Cinta Bersemi - Part 2

stura : Puteri Mardiana

Zafran : Adi Putra
       
  13


   “Hmm..sedapnya air tangan Mas,” puji Faridah terhadap masakan Mastura, anak perempuan rakan sekampungnya. Mastura tersipu malu. “Sesuai sangatlah dengan Kamarul.”
   “Kenapa tak bawa Kamarul datang sekali, Idah?” tanya Mak Enon, ibu Mastura.
   “Dia kerja. Kau macam tak faham-faham je kerja Kamarul tu macam mana.” Ujar Faridah. “Makan minum pun tak terjaga. Beruntunglah Kamarul kalau dapat memperisterikan si Mas ni. Cantik pun cantik. Pandai memasak pulak tu.”
   “Tapi, abang Kamarul kan dah ada pilihan dia sendiri. Nak ke dia dengan Mas? Maskan cuma gadis kampung je,” Mastura merendah diri.
   Serta-merta, darah Faridah menyirap. “Tak teringin aku nak bermenantukan perempuan tu. Nak tak nak, Kamarul kena dengar cakap mak cik. Mak cik ni mak dia.”
   Mastura dan Mak Enon berbalas senyuman.

   “Assalammualaikum,” Dania menjawab panggilan telefon di rumahnya.
   “Waalaikumussalam,” terdengar suara seorang wanita di hujung talian. “Boleh bercakap dengan Dania?”
   “Ya, saya. Siapa ni?”
   “Ini mak Kamarul.” Berdesing telinga Dania mendengar pengakuan wanita tersebut yang mengaku sebagai ibu Kamarul. Apa lagi yang dia mahukan daripada aku? Nak menghina aku lagi? Ya Allah kuatkanlah hati hambaMu ini.
   “Ya, mak cik. Apa khabar?”
   “Sihat, alhamdulillah. Nia, mak cik nak minta tolong daripada Nia. Boleh?”
Amboi, lain macam je bunyinya. Dania bingung.
   “Apa dia, mak cik? Kalau saya mampu tolong, saya akan tolong.”
   “Mak cik minta Nia tinggalkan Kamarul. Mak cik dah carikan jodoh yang lebih baik untuk dia jadi, mak cik harap Nia tak menjadi penghalang untuk Kamarul berbahagia dengan bakal isterinya,” jelas Faridah. “Mak cik akan lupakan kisah lalu dan maafkan Dania kalau Dania sudi membantu mak cik meyakinkan Kamarul untuk berkahwin dengan Mastura.”
   Dada Dania bagai dihimpit batu besar. Terasa sukar untuk bernafas. Kata-kata Faridah tadi bagaikan satu ugutan, bukannya pertolongan. Tetapi, jika itu sahaja caranya untuk meredakan kebencian Faridah terhadapnya, Dania sanggup melupakan Kamarul. Walaupun hatinya hancur luluh. Dia sanggup.

   Sejak peristiwa di Bora Ombak, Kamarul mencari Dania di HZ Holdings namun gagal. Sudah beberapa hari dia cuba menjejaki Dania namun Dania seakan hilang ditelan bumi. Bila ditanya kepada Ariana, Ariana memberi alasan Dania ‘out-station’. Ingin ditanya kepada Adrian, takut Adrian menyoal macam-macam.
   Dania lebih licik daripada Kamarul. Setiap kali Kamarul datang mencarinya, dia pantas menyorokkan dirinya di bawah meja, kadang-kadang di bilik air, asalkan Kamarul tidak berjaya menemuinya. Ariana pula sentiasa membantunya berhadapan dengan Kamarul. Pelbagai alasan dicipta bagi memastikan Kamarul tidak menemui Dania.
   “Kau kata apa pada dia?” tanya Dania kepada Ariana sebaik sahaja Kamarul meninggalkan HZ Holdings.
   “Aku kata kau out-station. Nia, kesian aku tengok dia. Kau tak patut tinggalkan dia macam tu je,” ujar Ariana.
   “Ini untuk kebaikan dia. Aku tak sanggup tengok dia bergaduh dengan mak dia semata-mata kerana aku. Aku faham perasaan mak dia, Ari. Aku pernah rampas Izham daripada dia dahulu, dan aku tak sanggup nak rampas Kamarul pula.”
   Dania mengesat air matanya. “Salah ke tindakan aku, Ari? Salah ke niat aku untuk melihat Kamarul dan mak dia gembira?”
   Ariana memeluk Dania. “Tak salah, Nia. Aku faham dan aku minta maaf kerana menyalahkan kau. Tapi..aku rasa kau kena bersemuka dengan Kamarul untuk settle down masalah ni.”
Dania mengeluh perlahan.


   Datuk Hussien dan Datin Zalia dapat melihat perubahan pada sikap Dania. Kini Dania lebih banyak mendiamkan diri. Apabila ditanya tentang Kamarul, Dania pantas menukar topik perbualan.
   “Papa, siapa yang handle our new branch in Auckland?” tanya Dania semasa seluruh ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu.
   “Encik Rashid. Tapi sekarang, dia memerlukan someone to help him,” balas Datuk Hussien.
   “Let me help him!” Dania menawarkan dirinya. Seluruh ahli keluarganya terperanjat.
   “Nia nak duduk Auckland ke?” tanya Datin Zalia.
   “Nak tukar angin,” Dania mengangguk. “Please papa.”
   “Papa tak kisah tapi Nia dah tanya pendapat Kamarul ke belum?”
   Air muka Dania berubah sekelip mata “Apa yang Nia nak buat, it’s none of his business. Papa, please.”
   Datuk Hussien terpaksa akur dengan permintaan Dania. Kini, tahulah ahli keluarga Dania bahawa Kamarul dan Dania tengah ‘berperang’. Mungkin juga Kamarul dan Dania telah menamatkan kisah cinta mereka.


   Kamarul baru sahaja pulang dari mahkamah apabila melihat kelibat Dania yang setia menunggunya di firma guaman miliknya. Dia pantas mendapatkan Dania. Terasa kedinginan pada sikap Dania. Tiada lagi senyuman manis diukir di bibir, tiada lagi ciuman tangan Dania terhadap Kamarul. Dania sudah berubah.
   Mereka berbincang di bilik pejabat Kamarul. Pada mulanya, hanya keheningan yang memenuhi bilik pejabat Kamarul.
   “Dah lama abang cari Nia,” kata-kata Kamarul memecahkan keheningan. “I’m sorry for everything, Nia. Jangan tinggalkan abang dan abang janji….”
   “Abang tak perlu minta maaf. Nia nak abang lupakan Nia. I’m over it and I believe, abang pun boleh lakukan sepertimana Nia lupakan hubungan kita,” ujar Dania. Ya Allah, betapa sukarnya untuk aku melukakan hati Kamarul. Maafkan hambaMu ini.
   “What are you talking about? I don’t get it.” Kamarul ketawa sinis.
   “Nia tahu abang faham. This is the best way. Selama ini Nia tertipu dengan perasaan Nia sendiri. Nia ingatkan Nia mencintai abang tapi tak. Nia Cuma dapat melihat diri Iz dalam diri abang. Nia hanya melihat Iz walaupun sebenarnya Nia melihat abang,” bohong Dania. “Sampai sekarang, Nia masih mencintai arwah Iz.”
   “I don’t believe you, Nia.”
   “Terpulanglah. Nia balik dulu.” Dania bangun dan cuba keluar daripada bilik Kamarul apabila lengannya tiba-tiba dipaut kasar oleh Kamarul.
   “Jadi selama ini, Nia hanya melihat diri Iz dalam diri abang?” tanya Kamarul, tegas. Dania mengangguk. “Tak pernah sekali pun Nia mencintai abang for who I am?”
   Dania mengeluh perlahan. “Never. I’m sorry and now let me go!”
   Kamarul melepaskan Dania. Kemudian, dia ketawa sinis. “Tak sangka abang diperbodohkan dalam permainan Nia. Tak sangka abang sanggup membelakangkan mak abang sendiri hanya kerana Nia.”
   Abang, maafkan Nia. Dania merintih dalam hati. Dania pantas melangkah keluar daripada bilik Kamarul. Kamarul mencampak segala fail dan dokumen atas mejanya.
   “Nia,” Kamarul berkata perlahan sambil matanya dipejam. Wajah cerahnya bertukar merah. Mungkin kerana begitu marah dan kecewa.








14


   Adrian terkejut apabila membaca kad undangan perkahwinan yang dihulurkan oleh Kamarul sewaktu datang ke HZ Holdings. Tertera nama pasangan pengantin pada kad tersebut.

Kamarul Hisham Bin Zakaria
Dan
Mastura Binti Sulaiman

   “Apa ni, Sham?” Adrian meminta penjelasan Kamarul.
   “Kau sendiri dah baca kad tu, kan? I’m getting married within a month,” balas Kamarul.
   “Apa dah jadi antara kau dan Dania?”
   “Tanyalah Dania. Aku tak boleh komen apa-apa.”
Adrian mengeluh. “So, that’s the reason kenapa Dania beria nak ke New Zealand. Sebab kau nak kahwin dengan orang lain.”
   Kamarul mengangkat mukanya. “Nia nak ke New Zealand?”
   “Ya. Sham, kau kawan aku dan Dania ialah adik aku. Aku tak tahu apa dah jadi antara kau dan dia until you decided to get married with other woman,” ujar Adrian. “Tapi aku harap samada kau atau Dania, masing-masing tidak bermusuh walaupun percintaan antara kau dan Dania dah berakhir.”
   “I’m a professional, Adrian. Jangan risau.”
   Kamarul cuba bersikap selamba namun dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya dia untuk melupakan Dania. Wanita yang begitu dicintainya.

   Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan Dania setelah menerima kad undangan perkahwinan Kamarul. Apatah lagi, kad tersebut dihulurkan sendiri oleh Kamarul. Dania terpaksa berlagak bersahaja di hadapan Kamarul walaupun sebenarnya, hatinya hancur luluh.
   “Congratulations,” ucap Dania, ceria.
   “Thanks,” Kamarul menatap serius wajah Dania. “I heard you’re going to New Zealand.”
   “Yup, a week from now,” balas Dania lantas menepuk dahinya. “Tak dapatlah Nia nak ke majlis abang nanti. I’m so sorry.”
   Kamarul mengangguk faham. Dia sedikit terkilan kerana Dania memberikan reaksi positif terhadap perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kini tahulah Kamarul bahawa Nia tidak pernah mencintainya.
   “So, I take a move then. Assalammualaikum,” Kamarul melangkah keluar daripada bilik pejabat Dania. Sebaik Kamarul menunggalkannya, Dania tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir. Remuk kad perkahwinan Kamarul yang digenggam kuat oleh Dania.
   “Nia doakan abang bahagia,” ucap Dania perlahan. “Percayalah, abang. Nia lakukan segala ini untuk kebahagiaan abang.”

   Pada masa yang sama, Kamarul melangkah lemah keluar dari bilik Dania. Sebolehnya dia tidak sanggup menuruti permintaan ibunya supaya dia bernikah dengan Mastura. Dan dia tidak sanggup mengkhianati cintanya terhadap Dania. Menghulurkan kad undangan perkahwinannya kepada Dania,wanita yang dicintainya merupakan perkara yang begitu melukakan hatinya. Namun ternyata Dania tidak mencintainya. Reaksi Dania begitu ceria seakan gembira dengan undangan perkahwinan yang diterima.
   Kata-kata Faridah bermain-main di kotak pendengaranya.
   “Eloklah tu. Dulu lagi mak dah cakap kat kau. Jangan berkawan dengan budak tu tapi kau degil. Tengok sekarang ni. Dia sendiri yang tinggalkan kau.”
   “Mak nak kau kahwin dengan Mastura. Perkahwinan yang direstui mak kau sendiri akan mendapat keberkatan, Kamarul. Dengarlah cakap mak selagi mak masih hidup.”
   Kamarul mengeluh perlahan tanpa menyedari tingkahnya diperhatikan oleh Adrian.
   “Dah nak kahwin pun termenung panjang. Any probs,friend?” tanya Adrian. Saat itu mereka berada di hadapan pintu lif.
   “Tak ada apa. Aku tengah fikir pasal one of my case.”
   “I hope your case is not Dania.”
   Kamarul dan Adrian berpandangan.
   “Taklah. You know I’m a..”
   “Professional?” celah Adrian. “Sham, kalau soal hati menteri pun boleh tersungkur. Aku tak nak kau menyesal dengan keputusan yang dah kau buat. Begitu juga dengan Nia.”
   Kamarul seakan terpukul dengan nasihat Adrian. Di saat itu dia mula memikirkan apakah benar keputusan yang telah dilakukan? Adakah patut dia meneruskan perkahwinannya dengan Mastura, wanita yang tidak dia cintai?

   Dania memeluk ahli keluarganya dan kenalan rapat yang mengiringi pemergiannya ke Auckland, New Zealand di KLIA. Sudah tiba masanya untuk dia berangkat pergi.
   “Take care of yourself,” bisik Datin Zalia. “InsyaAllah, dalam masa terdekat papa dan mama akan melawat Nia di sana.”
   “Okey. Mama pun jaga diri. Jangan risaukan Nia.”
   “Ada apa-apa yang Nia nak abang beritahu…Kamarul?” tanya Adrian. Dia tahu adiknya itu terluka.
   “Just wish him a congratulations.” Dania tersenyum kecil. “Okey, it’s time to go! Nia pergi dulu. Assalammualaikum.”
   Dania mula melangkah menuju ke balai perlepasan. Hatinya mengharapkan kedatangan Kamarul namun dia tahu, ianya adalah mustahil.
   “Nia!” suara Kamarul kedengaran di telinga Dania. Dania pantas menoleh dan Kamarul sedang berjalan menghampirinya. Kini, mereka sedang berhadapan antara satu sama lain, bertentang mata.
   “Perlu ke Nia pergi? Nia nak pergi kerana abang atau…”
   “Nia nak uruskan cawangan syarikat di sana. Tak ada kena-mengena dengan kita, abang.”
   Kamarul menatap dalam anak mata Dania. Cuba mencari kejujuran di sebalik mata coklat Dania. Adakah kata-kata Dania sejujur matanya.
   “Look into my eyes,” ujar Kamarul, tegas. “Tell me, every single words you’ve ever said to me are all lies. Tentang perasaan Nia pada abang..everything.”
   Dania melarikan pandangannya daripada Kamarul. “Abang, dah banyak kali Nia jelaskan. Please, I’m tired with all this.”
   “Abang perlukan kebenarannya.”
   “Inilah kebenarannya, bang. You’ll be getting married and now I’m going away. Hala tuju kita berbeza.”
   “The woman I’ll be getting married to is someone I don’t love, Nia. Abang tak percaya yang Nia tak pernah sayangkan abang. Dan abang tak tahu kenapa Nia terlalu senang untuk mengalah dengan semua obstacles dalam hubungan kita.”
   “Sebab hati Nia hanya milik Iz. Walaupun Iz dah tak ada, cinta Iz masih di hati Nia.”
   Kamarul terdiam.
   “Abang berhak untuk bahagia. Abang berhak dapatkan seseorang yang lebih baik dari Nia. Yes, maybe sekarang abang tak cintakan bakal isteri abang. Tapi itu semua kuasa Allah. Mungkin cinta abang akan berputik selepas kahwin.” ujar Dania. ”Nia doakan yang terbaik buat abang.”
   ”Nia.”
   ”Nia kena pergi sekarang. Abang jaga diri baik-baik. And congratulations.” Dania tersenyum manis sebelum melangkah pergi. Terdengar sayup suara Kamarul. “I will always love you, Nia.”
   I will always love you too. Rintih hati kecil Dania.








15
  

   Seawal jam 5 pagi Kamarul sudah terjaga daripada lena. Ditatapnya wajah wanita yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Tubuh wanita berkulit sawo matang itu tanpa seurat benang dilitupi selimut. Wajah Dania dan Mastura bersilih ganti bermain di pandangannya.
   “Astahghfirullah.” Kamarul beristighfar. Dia tersedar bahawa wanita yang ditidurinya adalah Mastura, isterinya. Dan Dania telah jauh meninggalkannya.
   “Abang,” Mastura memaut mesra lengan Kamarul. “Awalnya abang bangun.”
   Kamarul melepaskan pautan tangan Mastura perlahan-lahan. “Abang…abang…nak mandi.”
   “Tak nak ajak Mas?” Mastura cuba menggoda suaminya itu.
   “Mas tidurlah. Awal lagi ni.” Kamarul segera meninggalkan Mastura dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri.
   Kamarul mencuci wajahnya dan menatap wajahnya pada cermin.
   ‘Kenapa aku boleh lakukan perkara tu sedangkan hati dan cinta aku hanya untuk Dania? Malam tadi adalah satu kesilapan. Kenapa aku tak dapat lupakan Dania?’ bentak hati lelaki Kamarul.

   Dania termenung sendirian di bilik pejabatnya. Hatinya gundah gulana. Resah di hati bagaikan tiada penghujungnya. Dia sedar di saat itu, ketika itu lelaki yang sentiasa bertakhta di hatinya telah sah menjadi milik wanita lain. Bingkai gambar di atas mejanya diambil lemah. Gambarnya bersama Kamarul menjadi penemannya di negara yang asing ini.
   “Semoga abang bahagia.” ujar Dania sambil cuba menahan air matanya daripada merembes keluar. “Dah tiba masanya untuk Nia melepaskan abang.”
   Bingkai gambar tadi dibuang ke dalam tong sampah. Berat hatinya melepaskan Kamarul tetapi dia tidak mungkin melawan takdir Allah S.W.T. Mungkin belum sampai lagi jodohnya. Tidak dengan adik dan tidak juga dengan abang. Dania yakin suatu hari nanti pasti dia akan bertemu seorang lelaki yang akhirnya menjadikannya sebagai isteri.

   Setelah hampir dua bulan usia perkahwinannya, Mastura mulai sebal dengan sikap Kamarul yang sentiasa menjauhkan diri daripadanya. Entah di mana silapnya sedangkan sikap Kamarul begitu berbeza semasa malam pertama mereka. Setiap kali diajak beradu di kamar tidur, Kamarul menyuruhnya tidur dahulu. Apabila disiapkan sarapan, Kamarul terkocoh-kocoh untuk cepat berangkat ke tempat kerja.
   “Abang, hari ni abang ada pergi mana-mana tak?” tanya Mastura pada pagi minggu itu.
   “Tak. Kenapa?” tanya Kamarul kembali sambil matanya masih terarah pada surat khabar di tangannya.



“Boleh hantar Mas pergi klinik? Dalam beberapa hari ni Mas rasa tak sedap badan.”
“Pergilah bersiap dulu.”
“Terima kasih abang.” Mastura gembira mendnegar jawapan daripada Kamarul lantas dia meluru ke bilik untuk bersiap.
  
Zafran leka memerhatikan seorang wanita jelita yang sedang termenung jauh sambil merenung kehijauan taman. Di sebalik kejelitaan wanita itu, terpalit kedukaan pada wajahnya. Zafran dapat merasakan bahawa wanita itu sedang berdepan dengan waktu-waktu yang sukar.
   Sudah hampir lima hari Zafran berada di Auckland dan setiap petang dia pasti akan terserempak dengan wanita itu di Auckland Botanic Garden. Sesekali hatinya berdetik, apa sebenarnya yang telah terjadi?
   Zafran memberanikan diri menghampiri wanita jelita yang memikat hatinya selama dia berada di negara asing itu.
   “Excuse me,” ujar Zafran dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan wanita itu. “I’m Zafran.”
   Tangan Zafran tidak disambut. Wanita tersebut melarikan anak matanya daripada terus ditatap oleh Zafran. Zafran melabuhkan punggung di sebelah wanita tersebut.
   “I‘ve been here for few days…and I see you sitting here everyday,” ujar Zafran tanpa dipinta. “I’m wondering why…”
   “It’s none of your business, Encik Zafran. Please, leave me alone.” Akhirnya wanita itu bersuara.
   “I’m sorry if I’m disturbing you. But, may I know your name? You look like a Malaysian to me?”
   Zafran dan wanita itu berpandangan. Wanita itu cuba mencari kejujuran pada jejaka tampan berkulit hitam manis itu. Dari segi penampilannya, jejaka itu kelihatan seperti golongan berada. Lesung pipit di pipi mampu memikat hati wanita.
   “Dania Sofea. Yes, a Malaysian.”
   Zafran tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. “Samalah kita.Cantik nama you. By the way, can I see you again tomorrow?”
   Dania mengangkat bahunya.
   “See you tomorrow. Cheer up okay?” Zafran mengenyitkan mata kepada Dania sebelum berlalu pergi. Sengaja dia ingin mengusik Dania.

   Kamarul membutangkan kemeja putihnya untuk bersiap untuk ke mahkamah. Kemudian, sempat dia menyembur Black Suede ke badannya sebelum mencapai briefcasenya. Kamarul melangkah ke kereta apabila Mastura memanggilnya.
   “Abang tak nak sarapan dulu?” tanya Mastura sambil mengusap perutnya yang semakin kelihatan. Kandungannya telah mencecah usia hampir empat bulan.
   “Abang kena ada di mahkamah dalam masa setengah jam,” balas Kamarul. “Abang pergi dulu.”
   Mastura hanya memerhati sayu BMW 5-Series milik Kamarul menderu laju meninggalkan perkarangan banglo setingkat miliknya dan suami. Usia perkahwinan mereka sudah hampir mencecah empat bulan namun perkahwinan mereka tidak seindah yang disangka.
   Kamarul dan Mastura hanya pernah bersama di ranjang pada hari pertama perkahwinan. Dan tak sangka dengan sekali hubungan sahaja, sudah mencambahkan benih.
   Deringan telefon rumah mematikan lamunan Mastura.


   “Nia tahu kenapa abang suka nasi goreng yang Nia masak?” tanya Kamarul.
   “Entah.”
   “Sebab nasi goreng Nia sama macam nasi goreng yang mak masak,” balas Kamarul. “Hilang sikit rindu pada mak di kampung.”
   Dania mengusap pipi Kamarul lantas dicuit mesra. “Kalau macam tu, setiap hari Nia masak nasi goreng untuk abang ya?”
   “Setiap hari? Muaklah abang kalau macam tu.”
   Dania ketawa riang di samping Kamarul.
   Senyuman Dania semakin pudar apabila kenangan bersama Kamarul semakin menghilang.
   “Cantik senyuman you,” Zafran tiba-tiba muncul. Dania pantas mengangkat mukanya.
   “Apa you buat di sini?” tanya Dania.
   “Well, that’s the exact question I wanted to ask you,” balas Zafran pula. “Setiap petang I nampak you di sini. Termenung jauh, kadang-kadang menangis. Kenapa, Sofea?”
   “Sofea?”
   “You tak kisah kan, I panggil you Sofea.”
   Dania menggeleng perlahan. Rambutnya yang bergaya ala ‘wavy’ begitu cantik beralun ditiup angin sejuk. Zafran terpegun dengan kejelitaan Dania.
   “You belum jawab pertanyaan I,” ujar Zafran. “You kecewa dalam percintaan ke sampai bawa diri ke Auckland?”
   Dania merenung Zafran. Jejaka itu sedang menanti jawapannya.
   “Encik Zafran, I don’t know you dan I rasa tak perlu bagi I membuka kisah peribadiI.” tegas Dania. “And for your information, I’m running my family business here, bukannya membawa diri.”
   “Oh, really. Dah berapa lama you di sini?”
   “Almost six months.”
   “Tak balik langsung?”
   “Adalah last few months I balik kejap sebab raya and bestfriend I kahwin.”
   “So, you tak happy di sini? Sebab tu you bersedih?”
   Dania ketawa sinis. “Itu hal peribadi I.”
   “Teringatkan kekasih hati di Malaysia?” tanya Zafran, masih berusaha untuk menyingkap kisah peribadi Dania.
   “You still tak nak give up, kan?” tanya Dania.
   “Macam memancinglah, kalau kita give up terlalu awal, tak dapatlah merasa ikan masak lemak cili api. Terpaksa keluarkan duit makan di restoran, membazirlah,” jelas Zafran sambil tersenyum manis. “Betul tak, Cik Sofea?”
   Dania tersenyum kecil. Terhibur dengan usikan Zafran. Zafran leka memerhatikan Dania yang masih bersisa senyumnya. Cantiknya minah ni. Getus hati kecil Zafran.

   Zafran tersengih sendirian di biliknya apabila adik perempuannya, Zizie melangkah masuk ke biliknya. Zafran pantas mematikan senyumannya apabila Zizie menghampirinya.
   “Kenapa tak ketuk pintu sebelum masuk?” tanya Zafran, tegas.
   “Zizie dah ketuk eh? Abang Zaf yang tak dengar. Asyik tersengih macam kerang busuk je.” Balas Zizie. “Kenapa semenjak abang Zaf balik dari New Zealand, abang Zaf dah lain? Macam orang gila je..tersenyum..tersengih..”
   “Budak kecik tak payah nak menyibuk.” Zafran mencubit pipi Zizie. Adik bongsunya itu memang manja dan rapat dengannya.
   Zafran merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Adik keduanya, Mariza telah mendirikan rumah tangga manakala adik ketiganya masih menunggu waktu untuk mendirikan rumah tangga bersama tunang tersayang. Zafran masih lagi membujang dalam usia yang hampir mencecah 30 tahun.
   Selama dua minggu dia bercuti ke New Zealand, tidak sangka dia menemui seorang wanita yang mencuit hati lelakinya. Bersusah-payah Zafran berusaha untuk melembutkan hati Dania Sofea supaya wanita itu mampu memberi peluang kepada Zafran untuk menjadi rakannya.
   Zafran dan Dania mula menjalinkan persahabatan kira-kira empat hari sebelum Zafran pulang semula ke Malaysia. Banyak perkara yang dibualkan namun Dania masih menutup rapi kisah peribadinya yang begitu pedih. Tetapi Zafran tetap puas kerana persahabatannya dengan Dania masih terjalin walaupun sudah hapir seminggu dia pulang ke Malaysia. Setiap hari mereka pasti akan berhubung melalui skype.




16

Empat bulan kemudian...

Kamarul baru selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon daripada ibu mertuanya. Mastura telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira setengah jam yang lalu.
   “Mana kau pergi? Dah sejam anak kau lahir. Mak telefon asyik tak dapat,” tanya Mak Enon.
   “Saya ada perbicaraan tadi, jadi saya off handphone. Saya ke hospital sekarang.” Kamarul mematikan talian dan terus memandu ke Hospital Ampang Puteri.
   Senyuman terukir di bibir Kamarul sebaik mendukung tubuh kecil yang baru berusia dua jam itu. Mata cahaya mata sulungnya itu diwarisi daripada Kamarul. Begitu juga dengan lesung pipit yang kelihatan comel pada cahaya mata sulung Kamarul dan Mastura. Diciumnya pipi anak kecil itu bertalu-talu.
   “Apa nama baby ni?” tanya Aishah, kak long Kamarul. Kamarul dan Mastura berpadangan seketika.
   “Mas dengan abang Kamarul belum……”
   “Kamarul Hadziq,” sampuk Kamarul. Dia teringat pada kenangannya dengan Dania. Mereka ingin menamakan anak lelaki mereka Kamarul Hadziq manakala anak perempuan pula dinamakan Dania Alya.
   “Kamarul Hadziq? Hmm, sedap jugak,” puji Mak Enon. Mastura hanya mengerling Kamarul. Geram kerana Kamarul tidak bertanyakan pendapatnya untuk menamakan anak mereka.

   Dania dan Zafran semakin selesa berkawan. Dania juga sudah sudi menceritakan perihal kisah peribadinya kepada Zafran kerana dia yakin Zafran merupakan seseorang yang boleh dipercayai. Segala kisah tentang Izham dan Kamarul telah diketahui oleh Zafran, begitu juga dengan permintaan ibu Kamarul supaya dia meninggalkan lelaki tiu.
   “The fella, Kamarul Hisham you’re telling me, is he running his own firm?” tanya Zafran.
   “Yes. Kenapa Zaf?” tanya Dania pula. Zafran terpaku. Jadi benarlah sangkaannya. Kamarul Hisham yang begitu dicintai oleh Dania ialah Kamarul Hisham, seorang peguamcara dan peguambela yang pernah mewakili bapanya, Datuk Zulkifli dalam satu kes rasuah kira-kira tiga bulan yang lalu.
   “You still ingat lagi masa I beritahu ayah I didakwa dalam kes rasuah last few months?” tanya Zafran.
   “Yes.”
   “Well, Kamarul yang bantu ayah I menang kes tu. But maybe I tersilap kot. Ramai lagi lawyers…”
   “Kamarul and Associates , right?” sampuk Dania. “His full name is Kamarul Hisham Zakaria.”
   “Yup.Hmm..a very good-looking guy,” tambah Zafran. “Sampai adik I pun pernah puji dia.”
   Dania terdiam. Tanpa disedari air matanya mengalir. Walaupun sudah lebih setahun dia meninggalkan bumi Malaysia namun kenangan bersama Kamarul masih segar di ingatan. Dan esok dia akan pulang semula ke tanah air yang menyimpan seribu kenangannya bersama Kamarul.

   “Assalammualaikum, mak buyung,” ucap Dania kepada Ariana yang sedang hamillima bulan. Ariana begitu leka melakukan tugasannya tanpa menyedari kehadiran Dania.
   Ariana memerhatikan Dania dari atas hingga bawah. Penampilan Dania begitu berbeza. Dania kelihatan ‘stunning’ dengan rambut panjang ala ‘wavy’ melebihi paras bahu.
   “Hai, nak tengok je ke? Tak nak peluk aku?” tanya Dania dengan senyuman. Ariana pantas mendapatkan kawan baiknya itu. Air mata mereka akhirnya mengalir jua.
   “Rindunya aku dengan kau, Nia. Last kita jumpa masa majlis kahwin aku,” ujar Ariana. “Best sangat duduk sana sampai tak nak balik sini lagi?”
   Dania ketawa kecil. “I’m sorry. Masa tu banyak sangat kerja kat sana, but now I’m back!”
   “Wah, dah nak jadi mummy kawan baik aku ni!” usik Dania.
   “Kekasih lama kau pun dah jadi papa! Kau bila lagi?” tanya Ariana. Dania teringat kira-kira tiga bulan lepas, kakak iparnya ada menghubungi dan menyampaikan berita kelahiran bayi lelaki Kamarul dan isteri. Alhamdulillah, dia bahagia dengan kehidupannya. Tidak sia-sia pengorbanan aku untuk melihat dia bahagia. Dania berkata dalam hati.
   “Hmm..Alhamdulillah dia bahagia.,” Dania cuba mengukir senyuman namun terasa hambar.
   “Nia, kau masih tak dapat lupakan dia, kan?” Ariana seakan memahami perasaan Dania. “Walaupun kau bawa diri sampai ke hujung dunia pun, aku tahu kau tak dapat lupakan dia. Betul tak?”
   Mata Dania mula berkaca. Kemudian dia ketawa kecil. “Ari, kau suka buat aku teringat perkara lama, kan? Hmm..aku dah lupakan dia. Betul, aku tak tipu.”
   Ariana tersenyum kecil. Dia tahu Dania sedang menipunya. Kesedihan jelas terpancar pada mata Dania, sama seperti saat dia berpisah dengan Kamarul. Mata Dania tidak pernah menipu walaupun dia cuba melindungi perasan sebenar dengan senyumannya.

   Mastura tersenyum lebar mendengar kata-kata Kamarul sebelum Kamarul berangkat ke firma.
   “Abang terus ke Johor Bharu, ada kes di sana. Mas jaga diri baik-baik,” ujar Kamarul sambil mendukung Kamarul Hadziq yang baru berusia tiga bulan.
   “Berapa lama abang di sana?”
   “Lebih kurang tiga hari. Kenapa?”
   “Tak ada apa-apa.”
   “Okey, papa pergi kerja dulu ya sayang. Jangan nakal-nakal,” Kamarul mencium anaknya sebelum beredar ke firma. Pada petangnya barulah dia ke Johor Bharu.
   Mastura pantas mencapai gagang telefon. Dia mendail nombor seseorang satu persatu.
   “Hello?” suara seorang lelaki kedengaran di hujung taliaan.
   “Ini Mas. Dia dah pergi ke Johor Bharu untuk tiga hari,” ujar Mastura dengan senyuman melebar.
   “Mas nak abang datang malam ni ke?”
   “Abang tak rindukan Mas?”
   “Mestilah abang rindukan Mas. Sejak Mas bersalin, kita dah lama tak jumpa. Tunggu abang malam ni, ya?”
Senyuman Mastura makin melebar.



17



  Zafran memperkenalkan Dania kepada adik bongsunya, Zizie. Zizie yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta begitu gembira berkenalan dengan wanita yang membuatkan abangnya ‘angau’ selama ini. Zizie juga terpegun dengan kejelitaan Dania yang dipanggil ‘Kak Sofea’ itu.
   “Patutlah abang Zaf tergilakan Kak Sofea,” puji Zizie.
   “Zizie!” Zafran menjengilkan matanya ke arah Zizie. “You jangan dengar cakap dia, Sofea. Minah ni memang banyak mulut sikit.”
   “Betul apa yang Zizie cakap okey?” Zizie tidak mahu mengalah. “Biarlah Kak Sofea dengar.”
   Dania tersenyum melihat kerenah Zafran dan Zizie. Kemudian, pandangan Dania teralih pada sebuah firma guaman yang tertulis “Kamarul and Associates”. Hatinya meronta untuk memasuki firma guaman tersebut. Hatinya meronta untuk menemui Kamarul.
   “Kak Sofea tahu tak, lawyer kat sini ni punyalah handsome!” kata-kata Zizie mematikan lamunan Dania. “Dia yang tolong ayah dalam kes ayah dulu. Masa Zizie mula-mula jumpa dia dulu, Zizie tak dapat tidur malam. Asyik teringatkan dia. But sadly, he’s married.”
   Dania hanya mendengar kosong cerita Zizie. Zafran seakan memahami perasaan Dania mengisyaratkan Zizie supaya berhenti bercerita tentang Kamarul. Dia tahu Dania masih tidak dapat melupakan Kamarul walaupun Dania berusaha menzahirkan hatinya sudah menyingkirkan Kamarul. Tiada lagi ruang untuk Kamarul di hatinya, itulah yang cuba dizahirkan oleh Dania melalui senyumannya namun terpancar kejujuran pada mata Dania yang mengatakan sebaliknya.

  
   Dania bersama kakak iparnya, Shayna yang memimpin tangan Emeer Aiman, masuk ke sebuah rumah teres setingkat yang dihuni oleh Kak Sarah, pengasuh Emeer.
   Dania diperkenalkan kepada Kak Sarah. Shayna memberitahu bahawa Emeer dijaga oleh Kak Sarah sejak setahun yang lalu setelah Shayna menyuarakan hasrat untuk bekerja semula. Emeer akan dijemput semula selepas Adrian atau Shayna pulang bekerja.
   “Berapa ramai budak kecil yang Kak Sarah jaga?” tanya Dania.
   “Tiga orang je. Tak laratlah akak nak jaga ramai sangat,” Kak Sarah tersenyum. “Yang paling kecil pun umur empat bulan lebih. Itu pun baru je ayah dia hantar, minggu lepas.
   Dania tertarik pada seorang bayi yang sedang terlentang atas lantai sambil menghisap susu dalam botol bayi. Dania mendukung bayi tersebut. Entah mengapa, hatinya diulit kegembiraan apabila bayi tersebut tersenyum padanya. Mata dan lesung pipit yang dikurniakan oleh Allah kepada bayi itu mengingatkannya kepada seseorang. Kulitnya yang putih gebu menjadi sasaran ciuman Dania.
   Shayna sedang membancuh susu untuk Emeer sebelum ke tempat kerja sebentar lagi. Terdengar deruman enjin kereta berhenti di hadapan rumah Kak Sarah.
   “Eh, kenapa pusing balik? Ada benda tertinggal ke?” tanya Kak Sarah. Dania masih leka bermain dengan bayi yang menarik perhatiannya tadi.
   “Saya terbawa pampers Hadziq tadi,” ujar Kamarul. “Mana Hadziq, kak?”
   “Ada di dalam. Masuklah kejap.”
   Kamarul mengekori Kak Sarah masuk dalam rumah. Kelihatan seorang wanita yang sedang duduk membelakangkannya leka bermain dengan Hadziq, anaknya.
   “Sham?” Shayna ternganga melihat kehadiran Kamarul di rumah Kak Sarah. Dania yang mendengar Shayna memanggil ‘Sham’ pantas menoleh ke belakang. Dilihatnya Kamarul sedang berdiri, memandangnya. Kamarul masih seperti dulu, segak dan kacak.

   “Bila Nia balik?” tanya Kamarul ketika berbual sebentar di perkarangan rumah Kak Sarah.
   “Nak masuk dua minggu dah. Lama tak nampak abang di pejabat.”
   “Abang busy. Nia nak jumpa abang ke?”
   “Comel anak abang,” puji Dania, ikhlas. Dia cuba menukar topik. Kamarul sedang mendukung Hadziq ketika itu. “Siapa nama dia?”
   Kamarul menatap Dania dengan pandangan redup. “Kamarul Hadziq.”
   Dania terdiam. Tidak sangka Kamarul masih mengingati kenangan mereka suatu ketika dulu. Pandangannya dilarikan daripada Kamarul.
   “Abang masih ingat lagi..kalau itu yang Nia nak tahu,” ujar Kamarul.
   Terasa hangat setiap inci wajah Dania apabila Kamarul berkata begitu. Kalaulah abang tahu yang Nia merindui abang, rintih Dania dalam hati.
   “Abang, itu semua kisah lama. Sekarang kita dah berubah, masing-masing ada kehidupan yang lebih baik.” jelas Dania. “M..isteri abang kerja ke?”
   “Oh..A’ah.” Kamarul teragak-agak untuk menjawab soalan Dania. Soal peribadinya tidak harus dikongsi dengan orang lain. Tiada sesiapa yang tahu mengenai perceraiannya kecuali keluarga dan Irfan, rakannya.
   Air mata Dania mengalir. Namun pantas disekanya apabila Zafran memasuki bilik pejabatnya. Zafran masuk dengan senyuman manis.
   “Hello, princess,” sapa Zafran. “Are you crying?”
   “No,” Dania ketawa kecil. “I menguap tadi. Mengantuk sangat. Anyway, why are you here?”
   “Good question. It’s already 12.30 and I nak belanja you lunch.”
   “You macam tahu-tahu je I tengah lapar.”
   “Mestilah, perut you kan macam tempayan bocor. Dah isi banyak air pun masih tak cukup,” usik Zafran. Berderai tawa Dania.

   Sudah hampir empat bulan, Kamarul tidak menjejakkan kaki ke HZ Holdings kerana kesibukan kerjanya. Setiap kali Datuk Hussien ingin berurusan dengannya, Kamarul akan menghantar peguam yang bernaung di firmanya untuk menggantikannya. Selepas bertemu dengan Dania semalam, hatinya meronta ingin menemui Dania sekali lagi.
   Pintu bilik pejabatnya dikuak kasar oleh Mastura. Setiausaha Kamarul cuba menghalang Mastura daripada memasuki bilik Kamarul.
   “It’s okay. You boleh keluar,” ujar Kamarul. Selepas setiausahanya keluar, Kamarul merenung tajam Mastura yang sedang berdiri menghadapnya.
   “Abang, benarkan Mas jumpa dengan Hadziq,” pinta Mastura. Kamarul hanya tersenyum sinis sambil metanya meneliti fail kes di atas mejanya.
   “Abang tak boleh menafikan hak Mas terhadap Hadziq. Mas ada hak, bang.”
   Kata-kata Mastura membuat darah Kamarul menyirap hingga ke muka. Sakit telinga Kamarul mendengar Mastura membangkitkan isu ‘hak’.
   “Hak?” jerkah Kamarul. Kemudian dia ketawa sinis. “Baru sekarang nak cakap pasal hak? Mas dah lupa apa yang berlaku minggu lepas? Abang benarkan Mas melawat Hadziq sekali seminggu pun dah cukup baik tau.”
   Mastura terdiam. “Ya memang Mas silap. Tapi semuanya berpunca daripada abang sendiri. Abang, Mas dah berusaha untuk laksanakan tanggungjawab Mas sebagai isteri dan ibu. Tapi abang tak pernah hargai apa yang Mas lakukan!”
   “Sekarang ni salah abang pulak?”
   “Mas cuba nak memenangi hati abang tapi abang tak pernah pedulikan Mas,” rintih Mastura. “Memang…memang Mas tak nafikan abang tak pernah abaikan tangungjawab abang. Abang beri nafkah zahir pada Mas yang lebih dari cukup,bang. Tapi….”
   Mastura menyeka air matanya sebelum menyambung kata. “Tapi, mana tanggungjawab abang terhadap keinginan Mas. Mas ni macam tunggul je buat abang!”
Kamarul terpaku.
   “Sampai satu ketika, Mas terlalu inginkan belaian daripada seorang lelaki. Dan Mas tahu abang takkan penuhi keinginan Mas,” tambah Mastura. “Sehingga Mas…Mas..”
   “Sehingga Mas curang?” Kamarul menyambung kata Mastura. “Seorang isteri solehah tidak akan pernah menduakan suaminya walau apa pun alasannya, Mas. Abang mengaku kesilapan abang tapi abang cuba memperbaiki hubungan kita selepas kelahiran Hadziq. Abang pernah cuba sehinggalah Mas sendiri berlaku curang pada abang.”
   “Kalau abang ni jahat sangat, abang dah beritahu keluarga abang dan keluarga Mas tentang apa yang berlaku malam tu. Tapi abang tak nak aibkan Mas. Jangan buat kecoh di pejabat abang atau Mas nak abang beritahu semua orang hal yang sebenarnya?” Nada suara Kamarul tenang tapi penuh ketegasan.
   Di luar bilik, kakitangan firma berbisik sesama sendiri untuk mengetahui apa yang telah terjadi. Tidak lama kemudian, Mastura keluar dari bilik Kamarul sambil air matanya bercucuran jatuh ke pipi.





18


Dua minggu lalu......
 Tangisan Hadziq di ruang tamu menangkap pendengaran Kamarul yang baru pulang dari Johor Bharu awal sehari dari yang dijadualkan. Kamarul pantas mendapatkan Hadziq dan menenangkan anaknya itu. Rengekan manja kedengaran dari dalam kamar tidur utama. Kamarul menjadi curiga.
   Sebaik pintu bilik dikuak, kelihatan Mastura sedang berasmara bersama lelaki yang tidak dikenali.
   “Mastura!” jerkah Kamarul. Mastura dan pasangannya terpana apabila melihat Kamarul di muka pintu. Kamarul pantas mendapatkan pasangan Mastura dan beberapa biji tumbukan disasarkan pada wajahnya.
   “Kurang ajar!” Kamarul menumbuk lelaki tersebut sehingga jatuh ke lantai.
   “Abang, cukuplah tu!” pinta Mastura. Renungan tajam disasarkan untuk Mastura. Wajah Kamarul kemerahan kerana begitu marah dengan perbuatan terkutuk Mastura.
   “Kau jangan cemarkan rumah aku dengan maksiat kau!” lantang suara Kamarul.Kamarul beristighfar. Dia cuba bertenang.
   “Berambus dari sini. Aku nak kau berambus dengan lelaki ni.” Tegas Kamarul namun nada suaranya diperlahankan.
   “Abang, maafkan Mas, bang,” Mastura merayu pada Kamarul sambil badannya diselimuti selimut.
   “Dengar sini, Mastura binti Sulaiman. Aku ceraikan kau!”
   Mastura terpaku.
   “Kau kemas semua barang kau,” arah Kamarul. “Esok aku tak nak lagi tengok muka kau kat rumah ni!”
   Kamarul meluru ke ruang tamu. Langkahnya terhenti. Dia menatap Hadziq yang masih menangis di dakapannya. Hatinya langsung tidak meragui darah dagingnya sendiri. Dia yakin Hadziq merupakan anak kandungnya. Kemudian Kamarul terus melangkah ke kereta. BMW 5-Series milik Kamarul menderu laju menuju ke destinasi yang tidak diketahui.
   Peristiwa itu dirahsiakan dari pengetahuan semua orang sehinggalah sekarang. Kamarul tidak mahu mengaibkan bekas isterinya itu kerana mereka pernah hidup bersama. Baik buruknya Mastura biarlah dia pendam sendirian.

   “Nia, sepuluh minit lagi in meeting room.” Datuk Hussien mengingatkan Dania yang sedang membancuh minuman di pantry.
   “Alright pa. Tea?”
   “Coffee will do. Papa tunggu di meeting room.”
   Selesai membancuh minuman beberapa minit kemudian, Dania menghala ke bilik mesyuarat dan ketika itu dia bertembung dengan Kamarul dan Adrian yang sedang berbual di hadapan bilik mesyuarat. Langkahnya dimatikan. Jatungnya berdegup laju. Dia tidak mampu untuk berdepan dengan Kamarul.
   ‘Kenapalah papa tak cakap hari ni Kamarul join sekali dalam meeting?’ Dania menangis dalam hati.
    “Nia.” panggil Adrian.
   “Hai.” Dania cuba mengukir senyuman buat Adrian dan Kamarul. “Kenapa tak masuk lagi? Korang ni memang suka curi tulanglah.”
   “Excuse me? Cakap baik sikit. Ni kopi untuk abang ke? Susah-susah je.”
   “Jangan nak perasan ya? This is for papa. Kalau nak, sila buat sendiri.”
   “Kitorang pun dah jadi papa jugak. Tapi hot papa lah.” Gurau Adrian disusuli senyuman Kamarul.
   Pintu bilik mesyuarat dibuka tiba-tiba. Datuk Hussien berpeluk tubuh sambil memandang Dania.
   “Can I have my coffee, Dania?” tanya Datuk Hussien. “Ke nak berbual lagi?”
   “Sure.” Dania tersengih malu. Apatah lagi Adrian dan Kamarul seperti sedang mentertawakannya dalam diam.
   “And you, Adrian. Tolong find out mana Albert, Hafiz dan yang lain. Diorang tahu tak meeting kita sepatutnya dah bermula dua minit yang lepas?”
   “Okey papa. Be right back.” Adrian melangkah ke biliknya manakala Datuk Hussien kembali semula ke bilik mesyuarat bersama kopinya. Dan kini hanya tinggal Kamarul dan Dania.
   “Mmm..Tak nak masuk ke?” tanya Dania, teragak-agak memulakan perbualan.
   “Nia masuklah dulu.”
   “Okey.”
   Sebaik Dania melangkah masuk ke bilik mesyuarat, Kamarul mengetap bibir. Dia teringin berbual bersama Dania seperti kelmarin di rumah Kak Sarah.


   Sudah hampir dua bulan Dania pulang semula ke Malaysia. Dania dan keluarga dijemput ke majlis perkahwinan adik Zafran di kediaman keluarga Zafran di Ara Damansara.
   Zafran terpegun dengan kejelitaan Dania yang berbaju kurung sutera bewarna jingga lembut. Dania meninggalkan keluarganya sebentar untuk berjumpa dengan adik Zafran yang berkahwin pada hari itu.
   Datuk Hussien memerhati Kamarul yang turut hadir tanpa menyedari kehadirannya. Kamarul sedang mendukung anak kecilnya dan turut berada di sebelahnya ialah beberapa orang tetamu lain.
   “Apa yang abang tengok tu?” Datin Zalia turut memerhatikan arah pandangan suaminya. Kelihatan Kamarul sedang rancak berbual dengan beberapa orang tetamu yang lain. Yang menarik perhatian Datin Zalia dan suaminya ialah apabila Kamarul memujuk anak kecilnya yang menangis tiba-tiba.
   “Isteri dia mana?” ujar Datin Zalia.
   “Manalah saya tahu. Adalah kat mana-mana tu. Kita je yang tak perasan.”
    Kamarul mengacah Hadziq yang sedang menangis. Entah kenapa Hadziq tiba-tiba menangis tanpa bersebab. Dijuihkan mulutnya dengan botol susu, Hadziq menolaknya. Kamarul bingung.
   “Meh sini dengan Uncle,” ujar Daniel, cuba mendukung Hadziq namun tangisan Hadziq lebih nyaring.
   “Diapanas kot.” ujar Kamarul.
   “Boleh Nia dukung Hadziq?” Dania tiba-tiba muncul. Kamarul yang terkejut dengan kehadiran Dania terus mengalihkan Hadziq ke dalam dukungan Dania.
   Dania mendodoi perlahan Hadziq yang masih menangis. Bagaikan satu keajaiban, tangisan Hadziq makin lama makin suram. Wajah Hadziq yang cembeng sejak tadi bertukar dengan senyuman comelnya. Lesung pipit yang diwarisi daripada Kamarul mencuit hati Dania.
   “Thanks,” ucap Kamarul. Dania yang masih bergurau manja dengan Hadziq hanya tersenyum manis.
   “Sofea, ive been looking for you since then,” Zafran muncul tiba-tiba. Kamarul dan Zafran berpandangan sebelum bersalaman.
   “Ada apa, Zaf?” tanya Dania.
   “I nak kenalkan you dengan kawan I.”
   Kamarul menjadi pemerhati kemesraan Dania dan Zafran. Mereka kelihatan mesra dan Kamarul harus akur bahawa Dania punya hak untuk meneruskan kehidupannya sendiri.




19

   Dania semakin rapat dengan Hadziq. Dia begitu menyayangi anak kecil itu sehingga sanggup menghantar Emeer ke rumah Kak Sarah setiap pagi dan mengambil kesempatan itu untuk menjenguk Hadziq.
   “Selalunya mak dengan ayah Hadziq jemput Hadziq pukul berapa, kak?” tanya Dania sambil bermain dengan Hadziq dan Emeer.
   “Tak tentu masa. Kadang-kadang pukul 6 petang, paling lambat pun lepas maghrib,” jawab Kak Sarah. “Tapi tak pernah pulak mak Hadziq ni yang datang jemput. Selalunya Kamarul tu jelah.
   Dania terdiam. Dikerlingnya Hadziq yang leka bermain dengan Emeer. Kepalanya ligat memikirkan keberadaan ibu Hadziq. Dia teringin sekali bertemu dengan isteri Kamarul. Semasa di majlis perkahwinan adik Zafran pun dia tidak dapat melihat kelibat isteri Kamarul.
   Ish sibuk jelah kau ni, Nia. Itu hal suami isteri.
   “Shayna kata, dulu Kamarul dengan Nia pernah bercinta.”
   Dania tersenyum kecil. “Itu kisah lama, kak.”
   “Oh ya. Hari ni kakak Kamarul jemput Hadziq. Hadziq tidur rumah akak dia tiga..empat hari ni. Kamarul nak ke Sarawak, ada kes di sana katanya.”
   “Isteri dia?”
   “Entahlah. Katanya ada hal di kampung.”
   Dania pantas mengangkat mukanya. Terdetik hatinya untuk membawa Hadziq pulang ke rumah semasa ketiadaan Kamarul.

   Kamarul baru sahaja tiba di KLIA untuk menaiki pesawat ke Sarawak.
   “Hello,” ujar Kamarul, menjawab panggilan telefon bimbitnya yang berbunyi dengan nada lembut tetapi tegas.
   “Assalammualaikum,” lembut suara Dania menerjah pendengaran Kamarul. Hati Kamarul berdebar mendengar suara Dania. Dia menjawab salam Dania.
   “Nia, ada apa call abang ni?” tanya Kamarul, romantis sekali nadanya. “Mana dapat nombor abang?”
   “Dari Kak Sarah. Hmm..actually, Nia baru hantar Emeer ke rumah Kak Sarah. Kak Sarah kata abang nak ke Sarawak,” jelas Nia.
   “Yes. Kenapa?”
   “Abang minta Kak Long jaga Hadziq for few days right?”
   “Yes, I did. Kenapa?”
   “Nia…Nia sebenarnya..Nia nak minta izin abang untuk bawa Hadziq pulang ke rumah Nia.”
Kamarul tersenyum kecil mendengar permintaan Dania.
   “May I look after your son until you get back from Sarawak?” tanya Dania perlahan.
   “Tak menyusahkan Nia ke?” Kamarul sengaja menguji Dania.
   “Tak! Of course not!” pantas Dania memberi jawapan dan senyuman Kamarul makin lebar. “Bolehlah Emeer main dengan Hadziq nanti. Emeer pun sunyi kat rumah. Yalah, dia kan anak tunggal.”
   “If you said so. Nanti abang call Kak Long and tell her that Hadziq will be going home with you.”
   “Thanks, abang!” nada Dania bertukar ceria.
   “Abang yang patut berterima kasih pada Nia. I gotta go now. Assalammualaikum.”
   Dania menjawab salam. “Take care ya?”

   Datin Zalia tersenyum memerhatikan Dania yang melayan kerenah manja Hadziq dan Emeer di ruang tamu. Sudah dua hari Dania mengambil cuti semata-mata untuk menjaga Hadziq dan Emeer. Datin Zalia seakan memahami perasaan Dania. Dia tahu betapa Dania mencintai Kamarul dan pintu hatinya tertutup untuk lelaki lain selepas berakhirnya kisah cintanya dengan Kamarul.
   “Emeer, jangan rampas mainan baby,” tegur Dania, lembut. “Nanti aunty beli yang baru untuk Emeer ya? Ini baby punya.”
   Emeer termakan pujukan Dania dan memulangkan semula mainan Hadziq yang dirampasnya tadi. Dania mencium mesra pipi Emeer sebelum pipi Hadziq menjadi sasarannya.
   “Nia, ni dia susu Hadziq,” Datin Zalia menyerahkan botol susu Hadziq. Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Dania.
   “Nia betul-betul sayangkan Hadziq, kan?” tanya Datin Zalia sambil mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.
   “Nia pun tak tahu kenapa, ma. Pertama kali Nia jumpa Hadziq, Nia rasa gembira sangat. Nia sayang sangat dengan Hadziq.”
   “Sebab Hadziq anak Kamarul?”
   Dania mengangkat bahunya. “Masa first time jumpa Hadziq, Nia tak tahu pun dia anak Kamarul.”
   “Nia, be honest with me. Nia masih sayangkan Kamarul?”
   Dania dan Datin Zalia berpandangan. Tanpa disedari, mata Dania mula berkaca lantas dia memeluk tubuh Datin Zalia.
   “Mama faham perasaan Nia.”
   “Berdosa tak kalau Nia masih sayangkan Kamarul walaupun Nia tahu dia dah kahwin dan dah ada anak?”
   “Tak sayang. Asalkan Nia tak rampas Kamarul dari isteri dia sudahlah.”
   “Nia takkan buat macam tu, mama.”
   “Mama tahu. Because my daughter is the best daughter in the world.”

   “Kenapa kau bagi dia jaga anak kau? Kak Long kan ada? Tak pun hantar balik kampung. Mak boleh jaga Hadziq tu,” marah Faridah apabila mengetahui cucunya dijaga oleh Dania.
   “Mak, Kamarul tak sempat nak balik kampung. Tadi pun kebetulan je.” Jelas Kamarul.
   “Mas kan boleh jaga.”
   “Kamarul tak benarkan dia jumpa Hadziq. Kamarul yakin, Nia boleh jaga Hadziq dengan baik malah lebih baik daripada Mastura.”
   “Entah-entah kau dah kena guna-guna dengan perempuan tu agaknya,” jerkah Faridah. “Ingatkan dah tak wujud lagi kat dunia ni, tapi masih lagi nak mengganggu hidup aku.”
   “Mak, sudahlah tu. Dia tak pernah buat salah pada mak. Kenapa mak benci sangat dengan Nia?” Kamarul tak puas hati. “Mak, Kamarul ada banyak kerja ni. Assalammualaikum.”
   Faridah menghempas gagang telefon. Sakit hati dengan Kamarul yang beria-ia mempertahankan Dania.





20

   Dania baru sahaja menidurkan Hadziq apabila Kamarul menghubungi telefon bimbitnya. Selama tiga hari dia menjaga Hadziq, Kamarul tidak pernah gagal menghubunginya untuk bertanyakan keadaan anak tunggalnya itu.
   “Hadziq tengah buat apa tu?” tanya Kamarul.
   “Dia baru je tidur. Penat sangat bermain agaknya.” Balas Dania.
   Kamarul ketawa kecil. “Esok abang jemput Hadziq di rumah Nia, ya?”
   “Abang sampai sini pukul berapa?”
   “InsyaAllah around 9 p.m. Maaf kalau esok mengganggu Nia dan keluarga.”
   “It’s okay. Tapi Nia rasa, lebih baik abang jemput Hadziq lusa. Nia risau abang penat. Nak jaga kerenah Hadziq lagi.”
   “Hmm..Nia risaukan abang?”
   Dania terdiam. Dah tentulah aku risaukan kau. Aku sayangkan kau, Kamarul. Bentak Dania dalam hatinya.
   “Nia..I missed you all this while,” ucap Kamarul, romantis sekali.
   Mata Dania mula berkaca. Kamarul mempercayai kata-katanya sebelum ini bahawa dia tidak pernah mencintai Kamarul melainkan melihat diri arwah Izham dalam diri Kamarul.
   “Abang, Nia..Nia nak tidur. Assalammualaikum.” Dania mematikan talian. Dia tidak dapat menahan air matanya apabila Kamarul mengenang semula kisah lama. Dia bingung mengapa Kamarul begitu mudah meluahkan rindunya sedangkan dia masih lagi beristeri. Ah dasar lelaki!
.
   Dania memimpin tangan kecil milik Emeer masuk ke rumah Kak Sarah. Kelihatan Kak Sarah sedang memakaikan baju pada seorang anak kecil perempuan yang dijaganya. Kelibat Hadziq tidak kelihatan. Selalunya Kamarul akan menghantar Hadziq seawal jam 7.30 pagi. Jam di tangan Dania telah menunjukkan pukul 8 pagi.
   “Kak Sarah, Hadziq tak datang lagi?” tanya Dania. Hatinya tidak keruan.
   “Tadi Kamarul telefon. Katanya Hadziq masuk hospital, demam panas.” Balas Kak Sarah.
   “Demam panas? Hospital mana, kak?”
   “Hospital Ampang Puteri.”
   Dania pantas menuju ke Toyota Vios miliknya. Dia memandu laju selaju jantungnya berdegup kerana risaukan keadaan Hadziq.

   Langkah Dania diatur perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Hadziq yang sedang lena tidur. Dania mencium lembut pipi gebu Hadziq yang hangat. Demam Hadziq masih belum kebah.
   “Sayang demam ya?” Dania berbisik lembut. Ubun-ubun anak kecil itu diusap lembut.
   Kamarul yang baru sahaja selesai berbincang dengan doktor, tersentuh melihat keprihatinan Dania terhadap Hadziq. Dia yakin kasih sayang Dania terhadap Hadziq sedalam kasih sayangnya terhadap anak tunggalnya itu.
   “Nia baru sampai?” tanya Kamarul, perlahan.
   “Abang,” Nia tersentak. Kemudian mengangguk perlahan. Jantungnya berdegup pantas apabila Kamarul mengatur langkah menghampirinya. Gaya langkah Kamarul yang berkarisma memikat hati Dania.
   Kini mereka berhadapan antara satu sama lain. Dania menundukkan wajahnya yang ditatap oleh Kamarul, malu diperlakukan begitu.
   “Mana Nia tahu Hadziq masuk hospital?” lembut nada suara Kamarul bertanya kepada Dania.
   “Nia..Kak Sarah beritahu Nia.” Nia masih menundukkan wajahnya.
   “Nia..” Kamarul mendongakkan dagu Dania. “Nia benci sangat ke tengok muka abang?”
   
Dania pantas menggeleng. “Nia..Nia balik dulu.”
   “I need you here, Dania Sofea,” ujar Kamarul. Dania menghentikan langkahnya. Kamarul memaut mesra jemari Dania. “and Hadziq needs you too.”
   Perbualan mereka diganggu dengan kehadiran doktor yang merawat Hadziq. Turut kelihatan ialah seorang jururawat yang membawakan ubat untuk Hadziq.
   “Oh, this is the mother?” tanya doktor cina itu. Kamarul dan Dania berpandangan seketika.
   “Yes, she’s my wife,” Kamarul berbohong. Pautan pada jemari Dania semakin erat. Dania tersentak namun Kamarul masih bersahaja melakonkan dramanya.
   Sebaik sahaja doktor dan jururawat meninggalkan mereka, Dania pantas melepaskan tangannya dari genggaman Kamarul.
   “What was that?” Dania kesal dengan sikap Kamarul. “Nia bukan isteri abang. Kenapa abang beritahu doktor yang Nia ni isteri abang? Dah kahwin buatlah cara dah kahwin. Abang jangan salah anggap dengan Nia. Nia memang sayangkan Hadziq tapi itu tak bermakna Nia nak rampas abang daripada isteri abang.”
   “Nia peliklah. Hidup abang ni sama je macam dulu. Bezanya ada Hadziq je. Mana isteri abang? Dia tahu tak Hadziq masuk hospital?”
   “Abang..dah bercerai.”
   “Nia..Nia minta maaf. Nia tak tahu langsung. Tapi kenapa?”
   “Anggap jelah abang tak bahagia tanpa Nia.”
   Kamarul melangkah meninggalkan Dania. Dania terpana seketika. Dia menghampiri Hadziq dan mencium pipi hangat anak kecil itu. Dia sebak apabila mengetahui Hadziq kini berjauhan daripada ibu kandung sendiri dan Kamarul begitu tabah menjaga Hadziq sendirian.

   Ariana menemani Dania yang menjaga Hadziq di hospital. Kamarul terpaksa ke firma kerana ‘client’nya sedang menunggunya di sana. Sebaik terjaga daripada tidur, Hadziq begitu ceria bermain dengan Dania walaupun demamnya masih belum kebah. Sekejap-sekejap dia akan menangis dan sebaliknya.
   “Nia, kan elok kalau kau dengan Kamarul tu kahwin je. Dia pun dah bercerai,” cadang Ariana. “Aku tahu kau dengan Kamarul love each other. Hadziq pun rapat sangat dengan kau.”
   “Bukan senang, Ari. Aku pelik sangat kenapa dia tak berterus-terang dengan aku sebelum ni yang dia dah bercerai.”
   “Kalau kau bercerai, kau nak heboh kat semua orang ke? Mungkin ini cara dia hadapi perceraian dia. Aku percaya, mungkin korang ditakdirkan untuk satu sama lain.”
   Dania diam seketika sebelum menukar topik perbualan. “Bila kau nak bersalin ni? Makin besar perut kau, takut aku.”
   “Mestilah makin besar, takkan makin kecik pulak,” Ariana bergurau. “Rilekslah dulu. Dah sampai masa nanti aku meletup jugak.”
   “Assalammualaikum,” Kamarul melangkah masuk ke wad. Kacak sekali Kamarul mengenakan kemeja biru lembut beserta tali leher biru gelap. “Ari pun ada?”
   “Nak temankan Nia,” Ariana tersenyum. Dia dan Dania memerhatikan Kamarul mengucup pipi Hadziq beberapa kali. Hadziq pula begitu ceria dengan kehadiran papanya.
   “Abang bungkuskan nasi untuk Nia. Ari, minta maaflah sebab abang tak tahu Ari pun ada,” ujar Kamarul. “Kalau Ari nak abang boleh beli untuk Ari sekarang.”
   “Isy, Ari dah makan dah. Baiknya abang Kamarul ni,” Ariana mengenyitkan matanya pada Dania. “Untung Nia.”
   Kamarul ketawa kecil. Dania pula menunduk malu. Kamarul mendukung tubuh kecil Hadziq sambil mengerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 12.50 tengahari.
   “Abang ada hal ke?” tanya Dania.
   “I’m meeting my client after Zohor,” balas Kamarul ringkas. “Nia boleh jaga Hadziq sampai abang balik?”
   “Boleh. Jangan risaulah,” Dania tersenyum. Kamarul lega.




21

  
Zafran mencampakkan dokumen atas mejanya. Bertaburan kertas atas lantai. Hatinya panas apabila Dania sekali lagi menolak pelawaannya untuk keluar bersama. Alasan yang sama didengari oleh Zafran. Hadziq, anak Kamarul ialah alasan Dania.
   Setiap kali Zafran berbicara soal cinta, Dania akan segera menukar topik perbualan. Zafran sedar hanya Kamarul yang bertakhta di hati Dania namun dia masih tidak putus asa. Dia ingin merampas Dania daripada Kamarul.
   Zafran melangkah masuk ke firma guaman milik Kamarul. Dia cuba masuk ke bilik Kamarul tetapi dihalang oleh setiausaha Kamarul yang menyatakan bahawa Kamarul sedang berbincang dengan ‘client’nya. Zafran cuba bertenang dan mengawal dirinya. Akhirnya dia akur dan menunggu Kamarul sehingga perbincangannya selesai.
   Setelah hampir 20 minit menunggu, akhirnya kelibat Kamarul kelihatan keluar dari bilik bersama seorang lelaki India. Selepas ‘client’nya berlalu, Kamarul terlihat Zafran yang sedang berdiri memandangnya tajam.
   “Saya straight to the point jelah, I know you’re a very good lawyer dan Encik Kamarul akan faham apa yang saya nak katakan tanpa banyak soalan,” Zafran terus bersuara sebaik Kamarul bersalaman dengannya. Dia tidak peduli dengan mata-mata pekerja Kamarul yang sedang memerhatikannya.
   Kamarul berpeluk tubuh sambil memandang Zafran. Bersedia untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Zafran, anak Datuk Zulkifly itu.
   “Saya tahu tentang kisah silam Encik Kamarul dengan Sofea,” ujar Zafran. “Dan saya tahu hubungan Encik Kamarul dengan Sofea dah lama berakhir. And I’m sure you know very well about that.”
   Kamarul hanya mengangguk perlahan. Dia masih memandang Zafran dengan wajah bersahaja.
   “Saya tak nak Encik Kamarul jadi orang ketiga dalam perhubungan saya dengan Sofea. Saya harap Encik Kamarul faham.”
   Kamarul masih berpeluk tubuh dan menganggukkan kepala beberapa kali. Tidak lama kemudian barulah Kamarul bersuara.
   “Can I get back to work?” tanya Kamarul. Hati Zafran mendidih. Kemudian Kamarul memandang pekerjanya yang menjadi pemerhati setia. “Get back to work, everyone.”
   “Jangan risau. Saya duda dan awak bujang. You have a brighter chance to get Dania,” Kamarul sempat berkata pada Zafran sebelum masuk semula ke biliknya.

   Kamarul memerhatikan setiap inci wajah Dania yang tertidur di kerusi. Amaran Zafran terngiang-ngiang di telinganya. ‘Kamarul, jangan jadi tamak. Lepaskan Dania. Dia berhak hidup bahagia dengan lelaki yang dicintainya. Terimalah hakikat bahawa Dania bukan milik kau lagi.’ Suara-suara kecil menerjah fikiran Kamarul.
   Dikerlingnya Hadziq yang juga sedang lena dibuai mimpi. Kamarul mencium ubun-ubun anak tunggalnya itu. Tanpa disedari, Dania memerhatikan Kamarul dan Hadziq.
   “Abang baru sampai ke?” tanya Dania, lembut. Inilah saatnya untuk dia meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Kamarul lantas membongkarkan kebenaran di sebalik kisah lama yang telah berlaku. Termasuk permintaan ibu Kamarul supaya meninggalkan Kamarul.
   “Nia ada sesuatu nak beritahu abang,” ujar Dania.
   “Nia, thanks for looking after Hadziq,” ujar Kamarul. “dan abang janji ini kali terakhir abang menyusahkan Nia. Lepas ni abang takkan ganggu Nia lagi.”
   “Apa maksud abang?” Dania tidak mengerti.
   “Betul cakap Nia, haluan kita berbeza. Inilah haluan abang, membesarkan Hadziq sendirian. Dan abang tak patut libatkan Nia,” jelas Kamarul. “Nia, get back to your life. Abang dah susahkan Nia dengan menjaga Hadziq sedangkan Nia tak ada kaitan dengan hidup abang.”
   Air mata Dania bercucuran jatuh ke pipi. “Demi Allah, Nia ikhlas menjaga Hadziq. Nia minta maaf kalau Nia dah ganggu hidup abang dan anak abang. Nia tak ada niat pun.”
   Dania meluru meninggalkan Kamarul. Hatinya sakit. Mengapa Kamarul sanggup berkata demikian kepadanya?


   “Kamarul dah bercerai?” Datuk Hussien kaget apabila mendengar berita perceraian dari mulut Shayna. Begitu juga dengan Datin Zalia dan Adrian.
   “You jangan memandailah. I bestfriend dia. Kalau dia bercerai mesti dia beritahu I punya.” ujar Adrian.
   “Ya Allah. Buat apa I nak tipu. Dania sendiri yang cerita kat I semalam.”
   “Patutlah setiap kali kita nampak Kamarul, isteri dia tak ada. Dia je yang asyik menjaga Hadziq tu.” celah Datin Zalia. “Betullah kata orang tua. Kalau dah jodoh takkan ke mana.”
   “Orang tua tu awak ke?” gurau Datuk Hussien. Dan sesaat kemudian bahunya ditampar perlahan oleh isterinya.
   “Mama, apa kata kalau kita rapatkan balik diorang berdua tu?” cadang Shayna.
   “Tak payah!” ujar Dania dengan nada separuh tinggi. Entah sejak bila Dania mengintip perbualan mereka.
   “Kalau Nia tak kahwin langsung pun Nia tak kisah. Tapi tolong jangan aturkan hidup Nia. Tolonglah.” Dania hampir menitiskan air matanya dan dia segera berlari masuk ke kamarnya.
   “See?” Adrian memandang isterinya.
   “Sudahlah. Jangan nak salahkan Shayna. Ni mesti ada sesuatu yang terjadi ni.” Datin Zalia membela menantunya. Nalurinya sebagai seorang ibu kuat menyatakan Dania mempunyai masalah dengan Kamarul. Dia yakin ada sesuatu yang terjadi sehingga Dania sanggup meninggikan suara sebentar tadi. Datin Zalia berdoa dalam hati semoga Allah mempermudahkan urusan anak bongsunya itu.


22



   Dania ke meja setiausahanya untuk menyerahkan dokumen yang telah ditandatanganinya. Dia turut didatangi oleh beberapa pekerja yang ingin berbincang tentang tugasan kerja apabila kelibat Kamarul yang segak berkemeja putih beserta kot hitam sambil membimbit briefcase keluar dari perut lif.
   Anak mata Kamarul mencari anak mata coklat Dania. Buat seketika mereka berpandangan sehingga Dania bertindak melangkah laju ke biliknya. Dia tidak sanggup melihat wajah Kamarul, lelaki yang menghancurkan perasaannya.
   Sementara itu, Kamarul hanya mengeluh perlahan. Dia sedar bahawa kata-kata yang diluahkan pada Dania minggu lalu sedikit sebanyak mengguris perasaan Dania. Tetapi dia hanya memikirkan tentang kebahagiaan Dania. Kamarul menyambung langkah apabila terkenangkan pertemuannya dengan Datuk Hussien yang bakal bermula dalam masa lima minit.

   Selepas beberapa ketika Kamarul tidak pulang ke kampung, dia akhirnya membuat keputusan untuk pulang bersama Hadziq. Mengenangkan ibunya yang bersendirian di kampung, sudah pasti ibunya merindui kepulangan anak-anak untuk menjenguknya. Apatah lagi, ibunya begitu merindui Hadziq.
   “Mak nak ke mana dengan Hadziq?” tanya Kamarul apabila melihat Faridah mendukung Hadziq keluar dari rumah.
   “Mak nak ke rumah Mak Enon. Dia pun rindukan Hadziq ni,” jawab Faridah. Kamarul mengeluh perlahan.
   “Mastura ada kan?” tanya Kamarul. Faridah serba salah untuk mengatakan kebenarannya. Melihatkan reaksi Faridah, Kamarul yakin pasti Mastura yang ingin berjumpa Hadziq.
   “Mak, Kamarul minta maaf. Kamarul tak benarkan mak bawa Hadziq ke sana,” Kamarul mengambil Hadziq daripada dukungan ibunya. Dia membawa Hadziq kembali masuk ke dalam rumah.
   “Kamarul, kenapa kau ni degil sangat? Buat apa nak berdendam dengan si Mastura tu? Dia mak kepada anak kau jugak!” marah Faridah.
   “Soalan tu jugak yang saya nak tanya pada mak. Kenapa mak berdendam sangat dengan Dania?”
   “Balik-balik perempuan tu jugak yang kau nak bela! Sampai mak pun kau dah tak hormat!” Faridah masuk ke dalam biliknya dengan perasaan marah yang membuak-buak. Kamarul mendengus perlahan.

   “Hello princess,” Zafran menegur Dania yang sedang termenung jauh. “Sofea, what’s wrong? Kenapa muka masam je ni?”
   Dania tersenyum hambar. “Nothing.”
   “Hey, I kenal you. Muka sedih nilah yang I nampak masa I mula-mula kenal you dulu,” ujar Zafran. “Tell me.”
   Dania memegang tangan Zafran. “Thanks for being my friend. Thanks sebab you sentiasa menemani I dan memahami I. I appreciate it, Zaf.”
   “You’re welcome,” balas Zafran. “Nia, I think..this is the right time to talk about..us.”
   “Zaf, please..”
   “Please, Sofea. Jangan cuba lari daripada pertanyaan I. I just want to know your exact feeling towards me. Please be honest, Sofea.”
   “Zaf, you tahu bagaimana perasaan I terhadap Kamarul kanI tak mampu sayangkan lelaki lain kecuali Kamarul.”
   Zafran terasa bagaikan ditampar kuat sehingga dia tersedar sampai bila-bila pun Dania tidak mungkin menerima dan membalas cintanya.
   “You tak beritahu dia tentang perasaan you?”
   “I wanted to, tapi dia suruh I lupakan dia dan Hadziq. Zaf, you faham tak perasaan I? I mula menyayangi Hadziq macam anak I sendiri.”   Air mata Dania mengalir deras.   
   Zafran serba salah kerana segalanya berpunca daripadanya. Dia yang memberi amaran kepada Kamarul supaya menjauhkan diri daripada Dania dan kini, Dania menderita. Zafran tidak sanggup melihat Dania menitiskan walau setitis air mata sekalipun.

   Ariana telah selamat melahirkan seorang anak perempuan, awal seminggu dari tarikh jangkaan kelahiran bayinya. Dania mengambil peluang untuk melawat Ariana selepas waktu kerja.
   “You have an honor to give a name for my baby girl,” ujar Ariana. Dania tersenyum manis.
   “Tapi kau kena janji untuk terima apa pun nama yang aku beri,” ujar Dania.
   “Bergantung pada kesesuaian.”
   “Tak naklah beri nama untuk baby girl kau.”
   “Alah, janganlah merajuk. Okay, I promise.”
   Dania memejamkan matanya sebelum terpacul nama di bibirnya. “Dania Alya.”
Ariana tersentak.
   “Dania Alya. Macam mana?”
   “Nia, itu kan nama…kau dan Kamarul kan dah sepakat untuk…”
   “Itu cerita lama, Ari. Kamarul dan aku tak pernah dan tak akan kembali semula. Kau setuju tak dengan nama tu?”
   “Yang tu kau kena tanya sendiri dengan abang Kamarul.” Ari menjuihkan bibir ke arah Kamarul yang sedang mendukung Hadziq. Dia berada di belakang Dania.
   “Aku call abang Kamarul and beritahu dia yang kau nak melawat aku hari ni.” jelas Ariana
   ”Ari.” Dania berdecit lalu melangkah keluar dari bilik wad. Kamarul mengekori bersama Hadziq.
   “Sayang,” Kamarul memaut mesra lengan Dania. ‘Sayang’. Panggilan itu membuatkan Dania tersentuh. Sudah lama dia tidak mendengar dirinya digelar ‘sayang’ oleh Kamarul.
   “I’m sorry for everything. Abang dah tahu semuanya termasuk permintaan mak abang supaya Nia meninggalkan abang,” jelas Kamarul.
   Dania terkejut.
   “Zafran has told me everything.”
   Dania mengeluh perlahan. Dagunya didongakkan oleh Kamarul. “Abang rindukan Nia. And Hadziq misses his ‘mama’ too.”
   “Sejak bila Nia jadi mama pulak.”
   “Aik? Nanti kita dah kahwin takkanlah Hadziq nak panggil Nia aunty pulak?”
   Mata Dania mula berkaca. Dia mengucup pipi Hadziq beberapa kali, melepaskan rindunya pada anak kecil itu.
   “Bestnya jadi Hadziq. Kena cium banyak kali,” usik Kamarul. Dania menyiku perlahan perut Kamarul. Kamarul ketawa kecil.
   “Nia, kita kahwin?” bisik Kamarul ke telinga Dania, penuh romantis. “Ini kali kedua abang melamar Nia and I’ll make sure this time, kita tetap akan berkahwin.”
   “Tapi..”
   “Mak abang? Setuju atau tak, kita tetap akan kahwin.”
   Dania menguntum senyuman manis buat lelaki di hadapannya itu.

  



 23

Zafran melangkah masuk ke firma guaman milik Kamarul. Kali ini dengan perasaan yang lebih tenang. Para pekerja firma memandangnya dengan pandangan ‘semacam’.
   “I’d like to see Mr. Kamarul Hisham please,” ujar Zafran kepada setiausaha Kamarul.
   “I’m sorry, he’s not in. He’s having a proceeding in court,” balas setiausaha Kamarul.
   “What time will he get back?”
   “I am not sure about that. I’m sorry but I’ll tell him that you’re looking for him. Your name please?”
   “Zafran. Thanks.” Balas Zafran.
   Selepas solat maghrib. Zafran memandu keretanya ke rumah Kamarul. Dia ingin membongkarkan segala rahsia yang selama ini dipendam oleh Dania. Rahsia yang menyebabkan Dania menderita. Hanya ada satu sebab mengapa Zafran melakukan sedemikian, iaitu cintanya terhadap Dania.
   “Zafran, jemput masuk,” Kamarul mengiringi Zafran masuk ke banglo setingkat miliknya. Dalam hati kecilnya, dia agak hairan mengapa Zafran berkunjung ke rumahnya. Terdahulu, setiausahanya memberitahunya tentang kedatangan Zafran di firma.
   “Saya minta maaf tentang segala yang pernah saya katakan pada Encik Kamarul tentang Sofea,” ujar Zafran, memulakan perbualan. “Actually, Sofea and I are just friends. Kami tak ada apa-apa hubungan pun.”
   “Zafran, saya tak faham maksud awak,” Kamarul bingung. Zafran mengerling anak kecil yang sedang leka bermain di atas lantai. “Kenapa awak beritahu saya semua ni?”
   “Sofea mencintai Encik Kamarul. Dia terpaksa meninggalkan Encik Kamarul dan bawa diri ke Auckland sebab…permintaan mak Encik Kamarul sendiri.”
   “I’m sorry. I’m scared if you’re mistaken.”
   “Encik Kamarul, Sofea tak mungkin berbohong,” ujar Zafran. Zafran lantas membongkarkan satu persatu rahsia yang disimpan rapi oleh Dania daripada pengetahuan Kamarul.
   Kamarul mengeluh kasar. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah diperkatakan oleh Zafran sebentar tadi. Kamarul juga kesal dengan tindakan ibunya yang memisahkannya dengan Dania. Kamarul beristighfar dalam hati, cuba menenangkan hatinya yang bergelora.

   “Dah sampai pun,” ujar Kamarul. Dikerlingnya Dania yang duduk bersebelahannya sambil memangku Hadziq. “Tak nak turun? Nak duduk dalam kereta je?”
   “Abang, Nia takut,” Dania menundukkan wajahnya. Kamarul ketawa kecil. Dia memaut kemas jemari halus Dania. Sejuk.
   “Sejuknya. Dulu pun macam ni jugak, kan?” Kamarul ketawa.
   “It’s not funny okay?”
   “Okay, sorry,” ujar Kamarul. “Apa pun yang akan terjadi nanti, abang akan pertahankan Nia. Let’s go. Hmmm?”
   Dania mengangguk. Kamarul, Dania dan Hadziq keluar dari perut kereta. Faridah memerhatikan kemesraan Kamarul dan Dania dari jendela. Hatinya mendidih kepanasan.
   “Hai, hidup lagi perempuan ni?” perli Faridah sebaik Kamarul dan Dania yang mendukung Hazdiq masuk ke rumahnya. Kamarul bersalaman dengan ibunya. Faridah tidak menyambut huluran salam Dania dan pantas merampas Hadziq daripada Dania.
   Kamarul mengusap bahu Dania, memahami perasaan Dania. Dania cuba mengukir senyuman namun terasa hambar.
   “Mak, Kamarul dan Dania akan berkahwin,” Kamarul berterus-terang. Faridah pantas mengangkat mukanya.
   “Kau gila?!” jerkah Faridah. “Perempuan ni kau nak jadikan menantu mak?”
   “Perempuan apa, mak?” tanya Kamarul. “Dania ni jauh lebih baik daripada Mastura.”
   “Mak tak restu!” Faridah tetap dengan keputusannya. Dia berpaling ke arah Dania.“Tebalbetulkulit muka kau kan? Aku dah tak tahu berapa kali kau jumpa aku semata-mata sebab nak kahwin dengan anak aku. Tak dapat adik, terhegeh-hegeh nak dekat abang dia pulak!”
   “Saya tahu mak cik masih marahkan saya. Tapi saya mohon restu mak cik. Saya ikhlas berkawan dengan abang Kamarul.” pujuk Dania.
   “Mak, kalau mak fikir Kamarul bahagia dengan Mas selama ni, mak silap,” jelas Kamarul. “Walaupun mak merayu pada Nia supaya dia tinggalkan Kamarul demi kebahagiaan Kamarul, hakikatnya Kamarul tak bahagia, mak.”
   Faridah tersentak. Bagaimana Kamarul tahu tentang hal tersebut? Faridah merenung tajam anak mata Dania. Dania menundukkan wajahnya.
   “Kalau mak nak lihat Kamarul bahagia, restui hubungan Kamarul dengan Nia,” pinta Kamarul. “Hanya Dania yang mampu menjadi isteri yang baik buat Kamarul…dan seorang ibu buat Hadziq.”
   Faridah diam. Kamarul dan Dania berpandangan seketika. Mereka masih setia menanti jawapan daripada Faridah.
   “Mak harap kau buat keputusan yang betul,” Faridah berlalu meninggalkan Dania dan Kamarul.
   “Apa maksud mak abang?” Dania bingung. Kamarul tersenyum lebar. Tangan Dania dikucup lembut.
   “We’re getting married, sayang,” bisik Kamarul. Hatinya berbunga riang. Begitu juga dengan Dania.

   “Nasib baik aku belum daftarkan nama untuk baby aku lagi,” usik Ariana apabila Dania mengkhabarkan berita perkahwinannya dengan Kamarul.
   “Kenapa pulak?” tanya Dania.
   “Yalah, kalau kau dengan Kamarul ada anak perempuan nanti, kau nak bagi nama apa?”
   “Ari..”
   “Nia, nama ‘Dania Alya’ ialah janji kau pada Kamarul.”
   “Tapi tak tentu lagi samada aku akan ada anak perempuan atau tidak.”
   “Tapi ada kemungkinan, kan?”
   Dania mengangguk perlahan. “Ari, aku takutlah.”
   “Takut apa?”
   “Takut kalau impian aku untuk bersama Kamarul, tak berakhir dengan kebahagiaan…macam sebelum ini.” Mata Dania mula berkaca.
   “Nia,” Ariana memeluk tubuh Dania. “Kau dah lalui banyak dugaan..begitu juga Kamarul. Dan aku yakin, segala kesabaran kau dan Kamarul selama ini, akan dibalas dengan kebahagiaan daripada Allah.”
   “InsyaAllah,” Dania mengukir senyum.

   Kamarul, Dania dan Hadziq menghabiskan hujung minggu bersama di Tasik Titiwangsa. Gelagat mereka bagaikan sebuah keluarga bahagia. Hadziq begitu gembira dimanjai oleh papa dan mamanya.
   “This is the best moment in my life. Dengan Nia, Hadziq,” bisik Kamarul. Dania menunduk malu. “Macam-macam dah kita lalui dan Nia akhirnya jadi milik abang.”
   “Abang boleh terima kekurangan Nia?”
   Kamarul mengusap lembut rambut Dania. “Apa sahaja kekurangan Nia, bukan hak abang untuk menilainya. Itu semua anugerah Allah. Abang pun ada kekurangan dalam diri abang..begitu juga orang lain. Nobody is perfect, sayang.”
Kamarul mengucup lembut dahi Dania.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Jadikanlah rumah tangga kami
Seindah rumah tangga Adam dan Hawa a.s
Setabah Ibrahim dan Hajar a.s
Sebahagia Yusuf dan Zulaikha a.s
Sesetia Sulaiman dan Balqis a.s
Sesuci Muhammad SAW dan Khadijah a.s
Murahkanlah rezeki kami, panjangkanlah unur kami
Dekatkanlah kami kepada kebaikan
Jauhkanlah kami dari keburukan serta,
Kurniakanlah kami kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin….



24

Dania mengatur langkah perlahan menghampiri suaminya yang sibuk melakukan tugasan di studio bersebelahan kamar tidur mereka. Jam dinding telah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Dania tersedar daripada lena apabila menyedari suaminya tiada di pembaringan. Dania memaut mesra bahu suaminya, Kamarul dari belakang. Kamarul mengucup tangan Dania.
   “Dah bangun?” tanya Kamarul, begitu lembut nadanya.
   “Ingatkan abang pergi mana. Buat cuak je,” Dania berbisik manja. Kamarul ketawa kecil. Lantas menarik tubuh Dania ke dakapannya.
   “Abang tak sangka yang isteri abang ni manja orangnya,” bisik Kamarul. “Tak boleh nak berenggang sesaat pun daripada abang.”
   “Excuse me,” Dania menyiku perlahan perut Kamarul. “Siapa yang tak boleh berenggang dengan siapa?”
   “Faham-faham sendirilah.” Usik Kamarul.
   “Perasan!” Dania menepuk bahu Kamarul beberapa kali. Kamarul ketawa berdekeh-dekeh melihat gelagat Dania. Dia mengeratkan pelukan di pingang Dania dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Dania. Mereka kini berpandangan. Penuh kehangatan apabila mereka bertentang mata.
   Segala kenangan mula menerjah ke kotak fikiran. Pelbagai dugaan yang dilalui oleh Kamarul dan Dania dalam mempertahankan cinta mereka. Kini, hampir sebulan mereka merasai kehangatan dan kemanisan alam rumah tangga yang dilengkapkan dengan kehadiran Hadziq.

   Kamarul melangkah ke ruang makan sambil membimbit briefcase dan kot hitamnya. Kelihatan Dania sedang membancuh minuman. Kamarul memeluk pinggang Dania dari belakang sebelum menghadiahkan sebuah ciuman pada pipi isterinya itu.
   Kamarul mengambil tempat duduk dan bersedia untuk bersarapan. Dania sempat mencuit hidung Kamarul sebelum mendapatkan Hadziq yang merengek apabila terjaga daripada tidur.
   Sejak berkahwin, Dania mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Dia ingin memberi perhatian kepada keluarga dan mengasuh Hadziq supaya dia tidak ketinggalan melihat perkembangan Hadziq dari semasa ke semasa. Setiap Jumaat, dia akan ke HZ Holdings untuk menghantar ‘report’ mingguannya.
   “Anak papa dah bangun ya?” Kamarul mencium pipi Hadziq sebaik selesai bersarapan. “Masamnya. Nanti suruh mama mandikan ya?”
   Dania tersenyum melihat gelagat Kamarul yang beria berbual dengan Hadziq yang berusia setahun dua bulan. ‘Macamlah Hadziq faham apa yang papa dia cakap.’ Bisik hati Dania.
   “Apa senyum-senyum?” tegas nada Kamarul, cuba berjenaka.
   “Eleh, ingat garang sangatlah tu,” Dania mencebik. “Tak takut pun.”
   “Tak takut?” Kamarul membengiskan wajahnya. Dania ketawa. Hadziq turut ketawa bagai memahami perbualan papa dan mamanya. Kamarul dan Dania mencium kedua belah pipi Hadziq. Betapa bahagianya Kamarul dan Dania dalam melayari bahtera rumah tangga yang dibina atas dasar cinta.

   Datin Zalia bersiap untuk ke sebuah majlis amal di sebuah hotel di ibu kota apabila Shayna yang sedang hamil dua bulan mengetuk pintu bilik tidurnya. Datin Zalia membuka pintu dan kelihatan Shayna berdiri dengan wajah pucat.
   “Shayna, kenapa ni? Tak sihat ke?” Datin Zalia cemas.
   “Mama…tolong Shayna,” lemah sekali suara Shayna.
   “Kita ke hospital ya?” Datin Zalia memimpin Shayna ke kereta yang dipandu oleh pemandunya, Pak Mail.
   Adrian berlari ke bilik wad Shayna selepas mendapat tahu Shayna dimasukkan ke hospital oleh Datin Zalia. Setibanya di sana, Datin Zalia sedang duduk di sebelah katil Shayna. Shayna pula sedang tidur.
   “Ma, kenapa dengan Shayna?” Adrian mengusap lembut rambut Shayna.
   “Adrian,” Datin Zalia mengusap bahu Adrian. “Tekanan darah Shayna rendah. Doktor sarankan dia tinggal di hospital untuk dua tiga hari.”
   “Emeer mana?”
   “Ada di rumah Nia. Tadi Nia datang dan kesian pulak biarkan Emeer di sini. Nia pun bawa Emeer balik.”
   Adrian mengangguk faham. “Nanti Adrian jemput Emeer balik ke rumah lepas kerja.”
   “Nia kata tak payah. Sementara Shayna di hospital, biarlah dia yang jaga Emeer. Hadziq pun tak ada kawan di rumah.”
   Sekali lagi Adrian mengangguk faham.

   “Nia ke hospital pagi tadi kan? Macam mana dengan Shayna?” tanya Kamarul, malam itu apabila dia dan Dania berbual di ruang tamu sambil menjadi pemerhati gelagat manja Emeer dan Hadziq.
   “Low blood pressure,” balas Dania ringkas. Hatinya tidak tenteram kerana masih terkenang kejadian yang berlaku pagi tadi.
   Kamarul menatap wajah Dania. Sikap Dania begitu aneh dan Kamarul menyedarinya sewaktu dia pulang dari kerja. Dania bagaikan hanyut dengan dunianya. Ditanya sepatah, jawab sepatah.
   “Aunty, nenen.” Emeer menunjukkan botol susunya yang sudah tiada isinya. Dania langsung tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh anak buahnya itu. Kamarul yang memerhati pantas mencapai botol susu Emeer.
   “Biar Uncle buatkan susu Emeer ya?” Kamarul beredar ke dapur. Otaknya ligat berputar memikirkan kelainan pada sikap Dania. Dia kembali semula ke ruang tamu dan menyerahkan botol susu kepada Emeer. Kemudian Kamarul mencapai tangan Dania dan membawa Dania ke kamar tidur mereka.
   “What’s going on?” tanya Kamarul, lembut tetapi penuh ketegasan.
   “Nothing,” Dania cuba berselindung.
   “Don’t lie to me,” Kamarul memegang bahu isterinya. “Nia, abang tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Nia. Tell me.”
   “Kan Nia kata tak ada apa-apa! Rimaslah!” Dania meninggikan suaranya.
   Dania pantas keluar dari kamar tidur, meninggalkan Kamarul yang bingung sendirian.






25

  “Pulangkan anak aku!” Mastura cuba merampas Hadziq daripada pelukan Dania sewaktu Dania keluar dari bangunan hospital selepas melawat Shayna. Turut berada bersama Dania ialah Emeer.
   “Apa ni, kak Mas?” Dania cuba melawan.
   “Pulangkan anak aku! Kenapa susah sangat nak faham?!”
   “Kak Mas, Hadziq di bawah jagaan saya dan abang Kamarul,” ujar Dania. “Kak Mas boleh berjumpa dengan Hadziq tapi bukan begini caranya.”
   Mastura menampar pipi Dania sekuat hatinya. Pedih sekali pipi Dania apabila ditampar oleh Mastura.
   “Kau jangan nak mengajar aku,” Mastura memberi amaran. “Kau ingat aku tak tahu kau yang menghasut Kamarul supaya bercerai dengan aku! Kau yang menghasut dia untuk merampas Hadziq daripada aku kan?”
   “Ya Allah,” Dania beristighfar. “Demi Allah, kak. Saya tak pernah buat macam tu.”
   Mastura ketawa sinis. “Jangan nak berlagak baiklah! Kalau kau beritahu Kamarul tentang perkara ni, siap kau!”
  

   Selepas Shayna dibenarkan keluar dari hospital keesokan harinya, Kamarul bersama Dania dan Hadziq ke kediaman ibu bapa Dania untuk melawat Shayna. Sudah lama mereka tidak berkumpul sekeluarga.
   “Mama, aunty ene ukul,” kata-kata Emeer yang masih pelat menarik perhatian semua orang termasuk Kamarul dan Dania.
   “Siapa yang pukul aunty?” tanya Adrian. Cuak juga mana tahu kalau-kalau Kamarul, kawan baik merangkap adik iparnya itu yang memukul Dania.
   Emeer mengangkat bahunya. Semua mata kini beralih pada Kamarul dan Dania. Dania menundukkan wajahnya. Emeer membuat gaya ditampar pada pipi.
   “Siapa pukul Nia?” tanya Kamarul. Dania meninggalkan keluarganya dan terus ke bilik tidurnya di tingkat atas. Sebaik Dania melabuhkan punggung atas katil, Kamarul pula memasuki bilik dan mengunci pintu bilik. Kamarul berdiri berpeluk tubuh sambil matanya merenung Dania, tajam.
   “Nia nak beritahu abang atau tak?” tanya Kamarul, tegas. Terserlah gayanya ketika berada di mahkamah semasa menyoal balas saksi atau tertuduh.
Dania masih diam.
   “Siapa yang pukul Nia? Tell me!” Kamarul mula meninggikan suara. Mata Dania mula berkaca. Sekali lagi Kamarul menempik. “Tell me!”
   “Your ex-wife! Puas hati?” Dania mula menangis. Kamarul tersentak mendengar pengakuan Dania. Tersembur darah pada wajahnya. “Malam ni Nia dan Hadziq tidur di sini.”
   “Abang nak ke mana?” Dania bertanya kepada Kamarul yang melangkah keluar dari bilik. Kamarul tidak menjawab pertanyaan Dania dan terus berlalu pergi.

   Ketukan bertalu-talu di pintu memeranjatkan Mak Enon dan Mastura yang baru sahaja ingin masuk tidur. Mak Enon mengintai dari jendela. Kelihatan bekas menantunya, Kamarul berdiri di luar.
   “Mas, Kamarul ada di luar,” bisik Mak Enon. Pucat wajah Mastura. Adakah Kamarul sudah mengetahui kejadian beberapa hari lepas? Mak Enon membuka pintu.
   “Kamarul? Apa hal ni?” tanya Mak Enon, perlahan.
   “Saya nak jumpa Mas, mak.” Ujar Kamarul.
   “Sekejap ya,” Mak Mah memanggil Mastura. “Mas, Kamarul nak jumpa.”
   Tidak lama kemudian, Mastura muncul. Mak Enon meninggalkan Kamarul dan Mastura bersendirian.
   “Kenapa Mas jumpa Nia?” tegas sekali pertanyaan Kamarul. Mastura mendiamkan diri.
   “Jawablah. Dan Mas tak ada hak nak pukul Nia. Dia isteri abang! Abang pun tak pernah sekali angkat tangan pada dia,” sambung Kamarul lagi. “Apa yang Mas nak?”
   “Mas nak Hadziq. Isteri abang tak ada hak ke atas Hadziq.”
   “Sekarang dia isteri abang. Dan ibu kepada Hadziq. Tolonglah faham, Mas. Abang benarkan Mas berjumpa Hadziq, itu tak cukup lagi ke?!”
   “Tak cukup! Dia rampas abang daripada Mas..dia rampas Hadziq!”
   “Dania  tak rampas abang daripada sesiapa pun. Mas lupa apa yang jadi malam tu?” tanya Kamarul. “Mas, ingat ni. Jangan cari Dania lagi dan jangan pernah mengasari dia. Ingat!”
   BMW 5-Series milik Kamarul menderu laju meninggalkan perkarangan rumah Mastura dan memandu semula ke Kuala Lumpur.

   Dania setia menanti kepulangan suaminya walaupun jam menunjukkan pukul 4 pagi. Deruman BMW 5-Series menderu masuk ke perkarangan banglo dua tingkat milik Datuk Hussien. Dania berlari mendapatkan Kamarul lalu memeluk erat tubuh suaminya itu.
   “Abang pergi mana? Nia risaukan abang,” Dania menyembamkan wajahnya pada dada Kamarul. Bahunya terenjut-enjut dan esakannya kedengaran.
   “Ssshh..dahlah..Jangan nangis lagi,” pujuk Kamarul.
   “Abang ke mana?”
   “Abang tak ke mana-mana,” bohong Kamarul. Dia tidak mahu Dania tahu dia berulang-alik ke Melaka semata-mata untuk bertemu Mastura.“Kita tidur ya? Dah pagi sangat ni. Abang pun penat. Lagi 2 jam dah masuk Subuh.”
   Dania mengangguk setuju. Kamarul dan Dania beriringan masuk ke bilik tidur. Melupakan segala perkara yang telah terjadi dan berdoa semoga episode baru kehidupan mereka bakal bersinar secerah mentari keesokan paginya.

   “Nia, aku masuk eh?” ujar seorang jejaka ‘lembut’ apabila berkunjung ke rumah Dania. Tangannya penuh dengan baju-baju yang dibawa dari butiknya.
   “Sally, lama tak jumpa kau!” tegur Dania kepada jejaka lembut yang dikenali sebagai ‘Sally’. Nama sebenarnya ialah Salim dan Sally ialah nama glamornya.
   “Ala, aku saja tak nak datang waktu suami kau yang hensem tu ada,” Sally memberi alasan. “Kau tahu jelah aku ni cepat tergoda dengan lelaki hensem.”
   “Eii..kau ni teruklah, Sally,” Dania menepuk bahu Sally sambil ketawa. “Baju apa yang kau bawa?”
   “Hah, aku bawa baju favourite kau. Kebaya chiffon ada, Korean silk ada.” Sally memanjangkan lehernya dan memerhati sekeliling rumah Dania.
   “Kau nak intai suami aku eh? Dia kerjalah,” Dania menyergah Sally.
   “Kau ni buat terkejut aku je,” Sally mengurut dadanya. “Aku cari anak kau. Senyap je.”
   “Anak aku tidur.” Dania menjawab sambil membelek baju kurung sutera bewarna merah jambu lembut. “Cantik kan baju ni?”
   “Memang cantik. Baju kat butik aku semuanya cantik, Nia. Jangan buat-buat tak tahu pulak. Warna ni sesuai dengan kulit kau yang putih melepak ni.”
   Dania ketawa kecil. “Berapa ni?”
   “Murah je. RM 125 je kalau kau beli daripada aku. Kau takkan dapat harga macam ni kalau beli daripada orang lain tau.” Sally mengipas wajahnya. “Kau tak nak bagi aku minum ke, Nia? Haus tau.”
   “Sorry, Sally. Lupa pulak. Tunggu kejap eh?” Dania berlalu ke dapur. Tidak berapa lama kemudian Dania muncul dengan segelas air sirap untuk Sally. Telefon rumah Dania berbunyi dan Dania pantas menjawabnya.
   “Sayang, I’ll be going home late today. Is it okay?” tanya Kamarul.
   “It’s okay. Banyak kerja ke?”
   “Abang ada prosiding di mahkamah. Kan abang dah beritahu tadi. Prosiding ditangguhkan sampai pukul 3.30 petang.”
   “Okay.”
   “Hadziq mana? Sayang buat apa tu?”
   “Dia tidur, bang. Lepas Nia suapkan makanan, Hadziq terus tertidur. Abang, Sally datang bawa baju.”
   “Sally aww tu?” gurau Kamarul. Dania ketawa kecil. “Baju apa?”
   “Macam-macam. But I’m attracted to a pink silk.”
   “Baju kurung ke?”
   “Yes. Boleh Nia beli? I really like it.”
   “How much?”
   “Hmm..Rm125. Is it okay?”
   “As long as you like it, sayang. Okay, just take it. I gotta go now. Kirim salam pada kekasih abang, si Sally tu.”
   “Gatal, ek? Okey, assalammualaikum.” Dania mematikan talian. Dia masih ketawa kecil mendengar gurauan suaminya itu.







26

   Kamarul dan Dania pulang ke kampung Kamarul di Melaka. Sebelum ke rumah ibu Kamarul, mereka sempat singgah di tanah perkuburan untuk menziarah kubur arwah Izham. Hampir setengah jam Kamarul dan Dania serta Hadziq berada di tanah perkuburan, membaca Yassin untuk arwah.
   Faridah sedang menyapu halaman rumah sambil berbual dengan jirannya sewaktu Kamarul, isteri dan anaknya tiba.Sebaik keluar dari perut kereta, Hadziq yang baru pandai berjalan terkedek-kedek mendapatkan neneknya.
   “Assalammualaikum, mak,” Dania mencium tangan mertuanya sebelum mencium tangan jiran mertuanya yang dipanggil Mak Cik Esah. Kamarul sempat mengambil beg pakaian dari but kereta sebelum mencium tangan ibunya dan Mak Cik Esah.
   “Dah besar cucu kau, Idah,” ujar Mak Cik Esah sambil mencuit pipi gebu Hadziq. “Takkanlah seorang je, Kamarul? Dania?”
   Kamarul sempat mengerling Dania. “Belum ada rezeki lagi. Lagipun baru je kahwin kan.”
   “Korang pun muda lagi.Banyak lagi masa.” Mak Cik Esah tersenyum manis. “Cantik Dania. Dah kahwin ni makin cantik pulak.”
  “Ada-ada je mak cik ni.” Dania merendah diri.
   Mak Cik Esah tersenyum senang. Dania melihat reaksi mertuanya namun hanya cebikan kecil di bibir Faridah yang dilihatnya.

Malam itu hanya Dania, Faridah dan Hadziq yang berada di rumah. Kamarul pula solat Maghrib dan Isya’ berjemaah di surau berdekatan. Tiada satu patah perkataan pun yang dibualkan di antara Faridah dan Dania. Dania sendiri tidak berani untuk berbual dengan mertuanya yang sentiasa memandangnya dengan pandangan tajam.
   Ketukan di pintu menyebabkan Dania yang baru selesai solat Isya’ bergegas membuka pintu setelah menyedari mertuanya sedang menunaikan solat Isya’. Dania menyangkakan bahawa Kamarul baru balik daripada surau namun sangkaannya meleset.
   “Kak Mas?” Dania cuba mengukir senyum. Namun Mastura hanya menjelingnya.
   “Kamarul ada?” tanya Mastura, dingin. Dania menggeleng.
   “Baguslah macam tu,” Mastura terus melangkah masuk ke dalam rumah bekas mertuanya itu. Dia mendapatkan Hadziq yang leka bermain sendirian di ruang tamu. Mastura mencium anaknya itu beberapa kali. Dania memahami perasaan Mastura dan memerhati dengan senyuman.
   “Mas, dah lama sampai?” Faridah menghampiri Mastura. Senyuman yang dilemparkan kepada Mastura begitu mesra sekali. Hati kecil Dania seakan terguris. Tidak pernah sekali pun Faridah tersenyum padanya. Kalau ada pun, hanyalah senyuman yang dibuat-buat supaya tidak disyaki oleh Kamarul.
   “Baru je, mak,” Mastura membalas. Kemudian, Faridah memandang Dania yang menjadi pemerhati setia.
   “Buat apa tercegat kat situ? Buatlah air untuk tetamu ni,”arah Faridah, begitu kasar nadanya. Dania akur dan berlalu ke dapur untuk membancuh minuman. Lemah tangan Dania membancuh minuman selemah hatinya ketika itu. Tanpa disedari air matanya menitis perlahan.
   “Nia, kau buat apa kat dapur tu? Buat air pun lama sangat ke?!” laung Faridah dari ruang tamu.
   “Sekejap, mak,”Dania pantas menyeka air matanya. Tidak lama kemudian, dia menghidangkan minuman untuk Faridah dan Mastura. Anak mata Dania bisa melihat jelingan tajam Faridah dan Mastura terhadapnya.
   Hadziq memaut kaki Dania, minta didukung. Dania mengerti dan cuba mendukung Hadziq apabila Hadziq dirampas oleh Mastura.
   “Hadziq dengan ummi, ya?” Mastura memujuk Hadziq. “Kau duduklah dalam bilik. Rimas aku tengok kau.”
   Hati Dania bagai disentap laju. Faridah seakan menyokong kata-kata Mastura. Lemah langkah kaki Dania menuju ke bilik tidur. Dia menghempas badannya pada katil seraya air matanya merembes laju.

Kamarul melangkah masuk ke dalam rumah sebaik pulang dari surau. Dia agak terkejut melihat kehadiran Mastura. Ketika itu Mastura sedang berbual mesra dengan Faridah sambil tubuh Hadziq dipeluk erat.
   “Dah balik? Duduklah sini, berbual dengan mak dan Mas,” pelawa Faridah. Kamarul akur.
   “Nia mana?” tanya Kamarul. Mastura dan Faridah menunjukkan wajah tidak puas hati dengan pertanyaan Kamarul.
   “Tidurlah, apa lagi,” bohong Faridah. “Air ni pun Mas yang buat sendiri. Nak harap isteri kau..hmm..tak payahlah.”
   Kamarul mendengus perlahan. Tidak selesa dengan kata-kata ibunya. “Dia penat tu. Hadziq, kita tidur ya? Papa pun penat ni.”
   Hadziq hanya diam apabila didukung oleh papanya masuk ke bilik. Kamarul meninggalkan ibunya dan Mastura di ruang tamu.
   Faridah mendengus kasar. “Kau tengok tu. Sejak kahwin dengan perempuan tu, mak pun dia tak hormat!”
   Kamarul memulas tombol pintu bilik tidur dengan perlahan. Takut mengganggu tidur isterinya. Kamarul meletakkan Hadziq di sebelah kanan tubuh Dania sebelum dia turut berbaring di sebelah Hadziq. 
Tubuh kecil Hadziq memisahkan dia dan Dania.
   “Hadziq tidur ya? Jangan kacau mama,” bisik Kamarul. “Mama penat.”
   Akhirnya Hadziq lena dalam dakapan papanya. Begitu juga Kamarul. Dania yang berpura-pura tidur memerhati sayu Kamarul dan Hadziq. Air matanya mengalir diiringi senyuman kecil di bibir. Bahagia melihat suami dan anak tersayang. Dania mengucup lembut pipi Hadziq dan Kamarul sebagai ciuman selamat malam.

   Dania menjemur pakaian di halaman pagi itu apabila Kamarul menghampirinya. Kamarul membantu Dania menjemur pakaian sambil berbual mengenai kejadian malam semalam.
   “Kenapa Nia tidur awal malam semalam? Mak dan Mas ada buat apa-apa ke?” duga Kamarul.
  “Taklah. Semalam Nia pening kepala. Tak larat  sangat. Sebab tu Nia tidur awal.” bohong Dania. “Nia tak tahu pulak Kak Mas datang malam tadi.”
   Kamarul mengangguk mendengar penjelasan isterinya. “Abang nak ke kedai. Nak kirim apa-apa?”
   “Tak kot.”
   “Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, just call.”
   Dania mengangguk faham. Selepas selesai tugasannya itu, Dania masuk semula ke dalam rumah.
   “Apa yang korang cakapkan tu?” sergah Faridah secara tiba-tiba.
   “Astaghfirullah.” Dania terkejut. Dia mengurut dadanya beberapa kali. “Nia dengan abang berbual perkara biasa je.”
   “Ada dia cakap pasal semalam?”
   “Tak ada.” Bohong Dania.
   “Mmm. Pergi dapur tu kemas apa yang patut. Tandas tu cuci sekali. Sental sampai licin. Jangan nak goyang kaki je kat rumah ni.” arah Faridah.
   “Nia tengokkan Hadziq dulu ya mak.”
   “Hadziq tu biar aku yang uruskan. Dia tu cucu aku. Kau dah berapa bulan kahwin pun belum melekat lagi. Dulu Mastura masa kahwin dengan Kamarul, bunting pelamin tau.” bebel Faridah sambil berlalu meninggalkan Dania.
   Dania cepat-cepat menyeka air matanya. Tersinggung dengan kata-kata ibu mertuanya tadi. Mengapa perlu dibandingkan dengan Mastura? Bukankah soal cahaya mata itu urusan Yang Maha Esa? Mengapa semua itu harus dipertikaikan?

   “Nia mana, mak?” tanya Kamarul kepada Faridah yang sedang membancuh susu Hadziq.
   “Tengah cuci tandas tu. Biar dia buat kerja sikit.”
   “Tapi bukan semalam mak dah cuci ke?”
   “Apa salahnya cuci banyak kali?” Faridah melangkah pergi. Malas untuk bertekak dengan Kamarul kerana dia tahu Kamarul akan terus-terusan membela Dania.
   Kamarul menuju ke tandas rumahnya. Dari jauh sudah kelihatan kelibat Dania yang sedang menyental lantai tandas. Wajah isterinya itu kelihatan pucat.
   “Nia,” Kamarul mengambil berus daripada tangan Dania. “Biar abang yang sambung pulak. Nia pucat sangat ni. Sayang tak sihat?”
   “Abang, nanti kalau mak nampak macam mana? Takpe. Nia boleh buat.”
   “Tapi kan..”
   “Abang, takpe.” Nia mengambil semula berus tadi daripada Kamarul. “Setiap wanita kena pandai buat kerja-kerja macam ni. Abang terlampau manjakan Nia lah.”
   “Kalau macam tu kita cuci sama-sama lah. Nanti kita cuci tandas rumah kita pulak bila kita balik nanti.”
    Dania ketawa. Faridah yang dari tadi mengintai Kamarul dan Dania mengetap gigi. Sakit hatinya melihat babak antara anak dan menantunya itu.
  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment