amani menumbuk perlahan lengan Ehsan dengan senyuman yang masih bersisa.

   “Kak, kau sure ke yang Bad tu saja je nak tackle balik si minah gila tu?” tanya Wani kepada kakaknya.
   “Asal kau tanya?”
   “Takdelah. Manelah tau dia betul-betul nakkan balik Zura tu. Kau faham-faham jelah lelaki.”
   “Bad dah cakap kat aku yang dia nak tackle Zura balik sebab nak kikis duit dia.”
  “Logik ke kak? Sebelum ni pun dia dah banyak kikis duit Zura. Takkanlah Zura tu nak terima dia balik lepas dia tahu kau dengan Badri ada hubungan belakang dia.” Terang Wani. “Lainlah kalau dia tak boleh hidup tanpa Zura.”
   “Apa kau merepek ni?”
   “Takdelah. Aku cakap je. Sebab aku macam curiga sikit.”
   Leeya mendengus. “Kau jangan masuk campurlah.”
   Wani mencebik bibir seraya melangkah masuk ke bilik tidurnya. Dia ingin tidur awal kerana tidak mahu terlewat untuk ke kerja keesokannya. Leeya pantas menelefon Badri.
   “Bad! You kat mana ni?” jerkah Leeya. Telinganya sakit mendengar muzik kuat melalui telefon bimbitnya.
   “I tengah clubbing lah.”
   “You tak cakap pun dengan I. And you tak ajak I pun!”
   Kan you cakap you sakit perut.”
   “At least you beritahu I. Atau you keluar dengan perempuan tu?”
   “I lepak dengan kawan-kawan I lah. Memanglah ada perempuan sekali.”
   “You tahu I maksudkan perempuan mana kan? Zura!”
   Badri ketawa kecil. “Merepeklah. Okeylah. Bising ni. Bye.”
   “Ish!” Leeya menggenggam erat telefon bimbitnya. Geram.

   “Tadi Bad nak apa?” Firdaus berbisik ke telinga Fazura yang ketika itu sedang mengetip kuku di balkoni.
   “Busybody la.”
   “Alang kan abang kau. Dia nak apa?”
   Fazura berdecit. “Dia nak dengan Zura balik.”
   “Kau terima?”
   “Ah buang masa lah. Buang masa dan buang duit!”
   Firdaus ketawa sinis. “Tau takpe. Dulu bukan main lagi kau mewahkan dia.”
   “Alang saja nak carik pasal dengan Zura ke? Kalau ya, I’m sorry I’m not in a mood to argue.”
   Firdaus masih ketawa. Fazura memerhatikan abangnya. Dia dapat merasakan kelainan pada abangnya itu. Sejak beberapa hari ini dia sering ketawa dan tersenyum sendirian.
   “Oh! Ada girlfriend tak beritahu kan?” Fazura serkap jarang.
   “Busybody la.”
   “Alang busybody takpe? Mana aci. Cepatlah cakap siapa bakal kakak ipar Zura tu.”
   “Rilekslah dulu sister. Jangan gelojoh.”
   “Poyo pulak abang aku ni.”
   “Poyo moyo tak mainlah. Kalau nak tahu, kenalah tunggu.” ujar Firdaus seraya bangun dari tempat duduknya. Sebelum masuk semula ke dalam rumah, Firdaus sempat mengucapkan selamat malam buat adiknya itu.
   “Ish. Apa kenalah dengan abang aku tu? Gila. Bercinta dengan orang gila kot. Sebab tu terikut-ikut perangai gila makwe die.” Fazura ketawa sendirian.

   Ehsan menghirup minuman yang disediakan oleh Nadia untuknya sambil melakukan tugasannya di ruang tamu. Adam sedang asyik bermain sendirian dengan mainannya manakala Nadia pula kusyuk menonton drama di televisyen.
   “Nadia, kenduri rumah Acu bila?” tanya Ehsan.
   “Awal bulan depan. Kenapa?”
   “Oh awal bulan eh? Abang ingatkan pertengahan bulan.”
   “Kita jadi balik kampung tak?”
   “Mmm. Esok abang confirmkan balik. Sebab rasanya abang out-station hari khamis sampai isnin. Nanti abang rearrange schedule abang.”
   “Okey.”
   Suasana hening seketika sebelum Ehsan kembali berbicara. “Kakak Fir tahu tak yang Nadia ada hubungan dengan Fir?”
   Nadia terdiam. Tidak sangka Ehsan akan bertanyakan soalan mengenai hubungannya dengan Firdaus. Dia menggeleng perlahan.
   “Suruh Fir beritahu kakak dia. Abang tak nak nanti kakak dia tu ingat Nadia sengaja ambil kesempatan.”
   Nadia mengangguk perlahan.
   “Abang macam mana?” Tanya Nadia.
   “Macam mana apa?”
   “Abang kan ramai kawan perempuan. Tak ada yang special ke?”
   Ehsan hanya ketawa dan kembali menyambung tugasannya.
  “Kak Fiya? Kak Nurul? Kak Amani?” Nadia tidak berputus asa.
  “No comments.” Ehsan tersenyum manis. “Dah, tengok tv tu.”
   Nadia mencebik bibir.
   Ada bayangan seseorang di fikiran Ehsan. Dan sekali lagi Ehsna menguntum senyuman kecil.









25


Langkah kakinya terhenti. Kelibat pasangan yang sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran eksklusif menarik perhatiannya. Leka dia memerhatikan pasangan tersebut. Sekejap sekejap mereka ketawa sambil berbual. Singgah perasaan cemburu di hatinya.
   “Zura, what are you doing?” Tanya Datin Rosmah.
   “Tak ada apa.” Fazura berbohong. Lalu dia mendapatkan semula mamanya.
   “Nak makan ke tak?”
   “Umm.” Fazura mengetap bibir. Dia tidak tentu arah. “Kita..kkita makan tempat lainlah,mama. Sini tak best kot.”
   “Dah sampai sini, makan jelah. Tadi Zura yang beria-ia ajak mama dinner kat sini lepas shopping.”
   “Itu tadi. Ni sekarang. Jomlah mama.”
   “Makan kat sini je.”
   “Jomlah mama. Please.”
   “Macam-macamlah budak ni. Yalah..yalah.”
   “Thanks my queen. Kita pergi makan tempat yang lagi best ok.” Fazura dan Datin Rosmah mula melangkah untuk ke kereta. Tiba-tiba...
   “Fazura?” namanya dipanggil.
   Fazura mengetap gigi lalu dia menoleh ke belakang. Begitu juga dengan Datin Rosmah. Kelihatan Ehsan sedang berdiri memandangnya. Di sebelah Ehsan ialah seorang wanita bertubuh genit yang sedang tersenyum ke arahnya.
   “Hai. Urmm..Meet my mama.”
  Ehsan pantas bersalaman dengan Datin Rosmah. Diikuti Amani, wanita yang bersamanya.
   “Baru lepas makan ke? Tak perasan pulak tadi.” tanya Ehsan.
   “Tadi memang...” belum sempat Datin Rosmah menjawab, Fazura pantas mencelah.
   “Baru je nak masuk tapi mama tiba-tiba sakit perut. Ingatkan nak pergi klinik. Kan mama?” Fazura tersenyum penuh makna sambil memandang mamanya yang kebingungan.
   “Oh. Kalau macam tu better pergi klinik cepat.” Perhatian Ehsan.
   “Lagi cepat lagi bagus.” Balas Fazura. Ada sindiran tajam dalam kata-katanya. Ehsan mengerti dan dia tersenyum.
   “Ok bye. Nice to meet you both. Good night.” Fazura menarik tangan mamanya dan pantas melangkah pergi. Tidak mahu menunggu walaupun sesaat.
   “Pelik.” Ujar Amani. Perlahan suaranya.
   “One of a kind.” balas Ehsan sambil ketawa kecil. Amani memerhatikan Ehsan yang masih belum melepaskan pandangannya ke arah Fazura. Hatinya berdetik. Mungkinkah Ehsan menyukai wanita bernama Fazura itu?

   Berkerut dahi Fazura sewaktu memandu pergi dari restoran tersebut. Sekejap dia mengetap bibir. Sekejap menumbuk perlahan stereng kereta. Datin Rosmah di sisinya sekadar menjadi pemerhati setia.
   “Ish!” Fazura mendengus.
   “Zura ni kenapa? Lain macam perangai Zura malam ni.” Datin Rosmah akhirnya bersuara. “Ada kaitan dengan handsome guy tadi?”
   “Mm..taklah.”
   “Siapa lelaki tadi? Tak pernah cerita kat mama pun.”
   “Tu bestfriend Abang Awal. Zura tak kenal sangat pun.”
   “Yang perempuan tadi tu isteri dia?”
   “Mak dia kot.” nada suara Fazura menjadi tegang.
   “Aik? Bunyi macam cemburu je.” Usik Datin Rosmah.
   “Merepeklah mama ni. Buat apa Zura nak jealous. Bukannya Zura rapat sangat dengan mamat tu. Tak masuk akal.”
   Datin Rosmah ketawa kecil. Dia tahu anaknya berbohong. Mustahil dia mampu menyangkal naluri keibuannya.

   Fairuz tiba di Luxurious Inn bersama Firdaus dan Fazura tepat jam 9 pagi. Sebaik tiba, Fairuz dan Firdaus terus ke pejabat manakala Fazura pula memantau aktiviti di seluruh hotel. Dan tempat pertama yang dituju Fazura ialah spa hotel. Dan tujuan utamanya ialah untuk mengawasi Wani.
   “Selamat pagi, Cik Zura,” tegur receptionist spa.
   “Selamat pagi. Semua pekerja dah sampai?”
   “Dah kecuali Yvonne sebab hari ni dia cuti sakit.”
   “Okey. Mmm..Wani?”
   “Dia ada kat dalam. Ada customer.”
   “Dia ada buat hal tak?”
   “Mmm. Tak ada pulak. Biasa je.”
   Fazura mengangkat kening. “Okeylah. Get back to work.” Fazura kemudiannya melangkah keluar dari spa tersebut dan menuju ke ‘open café’ di kawasan kolam renang.
   Fazura memerhati pelayan kafe mengambil pesanan dan menghidang makanan dan minuman. Dia juga memerhatikan bagaimana pelayan kafe berinteraksi dengan pelanggan.
   Fazura menyedari dirinya diperhatikan seseorang sedari tadi. Dia menoleh ke arah pelayan lelaki yang asyik memerhatikannya sambil tersenyum. Fazura sengaja membalas senyuman dan memanggil lelaki tersebut.
   “Hai.” Ujar Fazura.
   “Hai. Mmm awak nak pesan minuman? Makanan?”
   “Tak apalah. Saya saja je nak duduk sini. Saya panggil awak sebab saya perasan dari tadi awak pandang saya. Kenapa?”
   “Sebab awak cantik kot.”
   “Ya ke?”
   “Awak bercuti ke?”
   “A’ah. Sorang-sorang je bercuti.” Sengaja Fazura memerangkap lelaki itu.
   “Oh. Mmm. Kalau awak bosan, boleh saya temnakan awak jalan-jalan sekitar KL. Tapi lepas shift saya habislah.”
   “Baiknya awak. Okey.” Fazura tersenyum penuh makna. “Awak kerjalah dulu.”
   “Okey. Tunggu saya kat sini pukul 5 petang ok?”
   Fazura mengangguk dan lelaki itu kemudiannya beredar untuk menyambung kerjanya. Fazura tersenyum sinis.
   “Bodoh. Tunggulah pukul 5 nanti.” Fazura menjeling tajam dan terus beredar.

  Firdaus terburu-buru keluar dari pejabat kerana tidak mahu lewat menjemput Nadia di klinik. Mereka sudah berjanji untuk makan tengahari bersama. Laju langkahnya dan tidak menyedari Fazura memerhatikannya.
   “Wah wah wah. Lajunya jalan.” tegur Fazura.
   Firdaus menoleh. ”Not now.”
   “Why not? Eh nak pergi lunch ke? Nak ikut. Zura laparlah.”
   “Not today please. Alang ada hal.”
   Fazura mengecilkan matanya dan memandang Firdaus dengan pandangan tajam. “A date. You’re having a lunch date aren’t you?”
   Firdaus menelan liur.
   “Zura dah dapat tangkap Alang! Oh sorok-sorok eh?”
   “Nanti kita cerita. Alang dahl lambat ni. Bye!” Firdaus melangkah pergi.
   “Alang!”
   “Bye!”
   Fazura berdecit. Namun dia tetap tersenyum. Gembira dapat mengusik abangnya itu.








26

Tepat jam lima petang, Fazura sudah berada di ‘open café’. Pelayan lelaki tadi tersneyum lebar memandangnya. Dan dia melangkah menghampiri Fazura.
   “Hai.” Tegur lelaki itu.
   “Hai. Dah habis kerja?”
   “Dah. Jom pergi.”
   “Kejap eh. Saya nak jumpa manager awak.”
   “Kenapa?”
   “Nak mintak izin keluar dengan pekerja dia. Manalah tahu kalau-kalau ada polisi tertentu kat cafe ni.” ujar Fazura.
   “Tapi tak payah....” lelaki itu tidak mampu meneruskan ayatnya apabila Fazura sudah melangkah ke kaunter kafe. Lelaki itu kemudian membuntuti Fazura.
   “Your manager please,” ujar Fazura kepada pekerja yang berada di kaunter. Tidak sampai seminit pengurus kafe sudah berada di hadapan Fazura.
   “Cik Fazura, ada apa-apa masalah?” Tanya Encik Shariman.
   “Encik Shariman, one of your waiter is asking me out. Macam mana tu?” Tanya Fazura sambil tersenyum sinis ke arah pelayan lelaki di sebelahnya. “Mungkin dia tak tahu siapa I kot.”
   “Siapa awak?” pelayan lelaki itu kebingungan.
   “Amir, ni Cik Fazura Datuk Ahmad Fauzi. Cik Fazura ni Pengurus bahagian Pengurusan Acara dan Majlis hotel ni.” Jelas Encik Shariman kepada pekerjanya itu.
   “Macam mana? Faham?” Tanya Fazura.
   “Maafkan saya, Cik Fazura.” Lelaki itu menunduk malu.
   “Pengajarannya jangan menggatal dengan pelanggan sewaktu bekerja. This is my first warning.” tegas Fazura dan berlalu pergi.
   “Kau ni buat malulah. Beragaklah sikit. Tu anak pemilik hotel ni.” Encik Shariman mula bengang. “Dah. Pergi balik.”
   Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mendengus perlahan.

   Firdaus, Datin Rosmah dan Datuk Ahmad Fauzi berada di dalam studio kerja bersebelahan kamar tidur Datuk Ahmad Fauzi dan isteri untuk membincangkan sesuatu. Firdaus merasakan sudah tiba masanya untuk dia berterus-terang mengenai hubungannya dengan Nadia dan begitu juga dengan status kekasihnya.
   “Kau betul dah bersedia nak kahwin ni? Maksud papa, bila kau kahwin dengan dia maka secara automatic you’ll become the father of her son.” Jelas Datuk Ahmad Fauzi. “Tapi papa tak ada masalah. I’m happy for you.”
   “Mama pun sama. Tapi Fir yang kena fikir masak-masak. Dah sedia jadi ayah?” tanay Datin Rosmah pula.
   “InsyaAllah Fir dah sedia. So mama dan papa dah setujulah ni?”
   Kedua ibu bapanya tersenyum senang seraya mengangguk setuju. Firdaus bersyukur atas penerimaan ibu bapanya terhadap Nadia.
   Fazura yang baru selesai membersihkan diri terus ke ruang tamu. Hanya anak buahnya dan Fairuz yang berada di ruang tamu. Dia tahu kakak iparnya berada di dalam bilik.
   “Semua orang ada dalam bilik ke?” Tanya Fazura.
   “Mama dengan papa ada kat studio. Tengah berbincang dengan Alang.” Jawab Fairuz yang sedang membantu anaknya melakukan kerja sekolah.
   “Bincang apa?”
   “Manalah along tahu. Kau tak makan malam lagi kan? Tadi mama ada simpankan makanan untuk kau kat dapur.”
   “Okey.” ujar Fazura. Kemudian mereka melihat Firdaus dan kedua ibu bapa mereka sedang berbual sambil menuju ke ruang tamu.
   “Hah, dah habis bebrincang dah?” Tanya Fairuz.
   “Bincang apa?” Fazura ingin tahu.
   “Esok hari Sabtu kan? So mama nak semua orang ada di rumah malam esok. Jangan ada plan lain. Sebab esok mama nak buat special dinner.” Terang Datin Rosmah.
   “Special dinner? Birthday Ira lambat lagi.” Ira mencelah dan semua yang berada di situ ketawa.
   ”Jangan perasan okey little girl.” Fazura mengusik anak buahnya.
   “Special dinner apa ma?” Fairuz pula bingung.
   “Special dinner for special guest.” Celah Datuk Ahmad Fauzi.
   “Esok ada orang tu nak bawa kekasih hati dia ke rumah.” Datin Rosmah mengerling Firdaus di sisinya.
   “Diam-diam ubi berisi.” Usik Fairuz.
   “Oh! Siapakah?” Fazura bertanya.
   “Tunggulah esok.” Jawab Firdaus.
   Fazura berdecit. Geram kerana masih tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

   Ehsan tersenyum melihat kelakuan Nadia yang seakan tidak keruan sedari tadi. Sudah lebih sepuluh kali dia melihat Nadia membetulkan tudungnya. Dan sesekali melihat solekan nipisnya melalui cermin. Dia turut membetulkan pakaian Adam. Ehsan memaut bahu adiknya.
   “Nervous?” tanya Ehsan. Lembut.
   Nadia mengangguk.
   “InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.”
   “Abang rasa family Fir akan terima Nadia?”
   “Kalau diorang tak terima Nadia, diorang takkan ajak dinner malam ni.” Ehsan menenangkan Nadia dan memangku Adam.
   Terdengar deruman enjin di luar rumah. Ehsan mendukung Adam lalu menuju ke muka pintu.
   “Fir dah sampai tu.” ujar Ehsan.
   “Assalammualaikum.” Firdaus memberi salam sambil bersalaman dengan Ehsan. Ehsan menjawab salam.
   “Nadia ni nervous sangat.” Ujar Ehsan. Firdaus ketawa kecil manakala Nadia sudah menunduk malu.
   “Adam jangan nakal okey?” Ehsan mencium pipi Adam lalu menyerahkannya kepada Firdaus.
   “Pergi dulu, bang.” Firdaus bersalaman sekali lagi dengan Ehsan. Diikuti oleh Nadia.
   “Dah jangan risau. Selawat banyak-banyak.” Pesan Ehsan.
   Nadia memeluk tubuh sasa abangnya. Dia begitu menyayangi Ehsan. Selepas kematian kedua ibu bapa, Ehsan tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang abang. Sewaktu diceraikan bekas suaminya, dia sedang sarat mengandungkan Adam. Dan Ehsanlah yang sentiasa berada bersamanya. Ehsan yang banyak menjaganya ketika berpantang dan membawa ibu saudara mereka dari kampung untuk turut sama menjaga Nadia. Nadia bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang abang seperti Ehsan.

  



27

Nadia tersenyum lega. Dua jam yang lepas dia begitu resah memikirkan reaksi keluarga Firdaus mengenai hubungan mereka berdua. Apatah lagi dengan kehadiran Adam, anak tunggalnya. Namun sekarang dia mampu menarik nafas lega dan tersenyum manis. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Seluruh keluarga Firdaus menyenangi dan merestui hubungannya dengan Firdaus.
   Ira begitu asyik melayan Adam manakala yang lain sibuk berbual dalam proses mengenali Nadia dengan lebih mendalam. Faiza banyak memuji ketekunan Nadia sewaktu bekerja.
   “Angah kena carik pekerja barulah kalau macam ni.” Ujar Faiza.
   “Kenapa?” Firdaus bingung.
   “Yalah. Nanti Fir kahwin dengan Nadia. Bukan ke Fir tak suka bakal isteri Fir bekerja?”
   “Oh. Kita tak bincang lagi pasal benda ni kan?” Tanya Firdaus kepada Nadia.
   “Nadia tak jumpa adik lagi. InsyaAllah bulan depan dia balik bercuti. Bolehlah kenalkan adik dengan Nadia.” Celah Azlin.
   Fazura pada masa sama, tidak banyak bersuara. Dia lebih rela menjadi pendengar. Dia asyik memerhatikan setiap inci wajah Nadia. Entah mengapa senyuman dan iras wajah Nadia mengingatkannya kepada seseorang. Seseorang yang sentiasa berada dalam ingatannya sejak belakangan ini.

   Leeya bengang dengan sikap Badri yang mula berubah. Setiap malam dia pasti akan berseronok dengan kawan-kawan sehingga mengabaikan hubungan mereka berdua. Leeya merasakan Badri semakin jauh daripadanya. Dan semua ini berpunca daripada seseorang. Fazura.
   Sejak Badri berpisah dengan Fazura, Badri mulai berubah. Leeya mula meragui perasaan Badri buat Fazura. Adakah semata-mata kerana wang atau kerana cinta? Mungkin apa yang diperkatakan oleh Wani sebelum ini mengenai Badri dan Fazura benar. Leeya tidak mampu tinggal diam. Dia begitu mencintai Badri. Apatah lagi kini dia sedang hamil tiga minggu. Ya. Dia hamil dan sehingga kini tiada seorang pun yang tahu mengenai kehamilannya itu.
   Haruskah dia berterus-terang dengan Badri mengenai kehamilannya? Dan bagaimana jika Badri tidak mampu menerima berita tersebut? Bagaimana jika Badri tidak mahu bertanggungjawab?
   “Aku kena jumpa Zura!” nekad Leeya.

   Langkah kaki Fazura semakin laju. Dia cuba mengejar kelibat seseorang yang dilihatnya tadi. Dia ingin memastikan bahawa apa yang dilihatnya tadi bukannya mainan perasaannya sendiri. Sehingga ke lot parkir Luxurious Inn dia cuba mengejar namun usahanya gagal. Fazura hampa. Lalu dia mula melangkah masuk ke bangunan hotel.
   “Zura!” namanya dilaung seorang wanita. Fazura menoleh.
   “Kau? Nak apa?” Fazura tidak sennag melihat Leeya.
   “Aku nak kau berhenti ganggu hidup aku dan Badri.”
   Fazura ketawa.
   “Apasal kau gelak hah perempuan?”
   “Aku rasa kelakar sangat. Aku? Kacau hidup kau dengan Badri? Bukan ke pakwe kesayangan kau tu yang terhegeh-hegeh nak dengan aku balik?”
   “Sebab kau pun melayan!”
   “Kau ingat aku ni murah macam kau? Sekali aku dah ludah, aku takkan jilat balik! Badri tu lelaki sampah. Lelaki sampah sesuai dengan perempuan sampah macam kau!”
   Leeya bengang. Dia cuba menampar Fazura namun Fazura sempat menahan tangan Leeya.
   “Jangan cari pasal dengan aku, Leeya. You know me very well.” Fazura memberi amaran. “Baik kau pergi sekarang sebelum darah aku naik.”
   “Patutlah Badri buat hubungan dengan aku dekat belakang kau. Patutlah selama ni semua lelaki yang pernah jadi boyfriend kau pergi tinggalkan kau. Sebab perangai kau! Semua benda mesti nak ikut telunjuk kau! Angin tak tentu pasal!” maki Leeya. “Aku menyesal jadi kawan kau, Zura! Aku menyesal sebab aku asyik nak ikut cakap kau selama ni! Perempuan yang pentingkan diri macam kau takkan bahagia sampai bila-bila!”
   Fazura terpana seketika sambil memerhatikan Leeya yang sudah mula meninggalkannya. Dia benar-benar terpukul dengan kata-kata Leeya.

   Ehsan tidak sangka keputusannya untuk berpatah semula ke bangunan hotel untuk mengambil dokumen yang tetringgal di restoran hotel memberinya kejutan apabila menyaksikan insiden pergaduhan Fazura dengan seorang wanita. Setiap butir pertikaman lidah mereka mampu didengari Ehsan.
   Fazura melangkah longlai menuju Luxurious Garden. Dan tanpa dia sedari, Ehsan mengekori di belakangnya. Fazura mengambil tempat di sebuah bangku dan mujurlah ketika itu tidak ramai yang berada di taman tersebut.
   Air mata Fazura menitis. Semakin lama semakin deras. Dan esakan kecilnya mampu didengari Ehsan. Hati lelaki Ehsan sedikit tersentuh mendengar tangisan Fazura. Dia mengambil tempat bersebelahan Fazura dan menghulurkan sehelai sapu tangan miliknya kepada wanita itu. Fazura terkejut dan menoleh ke arah Ehsan.
   Fazura pantas menyeka air matanya dan cuba untuk bangun dari tempat duduknya namun pantas dihalang oleh Ehsan. Fazura kembali duduk.
   “I won’t say anything. I takkan tanya apa yang dah jadi dan kenapa you menangis. It’s your moment. Menangislah sepuasnya.” Ujar Ehsan. Lembut nada suaranya.
   Entah mengapa Fazura tersentuh dengan kata-kata Ehsan. Dan tanpa segan silu air matanya kembali menitis. Untuk beberapa ketika, kesunyian antara mereka dipecahkan dengan tangisan Fazura.

   Nadia pelik dengan sikap Ehsan. Malam itu Ehsan tidak banyak bercakap seperti kebiasaannya. Dia banyak termenung seakan memikirkan sesuatu. Ingin ditanya, takut abangnya tidak senang dengan pertanyaannya. Nadia membiarkan. Mungkin abangnya mempunyai masalah yang harus diselesaikan.
   Ehsan pada ketika itu sedang memikirkan insiden petang tadi yang berlaku selepas pertemuannya dengan klien di Luxurious Inn. Dan dia mulai sedar akan sikap sebenar Fazura. Wanita itu kelihatan kuat pada zahirnya namun dia dapat melihat kerapuhan pada hatinya.
   “Thanks,” ucap Fazura apabila emosinya kembali stabil.
   “I tak buat apa-apa. I duduk diam je sebelah you.”
   “Sebab tu I appreciate sangat. Your silence meant a lot to me.”
   Ehsan menghulurkan kad namanya kepada Fazura. “Kita dah banyak kali terserempak secara kebetulan. And I’m wondering why I don’t have your number. Call me if u feel like crying.”
   Fazura ketawa kecil. “I will.”
   Ehsan lega melihat senyuman Fazura.

  




























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Hafia Hana said...

uhuhuhuhu..
bila zura nk b'cinta ngan ehsan ni?
jgn lama sgt eh.

Post a Comment