Hadirmu Menyemai Cinta - Part 2

9

Nadia menyapu bedak pada wajah anak tunggalnya, Adam Zahidi yang berusia 4 tahun. Dia melihat jam tangannya. Sudah pukul 8 pagi. Dalam masa sejam lagi dia harus bertolak ke tempat kerja selepas menghantar Adam ke rumah pengasuhnya.
   “Comelnya anak papa,” Ehsan Faiz yang segak berkemeja putih lengan panjang beserta slack hitam menghampiri Adam. Sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi gebu anak kecil itu.
   Ehsan memandang Nadia yang cantik berbaju kurung dan bertudung.
   “Dah siap?” tanya Ehsan.
   “Dah.”
   “Abang tunggu di kereta, okey? Jangan lambat.”
   Ehsan mendukung tubuh Adam dan meletakkan anak kecil itu di tempat duduk belakang Toyota Harrier miliknya. Ehsan pula mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Tidak berapa lama kemudian, Nadia mengambil tempat di sisinya.
   “Abang lupa lagi,” ujar Nadia. Dia menunjukkan tali leher dan briefcase milik Ehsan yang berada di tangannya.
   Ehsan ketawa kecil sambil menepuk dahinya.
   “Thanks a lot. Abang betul-betul terlupa.”
   Nadia memakaikan tali leher pada leher Ehsan.
   “Hari ni balik pukul berapa?” tanya Nadia.
   “Tak tahu lagi. Nanti abang call.”
   “Abang jemput Nadia ke hari ni?”
   “Nadia balik pukul berapa?”
   “Macam biasalah…5.30 petang.”
   “Nanti abang call. Abang kena pergi Putrajaya hari ni..ada meeting. Kalau sempat, abang jemput Nadia. Okey?”
   “Okey, boss.”
   Nadia dan Ehsan berbalas senyuman.

   Fazura lambat ke hotel pagi itu. Dia ingin bertemu dengan Badri. Lantas dia menuju ke rumah sewa Badri.
   “Bad!” panggil Fazura dari luar rumah sewa Badri.
   Berkali-kali dia memanggil Badri tetapi tidak disahut. Berkali-kali dia menelefon Badri, tetapi lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Geram betul Fazura.
   Kebetulan pintu rumah tidak berkunci. Sebaik sahaja kakinya dipijakkan ke rumah sewa Badri, sayup-sayup kedengaran rengeken manja seorang perempuan. Diiringi denga tawa seorang lelaki. Badri. Dia yakin itu suara Badri. Tetapi siapa perempuan yang bersama Badri?
   Pintu bilik Badri dikuak kasar. Ternganga mulut Fazura melihatkan aksi mesra keterlaluan yang dilakonkan oleh Badri dan….Leeya. Leeya!
   “Bad!” jerit Fazura separuh mati.
   Badri dan Leeya terkejut. Namun kejutan mereka tidak lama. Badri dan Leeya masing-masing menguntum senyuman sinis ke arah Fazura.
   “Hah…nak apa?” tanya Badri.
   “Kacau je orang nak bermesra-mesra,” omel Leeya.
   “What do you think you’re doing, Bad?!” tanya Fazura. Matanya mula berkaca.
   “And you Leeya! How dare you!”
   “Tak payahlah nak terlalu sentimental sangat, Zura. Sekarang ni, Bad dan I adalah kekasih. Kau tunggu apa lagi? Baliklah!”
   “Zura, nasib baik you datang sini. I memang nak beritahu you yang I nak tinggalkan you. Tapi…you dah ada kat sini. So, there’s nothing else to explain.”
   “Kenapa korang berdua buat aku macam ni? Dah berapa lama korang menipu belakang
 aku hah?!”
   “Lama sangat. Terlalu lama,” balas Leeya.
   “Tapi kau ni bodoh sangat. Baru sekarang kau sedar yang Badri dan aku ada affair.”
   Fazura menyeka air matanya.
   “Selama ni aku banyak berhabis duit dan masa untuk kau, Bad! Sanggup kau buat aku macam ni? Aku sanggup belakangkan keluarga aku demi kau..aku buat semuanya untuk kau! Kau memang jantan tak guna!”
   Fazura berlari keluar dari rumah sewa Badri. Dia terluka. Dia kecewa. Tak sangka Badri mempergunakannya selama ini. Dan Leeya. Rakan baiknya sendiri sanggup menikamnya dari belakang dengan merampas kekasihnya.

   “Dahlah, Zura..Relakslah,” pujuk Sherry. Fazura tidak henti-henti menangis. Orang sekeliling yang berada di pub tersebut mula memandang dengan pandangan semacam.
   “Aku nak minum!” ujar Fazura, teresak-esak.
   “I’ll get you a Coke okay?”
   “Get me a beer!”
   “Are you crazy? Zura, kau tak pernah minum benda tu sebelum ni.”
   “Itu sebelum. Sekarang aku nak. Faham tak?”
   Sherry mengeluh.
   “Kalau kau tak nak ambilkan untuk aku…aku boleh ambil sendirilah!”
   Sherry cuba menghalang Fazura namun Fazura lebih pantas menepis tangan rakannya itu.
   “A glass of beer, please,” pinta Fazura kepada ‘Bartender’ yang bertugas.
   Fazura menutup mata sambil meneguk air haram itu. Belum sempat air haram itu masuk ke mulut, gelas yang dipegang Fazura dirampas seseorang. Pantas Fazura menoleh.
   “Are you out of your mind?!” marah Firdaus. Merah padam wajahnya.
   “Yes I am!”
   “Just because of a jerk like Badri, kau sanggup ketepikan soal halal haram? Dah tak ingat agama? Tak ingat ALLAH?!”
   Firdaus bergegas ke pub selepas menerima panggilan daripada Sherry. Sherry telah menceritakan segalanya kepadanya.
   Firdaus menggunakan sepenuh tenaga lelakinya untuk membawa Fazura keluar dari tempat keji itu. Fazura cuba melawan namun gagal.
   “Alang sukalah, kan? Selama ni Zura tak dengar cakap Alang. Padan muka Zura, kan?” nangis Fazura.
   “Zura tahu…Alang dan semua orang nak cakap yang Zura ni bodoh. Dah sah-sah Badri tu jantan tak guna, tapi Zura tetap tergilakan dia. Zura ni memang bodoh!”
   Firdaus pantas menarik Fazura ke dalam pelukannya.
   “Zura tak bodoh. Cuma Zura belum matang untuk melihat kebenaran.” Pujuk Firdaus.
   “Whatever happens, Alang dan keluarga kita tetap sayangkan Zura. Dan Alang harap, Zura boleh berubah lepas ni. Ambil apa yang terjadi sebagai suatu iktibar.”
   Esakan Fazura bertambah lantang. Dia malu kepada keluarganya. Selama ini, dia telah banyak melukakan hati keluarga demi Badri. Dia malu.

   “Papa tak izinkan!” tegas Datuk Ahmad Fauzi sebaik mendengar hasrat Fazura yang ingin berhenti kerja.
   “Along pun tak setuju. Jangan buat keputusan melulu,” tambah Fairuz.
   “Zura dah tak ada mood nak kerja. Lagipun dulu papa sendiri yang kata pada Zura….papa beri Zura masa enam bulan je untuk Zura berubah. Anggap jelah yang Zura tak berubah dan papa lepaskan Zura daripada sebarang tanggungjawab di Luxurious Inn.”
   Datuk Ahmad Fauzi menggeleng.
   “Zura masih ada tiga bulan lagi. Papa tahu apa yang dah berlaku. Alang dah beritahu segalanya pada papa,” ujar Datuk Ahmad Fauzi.
   “Papa cuma minta pada Zura, jangan kerana seorang lelaki Zura sanggup berhenti kerja. I have a suggestion for you. Papa benarkan Zura bercuti selama sebulan. Dalam masa sebulan tu Zura buatlah apa saja untuk tenangkan diri Zura.”
   “Dan sebaik Zura pulang daripada bercuti, papa mahu lihat Zura yang baru. Papa mahu lihat Zura yang lebih berdisiplin, lebih bersemangat dan Zura yang tabah dan cekal. Papa tak minta banyak daripada Zura. Boleh Zura lakukan semua tu demi papa, mama dan keluarga kita?”
   Fazura mengeluh. Dia sudah mati kata. Dia tiada pilihan selain akur dengan permintaan papanya.










10

Fazura masih berada di Kuala Lumpur. Walaupun berkemampuan untuk bercuti ke luar negara namun Fazura masih ingin berada di sisi keluarga. Dia tidak mahu berseorangan dan menangisi hubungannya yang telah berakhir dengan Badri. Walaupun masih mempunyai secebis perasaan sayang terhadap Badri, tetapi jauh di sudut hatinya dia yakin Badri bukanlah lelaki yang layak mendapatkan cintanya.
   Beberapa tahun lalu sebelum dia bertemu Badri, Fazura kerap kali menukar pasangan bagaikan menukar baju. Hanya bersamaBadri sahaja, hubungan cintanya berkekalan hingga lebih dua tahun. Sedangkan dengan lelaki-lelaki lain yang pernah menjalin hubungan dengannya hanya pernah bertahan tidak kurang dari tiga bulan.
   Tidak pernah hatinya terluka begini. Inilah kali pertama dia dikecewakan lelaki jika selama ini hanya dia yang mengecewakan lelaki. Mungkin inilah balasannya. Fazura sudah sedar akan kesilapannya. Dan selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan lelaki yang cuba mendekatinya selepas ini.

   Sebuah bekas makanan berisi Spaghetti yang dimasak Datin Rosmah istimewa untuk anak keduanya, Faiza diletakkan atas meja makan. Ketika seluruh ahli keluarga sedang menikmati sarapan pagi, mata mereka tertumpu ke arah Fazura yang menyertai mereka. Jarang sekali melihat Fazura bangun pagi, lebih-lebih lagi sewaktu bercuti.
   “What? I’m hungry okay?” ujar Fazura. Sedar dirinya diperhatikan.
   “Kan elok kalau bangun pagi setiap hari. Lebih elok kalau bangun Subuh sekali,” ujar Datin Rosmah dengan senyuman.
   “Yalah, nanti Zura cuba usahakan ya?” Fazura tersengih.
   “Zura dah betul-betul pasti Zura tak nak bercuti ke overseas?” tanya papanya.
   Fazura mengangguk.
   “Kalau Pulau Langkawi, Pulau Tioman pun tak nak?”
   Fazura menggeleng pula.
   “Kalau macam tu, lebih baik kerja je. Tak payah cuti,” sampuk Fairuz.
   Fazura menjeling ke arah Fairuz.
   Firdaus lebih senang tidak terlibat dalam perbualan keluarganya. Matanya lebih tertumpu ke arah bekas makanan yang berada di depan matanya. Mindanya ligat memikirkan untuk siapakah makanan itu? Oh, mungkin bekalan makanan untuk Ira ke sekolah agaknya. Teka Firdaus.
   “Fir, apasal termenung je ni?” tanya Datin Rosmah.
   “Hah? Hmm..tak ada apa,” balas Firdaus.
   “Zura tak buat apa-apa kan pagi ni? Bolehlah tolong mama.”
   “Alah, tolong apa? Baru nak sambung tidur balik,” rajuk Fazura.
   “Asyik nak tidur jelah budak ni. Tolong hantarkan Spaghetti ni ke klinik Angah. Dia teringin sangat nak makan Spaghetti yang mama masak.”
   Klinik Angah? Firdaus duduk tegak.
   “Tak apalah, mama. Biar Fir hantarkan.”
   Fazura dan mamanya masing-masing memandang Firdaus.
   “Baguslah Alang ni. I love you,’ usik Fazura.
   “Zura malas sangat. Terpaksalah Alang tolong mama.” Firdaus beri alasan.
   Tanpa diduga, pandangan Firdaus dan Azlin bertaut. Azlin tersengih ke arah adik iparnya. Dia tahu Firdaus ingin bertemu dengan Nadia, pekerja di klinik Faiza. Firdaus mengetap bibir. Dia malu apabila Azlin mengetahui rancangannya. Aduh!

   “Hi, morning,” ucap Malini kepada Firdaus yang melangkah masuk penuh gaya ke klinik milik Faiza yang baru beberapa minit dibuka. Hanya kelibat Malini sahaja yang berada di kaunter.
   “Morning. Is Doctor here?”
   “She’s in her room.”
   Firdaus senyum sebelum beredar ke bilik kakaknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Faiza sedang berkata sesuatu kepada Nadia. Firdaus mula rasa berdebar. Faiza dan Nadia masing-masing memandang Firdaus.
   “Fir, come in,” pelawa Faiza.
  Firdaus mengambil tempat bertentangan dengan Faiza. Di sebelahnya pula ialah Nadia yang sedang berdiri mengadap Faiza.
   “Nanti ada apa-apa saya panggil awak ya?” ujar Faiza kepada Nadia.
   “Saya keluar dulu.” Balas Nadia pula.
   “Okay, what’s up?” Faiza menoleh pada Firdaus.
   “Spaghetti,” Firdaus menyerahkan bekas makanan kepada Faiza.
   Faiza tersenyum lebar.
   “Hmm, rindunya dengan Spaghetti mama!”
   “Itulah, Angah jarang balik rumah.”
   “Bukan tak nak balik. Hmm, InsyaAllah minggu ni Angah balik okey?”
   Firdaus melihat jam tangannya.
   Ada hal ke?”
   “Fir ada meeting dengan client lagi setengah jam. I think I should get going now.”
   Firdaus bersalaman dengan Faiza. Keluar sahaja dari bilik Faiza, dia terserempak dengan Nadia di ruang menunggu. Hanya mereka berdua yang berada di ruang menunggu kerana belum ada pesakit yang datang ke klinik itu.
   “Dah breakfast?” tanya Firdaus.
   “Baru je. Encik Firdaus?”
   “Dah.”
   Diam.
   “Maaf sangat tapi saya ada meeting. Saya pergi dulu,” Firdaus sempat melempar senyuman untuk Nadia sebelum berlalu pergi.
   Nadia memerhati kelibat Firdaus sehinggalah lelaki itu hilang daripada pandangan.

   Firdaus bersandar pada kerusinya sebaik selesai mesyuarat. Dia tidak dapat melupakan wajah Nadia yang singgah di ruangan mindanya. Tidak pernah dia menyukai seseorang sebegini parah. Apa tidaknya sehingga kerap kali tersasul nama Nadia di bibir sewaktu bermesyuarat bersama kliennya tadi.
   Firdaus ketawa sendirian. Lucu terkenangkan perkara tadi. Bibirnya ditepuk dengan jari telunjuk berkali-kali. Gatal sangat mulut aku ni. Getus Firdaus.
   “What should I do to get her?” Firdaus bertanya pada diri sendiri.
   “Apasal aku susah sangat nak terus-terang dengan dia? Apalah kau ni, Fir. Lembap!”
   “Siapa lembap, Fir?”
   Datuk Ahmad Fauzi sudah berdiri di muka pintu bilik Firdaus. Firdaus menelan liur. Terasa perit. Pantas dia bangun dari tempat duduknya.
   “Siapa lembap, papa?” dia gelabah tanpa sedar bahawa dia telah bertanyakan soalan yang tak masuk akal kepada papanya.
   Datuk Ahmad Fauzi ketawa kecil. Dia pelik dengan gelagat Firdaus.
   “Papa tanya Fir…Fir tanya papa balik? Are you okay?”
   Firdaus mengangguk laju.
   “Fir okey. Papa ada hal ke datang jumpa Fir?”
   “Papa ada meeting di Quality Hotel. Would you like to join me?”
   “Now?”
   Datuk Ahmad Fauzi mengangguk. Firdaus melihat jam tangannya.
   “Minta maaf, papa. Sekejap lagi Fir ada meeting dengan security department.”
   “Okay then. Papa pergi dulu.”
   Firdaus melepaskan nafas lega sebaik papanya keluar dari biliknya. Nasib baik tak kantoi. Firdaus sempat ketawa kecil.

   Adam leka bermain dengan patung ‘Ultraman’ yang dibeli oleh Ehsan. Sementara itu, Nadia sedang asyik membaca novel ‘Selagi Dia Ada’ karya penulis kesayangannya, Aisya Sofea. Terlalu asyik sehingga tidak menyedari Ehsan telah pulang dari tempat kerja.
   “Oit!” sergah Ehsan dari belakang.
   Nadia menjerit kerana terkejut. Novel di tangannya hampir  terlepas daripada pegangan. Ehsan ketawa kecil. Adam pula ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah mamanya itu.
   “Abang!” Nadia menampar badan Ehsan beberapa kali.
   “Syok sangat baca novel sampai tak sedar abang balik ke?”
   Nadia mencebik.
   “Abang laparlah,” rengek Ehsan bagaikan anak kecil.
   “Ingatkan dah makan kat luar tadi.”
   “Manalah sempat, sayang. Berlambak kerja kat office tu. Next week dah kena pergiChina.”
   China lagi? Balik-balik China. Tak bosan ke?”
   “Nak buat macam mana? Cawangan baru syarikat abang ada kat sana. Bila business kat sana dah stabil, abnag tak payah ulang-alik ke sana lagi.”
   Nadia mengangguk faham sambil melangkah ke dapur untuk memanaskan makanan untuk Ehsan.
   “Abang nak mandi..nak solat dulu. Kejap lagi abang turun makan.” Sempat Ehsan teriak pada Nadia sambil dia menaiki anak tangga untuk ke biliknya.





11

Tiara, rakan Fazura datang bertemu Fazura di Luurious Inn. Sebaik diberitahu oleh receptionist hotel bahawa Fazura sedang bercuti, Tiara segera menghubungi telefon bimbit Fazura.
   “Hai, Tiara!” ceria suara Fazura menjawab panggilan Tiara yang sudah hampir setengah tahun tidak bertemu.
   “Zura, aku kat hotel kau ni!”
   “Ye ke? Kau check in ke?”
   “Taklah. Aku nak buat reservation untuk ballroom.”
   “Untuk apa?”
   “My wedding. Sebab tu aku datang…bolehlah bagi invitation card pada kau. Aku takut dah ada orang lain book untuk tarikh tu nanti.”
   “Oh I see. Hmmm..aku kat The Pavillon ni. Dalam 20 minit lagi aku sampai. Kau tunggu kat lobi dulu ya?”
   Tiara mematikan talian selepas selesai bercakap dengan Fazura. Sambil membelek-belek majalah yang terdapat di lobi hotel, matanya tertumpu ke arah Firdaus yang sedang berjalan keluar dari café hotel.
   “Fir!” panggil Tiara sambil menuju ke arah Firdaus.
   Firdaus menoleh. Dia tersenyum memandang Tiara yang juga merupakan bekas kekasihnya lebih kurang lima tahun lalu. Ketika itu Tiara dan Fazura begitu rapat sekali.
   “What a surprise,” ujar Firdaus.
   “You look more handsome than before. Ingatkan lelaki handsome mana yang keluar dari café tadi.”
   Firdaus ketawa kecil sambil mengelengkan kepalanya.
   “You still macam dulu. Masih suka menggoda,” Firdaus mengenyitkan matanya.
   “Be careful. Nanti bakal suami I nampak you kenyitkan mata pada I, nahas you.”
   Firdaus merenung Tiara. Tajam. Ingin mendapatkan kepastian.
   “Yes I am,” Tiara seakan tahu persoalan yang bermain di minda Firdaus.
   Firdaus ketawa.
   “Congratulations! Tak sangka you kahwin lebih awal daripada I dan Zura.”
   “Dah jodoh, Fir. I datang pun sebab I nak buat reservation for my wedding.”
   “A ballroom?”
   Tiara mengangguk.
   “I call Zura kejap. Dia tengah cuti ni.”
   “Eh, tak apa. I baru je call dia tadi. She’s on her way....don’t worry.”
   “Okay then. Hmm, I’m sorry. But I have to go now. Banyak kerja lagi nak kena settle and I’m happy to see you again.”
   “Me too. Nanti I pass invitation card pada Zura..and your whole family is invited to my wedding. Especially you, Fir.”
   “I will. Congratulations okay? I pergi dulu.”
   Tiara begitu gembira dapat bertemu semula dengan Firdaus. Walaupun hubungan mereka telah lama berakhir namun Tiara tidak dapat menafikan bahawa Firdaus merupakan lelaki yang begitu baik. Hubungan mereka juga berakhir dengan baik tanpa sebarang masalah.

   “Aku dah tanya pekerja aku!” ujar Fazura dengan sambil melangkah masuk ke biliknya. Tiara yang sedang menunggu di bilik Fazura tidak sabar untuk mengetahui berita yang dibawa Fazura.
   Fazura mengambil tempat di hadapan Tiara.
   “Full reservation sampai hujung tahun.”
   Riak wajah Tiara berubah kecewa.
   “That’s for the first one. Kan hotel aku ni ada dua ballroom,” Fazura tersenyum.
   “So?” Tiara masih mengharap akan ada berita baik daripada Fazura.
   Fazura ketawa besar.
   “Zura, janganlah buat aku suspens!”
   “Aku tak boleh tahan tengok muka gelabah kau!”
   Tiara berdecit. Merajuk.
   “Ala, janganlah merajuk. Buruk muka kau bila merajuk tau.”
   Tiara masih diam.
   “Yalah. Aku dah reserve untuk kau.”
   “Betul?”
   “Your luck. Tapi kau confirm kan? Jangan last minute tak jadi pulak.”
   “Jadi punya. Don’t worry, my dear.”
   Fazura dan Tiara berbalas senyuman.
   “Tadi aku jumpa kekasih lama aku.” Ujar Tiara.
   “Yang mana satu?”
   “Ahmad Firdaus Datuk Ahmad Fauzi.”
   Fazura tersengih.
   “Hah, menyesal ke berpisah dengan abang aku dulu?”
   “Kalaulah aku tahu dia bertambah macho macam sekarang, aku takkan break dengan dia tau. Tapi taklah menyesal. Bakal suami aku pun semacho dia jugak.”
   Fazura mencebik.
   “Dia dah ada yang special ke?”
   “I have no idea. Abang aku tu mana nak bercerita snagat pasal hal macam ni.”
   Tiara mengangguk faham.

   Malam itu keluarga Datuk Ahmad Fauzi menerima berita gembira daripada Fairuz dan Azlin. Azlin telah disahkan hamil dua bulan. Orang yang paling gembira dengan berita kehamilan Azlin sudah tentulah Fairuz sendiri. Sudah lama dia menantikan cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya sudah pun berusia enam tahun.
   “Wah, Along bukan main lagi. Dalam sibuk bekerja, sempat lagi buat baby,” usik Fazura.
   Fairuz dan Azlin berpandangan. Malu diusik Fazura.
   “Apalah Zura ni,” tegur Datin Rosmah.
   “Zura dah kahwin nanti lagi ligat agaknya. Setiap tahun keluar baby baru,” giliran Azlin mengusik Fazura.
   “Excuse me. Tak ada maknanya.”
   “We’ll see,” Firdaus tersengih.
   “Eeii..sibuklah Alang ni.”
   “Sibuklah Alang ni,” Firdaus mengajuk cakap Fazura dengan mimik muka yang menggelikan hati ahli keluarganya.
   “Assalammualaikum,” Faiza melangkah masuk ke banglo mewah keluarganya bersama Nadia. Terpaku Firdaus melihat kehadiran Nadia di kediaman keluarganya. Matanya tidak lepas daripada memerhatikan Nadia yang sedang bersalaman dengan ahli keluarganya.
   “Mana Rafiq dengan budak-budak?” tanya Datin Rosmah.
   “Kat rumah. Iza dari klinik tadi. Nak hantar Nadia balik..tu singgah sini kejap.”
   “Iza dengan Nadia dah makan?”
   “Dah. Mama tak payah susah-susah. Kitorang baru je makan.”
   “Nadia, duduklah. Jangan segan-segan.”
   “Ehem,” Fazura berdehem sambil memandang Firdaus.
   “Dah jatuh hati ke?” bisik Fazura.
   “Ssshh..memandai je.” Ujar Firdaus.
   Nadia duduk bersebelahan Fazura selepas dipelawa Fazura.
   “Nama siapa?” tanya Fazura seakan anak kecil.
   “Hmm..Nadia Erisa.”
   “Umur?”
   “26 tahun.”
   “Dah kahwin?”
   Nadia menelan liur. Begitu juga Firdaus.
   “Zura, kenapa macam polis pencen ni? Kesian Kak Nadia tu,” tegur Faiza.
   “Nadia jangan ambil hati ya? Zura ni memang macam tu,” giliran Azlin pula meminta maaf kepada Nadia. Kemudian dia menoleh pada Firdaus. Adik iparnya setia memerhatikan Nadia. Sah…Firdaus benar-benar jatuh hati pada Nadia. Azlin menguntum senyum.















12

Nadia termenung jauh. Ehsan yang dari tadi menumpukan sepenuh perhatian menonton Berita Bernama mengalihkan pandangan ke arah Nadia.
   “Fikir tentang harga minyak naik ke?” tegur Ehsan lantas mematikan lamunan Nadia.
   “Hah?”
   Ehsan ketawa kecil.
   “What’s going on? Ada perkara yang abang tak tahu ke?”
   Nadia pantas menggeleng.
   “Habis tu kenapa termenung je?”
   “Saja. Bosan.”
   Ehsan tersenyum.
   “Macam-macam. Awal Adam tidur malam ni. Penat sangat bermain ke?”
   “Yalah agaknya tu. Esok siapa hantar abang ke airport?”
   “Pekerja abang. Nadia nak pergi kerja, bawa kereta abang tu.”
   “Tak naklah. Nadia naik teksi. Abang saja nak usik Nadia, kan?”
   Ehsan ketawa lagi.
   “Kenapa takut sangat nak drive? Lesen tu nak buat apa? Peram dalam purse je?”
   “Buat kenangan.”
   “Membazir duit je Nadia ambil lesen kereta.”
   “Bukannya duit abang.”
   Ehsan mencuit pipi Nadia.
   “Ada je jawapan dia.”
   “Mestilah.”
   “Abang tak ada dalam beberapa hari ni..jaga diri baik-baik. Kunci pintu sebelum nak tidur..takut apa-apa jadi nanti. Semalam rumah pekerja abang dah kena rompak.”
   Nadia mula takut mendengar cerita Ehsan.
   “Kalau ada apa-apa call abang. Jangan tunggu abang balik baru nak beritahu apa dah jadi….macam selalu.”
   Nadia menatap wajah Ehsan. Lama.
   “Kenapa ni?” tanya Ehsan.
   “Oh, macam nilah abang kat office eh? Tegas..garang..”
   “Tegas je..bukan garang. Nadia ingat pesan abang kan?”
   “Ingat. InsyaALLAH. Abang jangan risau.”
  
   Firdaus sedang memandu ke Luurious Inn apabila melihat kelibat Nadia sedang melambai tangan untuk menahan teksi. Lalu Firdaus memberhentikan keretanya di hadapan Nadia. Tingkap kereta diturunkan.
   “Awak nak ke klinik ke?” tanya Firdaus.
   “Encik Firdaus? A’ah nak ke klinik.”
   “Masuklah. Saya hantarkan.”
   Nadia rasa serba salah.
   “Hmmm..tak apalah. Saya naik teksi je.”
   “I insist. Awak percayakan saya, kan? Saya ikhlas nak hantar awak.”
   Nadia memandang Firdaus. Lelaki itu kelihatan ikhlas.
   “Terima kasih,” ujar Nadia seraya mengambil tempat di sisi Firdaus.
   Suasana hening seketika dalam perjalanan ke klinik milik Faiza. Iaitu tempat di mana Nadia bekerja. Tempat pertemuan pertama Firdaus dan Nadia.
   “Hmm..dah breakfast?” pertanyaan Firdaus memecah keheningan.
   “Dah.”
   “Good. Awak memang selalu naik teksi ke?”
   “Tak selalu.”
   “Oh I see.”
   Diam lagi.
   “Encik Firdaus..hmm..dah breakfast?”
   Firdaus senyum.
   “Dah. Mama saya takkan benarkan sesiapa pun keluar dari rumah sebelum sarapan. Wajib. Kalau tak, dia sanggup datang hotel bawa makanan dari rumah, padahal kat hotel ada restoran..ada café.”
   Nadia ketawa. Begitu juga Firdaus. Bahagia hati Firdaus setiap kali melihat tawa dan senyuman Nadia. Hilang segala beban di jiwa.

   Hanya bercuti selama dua minggu, akhirnya Fazura kembali semula bertugas di Luxurious Inn. Pagi itu berlangsung beberapa majlis di ballroom dan dewan hotel yang menyebabkan bilangan pengunjung hotel yang agak ramai. Para pekerja hotel kelihatan bekerja keras bagi memastikan para pengunjung hotel mendapat servis terbaik.
   Dengan mengenakan kemeja jingga beserta skirt hitam paras lutut, Fazura mengunjungi spa hotel yang berada berdekatan kawasan kolam renang hotel. Melangkah masuk sahaja ke dalam spa yang bercirikan Thai itu, kelihatan beberapa pengunjung sedang mendapatkan rawatan kecantikan di spa tersebut.
   “Miss Fazura, welcome,” pelawa pengurus spa yang dikenali sebagai Mrs. Stacy Tan.
   “Would you like to have any treatments?”
   Fazura menggeleng.
   “No it’s okay. I’m just checking out the spa. How is it going lately?”
   “It’s going well.”
   Mrs. Stacy Tan sedang menerangkan sesuatu kepada Fazura apabila secara tidak sengaja Fazura terpandangkan seorang pekerja spa yang sedang melayan pengunjung di spa tersebut. Hatinya panas. Mendidih.
   “Who is that?” tanya Fazura, kasar.
   Mrs. Stacy Tan memandang ke arah yang sama.
   “Oh, our new masseur. Her name is....”
   “Fire her!” pantas Fazura mencelah.
   Mrs. Stacy Tan terpaku mendengar arahan majikannya itu. Atas alasan apa pekerja baru itu harus dipecat?
   “But why Miss Fazura?” Mrs. Stacy Tan bingung.
   “Either you tell her that she’s fired…or I’ll do it?”
   Mrs. Stacy Tan sudah mati kutu. Tidak berani mengingkari arahan Fazura yang sememangnya begitu tegas. Lambat-lambat dia mengangguk.
   “Good!” Fazura sempat menjeling sebelum keluar daripada spa tersebut. Kenapa perempuan tu boleh kerja di hotel aku? Tak guna! Fazura bengang.

   “I want to talk to you,” tegas suara Fairuz sewaktu menghubungi telefon bimbit Fazura.
Fazura mendengus. Dia mula mengatur langkah menuju ke pejabat abang sulungnya.
   Ada apa?” tanya Fazura sebaik melabuhkan punggung pada kerusi dbilik Fairuz.Ketika itu, Fairuz sedang leka meneliti sebuah dokumen di atas mejanya.
   Diam.
   Fairuz menerima panggilan daripada seseorang dan mereka berbincang mengenai hal kerja. Fazura berdecit. Geram betul. Panggil aku masuk bilik dia tapi buat tak tahu pulak dengan aku.
   Hampir 15 minit menunggu, Fazura mula tidak senang duduk. Dia bingkas bangun untuk meninggalkan Fairuz yang masih berbual dalam telefon.
   “Where are you going? Sit down!” ujar Fairuz sambil meletakkan gagang telefon ke tempat asal.
   Fazura akur. Wajahnya mencuka.
   “Along nak tahu alasan Zura nak pecat seorang pekerja spa kita…and I notice that she’s your friend,” tanya Fairuz.
   “I hate her.”
   Fairuz merenung Fazura. Tajam sekali.
   “Itu bukan alasan yang munasabah untuk pecat seseorang. In fact, I think you’re the only one who hates her. Bukan orang lain.”
   Fazura diam.
   “Di baru bekerja tak sampai sebulan. Atas alasan apa nak pecat dia? Sebab Zura bencikan dia? Itu je?”
   “Along tak setuju. Dia akan terus bekerja di sini.” Sambung Fairuz lagi.
    “Along!” Fazura membantah.
   “Muktamad! Lagi satu, Zura ingat tak janji Zura dengan papa? Lepas bercuti, Zura akan kembali bekerja sebagai Zura yang baru. Tapi apa yang Along nampak….sama je. Tak ada perubahan.”
   Fazura mendengus kasar. Dia bingkas bangun dan meninggalkan bilik Fairuz. Fairuz sekadar menggeleng melihatkan sikap Fazura yang masih tidak berubah.



13

Wani menghampiri Fazura yang sedang menikmati sarapan di café hotel, bersendirian. Tanpa dipelawa, gadis bertubuh genit itu terus mengambil tempat duduk di hadapan Fazura. Selera makan Fazura terbantut. Sudu dan garfu dicampak atas pinggan. Berdentum bunyinya.
   “Kau nak apa?” tanya Fazura.
   Wani hanya ketawa sinis dengan lenggok badannya yang manja.
   “Zura, janganlah kasar sangat dengan aku. Hmm, dah lama kita tak jumpa kan?”
   “Itulah pasal. Aku ingatkan kau dah lama mampus.”
   Fazura ketawa. Puas hati dapat menyakitkan hati Wani.
   “You’re so funny. Aku datang ni nak minta maaf. Yalah…kesian kau. Nak pecat aku tapi kau pulak yang kena marah dengan abang kau. I’m really sorry about that.”
    “Perempuan, kau dengar sini,” Fazura mula bengang.
   “Kau ingat aku akan biarkan kau kerja lama kat hotel aku ni? No way, my dear. You have no idea what I’m capable of.”
   “Oh, mengugut nampak.” Wani ketawa.
   Fazura hanya senyum sinis.
   “Aku nak muntahlah tengok muka kau. Hilang selera. Kau jangan selalu datang café ni tau…sebab aku takut tak ada sesiapa nak datang sini bila tengok muka kau. ”
   Fazura terus berlalu meninggalkan Wani. Wani menggenggam tangannya. Kuat. Merah padam wajahnya kerana sakit hati dengan Fazura.
   “Padan muka kau,” Fazura ketawa sendirian.

   Nadia melangkah keluar dari klinik selepas syif kerjanya tamat pada pukul 5.30 petang. Sebaik sahaja melangkah, namanya dipanggil seseorang.
   Nadia menoleh.
   Firdaus bersandar pada dinding sambil tersenyum padanya.
   “Encik Firdaus?” ujar Nadia.
   Firdaus menghampiri.
   “Dah habis kerja?” tanyanya.
   Nadia mengangguk.
   “Sekarang awak nak pergi mana?”
   “Saya…hmm…nak balik.”
   “Saya hantarkan okey?”
   Nadia menelan liur.
   “Eh, takpelah. Saya boleh naik teksi. Saya tak nak susahkan Encik Firdaus.”
   “Tak susah pun.”
   “Semalam Encik Firdaus dah hantar saya ke klinik…takkan saya nak susahkan Encik Firdaus untuk hantar saya balik pulak?” ujar Nadia, lembut.
   “Saya boleh balik sendiri.”
   Firdaus mengetap bibir.
   “Nadia, awak tak percayakan saya?” tanya Firdaus.
   “Bukan macam tu, cuma…”
   “Saya hantar awak balik, ya?”
   Nadia mula resah. Fikirannya teringatkan anaknya, Adam. Dia harus segera menjemput Adam dari rumah pengasuhnya. Dan jika pengasuh Adam melihat dia dengan Firdaus, apa pula yang akan disangkanya nanti?
   Wajah Firdaus direnung lembut. Lelaki itu begitu baik terhadapnya. Nadia mula dihimpit rasa bersalah.
   “Sebenarnya saya ada hal. Saya kena balik cepat. Mungkin lain kali ya?”
   “Awak benarkan saya hantar awak lain kali?” Firdaus inginkan kepastian. Ada peluang ni! Dia menjerit dalam hati.
   Nadia mengangguk perlahan. Firdaus tersenyum lebar. Gembira.

   Fazura pulang lewat malam itu. Ketika jam menunjukkan pukul 11 malam, barulah kelibatnya muncul di kediaman keluarganya. Hanya Firdaus dan Fairuz yang berada di ruang tamu. Leka menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Inggeris yang ditayangkan di televisyen.
   “Dari mana, Zura?” tanya Fairuz.
   “Dari hotel. Ada function.”
   Fazura mengambil tempat di ruang tamu bersama kedua abangnya itu.
   “Along, tadi Zura jumpa Uncle Hashim di function tu. Dia kirim salam dan dia minta Along ke office dia kalau ada masa,” ujar Fazura lagi.
   “Waalaikumussalam.” Fairuz menjawab salam.
   “Uncle Hashim? Macam kenal je.” sampuk Firdaus.
   “Ayah Abang Ridhuan, kawan Along masa universiti dulu,” balas Fairuz.
   “Oh, dia kat mana sekarang? Lama Along tak cakap pasal dia.”
   “Entah. Dia…”
   “Dia dah duduk kat Hong Kong sekarang dengan isteri dan anak-anak dia,” pantas Fazura mencelah.
   “Tadi Uncle Hashim beritahu Zura.”
   Fairuz ketawa kecil.
   “Along tak tahu pun.”
   “Along memang.” Perli Fazura seraya bangun dari tempat duduknya.
   “Good night!” ucapnya sambil menaiki anak tangga untuk ke bilik.

   “Kau patut tengok muka dia masa tu,” ujar Wani. Dia ketawa besar.
   “So, kau tak jadi kena pecatlah?” tanya Leeya kepada adiknya, Wani yang bekerja di spa Luxurious Inn.
   “Mestilah tak. Berani nak pecat aku?”
   Leeya ketawa sinis.
   “Padan muka dia. Wani, aku nak minta tolong kau.”
   “Apa dia, kak? Jangan yang bukan-bukan sudahlah.”
   “Aku nak kau huru-harakan hidup dia. Kau buatlah apa yang patut.”
   “Kak, yang kau nak kacau dia lagi buat apa? Kan kau dah berjaya rampas si Badri tu daripada dia.”
   Leeya berdecit. Dia mendengus kasar.
   “Masalahnya sekarang si Badri tu masih sayangkan dia. Walaupun dia kata dia dah lupakan perempuan tu, tapi aku tahulah Wani. Aku tahu dia tipu aku.”
   “Ala, aku malaslah nak masuk campur. Aku takut kalau apa-apa jadi kat aku. Zura tukan psiko!”
   “Rilekslah, Wani. Just be careful.”
   Wani menggigit lidahnya.
   “Tengoklah dulu.”
   “Thanks, adikku.”
   “Kau memang suka susahkan aku, kan?”
   Leeya hanya tersengih.

   Malam itu, Fazura keluar makan malam bersama Sherry. Sudah lama mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka bertemu ialah semasa di kelab selepas dia berpisah dengan Badri.
   “Kau dah okey sekarang?” tanya Sherry.
   Fazura tersenyum lebar.
   “Babe, kau tengok muka aku ni. Kan muka gembira ni? I’m totally over it.”
   “Baguslah kalau macam tu. Buat apa nak fikirkan pasal lelaki tak guna tu.”
   “Tahu takpe.”
   Sherry menyuap makanan dalam mulut.
   “Hmm..aku lupa nak beritahu kau.” Ujar Fazura.
   “Apa dia?”
   “Wani, adik Leeya tu kerja kat spa hotel aku.”
   “What? Kau biar betul?”
   “Betullah. Buat apa aku nak tipu.”
   “Siapa yang ambik dia kerja situ?”
   Fazura mengangkat bahu.
   “Entahlah. Aku hampir-hampir pecat dia tapi Along aku pulak tak setuju.”
   “So, dia still kerja situ lagi?”
   Fazura mengangguk sambil menunjukkan muka menyampah. Menyampah dengan Wani yang bekerja di hotelnya.
   “But you know what? Aku akan buat dia dipecat..dan tak ada sesiapa akan tahu yang akulah ‘the mastermind’ behind it.”
   Sherry tersenyum sambil menggeleng kepala beberapa kali.
   “Zura..Zura. Kau ni tak habis-habis dengan perangai gila kau.”
   “Of course. Kalau tak, nama aku bukan Nur Fazura okey?”
   Pandangan Fazura tertumpu pada kelibat seorang wanita ayu bertudung yang sedang menikmati makan malam bersama seorang lelaki kacak dan seorang anak kecil. Sherry turut memandang ke arah sama.
   “Kau kenal ke?”
   “Perempuan tu macam kenallah. Oh I see…pekerja klinik Angah aku.”
   Pandangan Fazura terus melekat pada lelaki kacak itu. Dia sendiri pelik.
14

Azlin berasa tidak sedap badan pagi itu. Suaminya, Fairuz telah berangkat ke Luxurious Inn bersama Datuk Ahmad Fauzi. Begitu juga dengan Firdaus. Datin Rosmah pula ke sebuah majlis amal di Klang. Fazura terus ke hotel selepas menghantar Ira ke tadika. Tiada sesiapa yang dapat menghantarnya ke klinik. Harapkan diri sendiri untuk memandu, dia tidak larat.
   “I’ll call you back.”
   Azlin terdengar suara Firdaus dari bilik tidurnya. Pantas dia keluar dari bilik. Dia melihat kelibat Firdaus yang sedang mencari sesuatu di almari Fazura.
   “Fir cari apa?” tanya Azlin. Lemah.
   Firdaus menoleh.
   “Cari dokumen. Zura tertinggal kat dalam almari.”
  Firdaus tersenyum selepas mendapat dokumen yang dicari. Dia menghampiri Azlin. Kakak iparnya kelihatan lemah.
   “Kak Lin, kenapa ni? Pucat muka.”
   “Fir boleh tolong hantar Kak Lin ke klinik Angah?”
   “Boleh..boleh.”
   Firdaus panik.
   “Kak Lin bersiap sekejap ya? By the way, thanks.”
   Firdaus dan Azlin berbalas senyuman.

   “Okey. Nanti Zura beritahu Along.” Ujar Fazura sebelum mematikan talian. Sebentar tadi dia menghubungi Firdaus untuk bertanyakan tentang dokumen yang tertinggal dalam almarinya. Kemudian, Firdaus memberitahu bahawa dia berada di klinik untuk menghantar Azlin yang tidak sihat.
   Firdaus melangkah masuk semula ke klinik selepas perbualannya dengan Fazura tamat. Kelihatan Nadia sedang sibuk menjalankan tugasnya. Namun mereka sempat berbalas senyuman.
   Tidak lama kemudian, Azlin keluar dari bilik pemeriksaan. Firdaus memapah Azlin yang kelihatan lemah.
   “Angah kata apa?” tanya Firdaus.
   “The best is rest.”
   Azlin cuba mengukir senyuman.
   “Kak Lin rasa Kak Lin dah terlebih berehat, Fir.”
   Firdaus ketawa kecil.
   “Bagi kunci kereta Fir kat Kak Lin,” pinta Azlin.
   “Kenapa?”
   “Biar Kak Lin tunggu dalam kereta. Fir ambilkan ubat untuk Kak Lin ya?”
   Firdaus mengangkat kening. Bingung.
   Azlin tersenyum kecil.
   “Kak Lin tahu Fir nak jumpa Nadia,” bisik Azlin.
   Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih nakal.

Fairuz seakan sedang berkata sesuatu kepada receptionist Luxurious Inn apabila Fazura menghampiri. Dia menunggu sehingga Fairuz selesai berbincang dengan receptionist tersebut.
   “Hah, Zura. Apa dia?” Fairuz kini berhadapan dengan Fazura.
   “Bincang apa tadi?”
   Ada rombongan pelancong dari Jepun akan datang lusa. So, Along suruh receptionist sediakan tempahan bilik tu.”
   “Oh I see.”
   “Zura nak tanya tu je?”
   Fazura mengangguk. Kemudian pantas dia menggeleng.
   “Eh, bukan. Tadi Alang call. Dia ada di klinik dengan Kak Lin.”
   Fairuz terkejut.
   “Kenapa dengan Kak Lin?”
   “Alang kata Kak Lin tak sihat. Muka pucat. So, Alang hantar ke klinik Angah.”
   Fairuz melihat jam tangannya.
   “Hmm..Along balik rumah sekejap. Tengok Kak Lin. Dalam dua jam lagi Along datang hotel balik.”
   “Okay, boss.”
   Sebaik Fairuz berlalu pergi, Fazura didatangi seorang penyambut tetamu berbangsa Serani.
   “Cik Zura, someone is waiting for you in room 502.”
   “Who is it?”
   “He claims to be Encik Iqmal.”
   Iqmal? Fazura mengerut dahinya. Siapa Iqmal? Aku tak kenal sesiapa pun dengan nama Iqmal.

   “Balik naik apa hari ni?” bisik Firdaus kepada Nadia sewaktu mengambil preskripsi daripada Nadia.
   Nadia memandang sekeliling. Takut ada mata yang memerhati dan curiga.
  “Hari ni ada orang jemput.”
   Firdaus kelihatan hampa.
   “Siapa? Boyfriend?”
   Nadia terkejut dengan dugaan Firdaus. Lambat-lambat dia mengangguk.
   Firdaus mengangguk faham. Dia memberi ‘business card’nya kepada Nadia.
   Ada apa-apa call saya, ya? Saya pergi dulu.”
   Nadia memerhati kelibat Firdaus sehingga hilang daripada pandangan.
   Sementara itu, Firdaus mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Dia menyerahkan preskripsi ubatan kepada Azlin.
   “Macam mana?” tanya Azlin
   Firdaus mula memandu meninggalkan kawasan klinik. Jarinya diketuk pada steering kereta.
   “What’s wrong, Fir?”
   Firdaus menjungkit bahu.
   “Fir rasa dia tak sukakan Fir.”
   “Hah? Perempuan mana yang boleh tak sukakan lelaki hensem macam adik Kak Lin ni?” Azlin cuba menenangkan Firdaus.
   Firdaus ketawa sinis.
   Ada je alasan dia bila Fir nak hantar dia balik.”
   “Mungkin dia takut. Yalah, kan dia tak berapa kenal Fir.”
   “Maybe.”
   “Dahlah. Jangan fikirkan sangat. Yang penting, Fir cuba pikat dia perlahan-lahan. Jangan terburu-buru.”
   Firdaus hanya diam. Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya untuk mendekati puteri idamannya, Nadia.

   Fazura menekan loceng pada pintu bilik bernombor 502. Dia ingin melihat wajah Iqmal yang ingin bertemu dengannya.Dan apakah tujuan lelaki tidak dikenali itu untuk bertemunya?
   Akhirnya pintu bilik dibuka. Wajah lelaki yang berdiri di hadapan pintu itu kelihatan ceria. Sebaliknya Fazura yang terkejut.
   “Bad?”
   Badri ketawa.
   “Or Iqmal.”
   Fazura mendengus.
   “What do you want?” tanya Fazura, kasar.
   “Sayang, kenapa kasar sangat ni?”
   “Don’t waste my time, okay?”
   “Zura, I nak kembali dengan you semula.”
   Mendengarkan kata-kata Badri, tawa Fazura tersembur keluar. Merah wajahnya kerana ketawa besar.
   “Apa yang kelakar sangat?” Badri tak puas hati.
   “You yang kelakar.”
   Badri mendengus.
   “Bad, you ingat I ni bodoh ke? I tahu kenapa you nak sangat kembali dengan I. Sebab you dah tak ada duit kan?”
   Badri diam.
   “You nak sangat dengan Leeya tu, kan? Hah, pergilah minta duit dengan dia...kenapa minta dengan I pulak? Let me see, hmmm….I lupa pulak. You dengan Leeya kan sama-sama miskin.”
   “Jaga mulut you, Zura!”
   “Oh, tahu pun marah. Listen, Bad. I takkan dan tak pernah teringin pun nak kembali semula dengan you. Dulu I bodoh..buta sebab bercinta dengan you. But not now. Not now.”
   Fazura melangkah pergi daripada Badri. Namun sempat dia menoleh seketika.
   “By the way, please leave from my hotel. You can’t afford it. It’s expensive,” perli Fazura sebelum meninggalkan Badri dengan senyuman penuh makna.
   Badri menumbuk pintu bilik. Geram. Sakit hati. Perempuan ni dah melampau! Badri bengang.
15

“You jumpa Zura, kan?!” jerkah Leeya. Badri yang sedang menonton televisyen hanya memandang kosong wajah Leeya.
   “You pekak ke?”
   “Siapa beritahu you?” tenang suara Badri.
   “You dah lupa ke yang Wani kerja di situ? Kenapa you jumpa perempuan tu?”
   “Itu hal I.”
   “Lebih baik you beritahu I, Bad.”
   Badri menoleh. Tajam dia merenung wajah Leeya.
   “Leeya, I jumpa dia sebab I nak berbalik semula dengan dia.”
   Terpaku Leeya seketika.
   “I do it for us, Leeya.” Ujar Badri.
   “Untuk kita? Ataupun untuk you? Bad, lebih baik you cakap dengan I . You masih sayangkan Zura ke?”
   Badri diam. Dulu memang dia sayangkan Fazura kerana duit tetapi tidak sekarang.Setelah berpisah dengan Fazura, dia mula sedar akan perasaannya terhadap wanita itu. Dia sebenarnya menyayangi Fazura.
   Dia memandang Leeya. Tidak. Leeya tidak harus tahu mengenai perasaan sebenarnya terhadap Fazura.
   “Sayang, I perlukan Zura sebab I perlukan duit,” bohong Badri.
   Leeya merenungnya tajam. Marah.
   “I ada plan. Kali ni, I akan buat Zura jatuh cinta dengan I semula. Dan kita berdua akan dapat duit yang banyak.”
   “Maksud you, you nak kikis duit dia semula?”
   Badri mengangguk.
   “Tapi you confirm ke yang dia akan masuk perangkap you?”
   Tidak. Aku tak yakin. Zura sudah membenciku. Badri menjawab dalam hati. Lambat-lambat dia mengukir senyum.
   “I akan cuba tackle dia semula…step by step.”
   Kali ini Leeya tersenyum lebar. Dia tidak sabar untuk melihat permainan Badri.

   “Bibi, mana isteri saya?” tanya Fairuz sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Dia nampak panik.
   Ada di dalam bilik.” Jawab Bibi.
   Laju Fairuz menaiki anak tangga untuk ke biliknya. Pintu bilik ditutup. Sebaik pintu dikuak, kelihatan Azlin sedang berbaring atas katil sambil mengikat rambut panjangnya.
   Azlin menoleh.
   “Abang? Cepat balik hari ni.” Ujar Azlin.
   Fairuz mengeluh perlahan. Dia mengambil tempat di sisi Azlin. Sebuah ciuman singgah di pipi wanita itu.
   “Fir kata Lin tak sihat. Sebab tu abang balik,” ujar Fairuz, lembut.
   Azlin senyum.
   “Tak ada apalah. Jangan risau…Lin okey.”
   “Muka Lin pucat ni. Iza kata apa tadi?”
   “Tak ada apa. Dia suruh Lin banyak berehat.”
   “Itu je? Betul?”
   Azlin mengangguk.
   “Buat apa Lin nak tipu. Dahlah, abang pergi hotel sekarang. Lin okey.”
   Fairuz berbaring. Dia memeluk tubuh isteri tersayang.
   “Abang nak tidur kejap. Nak temankan Lin.”
   Azlin ketawa kecil. Dia mengusap lembut rambut Fairuz apabila suaminya itu sudah memejamkan mata.

   Keesokan paginya, Fazura dikejutkan dengan jeritan Firdaus.
   “Zura, bangun! Dah pukul 10 pagi ni!”
   Fazura mengusap dadanya.
   “Apasal menjerit tiba-tiba ni?” bentak Fazura.
   “Dah pukul 10 pagi. Kau bila nak bangun…pergi hotel?”
   Fazura menguap. Mata masih dipejam.
   “Kejap lagilah. Alang tu kenapa tak pergi lagi?”
   “Alang ada meeting dengan client.”
   “Hmm.”
   “Zura, wake up. Apasal susah sangat nak bangun ni?”
   Fazura mencelikkan mata. Dia menjeling ke arah Firdaus. Dia bingkas bangun daripada katil dan terus mencapai tuala untuk ke bilik air.
   “Tepat pukul 12 Alang call hotel. Kalau kau tak ada, I’ll report to papa.”
   Diam.
   “Dengar tak, Zura!”
   “Dengarlah! Membebel je!” Fazura menjerit dari dalam bilik air.
   Firdaus cuba menahan tawa. Sikap adiknya itu sering menggelikan hati walaupun perangainya kadangkala menyakitkan hati.

   Nadia menerima panggilan daripada Ehsan sewaktu dia sedang berehat daripada tugas.
Ehsan menghubunginya dari pejabat.
   “Abang balik awal hari ni sebab abang kena ke suatu majlis di Putrajaya pukul 4 petang.”
   “Nanti abang jemput Adam dari rumah Kak Sal. Tapi abang tak dapat jemput Nadia hari ni.” Sambung Ehsan.
   “Abang bawa Adam sekali?”
   “Hmm. Tadi Zu call. Dia minta abang bawa Adam ke rumah dia. Anak dia nak sangat jumpa Adam. Lepas habis majlis tu, abang jemput Adam dari rumah Zu. Boleh tak?”
   “Ikut suka abanglah.”
   Nadia mendengar Ehsan menguap.
   “Penat ke?” tanya Nadia.
   “Hmm. Banyak kerja. Abang ada kerja luar. Assalammualaikum.”
   Selepas talian dimatikan, tanpa diduga fikirannya melayang memikirkan Firdaus.Business card milik Firdaus dikeluarkan dari beg duit. Dengan penuh debaran, dia mendail nombor telefon Firdaus.
   Lama dia menunggu panggilan diangkat.
   “Hello,” tegas suara Firdaus.
   Nadia menelan liur.
   “Hello, Encik Firdaus?” Nadia memberanikan diri.
   “Nadia?” suara Firdaus lebih lembut dari tadi.
   “Nadia, awak ke?” Firdaus bertanya lagi.
   “Hmm. Saya mengganggu Encik Firdaus ke?”
   “Taklah. Tengah drive ni.”
   “Nanti saya call balik.”
   “It’s okay, Nadia. Awak call saya…ada hal apa?”
   Nadia mengetap bibir.
   “Hari ni…saya…hhmmm..boleh Encik Firdaus hantar saya balik?”
   Pada masa yang sama, Firdaus yang sedang memandu tersenyum lebar. Dia menjerit dalam hati. Gembira sekali apabila Nadia meminta pertolongannya.
   “Of course..of course, Nadia. Awak balik pukul 5.30 petang kan?”
   “Ha’ah. Saya menyusahkan Encik Firdaus ke?”
   “Taklah. Mana ada. Dah lama saya tunggu awak minta saya hantarkan awak balik.”
   Firdaus ketawa kecil.
   “So, I’ll see you then.”
   Talian dimatikan.
   Ada senyuman kecil pada bibir Nadia. Begitu juga dengan Firdaus.



  
















16

Beberapa jambangan bunga diletakkan atas meja di bilik pejabat Fazura. Buat seketika Fazura terpinga. Ligat otaknya memikirkan siapakah gerangan pengirim jambangan bunga tersebut. Tiada kad. Tiada nota.
   Persoalan Fazura terlerai akhirnya dengan sebuah panggilan telefon.
   “I harap you sukakan bunga yang I hantar,” ujar Badri.
   “Oh, you yang hantar sebenarnya?” sinis suara Fazura.
   “Kenapa? You ingat siapa? Zura, you dah ada pengganti I ke?”
   Fazura ketawa sinis.
   “You tak ada hak nak tanya semua tu. Kalau I ada boyfriend sekalipun, itu hak I.”
   “Please, Zura. Beri I peluang. I masih sayangkan you.”
   “Correction. You don’t love me. You love my money. My money.”
   Badri mengeluh.
   “Percayalah sayang. I tahu I bersalah pada you. I khianati you dan ada affair dengan Leeya. Tapi I boleh tinggalkan Leeya…kalau you nak.”
   “Enough, Bad!” nada suara Fazura semakin tinggi.
   “Tolong jangan ganggu I lagi boleh tak? Antara kita berdua dah putus. You betrayed me! Go to hell, Bad!”
   Fazura mencampak telefon bimbitnya atas meja. Dia mendengus kasar. Dadanya berombak. Sakit hati dengan Badri yang masih tidak faham-faham bahawa dia terlalu membenci lelaki itu.

   Sesekali Firdaus mengerling Nadia yang berada di sisinya. Wanita itu hanya berdiam diri sejak Firdaus menjemputnya dari klinik.
   Firdaus berdehem.
   Nadia menoleh.
   “Senyap je. Kenapa?”
   Nadia menggeleng.
   “Tak ada apa.”
   “Malu dengan saya?”
   Hanya senyuman kecil daripada Nadia menjadi jawapan kepada pertanyaan Firdaus.
   “Janganlah malu dengan saya. Kita kan kawan.”
   Pantas Nadia memandang Firdaus. Lelaki itu turut memandangnya seketika.
   “Awak tak sudi kawan dengan saya?” tanya Firdaus.
   Nadia menelan liur. Tekaknya perit. Tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Firdaus. Lelaki itu sedang mengharapkan jawapannya.
   “Saya…saya..”
   “atau saya tak layak jadi kawan awak?” Firdaus mencelah.
   Nadia pantas menggeleng.
   “Bukan macam tu, Encik Firdaus.”
   “So, we’re friends?”
   Lambat-lambat Nadia mengangguk.
   Firdaus ketawa gembira.
   “Sebagai kawan, saya ada satu permintaan.”
   “Hah?”
   “Panggil saya Fir. Jangan panggil saya Encik Firdaus lagi okey? It’s too formal.”
   Nadia mengangguk setuju.

   Wani melihat Fazura berjalan keluar dari lif. Dia segera menghampiri Fazura dari belakang dan sengaja melanggar bahu Fazura.
   “Ah!” Fazura mengaduh sakit.
   “Ops. Sorry!” Wajah Wani langsung tidak menggambarkan keikhlasannya.
   Merah wajah Fazura menahan marah.
   Wani cuba melangkah pergi tetapi Fazura lebih pantas memaut kasar lengannya. Fazura menarik Wani ke tempat yang agak tersorok.
   “Aku tahu kau sengaja langgar aku, kan?” duga Fazura.
   “Eh, mana ada. Cik Zura ni tak baik tuduh-tuduh saya tau. Lagipun, manalah saya berani nak langgar Cik Zura. You’re my boss.”
   Wani tersengih.
   “Sekali lagi kau cari pasal dengan aku, aku akan pastikan kau takkan lama bekerja di sini. Ingat tu.”
   “Whatever.”
   Fazura menjeling tajam ke arah Wani sebelum melangkah pergi dengan perasaan marah. Dia tahu Wani sengaja cari masalah dengannya. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk memecat Wani sekiranya Wani masih cuba mencari masalah dengannya.
   “Zura!” seorang wanita bertudung yang berusia dalam lingkungan 30-an memanggil Fazura. Di sebelahnya ialah dua orang anaknya yang masing-masing lelaki dan perempuan.
   “Kak Ayu!” Fazura berlari-lari anak mendapatkan wanita bernama Idayu itu.
   Fazura dan Idayu saling berlaga pipi dan berpelukan. Anak-anak Idayu turut bersalaman dengan Fazura.
   Idayu merupakan kakak angkat Fazura yang menetap di Singapura. Sudah hampir setahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir ialah sewaktu Fazura bercuti di Singapura dan menetap bersama Idayu sekeluarga selama dua minggu.
   “What are you doing here?” tanya Fazura. Ceria.
   “It’s a school holiday in Singapore. Budak-budak ni nak sangat bercuti di KL.”
   “Kenapa tak call Zura dulu?”
   “Saja nak buat surprise.”
   “Mana Abang Awal?”
   “Dia tengah uruskan billik hotel. Tu dia,” Idayu menjuih bibir ke arah suaminya yang sedang berkata sesuatu dengan receptionist hotel.
   “Tunggu kejap,” ujar Fazura. Dia menghampiri Awal dan bersalaman dengan lelaki itu.
   “He’s my guest. All on me,” ujar Fazura kepada receptionist itu.
   “It’s okay, Zura. Abang boleh....”
   “No. You’re my guest. Biar Zura yang uruskan semua. Abang dan family abang cuma rileks dan goyang kaki je and enjoy your holidays. Okey?”
   Awal sudah putus kata. Tidak mahu membantah. Dia kenal dengan perangai Fazura. Jika hitam katanya, maka hitamlah. Dan sebaliknya.

   Selesai menunakan solat Isya’, Firdaus terus menghempaskan badannya atas katil. Badannya terasa penat. Namun senyuman masih bisa terukir pada bibirnya. Wajah Nadia seringkali bermain di ruangan mindanya.
   Dicapai telefon bimbitnya di meja sisi katil. Lalu dia mendail nombor telefon bimbit Nadia. Buat seketika hatinya berdebar menungu panggilannya dijawab.
   “Assalammualaikum,” lembut suara Nadia menjawab panggilan.
   Firdaus mengukir senyum.
   “Hai. Kenal saya?”
   “Encik Firdaus?”
   “Fir..call me Fir.”
   “Hmm..Fir. Kenapa call saya?”
   “Saja. Sebenarnya saya nak tanya awak sesuatu.”
   “Apa dia?”
   Firdaus berdehem.
   “Esok..esok awak free tak?” Firdaus menggagahkan diri untuk bertanya.
   Nadia menelan liur. Mata dipejam. Dada berombak kencang.
   “Nadia, awak dengar tak?”
   “Saya dengar.”
   “So?”
   “Hmm. Rasanya saya tak free. Kenapa?”
   “Oh yeke? Ingatkan nak ajak awak keluar. Tak apalah kalau macam tu. Maaf mengganggu.”
   “Tak apa.”
   “Good night.”
   Sebaik talian diputuskan, Firdaus mengeluh kecewa. Harapannya supaya Nadia bisa keluar bersamanya hanya tinggal harapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

syira destroyer said...

nadia,whats wrong with u??

Post a Comment