Cinta Bersemi - Part 3

27


   Fadilah membelek-belek sehelai blouse satin yang mampu menarik nafsu shoppingnya. Dia menjeling ke arah rakannya yang turut menemaninya membeli-belah pada pagi itu.
   “Apa jeling-jeling? Gedik,” Dania mencebik bibirnya. Mengusik Fadilah.
   “Babe, cantik kan?” Fadilah meminta pendapat Dania.
   “Cantik. Kalau orang slim macam aku pakai.” gurau Dania.
   “Perasan gila. Badan aku ni, orang pun tak perasan aku dah ada tiga orang anak tau.”
   “Geli aku dengar.” Dania ketawa. “Kau nak beli ke tak ni?”
   “Cantik ke tak? Kalau cantik aku beli.”
   “Cantik sayangku. Aku tunggu kat luar tau.” Ujar Dania sambil menolak stroller Hadziq keluar dari butik pakaian tersebut. Kemudian dia mengambil tempat di tempat duduk yang disediakan.
   Hadziq di dalam stroller sudah lena tidur. Penat barangkali menemani mamanya dan teman membeli-belah. Dania mencium pipi gebu anak kecil itu.
   “Dah bangun?” Fadilah muncul dan mengambil tempat di sebelah Dania.
   “Belum. Tidur lagi.”
   “Sebiji muka suami kau.”
    Dania tersenyum.
   “Kelmarin aku jumpa Jim. Pakwe lama kau masa sekolah dululah.”
   “Jim Haikal? Dia kat mana sekarang?”
   “Dia sekarang konstabel tau. Kat Johor. Kebetulan dia balik becuti.” cerita Fadilah. “Dia tanya aku pasal kau. Aku cakaplah kau dah kahwin. Dia sentap dengan kau sebab tak ajak dia masa kau kahwin.”
   “Ya Allah. Aku betul-betul lost contact dengan dia. Ada kawan-kawan yang lain pun aku tak jemput sebab tak dapat contact diorang.”
   “Aku cakap macam tu jugak kat dia. Ala dia gurau jelah. Next year dia pulak nak kahwin. Nanti dia akan ajak kita semua. Bakal isteri dia baru 20 tahun kau tahu.”
   “Wah. Mamat tu boleh tahan jugak. Tapi okeylah. 8 tahun je beza umur. No big deal.” balas Dania. “Dia makin hensem ke apa?”
   “Biasa je. Tapi dia dah gelap sikit, badan makin tough lah.” Ujar Fadilah. “Teringat time korang bercinta dulu. Siap balas-balas surat bagai.”
   “Tu masa sengal lah. Kau pun sama jugak macam tu.” Dania dan Fadilah ketawa. “Jomlah makan. Lapar gila.”
   “Jom.”

   “Okey. Assalammualaikum.” Kamarul mematikan talian selepas berbual dengan bapa saudaranya.
   “Siapa tu, bang?” tanya Dania yang sedang membaca majalah di atas sofa.
   “Pak Teh. Dia jemput ke kenduri tahlil di rumah dia minggu depan.” Kamarul memanggil tempat di sisi Dania. Tangan kanannya memaut bahu isterinya manakala tangan kirinya menekan butang remote untuk mencari siaran menarik di televisyen.
   “Kita pergi tak?”
   “InsyaAllah. Takut tiba-tiba abang ada hal pulak.”
   Dania diam dan teruskan pembacaannya.
   “Nia tak nak masuk office balik? Kerja macam dulu?” tanya Kamarul. “Kak Sarah boleh jaga Hadziq.”
   “Kenapa pulak? Ala Nia bukannya tak masuk office langsung. Every Fridays Nia hantar report...attend meetings.”
   “Abang risau Nia bosan je duduk rumah. Abang pun bukannya selalu balik awal.”
   “Takpe. Hadziq ada kanKalau bosan, Nia keluarlah jalan-jalan…cuci mata ke..” usik Dania.
   “Cuci mata apa ni?”
   “Gurau jelah.” Dania memeluk tubuh Kamarul. ”Hmmm.”
   “Kenapa mengeluh ni?”
   “Mengeluh bahagia.”
   Kamarul ketawa kecil. “Tak pernah abang dengar mengeluh bahagia.”
   “Ni Nia bagi abang dengarlah ni.”
   “Nia.”
   “Mmm?”
   “Abang minta maaf dengan Nia. Dah masuk enam bulan kita kahwin dan abang still belum sempat nak bawak Nia pergi honeymoon.”
   “Nia faham. Kerja abang berlambak-lambak kat office tu kanTak semestinya honeymoon tu kita kena pergi jauh-jauh.”
   “So sebab tu lah abang dah book tiket ke Bandung bulan depan. Kan Nia nak pergiBandung?”
   Dania terkejut. Dia memandang wajah suaminya itu dan ternyata Kamarul tidak berbohong.
   “Next month?”
   Kamarul mengangguk. “Lima hari je yang abang boleh spend time dgn Nia. Is it okay?”
   “Lebih dari okey! Siapa lagi yang pergi?”
   “Mak, kak long anak beranak, mama, papa…”
   “Ramainya.”
   Kamarul mencuit hidung Dania. “Sayang, it’s our honeymoon. Dah tentulah Nia dengan abang je. Hadziq kita bagi mak jaga.”
   “Tak susahkan mak?”
   “Mak takkan menolak kalau pasal Hadziq. Percayalah cakap abang.”
   Dania mengangguk faham. Kamarul menguap.
   “Abang mengantuk ke? Tidurlah.”
   “Sebelum honeymoon kat Bandung, apa kata kita honeymoon kat rumah?” romantis nada suara Kamarul sambil mengucup leher Dania.
   Dania menolak perlahan tubuh Kamarul. Dia tersenyum manis dan mendekatkan wajahnya pada telinga Kamarul.
   “See you in our room in ten minutes,” bisik Dania sebelum melangkah meninggalkan suaminya di ruang tamu sendirian.
   “Yes!” Kamarul ketawa bahagia.

   Zafran tidak boleh fokus dalam tugasannya. Ada sahaja yang dirasakan tidak kena. Dia berdiri dari kerusi dan terus keluar ke tandas. Zafran mencuci wajahnya beberapa kali. Dia ingin melupuskan bayangan Dania dari mindanya.
   ‘Kenapa aku tak boleh lupakan kau, Nia?’
   “Zaf, okey tak?” ujar salah seorang rakan sekerja Zafran.
   “Aku okey.”
   “Minggu ni kau join kitorang tak?”
   “Join korang?”
   “Bro, lupa ke? Kan kita dah plan nak pergi hiking.”
   Oh. Mmm. Esok aku confirmkan. Aku takut ada hal.”
   “Okey bro. Aku keluar dulu. Kau betul okey ni?”
   “Betul. Jangan risaulah.”
   Zafran mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Dia mendail nombor telefon Dania.
   “Assalammualaikum, Zaf.” Dania ceria menjawab panggilan Zafran.
   Zafran menjawab salam. “I mengganggu ke?”
   “Taklah. I baru je lepas masak. Nak rileks kejap.”
   “Oh. Husband you balik makan ke?”
   “Taklah. Dia jarang balik makan. I jelah yang makan pun. Lama tak dengar cerita you. Sibuk dating ke?”
   Zafran ketawa hambar. “I nak dating dengan siapa pulak, Sofea?”
   “Takkan tak ada yang berkenan di hati? Nak I carikan ke?”
   “Ada tu ada. Tapi dah melepas.” ujar Zafran. Ada maksud tersembunyi di sebalik apa yang dikatakannya tadi.
   “Rugilah perempuan tu. Ish. Takpe. Nanti-nanti you jumpa jugak jodoh you.”
   “I rasa dia tak rugi. Lagi bertuah adalah sebab dapat bersama orang yang dia sayang.”
   “Lain macam je bunyinya. Are you okay Zaf?”
   Zafran ketawa kecil. “Sofea, tak ada apalah. By the way, jaga diri baik-baik. Ada masa I call you lagi. Okay bye.”
   “Bye.”
   ‘Pelik betul mamat ni,’ getus hati kecil Dania.





28


 Hujung minggu digunakan sebaik-baiknya oleh Kamarul dan Dania. Ini kerana hanya waktu itu sahajalah mereka manghabiskan masa bersama-sama sepanjang hari. Kalau tiada aktiviti luar, mereka hanya akan bersantai di rumah.
   Kamarul sedang mencuci Toyota Vios milik Dania selepas mencuci keretanya. Dania pula sedang menyiram pokok bunga sambil memerhatikan Hadziq terkedek-kedek berlari mengejar kucing yang berkeliaran di halaman rumah dengan gembira.
   “Hadziq, jangan lari sayang. Jatuh nanti,” pesan Dania. Kamarul yang turut mendengar pesanan Dania kepada Hadziq hanya tersenyum. Segaja dia menjiruskan air ke arah Dania.
   “Abang!” Dania menjerit. Kamarul ketawa besar melihat reaksi Dania. Dania turut memuncungkan getah paip yang dipegangnya dan menjiruskan air ke arah Kamarul. Hadziq yang memerhati kemesraan papa dan mamanya ketawa gembira.
   “Oh, Hadziq gelakkan papa dengan mama ya?” Kamarul memeluk Hadziq. Pipi anaknya itu dicium lembut. Kemudian, perhatian mereka tertumpu pada sebuah teksi yang berhenti di hadapan banglo setingkat mereka.
   “Siapa, bang?” tanya Dania. Kamarul tersenyum kecil seakan mengetahui gerangan tetamu yang betandang ke rumah mereka. Dia membuka pintu pagar dan menyambut tetamunya.
   Dania terkejut. Dia melihat ibu mertuanya masuk ke halaman rumah sambil Kamarul mengangkat beg pakaian ibunya. Dania pantas mencium tangan ibu mertuanya itu.
   “Cucu nenek ni. “ Faridah mencium Hadziq dan mendukungnya.
   “Mak, kita masuk dulu. Mak mesti penat, kan?” ujar Kamarul. Faridah masuk ke rumah bersama Hadziq. Dania sempat menarik lengan Kamarul sebelum suaminya itu sempat menyusuli mertuanya.
   “Abang tak beritahu Nia pun yang mak nak datang,” bisik Dania.
   “Surprise,” Kamarul tersenyum. “Mak akan jaga Nia dan Hadziq. This Wednesday I’m going to Penang for a week. Ingat tak?”
   “Yeah, but I can take care of myself..and Hadziq,” balas Dania.
   Kamarul mengeluh perlahan. Kemudian mengusap pipi Dania. “Sayang, abang buat semua ni untuk Nia. Ini peluang Nia untuk rapat dengan mak.”
   “Nia dah cuba banyak kali, bang.”
   “But maybe this time it will work. Who knows right?”
   Dania mengeluh perlahan. Kamarul mencium dahi Dania. “Abang tak nak Nia dan mak terus-terusan macam ni selamanya. Do this for me, please.”
Dania mengangguk perlahan.

   Kamarul memeluk pinggang Dania dengan erat sewaktu Dania mengikat tali lehernya. Renungan romantis daripada Kamarul mendebarkan hati Dania. Semakin pantas..pantas..
   “Abang, susahlah Nia nak ikat tali leher kalau abang peluk Nia macam ni,” rajuk Dania. Kamarul ketawa kecil. Pelukannya semakin erat dan setiap inci wajah Dania dihadiahi dengan ciuman hangat.
   “A week without you must be really…suffering,” bisik Kamarul. 
   Faridah menghidangkan sarapan untuk Kamarul yang akan berangkat ke Kedah pagi itu. Kamarul berjalan ke ruang tamu sambil membetulkan lengan kemejanya. Dania menyusul dari belakang sambil menarik bagasi pakaian suaminya.
   “Mak tak makan sekali?” tanya Kamarul.
   “Dah, Mak dah makan tadi,” balas Faridah.
   “Sayang, makan sekali dengan abang,” pelawa Kamarul kepada isterinya. Dania hanya menggeleng perlahan.
   “Nia nak tengok Hadziq dah bangun ke belum,” Dania berlalu meninggalkan suami dan mertua di ruang makan. Tidak mahu mengganggu ibu dan anak berbual.

   Dania terus menuju ke studio untuk melakukan tugasannya selepas menyediakan sarapan. Setiausaha Dania menelefonnya untuk memberitahu Dania bahawa akan diadakan mesyuarat di HZ Holdings. Dania harus menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan di mesyuarat nanti.
   Dania melihat jam tangannya. Sudah pukul 8.30 pagi dan mesyuarat akan bermula pada jam 10 pagi. Dania panic. Akibat terlalu leka dengan tugasannya, dia lupa untuk menguruskan Hadziq.
   Dania berlari keluar dari studio. Dia dapat melihat Faridah sedang memakaikan baju pada badan Hadziq yang baru selesai mandi. Dania tersenyum lega.
   “Mak, maaf terpaksa susahkan mak untuk uruskan Hadziq,” ucap Dania, lembut.
   “Nasib baik aku ada. Kalau tak, Hadziq ni tak terurus,” balas Faridah tanpa memandang Dania. Dania terpana seketika mendengar tuduhan Faridah.
   “Nia terleka buat kerja pejabat tadi,” balas Nia. “Nia..Nia ada mesyuarat. Boleh mak tolong jagakan Hadziq?”
Faridah tidak menjawab. Dania tidak menunggu lama untuk beredar ke bilik untuk bersiap ke mesyuarat apabila terkenangkan mesyuarat yang akan bermula sebentar lagi.


Dania melangkah keluar dari bilik mesyuarat dengan tergesa-gesa selesai sahaja mesyuarat. Datuk Hussien sempat menahan anaknya itu.
   “What’s the rush, Nia?” tanya Datuk Hussien.
   “Hadziq is at home, papa,” balas Dania.
   “Kan mak Kamarul ada? Nia terlampau risau sangatlah.”
   Dania ketawa kecil. Kemudian, Adrian muncul antara mereka. Adrian mengusap lembut rambut Dania.
   “Sihat?”
    “Alhamdulillah sihat. Papa..abang, Nia balik dulu. Kesian biarkan mak Kamarul jaga Hadziq di rumah.” Dania mencium tangan Datuk Hussien dan Adrian sebelum berlalu.
   Belum sempat Dania memasuki lif, tangannya ditarik oleh Ariana. Mereka berpelukan.
   “Nia, jom borak-borak dulu,” ajak Ariana.
   “Sorry sangat. Not today.” Dania serba salah. “Ari, I gotta go now.”
   “Lah, kenapa pulak? Baru nak berbual dengan kau.”
   “Next time okay? I’m really sorry. Mak mertua aku ada di rumah, jaga Hadziq.”
   Ariana mengeluh. Seketika kemudian, mereka berpelukan sebelum Dania meminta diri untuk pulang.

   Toyota Vios milik Dania menderu masuk ke perkarangan banglo setingkat miliknya dan suami. Hadziq mendapatkannya dengan senyuman gembira. Hati Dania begitu lapang melihat Hadziq menyambut kepulangannya.
   “Hadziq tunggu mama ya, sayang?” Dania mendukung Hadziq masuk ke dalam rumah. “Mana nenek?”
   Hadziq meletakkan tapak tangannya pada wajah Dania. Dania mengacah Hadziq dan anak kecil itu ketawa gembira.
   “Dah balik?” Faridah muncul tiba-tiba. “Ingatkan dah tak nak balik tadi.”
   “Maksud mak?”
   “Yalah, laki tak ada kat rumah. Makin panjanglah langkah kau, merayau sana sini.Anak tinggal kat rumah.”
   Tersentak Dania sebentar. “Mak, Nia ke pejabat, bukannya merayau.”
   “Kau boleh tipu Kamarul, tapi bukan aku. Bukan aku, Nia!”
   Air mata Dania mengalir. Dia pantas berjalan menuju ke biliknya bersama Hadziq. Pintu bilik dikunci. Dania duduk di birai katil. Air matanya seakan tidak segan untuk terus mengalir tanpa henti.
   “Ma..ma,”Hadziq seakan memahami kesedihan Dania. Walaupun masih belum petah bercakap namun Dania terharu setiap kali Hadziq memanggilnya ‘mama’. Walaupun Hadziq bukan bercambah dari rahimnya namun kasih Dania terhadap anak kecilnya itu tidak berbelah bahagi.

   Dania menangis dalam diam. Matanya tidak boleh lelap mengenangkan hari-harinya bersama ibu mertua yang tidak pernah menerimanya sebagai menantu. Dania sentiasa mengharapkan kehadiran Kamarul di sisi supaya dia sentiasa tabah menghadapi ibu mertuanya.
   “Mak, makanan dah siap. Kita makan sekali,” pelawa Dania.
   Faridah ke ruang makan. Dikerlingnya lauk-pauk yang dimasak oleh Dania. Dicuitnya sayur goreng yang berada atas meja makan dan dimasukkan dalam mulut.
   “Yak!” Faridah meludah semula makanan dalam mulutnya.
   “Kenapa mak?” tanya Dania. Cemas.
   “Kau nak bagi aku penyakit ke?! Masin..tak pandai masak ke?”
   “Tapi, tadi Nia dah rasa. Okey je.”
   “Buang semua ni!” Faridah menyekeh kepala Dania “Aku tak tahulah kenapa anak aku boleh sayang sangat dengan kau! Masak pun tak reti!”
   Air mata Dania merembes keluar. Malam itu terasa dingin sedingin hatinya yang merindui Kamarul. Hadziq yang tidur di sebelahnya kelihatan lena sekali melayari fantasinya. Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya.
   “Assalammualaikum sayang,” ujar Kamarul. Sebaik Dania menjawab salamnya, Kamarul bertanyakan khabar Dania.
   “Alhamdulillah, sihat,” Dania menyeka air matanya.
   “Kenapa suara Nia lain? Nia nangis ke? Hmm?”
   “Taklah..Nia, Nia selesema. Abang balik bila?”
   “Rindulah tu,” usik Kamarul. “InsyaAllah tomorrow night I’ll be home. Abang pun rindu sangat pada Nia, Hadziq.”
   “Me too.” Air mata Dania mengalir lagi. Ah! Kenapa begitu senang sekali air mata ini mengalir? Bentak Dania.
   “Sayang? Nia bukannya selesema kan? You’re crying aren’t you?”
   “No, I’m not. Abang, Nia penat sangat. Nia nak tidur. Assalammualaikum.” Dania mematikan talian. Tidak sanggup meneruskan pembohongannya.


  


29


Dania membawa ibu mertuanya ke pasaraya berdekatan untuk membeli bahan makanan untuk dimasak. Dania menolak troli manakala Faridah menolak stroller yang membawa Hadziq.
   “Nak beli sayur apa, mak?” Dania meminta pendapat Faridah.
   “Apa-apa jelah yang boleh dimakan.”
   “Bayam?” Dania menunjukkan seikat bayam kepada Faridah.
   “Mmm.” Jawab mertuanya itu. Acuh tak acuh sahaja jawapannya.
   Dania mengambil seikat bayam dan seikat sawi dan diletakkan ke dalam troli. Kemudian dia memanjangkan leher, memerhati  ke bahagian menjual makanan laut.
   “Mak tunggu sini kejap ya? Nia nak beli ikan.”
   Dania menolak troli menuju ke bahagian makanan laut. Pelbagai pilihan makanan laut yang terdapat di situ. Dania mula buntu memilih jenis ikan yang ingin dibeli.
   “Pilih jangan tak pilih,” seorang lelaki mengusiknya.
   Dania menoleh lelaki itu. Lelaki berkulot sawo matang dengan ketinggian sederhana itu tersengih memandangnya.
   “Ya Allah. Kau rupanya Faiz.” Dania ketawa kecil.
   “Akulah. Siapa lagi. Makin cun kau ek?”
   “Kau saja nak mengusik aku kan? Apa cerita sekarang? Berapa anak dah?”
   “Nak masuk dua. Kau? Dah ada isi?”
   “Belum lagilah. Hari tu kat wedding aku tak sempat nak berbual panjang.”
   “Aku hari tu pun rushing, Nia. Banyak sangat kenduri nak kena pergi.”
   “Eh kau buat apa kat sini? Mr. Mama ke?”
   Faiz ketawa. “Isteri aku tengah sarat. Aku jelah yang kena buat kerja sikit.”
   “Bagus..bagus.. Suami mithali.”
   “Biaslah. Tengok oranglah.” gurau Faiz. “Okeylah Nia. Aku gerak dulu. Jumpa lagi.”
   “Kirim salam orang rumah.”
   “InsyaAllah.”

   Di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, suasana hening sekali.Hadziq pula sudah tertidur di car seat. Hati Faridah meronta-ronta untuk menyembur Dania dengan soalan-soalan panas.
   “Lelaki tadi tu siapa?” Faridah tiba-tiba bersuara.
   “Lelaki mana mak?” Dania bingung.
   “Yang kau menggatal tadilah. Kata nak beli ikan. Rupa-rupanya pancing ikan.” Perli Faridah.
   “Mak jangan salah faham. Itu kawan Nia masa sekolah dulu.”
   “Mmm.”
   “Mak, percayalah cakap Nia.”
   “Buat apa aku nak percayakan kau? Buang masa aku jelah. Bila Kamarul balik ni?”
   “InsyaAllah esok malam.”
   “Eloklah tu. Tak senang hati aku duduk dengan kau. Ada je yang naikkan darah aku ni.”
   Dania terkedu. Tidak mampu berkata apa-apa. Jahat sangat ke Dania ni, mak? Kenapa mak masih belum boleh terima Dania?

   Keesokan paginya, seperti biasa selepas menunaikan solat subuh, sedang Daniamelakukan tugasannya, perhatiannya tersentap dengan bunyi kaca pecah di dapur. Dania meluru ke dapur dan kelihatan ibu mertuanya sedang mengutip serpihan pinggan kaca yang pecah atas lantai.
   “Mak, biar Nia yang kutip. Bahaya mak,” ujar Dania dan mengutip serpihan kaca.
   “Tak payah!” Faridah menolak tangan Dania. Dania tetap mengutip serpihan kaca atas lantai dan tanpa diduga, jarinya luka ditusuk serpihan kaca tersebut. Cecair merah mengalir dari jari telunjuknya.
   “Kan tadi aku dah kata tak payah!” marah Faridah. Dia pantas mencuci luka di jari Dania. Dania memerhati mertuanya dengan hati berbunga riang. Di hati kecilnya berkata mertua itu menyayanginya, mungkin caranya sahaja yang kelihatan kasar.
   Dania mengerling ke arah jam dinding di kamar tidurnya. Sudah pukul 10.30 malam. Kamarul masih juga belum pulang. Hadziq yang turut menunggu kepulangan papanya juga sudah terlena. Begitu juga dengan Faridah.
   Dania melangkah ke ruang tamu. Dia berbaring di sofa sambil menunggu kepulangan Kamarul. Waktu berlalu dan Dania akhirnya terlena di sofa.
   Tepat jam 12 malam Kamarul tiba di rumah. Dia memulas tombol pintu dan sebaik melangkah ke dalam rumah, mata Kamarul terarah pada isterinya yang sedang tidur atas sofa di ruang tamu. Hatinya diulit kesal. Pasti Dania telah lama menunggu kepulangannya dan silapnya juga kerana tidak memberitahu Dania tentang kepulangannya yang agak lewat.
   Bagasi pakaian dan briefcase diletakkan atas meja. Kamarul mengangkat tubuh Dania ke kamar tidur mereka. Dania dibaringkan di sebelah Hadziq yang sudah lena tidur. Kamarul menghadiahkan ciuman pada kedua-dua insan kesayangannya sebelum membersihkan diri di bilik air.

   “Abang balik pukul berapa?” tanya Dania selepas solat Subuh berjemaah bersama suami. Kamarul sudah kembali berbaring atas katil. Dania pula duduk di sebelah Kamarul.
   “Pukul 12,” balas Kamarul. “Nia, lain kali jangan tidur di sofa. Abang tak nak Nia sakit-sakit badan. Tak selesa tidur kat sofa tu.”
   Kamarul memegang jemari Dania. Dia terlihat jari telunjuk Dania yang dibalut dengan ‘plaster band’.
   “Kenapa ni?” tanya Kamarul.
   “Oh, pinggan pecah semalam. Luka kecil je.”
   “Next time be careful, okay?” Kamarul memejamkan matanya. Badannya masih keletihan. Dania memahami keletihan suaminya dan berlalu untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarganya.

   Faridah sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Dania pula sedang menyuap makanan dalam mulut Hadziq apabila Sally bertandang ke rumah sambil membawa beberapa baju.
   “Nia!” Sally melentokkan badannya. Sebaik dia masuk ke rumah, dia melemparkan senyuman kepada Faridah. Faridah menjelingnya. Tidak suka melihat lelaki yang menyerupai wanita itu.
   “Sally, duduklah. Apa pulak yang kau bawak hari ni?” tanya Dania. Sally duduk di sebelahnya.
   “Bajulah. Comelnya Hadziq ni, macam Aunty Sally,” seloroh Sally. Faridah mencebik mulutnya tanpa disedari oleh Dania dan Sally.
   Dania ketawa. “Perasanlah kau ni, Sally.”
   “Yalah. Ni hah, Nia..aku bawak maternity blouse untuk kau. Walaupun kau mengandung, kau still ‘vogue’. Sesuai sangatlah kau pakai maternity blouse ni,” Sally mempromosi baju dari butiknya.
   Dania membelek maternity blouse yang dibawa oleh Sally. Cantik, bisik hatinya.
   Kamarul berjalan ke ruang tamu. Dia melihat Dania sedang berbual dengan Sally sambil menyuap makanan dalam mulut Hadziq. Suara, gaya tangan dan liuk-lentok Sally mencuit hatinya. Mahu sahaja dia menyembur tawa tetapi ditahannya. Tidak mahu menyinggung lelaki yang terlebih hormone ‘wanita’ itu.
   “Eh, Salim bin Hashim. Dah lama sampai?” usik Kamarul sambil duduk bersama Hadziq.
   “Janganlah panggil I macam tu. Jahatlah suami kau ni, Nia,” rajuk Sally. Kamarul dan Dania ketawa.
   “Abang, Sally brought this maternity blouse for me. Isn’t it nice?” tanya Dania. Kamarul membelek pakaian tersebut dan mengangguk.
   “I nak jual pada Nia. Biar dia ‘vogue’ sikit,” sampuk Sally.
   “Vogue macam you, Salim? Eh..Sally,” sengaja Kamarul mengusik Sally. Sally menepuk perlahan bahu Kamarul.
   “Berapa ni?” tanya Kamarul.
   “Murah je, RM70. Good quality tau,” balas Sally. Faridah pantas memandang mereka.
   “Nia suka ke?” Kamarul tersenyum pada isterinya.
   Dania mengangguk.
   “Okay, take it.”
   “Membazir je,” Faridah tiba-tiba mencelah. Semua mata memandangnya. Dania sudah menundukkan wajahnya.
   “Sekali-sekala, mak,” Kamarul senyum.
   “Mak cik pun nak jugak? Saya bawa banyak ni,” Sally mengusik.
   “Eii..tak gemar aku.” Faridah berlalu meninggalkan ruang tamu. Kamarul mengusap perlahan bahu Dania, tahu bahawa isterinya itu tersinggung dengan kata-kata ibunya.

   Keesokan paginya, Kamarul pulang ke Melaka bersama Dania dan Hadziq untuk menghantar ibunya. Setibanya di sana, Faridah sengaja menyuruh Kamarul singgah di rumah Mak Enon. Kamarul berat hati untuk singgah di rumah bekas mertuanya itu tetapi Dania memberi isyarat supaya dia menurut sahaja permintaan Faridah.
   “Hadziq,” Mastura merampas Hadziq dari tangan Dania. Kamarul perasan akan situasi tiu dan ia segera mendapatkan Dania lalu digenggam erat jemari halus milik isterinya itu.
   “Hadziq rindukan Kak Mas.” Ujar Dania, lembut.
   “Dah nama pun mak kandung dia.” celah Faridah.
   “Mak.” Kamarul cuba menegur kelancangan Faridah.
   Faridah, Mak Enon, Mastura dan Hadziq masuk ke dalam rumah manakala Kamarul dan Dania duduk di pangkin yang berada di halaman rumah.
   “Nampaknya rancangan abang tak berjaya.” Ujar Kamarul. “Abang ingatkan dengan biarkan Nia tinggal bersama mak sepanjang ketiadaan abang boleh menjernihkan keadaan.”
   “Abang jangan cakap macam tu. Mana tahu mungkin lepas Nia bersalin, mak boleh terima Nia.”
   “Nia…Nia..Isteri abang ni terlalu kuat semangatlah.”
   “Nia akan kuat selagi abang ada.”
   Dania melentokkan kepalanya ke bahu Kamarul. Dia begitu mencintai Kamarul dan selagi itu dia akan tetap bertahan dengan segala makian, cacian yang dilemparkan terhadapnya.



30

   
Malam itu selepas makan malam di Restoran Sari Pawon, Kamarul dan Dania terus pulang ke hotel penginapan mereka di Hotel Edelweiss di Jalan Sukajadi. Sampai sahaja di hotel, mereka terus terbaring kepenatan. Mana tidaknya, sebelum bertolak ke Bandung pada jam 5 petang, Kamarul terlebih dahulu ke pejabat untuk menyelesaikan beberapa tugasannya dan Dania pula sibuk mengemas rumah yang akan ditinggalkan selama lima hari.
   Keesokan paginya seawal jam 8 pagi, Kamarul dan Dania sudah bersedia mengembara di sekitar bandar Bandung. Mereka dibawa oleh pemandu pelancong ke Pasar Baru yang dikatakan sebagai syurga membeli-belah. Dania rambang mata melihat segala jenis barangan yang terdapat di Pasar Baru. 
   “Okey tak yang ni?” Dania meminta pendapat Kamarul mengenai corak kain ela sulaman yang berada di tangannya.
   “Untuk siapa ni?” tanya Kamarul.
   “Kak Shayna, Mama, Kak Long, Ari, Dila...dan ramai lagi.”
   “Borong jelah satu kedai. Balik nanti boleh business.” Gurau Kamarul seakan memerli.
   “Buat betul-betul kang. Jahanam poket abang.” Ujar Dania.
   “Nanti kesian pulak kat Sally. Customer dia semua lari kat Nia.”
   Dania ketawa sambil mencubit lengan suaminya itu. Di Pasar Baru, Kamarul dan Dania banyak berbelanja buat keluarga dan kenalan mereka dan tidak banyak yang dibelanjakan buat diri mereka.

   Selesai ber’shopping’ di Pasar Baru, mereka beralih ke Factory Outlets pula di sekitar Jalan Setiabudhi. Mula-mula mereka masuk ke Rumah Mode yang merupakan Factory Outlet yang terkenal di Bandung. Dengan pemandangan yang redup dan tenang, disertai pelbagai kemudahan seperti kafe, pondok berehat dan sebagainya.
   “Kita lunch dululah sayang. Abang lapar.” Ujar Kamarul.
   “Ala kesiannya suami Nia ni.” Dania memeluk pinggang Kamarul.  “Okey kita makan dulu eh?”
   Kamarul dan Dania bergandingan masuk ke kafe untuk menikmati hidangan tengahari. Suasana di Rumah Mode begitu meriah dengan kehadirag pengunjung yang ramai. Mana tidaknya, Rumah Mode menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan kepuasan membeli-belah.
   Selepas berbelanja banyak di Rumah Mode, mereka ke beberapa Factory Outlets yang lain pula. Semuanya berada di sekitar kawasan yang sama sahaja. Jika tadi Dania yang lebih banyak bebelanja, kali ini giliran Kamarul pula. Dia yang begitu meminati kasut, membeli beberapa pasang kasut di Donatello. Dania pula memilih kasut buat anak kesayangannya, Hadziq. Selain Donatello, mereka turut berbelanja di Heritage dan Natural.
   Tidak cukup di Jalan Setiabudhi, mereka dibawa ke kawasan Dago pula. Di sana, mereka ke beberapa Factory Outlest yang lain seperti Grande, Blossom dan sebagainya. Kali ini, tidak banyak yang dibeli kerana kebanyakannya sudah dibeli di Factory Outlets di Jalan Setiabudhi. Mereka lebih banyak mencuci mata dan menikmati pemandangan sekitar Bandung.
   “Ala Nia terlupa.” Dania meletakkan kedua tapak tangan pada wajahnya.
   “Lupa apa?”
   “Nia tak belikan apa-apa pun untuk Zafran.”
   “Zafran?”
   Dania mengangguk. “Nia nak beli apa untuk Zaf eh? Dia tu dahlah cerewet sikit. Kalau t-shirt mesti yang ada kolar.”
   Kamarul diam. Dania tahu banyak mengenai kesukaan Zafran. Dia tidak nafikan ada sedikit perasaan cemburunya pada Zafran.
  
   Malam itu sewaktu mereka sudah bersedia untuk beradu, mereka sempat berbincang mengenai rencana perjalanan mereka keesokan harinya.
   “Zaf cakap kita kena pergi Kartika Sari. Brownies kat sana memang best sangat.Bolehlah kite beli banyak-banyak sikit untuk family dengan kawan-kawan.” Cerita Dania.
   “Apa lagi yang Zaf cakap? Abang pun nak tahu.” Ujar Kamarul. Dania langsung tidak menyedari sindiran suaminya itu.
   “Kalau perempuan yang sukakan handbag, Zaf cakap Rumah Tas memang banyak pilihan. Tapi Nia rasa lecehlah nak beli handbag.”
   Kamarul melepaskan pelukannya pada pinggang Dania. Dia bangun daripada katil dan melangkah menuju ke tandas. Belum sempat dia menutup pintu, Dania lebih pantas menahan tindakannya itu.
   Dania menghadiahkan senyuman manis buat Kamarul sambil kedua tangannya melingkari tengkuk suaminya. Wajahnya didekatkan pada wajah Kamarul.
   “Nia tahu abang tak selesa bila Nia asyik cerita pasal Zaf,” ujar Dania sambil lembut tangannya menyisir rambut Kamarul. “Nia pun tahu yang abang perli Nia tadi. Kan sayang?”
   Jarang Dania memanggil Kamarul dengan panggilan ’Sayang’. Saat dirinya dipanggil sayang, hati lelaki Kamarul berkocak laju.
   “Taklah. Abang biasa je.” Kamarul berdalih. Egonya masih tinggi.
   Dania tersenyum dan melepaskan pelukannya. “Okeylah kalau macam tu. Okey Nia nak tidur dulu.”
   Sebelum sempat Dania melangkah, Kamarul lebih pantas memaut lengan isterinya. “Tapi tak bermakna abang tak rasa apa-apa langsung bila Nia cakap pasal Zaf.”
   Dania ketawa kecil. “Nia tahu. Abang kan suami Nia. Walaupun abang berlagak macam tak cemburu, tapi Nia tahu sangat hati abang.”
   Dania merapatkan kembali dirinya dengan Kamarul. Kali ini dia seakan menggoda. Bibirnya didekatkan pada wajah suami tercinta. Satu persatu ciuman dihadiahkan buat Kamarul.
   “Kalau sayang cakap pasal perempuan lain depan Nia, mesti Nia cemburu jugak.”
   Kamarul asyik dengan godaan isterinya. Jarang isterinya itu bersikap romantis seperti malam ini.
   “Nia.”
   “Mmm?”
   “Kenapa manja sangat ni?”
   “Sebelum ni pun Nia manja jugak.”
   Kamarul mengusap lembut bibir isterinya. “Tapi hari ni manja sayang lain macam.”
   “Because it’s our honeymoon,” balas Dania. “Jarang kita dapat berdua macam ni kan?”
   “Abang cintakan Nia. More than you do.”
   “And I love you too. More than you do.”
   Kamarul dan Dania hanyut dalam kehangatan malam bulan madu mereka. Cinta mereka semakin mekar berkembang dan tidak pernah kuncup walau sesaat. Saat kata cinta dilafazkan, mereka sedar cinta itu milik mereka. Dan cinta yang mereka miliki tidak akan dibiarkan padam selamanya.




31


Dania sedang menyarungkan baju ke badan Hadziq apabila dia terasa pitam. Dania mengurut dahinya. Kali ini, tekaknya pula terasa mual. Dia pantas berlari ke bilik air dan hanya cecair jernih yang tersembur dari mulutnya.
   Timbul persoalan dalam benak fikiran Dania. Adakah dia sedang hamil? Kitaran haidnya juga agak lambat berbanding bulan-bulan sebelumnya. Dania pantas bersiap untuk ke klinik bersama Hadziq.
   Debaran di dada makin terasa selepas pemeriksaan dilakukan ke atasnya. Doktor Rafidah yang manis bertudung memandangnya dengan senyuman.
   “Puan Dania sedang hamil tujuh minggu,” ujar Doktor Rafidah yang murah dengan senyuman.
   “Alhamdulillah,” Dania bersyukur aras kurniaan Allah kepadanya. Sudah lebih setengah tahun usia perkahwinannya dengan Kamarul. Dan mereka sentiasa sabar menanti kurniaan daripadaNya untuk menimang cahaya mata hasil cinta mereka berdua.
   “Hadziq akan dapat adik,” Dania mengucup pipi Hadziq dengan penuh kasih sayang.

   Malam itu, Dania terasa malas untuk menegur Kamarul. Dia sengaja mendiamkan dirinya seolah-olah merajuk dengan Kamarul. Semasa makan malam, Kamarul asyik memerhatikan Dania yang sedang menyuap Hadziq.
   “Tak tahu pula malam ni ada angin kus-kus,” usik Kamarul. Dania menjeling tajam. Dalam hatinya, dia sebal melihat kerenah Kamarul yang cuba memerlinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkelakuan begitu. Mungkin pembawakan anak agaknya.
   “Okey. Lepas ni tidur ya?” ujar Dania kepada Hadziq selepas Hadziq selesai makan.“Mama pun nak tidur. Penat.”
   “Duduk rumah pun penat?”
   “Yalah. Ingat Nia duduk rumah goyang kaki? Siapkan report, uruskan Hadziq, kemas rumah,” kali ini Dania bengang. Entah mengapa dia cepat sensitif walaupun dengan isu kecil.
   “Okey, abang minta maaf. Sensitif sangatlah Nia ni.”
   Malam itu, Dania benar-benar letih. Niat untuk memberitahu tentang kehamilannya terpaksa ditangguhkan dahulu. Kamarul memeluk tubuh Dania yang sedang lena di sebelahnya.
   “Abang minta maaf kerana menyusahkan Nia. Nia terpaksa menjaga anak abang,” Kamarul berbisik perlahan. “I’m sorry.”
   Dania mencelikkan matanya secara perlahan. Wajahnya menghadap wajah Kamarul. “Hadziq anak Nia jugak.”
   “Thanks,” Kamarul mengukir senyum.
   Dania mencapai tangan Kamarul kemudian diletakkan pada perutnya. “There’s a life inside my tummy.”
   Kamarul terpaku. Seketika kemudian, Kamarul ketawa. Hatinya begitu gembira dan dipeluk erat tubuh Dania.
   “Thank you, sayang,” Kamarul mengucup lembut bibir isteri tercinta.
   “Nia rasa ni baby made in Bandung.” Gurau Dania dan Kamarul ketawa kecil.
   “Kalau perempuan mesti cantik macam cewek Bandung. Tapi kalau handsome, macam abanglah tu.”
   “Perasan.” Dania mencubit pipi Kamarul.
   Pelukan Kamarul semakin erat. “I’m really happy. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki buat kita.”
   Dania bersyukur tidak terhingga.

  Datuk Hussien dan isteri gembira mendengar perkhabaran kehamilan Dania. Usia kandungan Dania sudah masuk tujuh minggu dan masih awal untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungnya.
   “Mudah-mudahan besan kita boleh terima Nia dengan lebih baik selepas ni.” Doa Datin Zalia.
   “Amin. Tapi abang yakin besan kita tu sayangkan Nia. Mungkin caranya kasar..dan mungkin juga dia tak nak terlalu tunjukkan sangat sayangnya tu.”
   “Eh, abang bila nak ke pejabat ni?”
   “Nak pergilah ni.”
   “Eloklah tu. Saya pun nak ke rumah anak kita tu. Rindu sangat dengan Nia dan Hadziq.”
   “Call Nia dulu. Nanti takut dia tak ada kat rumah pulak.”
   “Dia tu tengah mabuk-mabuk bang. Itu yang saya risau tu. Takkan larat dia nak keluar mana-mana. Kamarul minta saya jagakan Nia hari ni.”
   “Yalah. Nanti lunch hour saya singgah kejap di sana. Saya pergi dulu.” Ujar Datuk Hussien.

   “Tadi Aisyah telefon Kamarul.” ujar Aisyah yang sedang memotong sayur di dapur. Faridah pula sedang menyiang ikan.
   “Hah. Dia balik tak kenduri kat rumah Mak Enon esok?”
   “Dia tak dapat balik. Dania tu tengah mabuk-mabuk, mak.” balas Aisyah. “Tak lama lagi mak merasalah cucu baru.”
   Faridah diam. Aisyah tahu ibunya tidak selesa berbual tentang Dania.
   “Dania tu baik, mak. Tak salah mak beri dia peluang.” Pujuk Aisyah. “Dia sanggup terima Hadziq…dan sayangkan Hadziq tu macam anak sendiri.”
   “Kalau kau nak goreng sayur, minyak ada kat dalam kabinet bawah tu.”
   “Mak dengar tak apa yang Aisyah cakap tadi?”
   “Dengar. Kau nak mak cakap apa pulak?”
   “Mak terimalah Dania tu. Mak layanlah dia baik-baik. Kesian Aisyah tengok dia. Beria-ia dia layan mak baik-baik tapi mak langsung tak pedulikan dia.” Nasihat Aisyah. “Besar sangat ke salah dia mak? Dia bukannya langgar arwah Iz. Dia bukannya pembunuh arwah Iz.”
   Faridah sengaja tidak mempedulikan kata-kata anak sulungnya itu. Meskipun dia mengakui ada kebenaran dalam kata-kata Aisyah. Memang bukan Dania menjadi pembunuh Izham. Tapi kerana Dania merupakan orang terkahir yang ditemui Izham sebelum ditimpa kemalangan yang akhirnya membawa maut,Faridah membenci memantunya itu.
   “Mak nak ambil daun kari kat luar tu kejap.” ujar Faridah dan meninggalkan Aisyah di dapur.
   Aisyah mengeluh perlahan.
   “Dah beritahu mak pasal Nia?” tanya Jamal yang tiba-tiba muncul.
   “Dah.”
   “Mak cakap apa?”
   “Macam biasalah. Tak ada respons langsung.” Kata Aisyah sambil mengeluh. “Hari tu bising sangat bila Nia tak mengandung, sekarang bila dah melekat langsung tak gembira.”
   “Ish. Mungkin mak malu nak tunjuk perasaan dia kat kita. Jangan fikir bukan-bukan.”
   “Abang, Aisyah bukan fikir bukan-bukan. Tapi abang sendiri tahu dan nampak cara mak melayan Nia tu kan? Macam orang asing je Nia tu.”
   “InsyaAllah lambat-laun lembut jugak hati mak tu.”
Ujar Jamal. “Bila boleh makan ni? Lapar.”
   “Sabarlah sikit. Baru pukul 12.30, abang. Perut abang bilanya tak pernah lapar. Asyik lapar memanjang.”
   Jamal tersengih.

   “Assalammualaikum.” Dania menjawab panggilan telefon rumahnya malam itu. Tekak Dania masih terasa mual dan dia mula berpantang makan. Mana tidaknya, sepanjang kehamilannya itu dia langsung tidak boleh memakan makanan kesukaannya. Secubit rasa pun dia sudah termuntah.
   “Waalaikumussalam.”
   “Mak? Mak sihat?”
   “Alhamdulillah. Macam biasalah. Kamarul ada?” nada suara Faridah agak tenang.
   “Abang tak balik lagi. Banyak kerja di pejabat. Mak nak Nia sampaikan pesan untuk abang?” tanya Dania. Dia lega kerana nada suara Faridah tidak sekasar biasa.
   “Takpelah. Esok mak telefon balik.”
   Mak? Sepanjang menjadi menantu, Faridah tidak pernah membahasakan dirinya ’mak’ kepada Dania. Dania terharu. Mungkin ini satu petanda yang baik untuk hubungannya dengan ibu mertuanya itu.
   “Nia sihat?” tanya Faridah. “Teruk tak mabuk?”
   “Nia..belum boleh makan sangat. Kalau setakat sup tu bolehlah.”
   “Mmm.. Jaga diri. Kau tu berbadan dua.”
   InsyaAllah. Terima kasih mak.”
   “Dah malam ni. Mak tak nak mengganggu. Assalammualaikum.” Faridah mematikan talian.
   Alhamdulillah Ya Allah. Dania bersyukur kerana Allah telah membukakan pintu hati Faridah untuk menerimanya sebagai menantu. Tiada kata yang dapat membayangkan perasaan Dania tika itu.

   Lebih kurang jam 9.30 malam, Kamarul tiba di rumah. Melangkah masuk sahaja ke dalam rumah, dia terlebih dahulu menghempaskan badan atas sofa empuk di ruang tamu. Dia keletihan. Matanya yang kepenatan dipejamkan. Dia dapat mendengar tangisan Hadziq di tingkat atas. Lama-kelamaan tangisan itu tidak lagi kedengaran. Mungkin sudah dipujuk Dania. Duga Kamarul.
   Sebuah kucupan hangat singgah di dahi Kamarul. Lalu dia mencelikkan mata dan kelihatan Dania sudah berada di hadapannya.
   “Nia dah tidurkan Hadziq?” tanya Kamarul dan Dania mengangguk. Kamarul menarik Dania dalam dakapannya.
   “Tadi mak telefon.”
   “Mak nak apa? Mak ada cakap apa-apa kat Nia ke?” Kamarul risau.
   “Mak tanya khabar Nia.” ujar Dania. Gembira. “Nia gembira sangat sangat. Tadi mak cakap baik-baik je dengan Nia.
   Kamarul mengerutkan dahi dan memandang Dania. “Mak cakap baik-baik dengan Nia?”
   Dania mengangguk laju. “Yang paling Nia gembira, mak suruh Nia jaga diri sebab Nia tengah pregnant. Alhamdulillah kan abang? Akhirnya mak terima Nia.”
   Kamarul ketawa kecil. “Kan abang dah cakap dulu. Lambat-laun hati mak akan lembut jugak. Tambahan lagi bila Nia tengah hamilkan cucu dia.”
   Mata Dania mula berkaca.
   “Janganlah nangis. Patutnya Nia happy.” pujuk Kamarul.
   “Nia nangis sebab Nia happy.”
   Kamarul tersenyum sambil menyeka air mata Dania.





32
  


Dania baru usai solat Zohor apabila menerima panggilan telefon daripada Aisyah, kakak iparnya. Perkhabaran yang disampaikan oleh Aisyah sedikit memeranjatkannya.
   “Mak jatuh tangga?”
   “Ya, Nia. Itulah yang kak long risaukan ni. Kak Long ada di Perlis ni. Paling lewat Kak Long sampai pun malam ni. Nia dengan Kamarul boleh balik dulu tengokkan mak?”
   “Abang Kamarul tak ada. Dia out-station di Perak. Pagi tadi dia bertolak.”
   “Tadi kak long cuba call handphone dia tapi tak dapat.”
   “Tak ada coverage kot. Takpelah. Biar Nia yang balik.”
   “Tapi Nia larat ke? Kalau tak larat jangan dipaksa diri tu.”
   “InsyaAllah Nia larat. Nanti Nia call kak long ye. Asslammualaikum.” Dania mematikan talian.
   Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke biliknya semula. Kandungannya sudah mencecah usia enam bulan. Dania mengemas pakaiannya dan pakaian Hadziq untuk dibawa bersama ke Melaka. Kerana bergegas untuk pulang menemui mertuanya, Dania terlupa untuk memberitahu Kamarul mengenai kepulangannya itu. Dan dia juga terlupa untuk membawa bersama telefon bimbitnya.

   “Assalammualaikum mak.” Dania mendapatkan mertuanya yang terbaring atas katil sambil kakinya diurut oleh seorang tukang urut kampung dikenali sebagai Mak Jah.
   “Nia balik dengan siapa? Mana Kamarul dengan Hadziq?” tanya Faridah.
   “Nia balik dengan Hadziq je. Hadziq tidur. Nia dah letak dia dalam bilik sebelah. Abang ada kerja luar di Perak.” balas Dania. “Kaki mak macam mana?”
   “Taklah teruk mana. Ni Mak Jah urutkan kaki mak ni.” balas Faridah. “Bahaya Nia bawak kereta sorang-sorang. Mak bukannya sakit tenat.”
   “Mak, risau Nia bila dengar mak jatuh tangga. Itupun nasib baik Kak Long telefon Nia. InsyaAllah malam ni Kak Long sampai. Buat masa ni biar Nia jaga mak.”
   “Baik menantu kau Idah.” Puji Mak Jah.
   Faridah tersenyum bangga. Dan dia terharu dengan keprihatinan Dania terhadapnya. Meskipun sedang berbadan dua, Dania sanggup memandu jauh ke Melaka untuk menjaganya.

   Sedang dia menyediakan minuman petang buat Faridah dan beberapa orang jiran yang datang melawat mertuanya itu, Dania dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Tanpa berlengah lagi, dia terus menjawab panggilan tersebut.
   “Assalammualaikum.” Ujar Dania.
   “Nia.” Tegang nada suara Kamarul.
   “Abang,” Dania gembira mendengar suara suaminya. “Mak…”
   “Abang call handphone Nia banyak kali kenapa tak angkat? Susah sangat ke nak angkat call?” marah Kamarul. “Berpuluh kali abang call. Ingat kerja abang ni asyik nak call Nia je ke?”
   Dania terdiam. Kamarul benar-benar marah terhadapnya.
   “Nak balik Melaka bukannya nak beritahu abang. Nasib baik kak long yang beritahu abang tadi. Abang kat sini risau tahu tak? Takut apa-apa jadi kat Nia. Nia ada terfikir tak pasal benda tu?!”
   Dania mengambil nafas panjang dan menguatkan diri untuk bersuara. “Handphone Nia tertinggal.”
   “Eloklah tu! Habis tu kenapa tak call bila dah sampai rumah mak? Apa gunanya telefon kat rumah mak tu? Buat hiasan?”
   “Nia minta maaf. Nia terlupa.” ada getaran pada suara Dania. Air matanya sudah menitis. Pantas disekanya supaya tidak terlihat oleh sesiapa.
   “Cubalah fikir sikit perasaan abang, Nia.”
   “Nia tahu ni salah Nia. Assalammualaikum.” Dania mematikan talian. Tidak sanggup dimarahi Kamarul. Bukannya dia sengaja tidak memaklumkan kepulangannya ke Melaka kepada Kamarul. Tetapi dia betul-betul terlupa.

   Malam itu Kamarul menghubungi rumah ibunya sekali lagi. Kebetulan Aisyah dan keluarga baru sahaja sampai dari Perlis. Sempat Kamarul berbual seketika dengan Aisyah dan Faridah sebelum meminta telefon diberikan kepada Dania. Dania yang ketika itu sedang menyuap Hadziq makan, akur dengan permintaan Kamarul untuk berbual dengannya.
   “Nia,” Kamarul memanggil lembut isterinya. “Merajuk lagi dengan abang?”
   “Tak.” ringkas jawapan Dania.
   “Merajuklah tu. Abang bukan saja-saja nak marah sayang. Tapi tadi abang betul-betul risaukan Nia.”
   Diam. Tiada respons.
   “Takpelah kalau Nia masih merajuk dengan abang. Abang nak tidur. Assalammualaikum.”
   “Abang.”
   Kamarul ketawa kecil. “Ya sayang?”
   “Nia tak suka abang tengking Nia macam tadi. Bukannya Nia sengaja nak tinggalkan handphone.”
   “Abang tahu abang tak patut tinggikan suara kat Nia. Tapi ni salah Nia, kan? Betul tak?”
   “Mmm. Betul.”
   “Lain kali buatlah lagi kalau nak abang marah lagi.”
   Dania diam.
   “Abang marah sebab sayang. Kalau tak sayang, abang tak pedulikan Nia. Dahlah abang sorang-sorang kat sini rindukan Nia.” Pujuk Kamarul. “Dahlah. Abang minta maaf sebab marah Nia tadi. Abang nak tidur dah ni. Kirim salam semua.”
   “Mmm. InsyaAllah.”
   “I love you.” Romantis nada Kamarul melontarkan ucapan cinta buat isterinya.
   Kesedihan Dania terubat dengan lafaz cinta daripada Kamarul. Dia tersenyum lega.

    “Iz!” laung Dania. “Jangan tinggalkan Nia! Nia sayangkan Iz!”
   Izham sekadar tersenyum sambil melangkah meninggalkan Dania. Dania berlari untuk mengejar Izham namun usahanya gagal. Izham hilang dari pandangan.
   “Iz tinggalkan Nia. Kenapa Iz? Kenapa tinggalkan Nia?” Dania meraung.
   Tanpa disedari, Dania menangis dalam lena. Berjurai air matanya menitis membasahi bantal yang dijadikan pengalas tidurnya. Dania terjaga.
   “Astaghfirullahhulazim.” Dania beristighfar. Lantas dia menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah Izham.



33


   Dania tersenyum sendirian sambil menyediakan sarapan pagi buat Kamarul. Hadziq yang baru terjaga dari tidur sedang bermain dengan permainannya di ruang tamu. Sesekali terdengar tawanya dan rengekannya.
   Hari ini merupakan hari yang membahagiakan buat Dania. Kerana hari ini jatuhnya tahun pertama perkahwinannya dengan Kamarul. Dia berharap Kamarul mengingati tarikh perkahwinan mereka.
   “Hadziq jangan campak-campak toy tu. ” tegur Kamarul sambil melangkah ke ruang makan untuk bersarapan.
   “Makan bang. Nia masak special maccaroni untuk abang.”
   “Anything special ke hari ni sampai masak special untuk abang?”
   Senyuman Dania terus pudar. Masakan Kamarul tidak ingat ulangtahun pertama perkahwinan mereka?
   “Abang tak ingat hari ni hari apa?”
   “Hari ni?” Kamarul mengerutkan dahinya. Kemudian dia menepuk dahinya. “Fuh. Nasib baik abang teringat.”
   Dania tersenyum.
   “Nia jangan tunggu abang balik. Malam ni abang balik lambat. Abang ada dinner dengan staffs.”
   Sekali lagi Dania terdiam.
   “Dinner dengan staffs?”
   “Nia nak ikut? Abang nak ajak Nia tapi abang risau Nia tak larat nak stay up late malam ni. Nia duduk rumah jelah eh?”
   “Oh. Mmm. Takpelah. Abang…go on jelah.” Dania beralah.
   “Okey.” Selamba Kamarul menjawab.
   Dania cuba menahan air matanya daripada mengalir. Tersinggung dengan kata-kata Kamarul yang seakan tidak sudi membawanya keluar bersama malam ini bersama kakitangannya.

   “Morning boss,” sapa Zana, kakitangan Kamarul setibanya Kamarul di pejabat. Pagi itu Kamarul kelihatan lebih ceria berbanding hari-hari biasa. “Happy first year anniversary.”
   “Thanks.” Balas Kamarul. “Macam mana? Dah buat reservation?”
   “Ditanggung beres boss.”
   “Serba salah pulak I sbb tipu my wife.”
   “Encik Kamarul bukannya tak ingat. Tapi buat-buat tak ingat. And plus, malam ni kan Encik Kamarul dah plan surprise party for her?”
   Kamarul mengangguk perlahan. Setuju dengan kata-kata Zana.
   Pada masa sama di kediaman Datuk Hussien, Shayna sedang memilih baju untuk dipakai di jamuan ulang tahun perkahwinan Kamarul dan Dania. Warna tema untuk jamuan itu ialah warna merah.
   “Nasib baik papa dengan mama ada baju merah.” Ujar Datin Zalia. “Nanti siapa yang jemput Nia? Nak cakap apa kat dia?”
   “Shayna dengan Adrian yang jemput Nia nanti. Rasanya Shayna nak cakap kat Nia yang kita nak pergi birthday party anak kawan Shayna.”
   “Buatnya dia tak ada baju warna merah macam mana?”
   “Mama, kan Nia tu selalu pakai baju merah. Mama jangan risaulah.”
   “Macam-macam menantu mama yang sorang tu.”
   “Adrian tu tak romantik macam Kamarul.” Dania mengadu nasib.
   Datin Zalia ketawa kecil.

   Dania terkejut melihat kedatangan Adrian dan Shayna ke rumahnya malam itu lebih kurang jam 8.15malam. Dan yang membingungkannya ialah apabila abangnya sekeluarga memakai baju berwarna merah.
   “Ni baru pergi rapat umum ke apa ni?” gurau Dania.
   “Nak pergi merusuh,” Adrian mengusik adiknya lalu duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen. “Pergi bersiap cepat. Pakai baju warna merah jugak. Hadziq pun sama.”
   Dania menaikkan keningnya. “Bersiap pergi mana pulak ni? Tak naklah. Nanti Kamarul balik tengok Nia takde, lagi susah.”
   “Kitorang dah minta kebenaran Kamarul dah. Jomlah. Kita ke birthday party anak kawan Kak Shayna. Kesian Hadziq duduk kat rumah je.”
   “Birthday party? Malaslah. Tak pun korang bawa Hadziq je.”
   “Please Nia. Please.” Rayu Shayna.
   “Kenapa tak beritahu awal-awal?” Dania serba salah. “Nia malaslah nak bersiap.”
   “Kesian Kak Shayna. Dia beria-ia suruh abang datang sini jemput Nia dengan Hadziq.” Adrian cuba menagih simpati Dania.
   Dania mengeluh. “Yalah. Tapi jangan balik lambat tau.”
   “Sayang Nia!” Shayna mencium pipi adik iparnya itu.

   Dania tiba di restoran Fullhouse di Jalan Yap Kwan Seng tepat jam 9.15 malam. Restoran di sebuang banglo putih itu begitu cantik dengan hiasan ala-ala Korea. Dekorasi dalam dan luar restoran berkonsepkan warna putih. Suasananya begitu damai dan rileks.
   “Surprise!”
   Dania terkedu. Ibu bapanya, kakak iparnya sekeluarga, Ariana dan suami, dan Kamarul sedang berdiri di hadapannya. Kesemua mereka memakai pakaian berwarna merah.
   “Selamat ulang tahun perkahwinan, sayang,” ucap Datin Zalia dan diikuti yang lain.
   Kamarul yang kacak berkemeja polo tersengih lebar memandang Dania. “Happy anniversary Dania.”
   “Oh dah plan awal-awal nak kenakan Nia eh?” Dania ketawa kecil. “Dinner dengan staffs konon.”
   “Yalah. Kenalah buat surprise sikit. Nanti spoil la plan.” Kamarul tersenyum.
   Sebelum menikmati hidangan, Kamarul dan Dania sempat meniup lilin pada kek yang ditempah khas oleh Kamarul sendiri. Kemudian, ahli keluarga menyerahkan hadiah buat pasangan suami isteri itu. Kamarul juga tidak ketinggalan menghadiahkan seutas jam tangan Roccini buat isterinya.
   “Hadiah untuk Kamarul tak ada?” tanya Datuk Hussien.
   “Nia ingatkan birthday party budak kecik. Nia tak bawaklah.”
   Semua yang berada di situ ketawa.

   Kamarul mengangkat tubuh kecil anaknya masuk ke dalam bilik tidur. Hadziq sudah tertidur sewaktu di dalam perjalan pulang ke rumah. Sebaik Hadziq sudah diletakkan tas katil, Kamarul beredar ke kamarnya. Dania ketika itu berada di dalam bilik air membersihkan diri.
   Kamarul berbaring atas katil sementara menunggu Dania selesai mandi. Dia memejamkan matanya sebentar.
   “Abang,” kejut Dania. Lembut. “Abang, tukarlah baju dulu.”
   Kamarul mencelikkan matanya. “Abang tak sedar abang terlelap. Abang nak mandi dulu.”
   “Tuala abang ada dalam bilik air.”
   Dania menyarung baju tidur sebaik Kamarul masuk ke bilik air. Kemudian dia membuka laci meja solek untuk mengambil hadiah yang dibeli buat Kamarul.
   “Nia, esok ingatkan abang call plumber. Sinki tu mcm dah bocor sikitlah.” ujar Kamarul sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.
   “Nia lupa nak beritahu abang pagi tadi.”
   “Esok abang kena pergi awal. Ada prosiding.” ujar Kamarul. “Abang breakfast dekat luar je.”
   “Okey.” Dania menghampiri Kamarul dan menghulurkan bungkusan hadiah kepada suaminya. “For my beloved husband.”
   “Thank you sayang.” ucap Kamarul sambil membuka bungkusan tersebut. Dia menerima pewangi Chanel Homme Sports Allury daripada Dania.
   “I hope you like it. Nia tak tahu nak beli apa untuk abang.”
   “Abang suka semua yang Nia bagi. Thanks.” Kamarul mengucup lembut pipi Dania dan Dania tersenyum malu.




34



   Aishah dan suami bertandang ke rumah Kamarul dan Dania pada suatu malam. Mereka sengaja datang untuk menjenguk Dania dan Kamarul.
   “Dania mana?” tanya Jamal.
   “Tengah solat. Sekejap lagi keluarlah tu,” ujar Kamarul. “Kamarul buatkan air ya.”
   “Eh, biar kak long yang buatkan air. Kalau Kamarul buat nanti, takut cirit birit pulak kak long dengan bang long nanti,” Aishah berseloroh sambil berlalu ke dapur. Kamarul dan Jamal ketawa.
   “Hadziq mana?” tanya Jamal.
   “Dah tiga malam dia tidur rumah mak Nia. Dengan keadaan Nia yang tengah sarat, kesian pulak nak suruh jaga Hadziq.”
   Dania keluar dari kamar tidur selepas selesai solat Isya’. Dia mencium tangan kakak dan abang iparnya.
   “Siapa buatkan air? Abang ke?” tanya Dania.
   “Taklah, kak long yang buat.” Balas Kamarul.
   “Minta maaf, kak long. Nia tak tahu pulak kak long dan bang long datang.” Pinta Dania. Aishah memaut mesra lengan adik iparnya.
   “Takpe, Nia. Nia macam mana..sihat? Baby sihat?” Aishah mengusap perut Dania.
   “Alhamdulillah,” jelas Dania. Aishah kemudiannya menceritakan pengalamannya sewaktu mengandungkan ketiga-tiga anaknya. Aishah hanya ingin memberi semangat kepada Dania yang baru pertama kali hamil dan menunggu saat untuk melahirkan.

   Datin Zalia menghampiri Dania yang sedang mengelamun di taman halaman banglo dua tingkat miliknya dan keluarga. Diusapnya rambut Dania dengan penuh kasih sayang.
   “Jauhnya menung,” Datin Zalia menguntum senyum.
   “Hmm…Mama, sejak belakangan ni, Nia selalu bermimpi yang sama,” ujar Dania.
   “Mimpi apa?”
   “Arwah Iz,” ujar Dania, perlahan. “Iz tersenyum pada Nia..dia macam nak kata sesuatu pada Nia..tapi Nia tak tahu apa yang dia nak katakan.”
   Datin Zalia mengangguk faham. “Mungkin ada sesuatu. Setiap hari ke Nia mimpikan arwah?”
   Dania pantas menggeleng. “Bukan setiap hari tapi dalam seminggu, kerap jugak arwah muncul dalam mimpi Nia.”
   Dania kembali termenung. Dia yakin kemunculan arwah Izham dalam mimpinya seakan memberi suatu petanda. Tetapi petanda apa? Dania bingung.


 Sayup-sayup kedengaran azan yang dilaungkan oleh Kamarul pada telinga bayi lelaki yang selamat dilahirkan di dunia oleh isterinya, Dania. Alhamdulillah, bayi mereka sempurna dan tiada cacat celanya walaupn dilahirkan beberapa hari lebih awal dari tarikh yang dijangka. Itulah kuasa Allah SWT.
   “Terima kasih, sayang. Inilah hadiah paling berharga untuk abang selain sayang..dan Hadziq,” Kamarul memandang Hadziq yang seronok mengacah adiknya. Mata Dania mula berkaca.
   “Kita nak beri nama apa pada bayi kita?” tanya Kamarul. “I don’t think we should name him ‘Dania Alya’. That’s unfair.”
   Kamarul dan Dania ketawa. Kemudian Dania mengucup ubun-ubun lembut bayinya yang berada dalam dakapan Kamarul.
   “I already have a name. Tapi Nia nak tunggu mak abang,” ujar Dania. Kamarul merenung Dania yang masih tersenyum.

   Bilik wad riuh rendah dengan kehadiran keluarga dan kenalan Kamarul dan Dania yang melawat Dania dan bayinya di hospital. Kelibat Faridah akhirnya muncul dengan Aishah dan seisi keluarga.
   “Mak,” Dania mencium tangan ibu mertuanya itu. Dania menyeka air matanya yang telah jatuh ke pipi. “Nia namakan cucu mak dengan nama…Khairul Izham.”
   Faridah dan semua yang berada di situ termasuk Kamarul terkejut mendengar nama yang diberikan oleh Dania kepada bayinya. Faridah mengucup cucunya itu sambil diiringi limpahan air mata.

Pada malam sebelum kelahiran bayinya, Dania sekali lagi termimpikan arwah Izham. Kali ini arwah berbisik lembut pada telinganya.
   “Khairul Izham” bisik arwah Izham berkali-kali. Mungkin itulah yang ingin dikatakan oleh arwah supaya Dania menamakan bayinya dengan nama ‘Khairul Izham’. Kini, Dania boleh tersenyum puas dengan kebahagiaan yang dikecapinya bersama keluarga tersayang.
   “Hadziq, jangan bising. Baby tengah tidur ni,” pesan Faridah yang sedang mendodoi cucunya, Khairul Izham di rumahnya di Melaka. Dania dijaga oleh Faridah selama tempoh berpantang untuk menebus dosanya terhadap menantunya selama ini. Dengan kehadiran ‘Khairul Izham’, Faridah sedar akan kesilapannya. Bukan semua orang kaya itu jahat dan buktinya, menantunya Dania begitu baik dan sentiasa bersabar melayan kerenahnya selama ini. Kamarul dan Dania memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan ‘Khairul Izham’ kepada mereka dan juga kerana menyedarkan Faridah.

   Dania baru sahaja ingin meneguk jus oren yang dibeli oleh Kamarul apabila jus tersebut dirampas oleh Faridah. Kamarul dan Dania tersentak.
   “Nia kan tengah berpantang. Jus oren ni bisa tau,” nasihat Faridah. “Kamarul, kau ni pun satu. Sepatutnya tanya mak dulu samada Nia boleh ke tidak minum jus oren ni.”
   “Sorry maam,” Kamarul tersenyum. Dania mengeluh puas. Hatinya lapang melihat keprihatinan Faridah terhadapnya. Kini, Faridah lebih prihatin terhadap dirinya dan menyayanginya seperti anak sendiri.
   Faridah berlalu ke dapur sambil membawa jus oren tadi. Kamarul dan Dania berpandangan. Sebuah ciuman dihadiahkan pada dahi Dania.
   “Alhamdulillah, everything is getting better,” bisik Kamarul. Dania tersenyum tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya.
   “Abang begitu mencintai Nia…begitu juga kasih sayang abang pada anak-anak kita. Selagi abang masih bernafas di dunia ini, abang akan sentiasa melindungi..menyayangi Nia dan anak-anak kita.” Sebuah lagi ciuman hinggap di bibir Dania. Penuh asmara.
   “Kalau macam nilah penerimaan mak terhadap Nia, bolehlah kita ada baby lagi setiap tahun,” seloroh Kamarul. Dania menyiku Kamarul sambil ketawa kecil. Kamarul pantas membawa Dania dalam dakapannya. Terlalu erat dakapannya seakan tidak mahu melepaskan isteri tercinta.
   Kamarul dan Dania tidak putus-putus memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kebahagiaan mereka sekeluarga. Semoga kebahagiaan ini kekal selama-lamanya. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Ruunna Qizbal said...

best sngat2....

Post a Comment