Hadirmu Menyemai Cinta - Part 1

i...berjumpe lagi..sedikit info..novel ni ku tulis during my first sem in college..it took me around 3 months to complete it...so mcm biasa, watak2 dlm imaginasi ku adalah seperti berikut :

Fazura - Scha Al-Yahya
Ehsan - Fahrin Ahmad

Fairuz - Zulhuzaimy

Faiza -  Dynas Mokhtar

Firdaus - Zed Zaidi


Azlin - Rita Rudaini

Datin Rosmah - Dian P Ramlee

Datuk Ahmad Fauzi - Jalaluddin Hassan
Badri - Iqram Dinzly

1

Sebuah ciuman singgah di pipi gebu Fazura. Fazura senyum manja sambil tangannya melingkari pinggang kekasih hati, Badri. Malam itu sudah melewati tengah malam sewaktu mereka berdua bersama beberapa teman yang lain bersuka ria di sebuah pub terkenal di ibu kota.
   “Minum?” pelawa Badri.
   “Coke, please.” Balas Fazura. Walaupun kehidupannya agak sosial, namun tidak pernah sekali pun Fazura meneguk air yang haram di sisi agama. Berkali-kali dipujuk oleh Badri dan teman-temannya untuk mencuba air haram yang dikatakan ‘superb’ itu, tetapi Fazura masih tetap dengan pendiriannya. Sampai Badri dan teman-temannya sudah mengalah dengan kedegilan Fazura.
   “Dengar cerita Ella dengan Zoey dah nak kahwin minggu depan,” ujar Sherry sambil menghembus asap rokok yang dihisapnya.
   “Nak buat macam mana. Ella dah boyot!” Kamal ketawa besar diikuti Badri. Teman-teman yang lain ketawa kecil. Fazura pula hanya melempar senyuman hambar. Dia kecewa dengan rakan baiknya Ella yang sanggup menggadaikan tubuh kepada lelaki yang bukan suaminya. Sedangkan Fazura telah berjanji pada diri sendiri bahawa hanya suaminya yang layak menikmati tubuhnya di kamar.
  
   Alamak! Aku dah lambat! Habislah papa marahkan aku lagi nanti. Omel Fazura dalam hati. Segera dia mencapai tuala mandi sebaik melihatkan jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Apa tidaknya, pukul 2 pagi semalam barulah dia pulang ke rumah dan terus terlena sehingga tidak sedar telah melewati waktu bekerjanya.
   Hanya dengan mengenakan kemeja biru lembut beserta skirt putih, gadis tinggi lampai yang memiliki rambut ala wavy itu kelihatan begitu sophisticated bak kata orang putih. Dia berlari-lari anak menuruni anak tangga dan kelihatan Datin Rosmah sedang membaca majalah di ruang tamu. Fazura mengetap bibir. Aduh, mama mesti membebel ni. Apa aku nak jawab ni?
   Wangian Estee Lauder beraroma lembut milik Fazura menusuk hidung Datin Rosmah. Datin Rosmah berdehem. Fazura tersentak.
   “Awal bangun pagi ni,” perli Datin Rosmah sambil matanya tidak lepas dari menatap majalah ‘Wanita’ yang dipegangnya.
   Fazura menggenggam erat kedua belah tangannya sambil menapak ke arah Datin Rosmah. Dia mengambil tempat di sisi mamanya.
   “Mama, Zura pergi hotel dulu ya?”
   “Aik? Awalnya nak pergi hotel. Sarapanlah dulu. Banyak masa lagi, kan? Pukul 5 petang nanti barulah pergi hotel.”
   “Janganlah perli Zura macam tu. Zura tahu Zura salah sebab bangun lambat.”
   “Setiap hari mama dengar Zura minta maaf tapi tak pernah nak berubah. Mama dah naik bosan dengar alasan Zura, tahu tak?”
   “Apa yang susah sangat nak bangun pagi? Solat Subuh pun selalu tinggal, belum lagi solat lain. Zura dah besar, bukan anak kecil lagi yang mama kena marah setiap hari.”
   Fazura menundukkan wajah. Dia mengerling jam tangannya. Sudah hampir pukul 10.45 pagi. Mama ni membebel pulak. Aku dah lambat sangat ni. Fazura berdecit.
   “Hah, mulalah tu. Bila mama cakap sikit, berdecit mulut tu.” Datin Rosmah tidak puas hati dengan kelakuan anak keempat daripada lima beradik itu.
   “Mama, Zura dah lambat ni. Nanti lepas Zura balik kerja, mama sambung balik apa yang mama nak cakap tu okey?”
   “Bye, mama!” Fazura bergegas mendapatkan Toyota Camry miliknya sebelum memecut laju menuju Luxurious Inn.

   Luxurious Inn, sebuah hotel milik Datuk Ahmad Fauzi yang berdiri megah selama sepuluh tahun hasil kegigihan Datuk Ahmad Fauzi sendiri. Dan kini, dia mampu bernafas lega kerana tiga daripada lima orang anaknya sanggup berganding bahu dengannya dalam memajukan lagi Luxurious Inn di dalam dan luar negara.
   Perkahwinan antara Datuk Ahmad Fauzi dengan Datin Rosmah yang bertahan selama lebih 35 tahun itu telah dikurniakan lima orang anak. Anak pertama mereka Ahmad Fairuz merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Luxurious Inn manakala anak kedua, Nurul Faiza bertugas sebagai seorang doktor dan mempunyai klinik sendiri. Anak ketiga Datuk Ahmad Fauzi dan Datin Rosmah iaitu Ahmad Firdaus berperanan sebagai Pengurus Besar dibantu Nurul Fazura sebagai Pengurus di bahagian Pengurusan Acara dan Majlis. Dan anak bongsu pasangan tersebut, Nurul Farhana sedang menuntut di University of New South WalesAustralia.
   Sebagai Pengarah Luxurious Inn, Datuk Ahmad Fauzi lebih banyak menghabiskan masa di kamar pejabatnya. Sesekali dia akan membuat pemeriksaan di setiap tingkat Luxurious Inn sambil dibantu oleh Fairuz seperti pagi itu.
   Datuk Ahmad Fauzi bersama Fairuz berada di lobi Luxurious Inn pagi itu. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang sibuk menghias Ballroom yang berada di lobi bangunan sempena majlis perkahwinan anak perempuan kepada seorang VIP. Sebagai Pengurus bahagian Pengurusan Acara dan Majlis, Fazura merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran majlis yang akan diadakan malam esok.
   “Assalammualaikum, Datuk, Encik Fairuz,” sapa seorang pekerja yang sedang menyusun meja apabila melihat kelibat Datuk Ahmad Fauzi dan Fairuz melangkah masuk ke Ballroom. Datuk Ahmad Fauzi dan Fairuz membalas salam pekerja tersebut dengan senyuman.
   “Mana Cik Fazura?” tanya Fairuz.
   “Tak tahu,” pekerja tadi menjongketkan bahunya. “Dari tadi saya tak nampak Cik Fazura.”
   Fairuz dan papanya berpandangan seketika.

   Fazura melangkah laju menuju ke Ballroom. Tetapi malang tidak berbau. Salah seorang pekerjanya yang melangkah keluar dari Ballroom secara tidak sengaja telah melanggar bahu Fazura.
   “Apa ni? Tak nampak ke?” jerkah Fazura.
   “Saya minta maaf, Cik Fazura.” Pekerja tadi menundukkan wajahnya.
   “Jalan guna matalah!”
   “Apa yang bising-bising kat luar tu?” tanya Datuk Ahmad Fauzi apabila mendengar bunyi jeritan di luar. Dia dan Fairuz segera melihat apa yang berlaku di luar Ballroom. Kelihatan kelibat Fazura sedang memarahi salah seorang pekerja hotel.
   “Zura!” panggil Daruk Ahmad Fauzi dengan nada tegas. Fazura tersentak. Melihatkan wajah papa dan abang sulungnya yang berada di hadapannya, dada Fazura berombak kencang.

   Fazura mengetap bibir. Kini, dia berhadapan dengan Datuk Ahmad Fauzi dan Fairuz di bilik pejabat papanya. Melihatkan kejadian di lobi hotel sebentar tadi, Datuk Ahmad Fauzi dengan tegas mengarahkan Fazura mengikutnya ke bilik pejabatnya yang terletak di tingkat satu.
   “Perangai Zura dah makin teruk papa tengok!” marah Datuk Ahmad Fauzi.
   “Datang kerja lambat, sedangkan Zura tahu kan yang persiapan untuk majlis perkahwinan anak Tan Sri Rashdan masih belum complete? Zura yang bertanggungjawab dalam persiapan majlis tu, Zura tahu kan?”
   Fazura mengangguk perlahan. Dia mengetap bibir.
   “Along nak ingatkan Zura supaya jaga hubungan baik dengan pekerja. Along selalu perhatikan Zura selama ni. Bila bercakap dengan pekerja nada suara tu punyalah tinggi. Sampai pekerja pun takutkan Zura,” tambah Fairuz.
   “Be professional, Zura. Stop being arrogant.”
   Stop being arrogant? Salah ke aku berlaku sombong dengan pekerja? Itu semua perkara biasa. Antara majikan dengan pekerja, ada jurang yang besar memisahkan hubungan kami. Apatah lagi aku merupakan anak kepada pemilik hotel yang kaya-raya jadi memang wajar aku berkelakuan sombong. Ah, along pandai cakap je. Padahal dia pun tegas jugak dengan pekerja.
   “Papa beri Zura masa selama enam bulan untuk memperbaiki kelemahan Zura. Papa tak mahu Zura lambat masuk kerja dan papa mahu Zura lebih bertanggungjawab.”
   “Lagi satu macam yang along katakan tadi, papa mahu Zura jaga hubungan baik dengan pekerja. Tak salah kalau nak berlaku tegas dengan pekerja, tapi perlu kena pada tempatnya. Only six months I’m giving you, Zura. Kalau Zura gagal memperbaiki diri Zura dalam tempoh enam bulan, papa minta maaf. You have to look for other jobs.”
   Kata-kata terakhir papanya tadi membuat Fazura terpaku. Cari kerja lain? Maknanya, jika aku gagal melakukan perubahan pada diriku, aku harus meninggalkan Luxurious Inn? Getus hati kecil Fazura.




2

Tak guna! Sanggup papa ugut untuk lucutkan jawatan aku kalau aku tak berubah sikap? Ah! Tak masuk akal langsung alasan papa. Bukannya teruk sangat pun sikap aku ni. Setakat lambat masuk kerja, berlambak lagi orang di luar sana yang berbuat sedemikian. Gelas yang berada di tangannya digenggam erat. Menggambarkan betapa sakitnya hati Fazura dengan ugutan papa dan abangnya, Fairuz.
   “Pecah gelas tu nanti, you kena bayar ganti rugi,” suara Badri mengusir lamunan Fazura.
   “I boleh bayarlah. Bukan setakat gelas ni je, pub ni pun I boleh beli okey!”
   Badri ketawa.
   “Wow, marah nampak. Rilekslah sayang. Janganlah tension.” Badri memeluk pinggang Fazura.
   “Let’s dance?” pelawa Badri.
   “I tak ada mood.” Balas Fazura sambil melepaskan pelukan Badri di pinggangnya.
   “Okey, okey. Kalau you tak nak menari, tak apalah. I’ll dance with someone else.”
   “Don’t you dare!”
   Fazura menatap tajam anak mata Badri. Wajahnya yang serius berubah tenang. Dia menarik tangan Badri kemudian diletakkan di pinggangnya.
   “I takkan lepaskan you pada perempuan lain.”
   “Me too, sayang.”
   Fazura menghadiahkan ciuman pada pipi Badri. Sungguh, dia begitu menyintai Badri. Dua tahun bersama Badri, Fazura begitu senang dengan sikap Badri yang begitu romantik dan pandai memujuk. Mana mungkin dia sanggup melepaskan Badri ke tangan perempuan lain.

   Datin Rosmah ditemani menantu sulungnya, Azlin melawat Luxurious Inn pagi itu. Di lobi bangunan, kelihatan Firdaus sedang berbincang sesuatu dengan Fairuz. Wajah kedua mereka kelihatan serius. Di bahagian kiri menempatkan dua buah ballroom yang mana masing-masing mampu menampung lebih kurang 500 tetamu pada satu masa, gymnasium dan sebuah dewan yang mampu menempatkan hampir 200 tetamu pada satu masa. Manakala di bahagian kanan pula menempatkan dua buah restoran makanan melayu dan makanan barat serta sebuah cafĂ©.
   “Mama,” Firdaus yang perasan akan kehadiran mama dan kakak iparnya, menghampiri mereka berdua. Fairuz menuruti langkah adik lelakinya itu.
   “Lin tak beritahu abang pun yang Lin nak datang dengan mama pagi ni,” ujar Fairuz kepada isterinya.
   “Mama tiba-tiba ajak tadi. Tak rancang pun,” balas Azlin.
   “Saja je mama ajak Lin temankan mama ke sini. Hmm, mama nak tengok Zura.” Ujar Datin Rosmah pula.
   “Nak tengok ke nak check?” duga Firdaus.
   Datin Rosmah ketawa kecil. “Mama risaukan Zura. Malam tadi papa ada beritahu mama yang dia cuma beri Zura masa enam bulan je untuk berubah. Kalau tak, Zura tak boleh bekerja di sini lagi.”
   “Mungkin apa yang papa kata tu betul, mama. Ini untuk kebaikan Zura jugak. She has to grow up.” Ujar Fairuz.
   Datin Rosmah mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh anak sulungnya tadi.
   “By the way, mama dengan Kak Long dah breakfast?” tanya Firdaus.
   “Belum lagi,” jawan Azlin.
   “Apa kata Lin dengan mama breakfast di restoran dulu. Abang dengan Fir ada meeting sekarang.”
   “Okay, you go ahead.”
   Sebaik Fairuz dan Firdaus berlalu meninggalkan Datin Rosmah dan Azlin, bahu Datin Rosmah dicuit perlahan. Lambat-lambat Datin Rosmah menoleh. Kelihatan seorang wanita seusianya yang kelihatan anggun berbaju kurung sutera tersenyum padanya.
   “Puan Sri,” ujar Datin Rosmah sambil berlaga pipi dengan wanita yang dikenali sebagai Puan Sri Norlida itu. Azlin turut bersalaman dengan isteri Tan Sri Rashdan itu.
   “How are you?” tanya Datin Rosmah.
   “Alhamdulillah, I’m doing great.”
   “Yalah. Orang dah bermenantu sulung, kan?”
   Puan Sri Norlida ketawa. Suka benar hatinya apabila anak sulungnya telah selamat dinikahkan dengan seorang pemuda yang begitu baik dan sesuai dengan anaknya itu beberapa hari lepas. Dan malam ini, majlis persandingan gilang-gemilang akan diadakan di Ballroom of Luxurious Inn.
   “I suka hasil kerja Zura,” puji Puan Sri Norlida mengenai hasil keativiti Fazura dalam membuat persiapan untuk majlis persandingan anak sulungnya.
   “I temankan anak dan menantu I untuk check segala persiapan untuk malam ni. And we’re so amazed. The theme, the color are just too nice! Anak I suka betul dengan decorations ballroom ala taman bunga yang Zura hias. Dia memang dah lama impikan decorations macam tu.”
   Datin Rosmah mula senyum lebar. Bangga betul dia apabila hasil kerja anak perempuannya itu dipuji oleh golongan yang berkedudukan seperti Puan Sri Norlida. Bukan calang-calang orang yang memuji anaknya. Dan buat seketika, Datin Rosmah berdoa dalam hati agar Fazura akan berubah sikap selepas diberi amaran oleh suaminya.

   Fazura melangkah masuk ke Restoran Sri Tradisional yang terdapat di lobi hotel. Kelihatan mamanya sedang menikmati sarapan pagi bersama kakak iparnya. Fazura menghampiri dengan senyuman. Dia gembira. Sebentar tadi Puan Sri Norlida serta anak dan menantunya memuji hasil kerjanya. Bukan main gembira lagi hati Fazura.
   “Mama, Kak Long,” sapa Fazura. Dia mengambil tempat di antara mama dan kakak iparnya itu. Pagi itu dia lebih senang mengenakan blaus merah hati lengan pendek beserta seluar slack warna krim.
   Tidak sampai seminit, seorang pelayan berbangsa cina menghampiri meja dan meminta pesanan Fazura.
   “Give me a cup of tea, please. And please tell Chef Imran to come here to see me,” pinta Fazura.
   “Nak buat apa jumpa Chef Imran?” tanya Azlin sebaik pelayan tadi meninggalkan mereka.
   “Nak bincang tentang menu untuk malam nanti. Aunty Norlida nak buat perubahan sikit pada menu,” jelas Fazura.
   “Tadi Aunty Norlida jumpa mama,” ujar Datin Rosmah.
   “Dia puji kerja Zura. Dia happy betul.”
   “Ya ke, mama?” Fazura berpura-pura tidak tahu. Padahal tadi Puan Sri Norlida sendiri memuji kerjanya di hadapannya. Hah, baru tahu hebat ke tak hebat penangan aku ni. Fazura mula perasan.
   “Macam nilah yang mama, papa dan semua orang nak tengok. Zura kena serius dalam kerja, kena berdisiplin. Bila kita beri 100% komitmen dalam kerja, orang akan puji dan puas hati dengan hasil kerja kita.” Nasihat Datin Rosmah.
   “Excuse me,” Chef Imran menghantar pesanan Fazura tadi.
   “Thanks.” Ucap Fazura seraya menghirup teh yang masih panas.
   “Dengarnya, Cik Zura nak jumpa saya.”
   Fazura mengangguk. “Tentang majlis malam ni.”
   “Ada apa-apa masalah ke?”
   “Tentang menu. Puan Sri Norlida nak buat perubahan sikit.” Fazura menyerahkan sehelai kertas kepada Chef Imran.
   Serius wajah Chef Imran membaca apa yang ditulis dalam kertas tersebut.
   “Any problems?” tegas pertanyaan Fazura.
   “Kebanyakan bahan yang diperlukan dalam menu baru ni tak cukup untuk semua tetamu malam ni, Cik Fazura. Kita tak cukup bahan. Sepatutnya sebarang perubahan menu perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum majlis berlangsung. Itu dah tertulis dalam polisi Luxurious Inn.”
   “Dalam masa kurang daripada 12 jam yang kita ada sekarang, it’s impossible for me to make it.”
   Riak wajah Fazura berubah tegang. Panas telinganya mendengar alasan daripada Chef Imran. Datin Rosmah dan Azlin sekadar menjadi pemerhati perbincangan Fazura dengan Chef Imran.
   “I don’t want to hear excuses. You’re a professional, then you should know better how to fix the problem,” ujar Fazura.
   “Zura,” Datin Rosmah cuba mengingatkan Fazura tentang sikapnya yang agak kasar dengan Chef Imran.
   “Mama, let me finish. Chef Imran, I dah janji dengan Puan Sri Norlida. By hook or by crook, you kena buat menu yang baru tu. Bukannya susah sangat pun, cuma dua menu je yang dibatalkan and just replace them with another two.”
   “Tapi Cik Zura…”
   “Get back to your work.” Pantas Fazura mencelah kata-kata Chef Imran. Chef Imran hanya mampu menurut arahan majikannya itu.
   “Don’t say a word,” ujar Fazura kepada mamanya yang seakan ingin membuka mulut. Fazura tahu mamanya ingin menegur sikapnya. Ah, peduli apa. Sebagai pekerja, Chef Imran patut menurut arahannya. Apalah susah sangat nak buat kerja. Fazura mendengus kasar.

3

Seisi keluarga Datuk Ahmad Fauzi diundang ke majlis persandingan anak sulung kepada Tan Sri Rashdan dan Puan Sri Norlida yang berlangsung di Ballroom of Luxurious Inn malam itu. Selain mereka sekeluarga, hampir 250 tetamu lain turut memeriahkan majlis.
   Malam itu Fazura tampil jelita menggayakan sepasang kebaya moden berwarna jingga. Rambutnya pula disanggul kemas. Fazura melihat sekeliling ballroom. Cantik. Aku memang berbakat. Sangat berbakat. Tak sia-sia aku memegang ijazah dalam ‘Event Management’. Fazura memuji diri sendiri. Bertambah banga apabila dia sedar dirinya diperhatikan oleh para jejaka yang turut berada di majlis tersebut. Turut tidak ketinggalan mencuri pandang wanita tinggi lampai dan berkulit cerah itu ialah golongan VIP yang pantang melihat wanita berdahi licin. Apatah lagi jika wanita itu secantik Fazura.
   Selesai menikmati hidangan, Fazura berjumpa dengan Chef Imran yang bertanggungjawab sebagai ketua catering bagi majlis tersebut.
   “You did a good job,” puji Fazura apabila Chef Imran menyediakan hidangan yang dipinta oleh Puan Sri Norlida.
   “Thanks,” balas Chef Imran. Ringkas.
   “It wasn’t so hard was it? Lain kali jangan beri alasan sebelum buat sesuatu kerja.”
   “Saya minta maaf, Cik Zura.”
   “Hmm,” ringkas respons Fazura sambil berlalu pergi untuk kembali semula ke meja yang menempatkan ahli keluarganya.

   Badri menghembus keluar asap rokok dari mulutnya. Bengang. Marah. Itu yang dirasakan saat itu. Sudah dua hari berturut-turut Fazura menolak untuk keluar bersamanya. Sedangkan sebelum ini, tidak sah kalau mereka tidak bersama walaupun sehari. Semua ini gara-gara kerana amaran Datuk Ahmad Fauzi terhadap Fazura. Argh! Orang tua tu memang sengaja nak pisahkan Fazura daripada aku!
   Badri masih ingat kali pertama dia dan Fazura bertemu. Di Starbucks, Suria KLCC. Ya, itulah tempat pertemuan pertama mereka. Waktu itu Fazura bersama rakannya, Ella dan Hani. Kebetulan kekasih Hani, Fiqri ialah rakan Badri.
   “Zura, ni kawan aku. Badri,” Fiqri memperkenalkan Badri kepada Fazura. Melihat Fazura buat pertama kali, Badri sudah jatuh hati. Lebih-lebih lagi apabila Fiqri pernah menceritakan serba-sedikit mengenai latar belakang keluarga Fazura. Mana mungkin dia akan melepaskan wanita secantik dan sekaya Fazura.
   Tetapi sejak belakagan ini, Badri mulai bosan setiap kali bersama Fazura. Wanita itu sentiasa mempunyai masalah sampai dia pun turut terkena tempiasnya.
   “Bad, kenapa ni? Macam marah je,” gadis yang sedari tadi menemani Badri di bilik tidurnya mengganggu lamunan Badri yang asyik memikirkan masalhnya dengan Fazura.
   “Eh, mana ada I marah,” Badri mengusap lembut pipi gadis bernama Leeya itu.
   “Betul ni?”
   “Betul, sayang. Hmm, kita sambung tidur?”
   Badri mengucup lembut pipi Leeya sebelum kedua mereka hanyut dalam kehangatanasmara untuk melepaskan nafsu masing-masing. Bersama Fazura, Badri dilimpahi dengan kemewahan. Dan Leeya sentiasa dicari untuk melepaskan nafsu lelakinya.

   “Good morning,” ucap Fazura pagi itu sewaktu menyertai ahli keluarganya menikmati sarapan pagi.
   “Zura, ingat. Pagi ni kita ada meeting. Kau jangan pergi mana-mana pulak,” pesan Firdaus, mengingatkan adiknya.
   Fazura tersentak. Mesyuarat? Pagi ini? Alamak, aku dah janji nak jumpa Badri. Dah berapa hari aku tak dapat jumpa dia! Kenapa aku tak ingat langsung yang hari ini ada mesyuarat? Fazura mengetuk dahi menggunakan sudu yang berada di tangannya tanpa menyedari semua mata tertumpu padanya.
   “Kenapa pulak ni?” tanya Firdaus.
   “Dia ada hal lainlah tu,” duga Fairuz, ketawa sinis.
   Fazura menjeling tajam abang sulungnya itu.
   “Jangan nak buat hal. Mesyuarat hari ni penting dan papa mahu semua anak papa hadir di mesyuarat tu nanti.” Tegas Datuk Ahmad Fauzi.
   “Terutamanya Zura.”
   Fazura menelan liur apabila Datuk Ahmad Fauzi merenungnya tajam. Seakan memberi amaran. Fazura mengetap bibir.
   “Err..meeting tu pukul berapa, papa?” tanya Fazura.
   “Aik? Takkan tak tahu pulak?” sinis pertanyaan Datuk Ahmad Fauzi.
   “Berapa kali Alang nak ingatkan Zura ni?” sampuk Firdaus.
   “Pukul 11 pagi. Remember it!”
   Fazura mengangguk perlahan.
   “Hmm..Zura masuk kerja pukul 11 boleh? Nanti Zura terus pergi meeting.”
   “Zura?” Datin Rosmah memandang anak perempuannya dengan pandangan penuh makna.
   “Kau nak jumpa si Badri tu ke?” tegas pertanyaan Fairuz.
   “Along tak suka kau kawan dengan Badri tu. Kerja pun tidak. Budak tak ada masa depan tu jugak kau pilih.”
   “Apa ni Along?” bentak Fazura.
   “Hah, nak menangkan budak tu? Nak melawan cakap Along?”
   “Abang,” Azlin menenangkan suaminya.
   “Kalau tak boleh cakap jelah tak boleh. Tak payahlah nak bersyarah nak memburukkan Badri!” Fazura mula naik angin. Dia bingkas bangun dan menuju ke keretanya untuk terus ke Luxurious Inn. Panas hatinya jika duduk lebih lama dengan keluarganya.
   Fairuz mendengus. Begitu juga dengan Datuk Ahmad Fauzi. Firdaus pula hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kelakuan adiknya. Sikap panas baran Fazura semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.

   “Hello. Leeya,” ujar Fazura sewaktu menghubungi telefon bimbit rakannya itu.
   “Zura? Hmm, ada apa ni?” tanya Leeya dengan riak wajah penuh benci. Malas betul nak layan perempuan ni.
   “Leeya, boleh kau datang hotel aku? Aku nak jumpa kau.”
   “Jumpa aku? Kenapa?”
   “Aku tengah sakit hati sangat ni. I need someone to talk to.”
   Leeya menggigit lidahnya. Sakit. Dia betul-betul bencikan Fazura. Meluat. Tapi dia harus bersikap talam dua muka untuk menjaga rahsia hubungan sulitnya dengan Badri. Belum masanya untuk Fazura tahu mengenai hubungan tersebut.
   “Hmm..aku bukannya tak nak jumpa kau. Tapi aku ada hal penting nak diuruskan.”
   “Kau saja bagi alasan eh?” Fazura mula panas hati.
   “Eh, mana ada. Aku kat bank ni. Tak boleh cakap lama. Nanti aku call balik okey?Bye.” Leeya pantas mematikan talian. Dia ketawa besar.
   “Padan muka kau. Ingat aku ada masa nak layan angin monsoon kau tu? Boleh jalanlah!”
   Fazura menggenggam erat telefon bimbitnya. Geram. Senang-senang je Leeya boleh matikan talian? Kat bank konon. Padahal bukan main bising lagi aku dengar dalam telefon. Memang nak kena dengan aku. Dahlah hati aku tengah panas, perempuan tu panaskan lagi hati aku ni! Argh. Bengang betul! Bentak Fazura.
   “Siapa call?” tanya Badri. Dia menemani Leeya membeli-belah di Mid Valley.
   “Your girlfriend,” jujur Leeya.
   Badri terkejut.
   “Dia tahu ke I dengan you?” tanya Badri.
   “Tak. You ingat I bodoh ke nak beritahu dia? Belum masanya lagi.”
   “So, dia nak apa?”
   “Macam biasalah,” Leeya ketawa sinis.
   “Leeya, aku tengah sakit hati ni.” Leeya mengajuk kata-kata Fazura. Badri turut ketawa.
   “Tak habis-habis dengan panas baran dia tu.” Ujar Badri.
   “Sayang, I tak tahulah macam mana you boleh tahan dengan sikap panas baran dia tu. Dua tahun pulak tu. Bukan main lama lagi.”
   “Duit.” Badri ketawa.
   “Dia beri I kemewahan. I bertahan demi kesenangan you jugak. Kalau tak, you takkan dapat shopping macam ni. Kan?”
   Leeya mencuit pipi Badri.
   “Sebab tu I sayang you, Bad.”
   “I know.”



4

Sherry, rakan Fazura setia menunggu Fazura di lobi Luxurious Inn. Dengan mengenakan skirt pendek beserta baju tanpa lengan, Sherry mencuri tumpuan kebanyakan pekerja dan tetamu hotel.
   “Hai, darling,” Fazura berlaga pipi dengan Sherry.
   “Thanks for coming. Sorry lambat turun, ada hal sikit.”
   “Tak apalah. So, ada apa kau nak jumpa aku ni?”
   “Jom kita ke cafĂ©. Aku belanja kau.”
   Sherry ketawa.
   “Hey, of course your treat. Kalau kau tak belanja aku, nampak sangat kau ni Hajah Bakhil.”
   “Yalah, yalah. Jom.” Fazura berjalan beriringan dengan Sherry ke cafĂ© hotel. Sempat dia mengerling jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Setengah jam lagi mesyuarat akan bermula. Fazura tersenyum penuh makna.
   Fazura menghirup Hot Chocolate sambil diperhatikan Sherry.
   “Enam bulan? Maknanya kalau kau gagal kau kena cari kerja lain?” Sherry terkejut.
   “Macam tulah. But you know what? I don’t care at all. Aku boleh buka business sendiri.”
   “Aku boleh jadi event planner, wedding planner and so on.”
   “Yalah, kau kan kaya. Bolehlah nak bukak apa jenis business pun.”
   Fazura mengerling jam tangannya. Tepat pukul 11 pagi. Fazura ketawa kecil. Sengaja dia ingin membalas dendam terhadap abang-abang dan papanya. Dia akan lambat menghadiri mesyuarat. Padan muka. Korang nak marah ke, nak membebel ke, aku tak peduli. Siapa suruh memburukkan Badri? Siapa suruh aku batalkan temujanji dengan Badri sampai Badri marah.
   Dia menelefon Badri untuk membatalkan temu janji mereka dan Badri terus mematikan talian. Sorry, sayang. Keluh Fazura.

   Sudah hampir sejam mesyuarat berlangsung. Namun kelibat Fazura masih tidak kelihatan. Sehingga selesai mesyuarat, barulah Fazura muncul dengan wajah selamba. Fairuz dan Firdaus merenung tajam adik mereka
   “Follow me,” arah Datuk Ahmad Fauzi.
   “Okay, boss,” balas Fazura dengan senyuman sambil melangkah menuruti papanya. Tetapi Firdaus lebih pantas menarik lengan Fazura. Fairuz hanya memerhati.
   “What’s your problem, Zura?” keras nada Firdaus.
   “I don’t have any.”
   “So, why didn’t you show up at the meeting?”
   “Saje. Malas.” Fazura tersenyum sinis.
   “Kau ni dah melampau, Zura. Kenapa teruk sangat perangai kau ni?!” sampuk Fairuz. Tidak tahan lagi dengan perangai Fazura. Makin dibiarkan, makin menjadi. Fairuz mendengus kasar.
   “Along dengan Alang memang tak puas hati dengan Zura selama ni, kan? Semua yang Zura buat semuanya salah!”
   “Memang salah pun.”
   “Suka hati Zura nak buat apa pun. Nak pergi meeting ke, tak nak pergi ke…it’s all up to me okay!”
   “Ikutkan hati aku…dah lama aku tampar kau, Zura.”
   “Tamparlah!”
   “Dahlah tu, Along. Jangan layan sangat budak ni,” Firdaus cuba menenangkan abangnya.
   “Papa is waiting so, excuse me.” Fazura berlalu ke pejabat papanya.
   Fairuz dan Firdaus mendengus. Bengang.

   “Mana Zura pergi? Kan papa dah ingatkan pagi tadi yang Zura mesti menghadiri mesyuarat tadi!” marah Datuk Ahmad Fauzi.
   “Zura dah tak ingat apa yang papa katakan beberapa hari lepas?”
   Fazura mengeluh kasar.
   “Papa, are you threatening me?” sinis pertanyaan Fazura.
   “I am warning you, Zura.”
   “Zura rasa papa tak adil dengan Zura. Everything I do is all wrong. Tapi kalau anak-anak papa yang lain tu, bukan main baik lagi papa dengan diorang.”
   “Papa tak pernah membezakan kasih sayang terhadap anak-anak papa. Papa sayangkan semuanya. Cuma Zura ni lain sikit.”
   “Lain?”
   “Zura sedar tak yang Zura ni panas baran? Egois? Dari dulu papa didik anak-anak papa supaya sentiasa pandang ke bawah walaupun kita dah berada di atas. Jangan pernah bezakan kedudukan kita dengan orang lain. Tapi Zura….langsung tak dengar cakap papa.”
   “Zura langsung tak hiraukan perasaan orang lain.”
   Fazura mengalihkan pandangan daripada memandang wajah papanya.
   “Zura, tak banyak yang papa minta dari Zura. I’m just asking you to change yourself to a better person.”
   Suasana hening seketika.
   Fazura bangun dari tempat duduknya.
   “Zura nak balik. Tak ada mood nak kerja hari ni.” Ujar Fazura dan terus melulu keluar dari bilik pejabat Datuk Ahmad Fauzi.
   Datuk Ahmad Fauzi memicit dahinya yang terasa sakit. Perangai Fazura yang membuatnya sakit. Bukan saja sakit kepala. Tetapi juga sakit hati.

   Badri memeluk Fazura dari belakang.
   “Bad, kenapa lambat ni?” tanya Fazura. Sudah hampir sejam dia menunggu Badri di Tasik Permaisuri.
   “Sorry. Traffic jam, sayang.”
   “Hmmm.”
   “Kenapa you nak jumpa I?”
   Fazura merenung tajam wajah teman lelakinya.
   “Aik? I nak jumpa boyfriend I pun tak boleh?”
   “Ingatkan you dah lupa yang I ni boyfriend you,” rajuk Badri. Memulakan sandiwaranya.
   “Yalah, orang sibuk bekerja. Manalah nak ingatkan kita ni.”
   Fazura memeluk tubuh Badri. Dia tersenyum kecil.
   “I bukan tak nak jumpa you. Tapi I terpaksa. Ini semua sebab papa dengan abang-abang I!”
   “Hmm. Dah agak dah. Patutlah cancel date pagi tadi.”
   “I’m really sorry. Tapi I janji. Sepanjang hari ni, I akan bersama you. I want to spend my whole day with you, sayang.”
   “Betul ni?”
   “I promise.”
   “Hmm..Tapi dengan satu syarat.”
   Fazura ketawa kecil.
   “I tahu apa syarat you tu. Hmm..you nak apa pulak kali ni?”
   Badri tersengih. Dengan Fazura, segala kemahuannya akan dipenuhi. Dan dia harus pandai menggunakan peluang yang ada di depan mata. Fazura..Fazura…kau ni memang bodoh. Senang betul kau kena tipu dengan aku. Badri ketawa dalam hati.

   Firdaus terjaga dari tidur kira-kira pukul 2 pagi. Sewaktu menuruni anak tangga untuk ke dapur, kelihatan lampu menerangi ruang tamu banglo mewah keluarganya.Firdaus dapat melihat Datin Rosmah sedang duduk di sofa.
   “Mama,” tegur Firdaus.
   Lambat-lambat Datin Rosmah menoleh.
   “Kenapa mama tak tidur lagi? Dah pukul 2 pagi ni. Mama tak sihat?”
   Datin Rosmah menggeleng.
   “Mama risaukan Zura.”
   “Zura?”
   “Dia tak balik lagi, Fir. Mama risaulah. Kalau papa tahu macam mana?”
   Firdaus mengeluh. Dia yang ketika itu hanya berseluar pendek dan mengenakan t-shirt bergegas ke biliknya untuk mengambil kunci Proton Perdana V6 miliknya. Beberapa minit kemudian, dia muncul semula di ruang tamu.
   “Biar Fir pergi cari dia. Mama pergi tidur.”
   “Hati-hati, Fir.”
   Firdaus mengangguk.


5

Fazura melangkah masuk ke banglo mewah keluarganya dengan langkah perlahan. Tidak mahu mengejutkan ahli keluarganya. Kalaulah ahli keluarganya tahu dia pulang ke rumah pada pukul 4 pagi, memang teruk dia dimarah dan dibebel.
   “Ah, penatnya!” sebaik mendaratkan tubuhnya atas katil, Fazura terus terlena.
   Datin Rosmah bangun semula daripada tidur lebih kurang pukul 5.30 pagi. Sempat dia mandi dan menunaikan solat Subuh sebelum mengejut suaminya daripada tidur. Ketika Datuk sedang solat, Datin Rosmah meninjau bilik tidur Fazura.
   Melihatkan Fazura yang sedang lena tidur, Datin Rosmah menghembus nafas lega.Dia mengejutkan Fazura supaya anaknya itu dapat membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Tetapi, seperti biasa Fazura membatukan diri. Dia tidak mahu bangun dengan memberi 1001 alasan.
   Kecewa dengan kedegilan Fazura, dia ke bilik Firdaus pula. Datin Rosmah terkejut kerana Firdaus tidak berada di biliknya. Fir dah bangun kot. Mungkin dia tengah mandi agaknya. Datin Rosmah meyedapkan hatinya.
   “Mama, kenapa Fir tidur di ruang tamu?” tanya Azlin sewaktu bertembung dengan Datin Rosmah yang melangkah keluar dari bilik Firdaus.
   “Tadi Lin guna tandas bawah. Lepas tu, nampak Fir tengah tidur di sofa.”
   “Biar mama kejut dia. Hmm..Fairuz mana?”
   “Tengah solat rasanya.”
   “Hmmm. Mama turun bawah ya.”
   Datin Rosmah menghampiri Firdaus yang sedang lena di atas sofa. Perlahan dia menepuk bahu Firdaus.
   “Fir, bangun. Dah pukul 6.15 ni. Bangun Fir.”
   Lambat-lambat Firdaus mencelikkan matanya. Samar-samar wajah Datin Rosmah melalui pandangannya.
   “Kenapa tak tidur dalam bilik?” tanya Datin Rosmah.
   “Zura dah balik?” serak suara Firdaus yang baru terjaga. Pertanyaan mamanya langsung diabaikan tanpa jawapan.
   “Eh, bukan Fir yang bawak dia balik ke?”
   “Mana ada. Puas Fir cari dia tapi tak jumpa. Sebab tu Fir tidur sini, nak tunggu dia balik.”
   Datin Rosmah menggeleng. Kesal dengan sikap Fazura. Begitu juga Firdaus.

   Datuk Ahmad Fauzi sudah bersiap sedia untuk ke hotel bersama Fairuz dan Firdaus apabila dia terkejut melihat Toyota Camry milik Fazura tidak berada di kawasan kediamannya.
   “Betul ke Zura tengah tidur?” tanya Datuk Ahmad Fauzi.
   “Tadi Fir dah check bilik dia. Memang dia tengah tidur.” Balas Firdaus.
   “Tapi mana kereta dia?”
   “Mungkin dekat workshop kot.”
   “Hmm..dahlah papa. Hari ni papa ada meeting dengan Datuk Wong kan? We’d better get going now.”
   “Hmm.” Datuk Ahmad Fauzi mengangguk setuju. Kemudian dia berlalu bersama Fairuz menaiki Mercedes C200 yang dipandu Fairuz. Sebaik kelibat kereta Fairuz hilang daripada pandangan, Firdaus bergegas masuk semula ke dalam banglo mewah keluarganya.
   Datin Rosmah yang sedang mengemas meja makan sambil dibantu pembantu rumah, hairan melihatkan Firdaus yang terkocoh-kocoh menaiki anak tangga.
   “Kenapa dengan Fir, mama?” tanya Azlin yang sedang menyapu ruangan dapur.
   “Entah. Ada benda tertinggal agaknya.”
   Firdaus masuk ke bilik Fazura. Melihatkan Fazura yang sedang asyik diulit mimpi, Firdaus menarik kasar selimut yang membaluti tubuh adiknya itu.
   “Apa ni?!” jerit Fazura yang bengang dengan tindakan abangnya.
   “Hah, boleh pulak bangun! Dah….cepat mandi. Kau ikut Alang pergi hotel.”
   “Orang boleh pergi sendirilah!”
   “Kau nak pergi naik apa? Kereta kau mana?”
   “Isy. Sibuklah Alang ni. Dahlah….orang nak tidur!”
   “Alang tanya..kereta kau mana?”
   “Adalah.”
   “Kau bagi budak tak guna tu pinjam, kan?”
   Fazura diam.
   “Betul, kan?”
   “Dia pinjam kejap jelah. Nanti dia jemput Zura pergi kerja. Yang Alang kecoh sangat ni apasal?”
   “Pukul berapa kau nak pergi kerja? Pukul 9 malam?” perli Firdaus.
   Fazura diam lagi. Malas nak menjawab pertanyaan Firdaus. Dia betul-betul mengantuk. Matanya dipejam kembali.
   “Sebelum pukul 1, Alang nak tengok muka kau kat hotel. Dan hari ni jugak Alang nak kau suruh si Badri tu pulagkan kereta kau! Kalau tak, Alang beritahu papa yang kau keluar dengan Badri sampai pukul 2 pagi pun tak balik lagi. Ingat tu.”
   Sebaik Firdaus keluar dari biliknya, Fazura mencebikkan bibirnya. Membebel 24 jam! Pening kepala otak aku. Fazura bengang.

   Fazura sedang mengarahkan beberapa orang pekerja hotel melakukan tugasan apabila Firdaus menghampiri.
   “Okey, kamu semua mulakan kerja sekarang,” arah Fazura.
   Sebaik para pakerjanya berlalu pergi untuk melakukan tugasan yang diberikan, Fazura menoleh ke arah abangnya dengan senyuman. Berbeza daripada riak wajah Fazura, Firdaus kelihatan serius.
   “Tepat pukul 1,” ujar Fazura sambil menunjukkan waktu di jam tangannya. Sengaja ingin menyakitkan hati Firdaus.
   Firdaus berpeluk tubuh. Dia mengeluh.
   “Zura, behave yourself. Don’t act like a child. You’re already 25.” Nasihat Firdaus.
   “Kau ke mana semalam? Balik pukul berapa?”
   “Alang ni macam polislah.” Fazura ketawa besar.
   “Alang tak buat lawak. Answer me, Zura.”
   “I went out with Badri and some friends.”
   “Kau balik pukul berapa?”
   “Hmm. Tak ingatlah. Tapi lebih dari pukul 3 pagi kot.”
   Fazura tersengih. Langsung tidak rasa bersalah.
   “Kau tahu tak Alang cari kau semalam? Mama tunggu kau sampai pukul 2 pagi. Kau tak kesiankan mama ke? Kenapa pentingkan diri sangat ni, Zura?”
   “Pukul 5 pagi baru Alang balik rumah. Kereta kau tak ada. Alang ingat kau belum balik sebab tu Alang tunggu di ruang tamu sampai tertidur. Kau tau tak yang Alang risaukan kau? Takut apa-apa jadi pada kau kat luar tu.”
   “Sayang jugak Alang kat Zura, kan?” Fazura tersenyum kecil sambil memaut lengan Firdaus.
   “Semua sayangkan Zura. Zura je yang asyik nak menyusahkan hati semua orang.”
   “I’m sorry okay?”
   “Badri dah pulangkan kereta?”
   Fazura mengangguk.
   “Alang tak suka kau kawan dengan dia lagi. Dia bukan budak baik.” Tegas Firdaus seraya melangkah masuk ke pintu lif untuk naik ke pejabatnya di tingkat satu.
   Fazura menggigit bibirnya. Tidak suka dengan ayat terakhir Firdaus.

   Badri menemani Leeya menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran berhampiran tempat kerja Leeya. Malam semalam mereka bersama Fazura dan beberapa teman yang lain berseronok di pub kegemaran mereka.
   “Pukul berapa you hantar perempuan gila tu balik semalam?” tanya Leeya. Dia cemburu. Kemesraan yang ditunjukkan Badri dan Fazura begitu menguji kesabarannya.
   Badri ketawa. Dia tahu bahawa Leeya cemburukan Fazura.
   “Dalam pukul 4 pagi. Kenapa? Cemburu?”
   “Of course I am. Bukan main romantik lagi semalam. Cium sana cium sini.”
   “Sayang, itu cuma lakonan. You tahu, kan?”
   “I tahu. I rasa…kita patut beritahu Zura yang kita sebenarnya kekasih.”
   Badri tercengang.
   “What?”
   “You heard me.”
   “Sabarlah sikit. I belum puas kikis harta dia.”
   “Tapi sampai bila? I dah fikir masak-masak. I tak sanggup tengok you bermesra degan dia di depan mata I. Sakit tau mata I ni.”
   “Okey. Hmmm…apa kata you tunggu lagi dua bulan. Lepas dua bulan, I akan tinggalkan dia.”
   “You tak tipu I?”
   “I takkan tipu you.”
   Badri dan Leeya berbalas senyuman.




6

Firdaus mengambil cuti sakit pagi Sabtu itu. Bangun sahaja daripada tidur, kepalanya seperti berpusing. Pening. Tekaknya terasa sakit. Melihatkan keadaan anak ketiga daripada lima beradik itu, Datuk Ahmad Fauzi mengizinkan Firdaus untuk mengambil cuti hari itu.
   “Mama, Fir nak ke klinik Angah ya,” ujar Firdaus kepada Datin Rosmah yang sedang melayan anak tunggal Fairuz dan Azlin iaitu Aina Nadira bermain di halaman rumah.
   “Fir larat memandu tak?”
   “InsyaALLAH larat. Fir pergi dulu.”
   Proton Perdana V6 yang dipandu Firdaus laju meninggalkan perkarangan banglo mewah milik keluarganya. Dia menuju ke klinik milik kakaknya di Ampang.
   Dalam dua puluh minit kemudian, Firdaus tiba di klinik kakaknya. Dia terserempak dengan abang iparnya, Rafiq yang sedang berjalan keluar dari klinik. Mereka sempat bersalaman dan bertanya khabar masing-masing selepas hampir sebulan tidak bertemu.
   “Abang tak boleh lama. Nak ke Kuantan, ada kerja sikit.” Beritahu Rafiq.
   “Hati-hati.” Balas Firdaus dan melangkah masuk ke dalam klinik. Kelihatan ada beberapa orang pesakit yang sedang menunggu giliran mereka. Firdaus ke kaunter apabila dia melihat seorang wanita ayu bertudung sedang bertugas. Entah kenapa, tapi Firdaus dapat merasakan sesuatu apabila melihat wajah wanita itu.
   “Eh, Encik Firdaus,” tegur seorang lagi pekerja kakaknya yang berbangsa India.Malini telah lama bekerja di klinik itu sejak klinik itu dibuka tiga tahun lalu.
   “Nadia, ini Encik Firdaus. Adik kepada Doktor Faiza.” Malini memperkenalkan Nadia kepada Firdaus.
   Nadia. Nama itu disebut dalam hati. Berulang kali.
   “Dah lama kerja sini?” tanya Firdaus dengan senyumannya.
   “Baru je. Belum sampai sebulan.”
   Nadia turut tersenyum. Alahai, manisnya senyuman. Puji Firdaus dalam hati.

   “Okay, done.” Kata Faiza sebaik selesai memeriksa keadaan adik lelakinya itu. Faiza tersengih.
   “What’s so funny?” Firdaus hairan.
   “Nothing. But you know what? Go find a wife.”
   “Apalah Angah ni.”
   “Betullah. Kalau sakit, ada orang yang jaga kita.”
   Firdaus hanya mampu tersenyum dengan usikan kakaknya.
   “Fir kerja kuat sangat ni. Ingat, semua ubat yang Angah beri…Fir kena habiskan.”
   “Okay, doctor.”
   “Beritahu mama, malam ni Angah tidur rumah. Mizi dengan Iman tak sabar nak jumpa papa dengan mama. Tapi Abang Rafiq tak ada, dia out-station di Kuantan.”
   “Fir terserempak dengan dia di luar tadi. Okeylah Angah. Patient lain tengah tunggu, kita pulak syok berborak kat sini.”
   “Assalammualaikum,” Firdaus mencium tangan kakaknya sebelum keluar dari bilik tersebut. Dia menunggu namanya dipanggil di kaunter ubat untuk mengambil preskripsinya.
   Sempat dia mencuri pandang Nadia yang sedang menerangkan tentang fungsi ubat dan waktu untuk mengambil ubat tersebut kepda seorang pesakit. Lembut tutur bicaranya dan wanita itu murah dengan senyuman. Leka dia memerhatikan Nadia sehingga tidak sedar namanya dipanggil beberapa kali.
   “Encik Ahmad Firdaus,” kali ini suara Nadia tinggi sedikit. Cukup untuk mematikan lamunan Firdaus.
   “Sorry. I was spaced out.” Ucap Firdaus.
   “It’s okay.” Balas Nadia. Kemudian dia menerangkan tentang ubatan yang diterima Firdaus. Tetapi sekali lagi Firdaus berada dalam lamunannya. Firdaus nampak bibir Nadia bergerak seakan mengatakan sesuatu. Tetapi dia tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Nadia. Dia tidak mnedengar langsung suara wanita itu sehinggalah…
   “Encik Firdaus faham kan?” tanya Nadia.
   “Hah?” Firdaus buntu.
   “Tadi saya terangkan tentang ubat ni.”
   Firdaus menelan liur.
   “Ya, saya faham. Hmm…Berapa semua?” bohong Firdaus.
   “Semua sekali RM65.”
   Sebaik selesai pembayaran di kaunter, Firdaus meminta diri untuk pulang. Berat hatinya untuk meninggalkan Nadia. Eh, gila betul! Dia bukannya kekasih aku. Bicara hati kecil Firdaus.

   Fazura pulang dari hotel kira-kira pukul 8.30 malam diikuti Fairuz setengah jam kemudian. Datuk Ahmad Fauzi pula telah lama pulang ke rumah dan dijemput oleh pemandunya. Suasana malam itu meriah dengan kehadiran Faiza bersama dua orang anaknya.
   “Angah!” Fazura memeluk erat kakaknya.
   “Budak degil ni sihat?” tanya Faiza.
   “Mestilah sihat. Mana Abang Fiq?”
   “Dia out-station.”
   Kelihatan Firdaus leka menonton televisyen. Sesekali dia batuk dan bersin. Fazura mengambil tempat di sisi abangnya.
   “Kesiannya Alang demam.” Ujar Fazura dengan nada manja. Dia menyandarkan kepala pada bahu Firdaus.
   “Zura tolong buatkan Nescafe panas untuk Alang,” pinta Firdaus.
   “Bibi..”
   “Alang suruh Zura bukannya Bibi. Give her a chance to rest.”
   “Buatkan untuk Alang. Bukannya susah sangat pun nak bancuh Nescafe,” sampuk DatukAhmad Fauzi.
   “Zura penatlah. Baru balik kerja.” Dalih Fazura.
   “Along tak nampak kau buat banyak kerja pun,” celah Fairuz.
   “Along jangan nak menuduh eh?”
   “Dahlah. Asyik nak gaduh je,” Datin Rosmah cuba menenangkan keadaan. Faiza dan Azlin ketawa melihat gelagat dua beradik itu.
   “Biar Kak Lin yang buatkan air untuk semua ya?” Azlin beredar ke dapur.
   Fazura bingkas bangun dan sempat mencebik ke arah Fairuz sebelum ke bilik tidurnya di tingkat atas. Firdaus yang melihat aksi Fazura itu hanya mampu ketawa kecil. Diikuti oleh Fairuz. Macam budak kecil, ujar Fairuz.

   “I tak boleh keluar malam ni,” bisik Fazura kepada Badri yang menelefonnya. Waktu itu Fazura berada di dapur.
   “Kenapa?”
   “My whole family is here. Semua ada di ruang tamu.”
   “You curi-curi keluar tak boleh?”
   Fazura mengetap bibir. Riuh-rendah suasana di ruang tamu dengan gelak tawa ahli keluarganya.
   “Malam ni memang tak boleh. Esok kita jumpa okey?”
   “Fine!” Badri mematikan talian.
   “Bad...Hello? Bad?” panggil Fazura.
   Fazura berdecit setelah mengetahui Badri mematikan taliannya. Sebaik dia menoleh untuk kembali ke ruang tamu, dia begitu terkejut melihatkan Fairdaus yang berada di belakangnya.
   Fazura mengusap dadanya yang hampir gugur sebentar tadi.
   “Alang buat apa kat sini?” tanya Fazura.
   “Good decision,” Firdaus senyum.
   “Hah?”
   “Badri ajak kau keluar, kan?Eloklah kau tolak ajakan dia.”
   “Alang curi dengar kan?”
   Firdaus menggeleng.
   “Bukan curi dengar. Tapi terdengar. Ada beza antara curi dengar dengan terdengar.”
   Fazura memukul badan abangnya beberapa kali. Geram. Firdaus cuma ketawa. Melihatkan wajah selamba Firdaus, Fazura berlalu ke ruang tamu. Malas untuk melayan Firdaus. Boleh gila dibuatnya.















7

Keesokan harinya ialah hari minggu. Kebiasaannya Datuk Ahmad Fauzi tidak akan ke hotel pada hari minggu. Dia ingin menghabiskan masa di rumah bersama isteri dan cucunya. Berbeza dengan Fairuz yang akan ke hotel setiap hari untuk mengawasi perjalanan aktiviti di Luxurious Inn.
   “How do you feel today?” tanya Faiza kepada Firdaus yang sedang menikmati sarapan.
   “Much better.”
   “Bibi, tolong ambilkan jus oren untuk saya.” Pinta Fazura yang sedang menuruni anak tangga. Dia kelihatan cantik mengenakan jeans serta kemeja bercorak garisan menegak. Ringkas.
   “Nak pergi hotel ke?” tanya Datin Rosmah.
   “Hmm. Taklah. Zura nak keluar dengan…”
   “Fir,” Firdaus pantas mencelah. Fazura memandang geram wajah Firdaus.
   “Keluar dengan Fir?” Datin Rosmah menginginkan kepastian.
   “Ha’ah. Zura nak belanja Fir tengok wayang. Tiba-tiba je.”
   “Elok sangatlah tu.”
   “Tunggu kejap ya, Zura. Alang bersiap kejap.” Firdaus berlari-lari anak menaiki anak tangga dengan senyuman penuh makna. Sengaja dia ingin merosakkan rancangan Fazura.
   Sedang dia menyarung kemeja polo pada badannya, Fazura memasuki biliknya dengan wajah mencuka.
   “What are you doing?” tanya Fazura. Marah.
   “Alang sengaja nak kenakan Zura, kan?”
   “Kenakan Zura? Kenapa pulak?”
   “Semalam Alang dengar perbualan Zura dengan Badri. Alang tahu Zura nak jumpa Badri hari ni. Betul kan?”
   Firdaus mendekatkan dirinya dengan Fazura.
   “Kalau tak nak Alang buat macam ni..Okey. But with a condition. Break up with him.”
   “That’s ridiculous.”
   Firdaus tersenyum sinis.
   “I’m ready. Shall we go now?”

   Telefon bimbit Firdaus berbunyi semasa menunggu Bibi mengambil kunci keretanya. Sebaik panggilan tamat, Firdaus memandang papanya.
   “Papa, Fir kena pergi hotel. Ada hal sikit.” Ujar Firdaus.
   “Hal apa?”
   “Nanti Fir beritahu.”
   Firdaus memandang Fazura yang sedang tersengih di sisnya. Fazura gembira kerana Firdaus tidak berjaya merosakkan rancangannya dengan Badri.
   “And you Zura…come with me.”
   “Kenapa pulak? Alang jelah yang pergi.”
   “Hal ni ada kaitan dengan kau. Jangan buat Alang hilang sabar. Cepat!” arah Firdaus. Fazura sudah hilang kata. Terpaksa dia mengikut arahan abangnya.
   Sewaktu dalam perjalanan, Fazura tidak berani bersuara. Melihatkan wajah ketat Firdaus, dia tidak berani menegur. Pasti ada sesuatu yang serius berlaku di Luxurious Inn. Dan menurut Firdaus, dia turut terlibat dalam perkara tersebut. Fazura takut. Apa yang aku dah buat? Fazura gelabah.

   Penyambut tetamu Luxurious Inn menyapa Firdaus dan Fazura yang melangkah ke hotel itu. Firdaus hanya mengangguk. Fazura di belakangnya pula masih berteka-teki tentang masalah yang berlaku di hotel.
   “Jalan cepat sikit boleh tak?” tegur Firdaus.
   Fazura mencebik. Tidak lama kemudian,dia dan Firdaus memasuki perut lif untuk ke ruangan pejabat di tingkat satu.
   Fairuz sudah setia menunggu kehadiran kedua adiknya itu di bilik pejabatnya. Turut bersama ialah seorang wanita melayu yang tidak dikenali.
   “Zura, ini Puan Farida,” ujar Fairuz, memperkenalkan Fazura kepada Farida yang kelihatan tegang wajahnya.
   “Kau tahu apa sebab Along panggil kau?”
   Fazura mengangkat bahu.
   “Puan Farida datang sini untuk bayar deposit dewan. Puan Farida kata dia ada call kau untuk book dewan selama tiga hari.”
   “Tapi bila pekerja kita check reservation atas nama Puan Farida, they found nothing.”
   Fazura menelan liur.
   “Betul ke Puan telefon I?” Fazura cuba berdalih. Ya ALLAH, macam mana aku boleh lupa ni? Apa alasan yang aku nak beri ni?
   “Saya simpan lagi nombor telefon awak. Saya ingat lagi.” Jelas Farida.
   “Hmm…apa susah, Along? Reserve jelah dewan tu untuk Puan Farida.”
   “Masalahnya, Puan Farida nak guna dewan tu minggu depan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan dalam rekod, dewan tu dah disewa atas nama orang lain. Payment pun dah dibuat.”
   Firdaus hanya memeluk tubuh dan menjadi pemerhati. Dia ingin lihat bagaimana Fazura ingin menyelesaikan masalah yang dilakukannya sendiri. Dia ingin lihat sejauh mana kemampuan Fazura.
   “Sekarang ni macam mana? Takkanlah saya nak batalkan seminar tu? Awak tahu tak betapa susahnya syarikat saya nak mendapatkan penaja untuk menaja seminar yang akan dihadiri peserta dari dalam dan luar negara tu?” Farida menyuarakan ketidakpuasan hatinya. 
   Fazura mendapat satu idea.
   “I minta maaf, Puan. Macam nilah, pihak kami akan menyewakan junior ballroom hotel selama tiga hari untuk seminar tu. Kami akan beri diskaun 40% kepada puan.”
   Fazura memandang Fairuz.
   “Zura baru je check buku reservation untuk ballroom semalam. Dan untuk sepanjang minggu depan, memang tak ada reservation dibuat. Kecuali pada hari Selasa dan Khamis minggu depan.”
   “Puan setuju?” tanya Fazura.
   Lambat-lambat Farida mengangguk setuju. Fazura tersenyum memandang kedua-dua abangnya. Fairuz dan Firdaus menarik nafas lega.

   Sedang Fairuz dan Firdaus berbincang sesuatu di bilik pejabat Fairuz, Fazura pulacuba melarikan diri daripada kedua abangnya itu. Masalah tentang dewan hotel telah selesai. Kini, masalah dengan Badri pula. Fazura ingin bertemu Badri kerana dia tahu Badri marah terhadapnya. Sudahlah semalam dia menolak ajakan Badri untuk keluar bersama, janjinya untuk bertemu Badri awal pagi ini pula terpaksa dilewatkan.
   Terpaksa Fazura merendahkan kedudukannya dengan menaiki teksi ke Berjaya Times Square. Semua ini gara-gara Firdaus yang tidak membenarkan dia memandu keretanya sendiri untuk ke hotel.
   Sudah hampir dua jam Badri menunggu kehadiran Fazura di Starbucks, Berjaya Times Square. Dia mula tidak senang duduk. Panas hatinya.
   “Hai, dah lama tunggu?” Fazura muncul sambil mengambil tempat di sisi Badri.
   Badri diam. Dia mengalihkan pandangan daripada Fazura.
   “I tahu you marah. Tapi tadi ada problem di hotel.”
   “Ada je alasan you kan? I ni dah macam orang bodoh tunggu you dua jam kat sini tau tak?”
   “Bad, you nak marah-marah ni kenapa? I bekerja bukannya pergi cari lelaki lain.”
   “Yalah, I ni kan menganggur. Tak ada kerja.”
   “You ni terasa kenapa? I tak cakap pun yang you menganggur.”
   Suasana hening.
   “Kadang-kadang I rasa macam you ni girlfriend I. Asyik nak merajuk,” ujar Fazura. Tidak puas hati.
   “Sayang, I bukan sengaja nak marahkan you. Tapi sejak akhir-akhir ni, you selalu mengelak untuk keluar dengan I. You tahu kan yang I tak boleh kalau tak jumpa you sehari.”
   “I pun, Bad. Tapi I kena hati-hati. Abang-abang I dah mula nak awasi pergerakan I. Sampaikan nak jumpa you pun diorang larang.”
   Badri mendengus. Dalam hati, dia menyumpah-nyumpah keluarga Fazura. Geram betul bila keluarga Fazura asyik menghalang hubungannya dengan Fazura.














8

Nadia sedang berjalan menuju ke klinik tempatnya bekerja apabila melihat kelibat Firdaus yang sedang bersandar pada pintu keretanya yang diparkir di hadapan klinik.Sejujurnya pada pertemuan kali pertama mereka, Nadia sudah tertarik dengan jejaka tingi lampai berkulit cerah dan mempunyai senyuman manis itu.
   Melihatkan Nadia yang sedang menghampiri klinik milik Faiza, Firdaus segera menghampiri wanita bertudung itu.
   “Hai,” ucap Firdaus.
   “Hai. Encik Firdaus tak sihat lagi ke?” tanya Nadia.
   “Taklah, saya sihat walafiat je.”
   Diam.
   “Hmm..kalau tak ada apa-apa, saya masuk kerja dulu.” Ujar Nadia.
   “Sekejap.”
   “Ya?”
   “Err…sebenarnya saya datang nak jumpa awak.”
   “Jumpa saya?”
   Nadia bingung. Pelik.
   “Encik Firdaus nak jumpa saya kenapa?”
   Firdaus menelan liur. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Saya nak jumpa awak sebab saya rindukan awak. Jerit hati Firdaus.
   “Encik Firdaus?”
   “Oh…saya nak jumpa awak sebab saya nak tanya awak beli tudung ni kat mana?” Firdaus menjuihkan bibirnya ke arah tudung ala Wardina yang dipakai Nadia. Sebaik ayat itu terkeluar dari mulutnya, Firdaus menggigit lidah. Apalah bodoh sangat soalan aku ni?
   “Oh, tudung ni kat mana-mana pun ada jual. Encik Firdaus nak beli untuk siapa?”
   “Untuk saya.”
   “Hah?” Nadia ketawa. Firdaus begitu menyukai senyum tawa Nadia.
   “Encik Firdaus pakai tudung?”
   “Tak…maksud saya..hmm..untuk mak saya.”
   “Oh. Hmmm…saya kena masuk kerja sekarang. Minta diri dulu.”
   Firdaus mengangguk. Sebaik kelibat Nadia hilang daripada pandangannya, Firdaus menepuk kepalanya. Dia marahkan dirinya sendiri kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk menyatakan hasrat hatinya yang sebenar kepada Nadia. Susah sangat ke nak cakap yang aku nak berkawan dengan dia? Firdaus berdecit.

   “McDonalds? Siapa belikan untuk Ira ni?” tanya Fazura kepada anak buahnya yang sedang asyik menikmati Happy Meal di meja makan.
   “Mummy yang belikan. Aunty nak sikit?” pelawa anak kecil berusia 6 tahun itu.
   “No thanks. I’m full.”
   “Okay.”
   “Ira tinggal seorang je ke?”
   “Taklah. Mummy tengah tidur kat bilik. Wan keluar dengan Atuk tadi.”
   Fazura mengangguk faham.
   “Aunty penatlah. Nak tidur. Kalau sesiapa cari Aunty, beritahu yang Aunty tak sihat.”
   “Nak beritahu Aunty tidur ke Aunty tak sihat?”
   Fazura ketawa.
   “Aunty tidur sebab tak sihat. Okey?”
   “Okey.”
   Fazura menaiki anak tangga ke biliknya. Memang dia tidak sihat. Perutnya terasa senak dan dia turut berasa loya. Sebaik berbaring atas katil, dia terus terlena.

   Sudah pukul 8 malam tetapi Fazura masih lagi asyik diulit mimpi. Datin Rosmah telah pun memberi ubat kepada Fazura petang tadi sebelum Fazura menyambung tidurnya. Datuk Ahmad Fauzi, Datin Rosmah, Fairuz, Azlin dan Ira sedang menonton Buletin Utama di ruang tamu apabila Firdaus pulang dari Luxurious Inn.
   Firdaus melonggarkan ikatan tali lehernya sambil mengambil tempat kosong di sebelah kakak iparnya. Dia mencari kelibat Fazura namun gagal.
   “Zura mana?” tanya Firdaus kepada kakak iparnya dengan suara perlahan.
   “Tidur kat bilik. Dia tak sihat.”
   “Patutlah balik cepat tadi.”
   “Cantik girlfriend Fir,” bisik Azlin.
   Firdaus tersentak. Girlfriend? Bila masa pulak aku ada girlfriend? Biar betul Kak Lin ni.
   “Kak Lin salah orang kot.”
   “Kak Lin nampak Fir kat depan klinik Angah pagi tadi.”
   Firdaus menelan liur. Dia pantas menarik Azlin ke ruang dapur.
   “Apahal tu?” tanya Fairuz apabila melihat Firdaus menarik tangan isterinya dan mereka menuju ke dapur.
   Ada hal sikit,” balas Firdaus, separuh menjerit.
   “Kak Lin, siapa lagi yang nampak?” tanya Firdaus. Bimbang.
   “Kak Lin seorang je. Pagi tadi Kak Lin ada appointment dengan Angah. Itu yang nampak Fir tadi. Oh, ada affair dengan pekerja Angah eh?”
   “Cantik Nadia tu. Lemah-lembut..asyik tersenyum je.”
   Mendengar pujian kakak iparnya terhadap Nadia, Firdaus mula tersengih.
   “Hah…sukalah tu,” usik Azlin.
   “Kak Lin tolong Fir boleh? Don’t tell anyone about this. Fir baru je kenal dia, belum berkawan pun lagi.”
   “Slow betul Fir ni.”
   Firdaus ketawa kecil.
   “Fir tengah cuba nak mendekati dia. Angah pun tak tahu yang Fir sukakan Nadia.”
   “So, I’m the only one who knows about this?”
   Firdaus mengangguk.
   “Okey, Kak Lin janji. Dahlah, pergi mandi. Busuklah.”
   Firdaus ketawa.
   Sambil berjalan menuju biliknya yang terletak bersebelahan bilik Fazura, Firdaus mendengar bunyi telefon bimbit Fazura. Lama ia dibiar berbunyi. Firdaus masuk ke bilik adiknya. Kelihatan tubuh Fazura dibaluti selimut. Lantas dia mencapai telefon bimbit Fazura yang masih berbunyi.
   Badri. Nama Badri tertera sebagai pemanggil.
   “Hello,” Firdaus menjawab panggilan.
   “Kau siapa?” lantang suara Badri.
   “Kau nak apa ni?”
   “Bagi telefon pada Zura. Aku nak cakap dengan dia.”
   “Dia tengah tidur.”
   “Kau buat apa dengan awek aku hah!”
   Firdaus ketawa sinis.
   “Dahlah. Aku malas nak layan kau.”
   Firdaus terus mematikan talian. Dia tekan buang ‘Off’ pada telefon bimbit Fazura. Dia tidak mahu Badri mengganggu tidur adiknya yang tidak sihat.
   Firdaus sempat mengusap lembut rambut adiknya sebelum beredar ke bilik tidurnya.

   Badri mencampak telefon bimbitnya atas katil. Marah betul dia apabila lelaki yang menjawab panggilannya. Leeya yang terkejut melihat kelakuan Badri cuba menenangkan kekasihnya itu.
   “Zura cakap apa?” tanya Leeya.
   “Dia tidur!”
   “Habis tu, you cakap dengan siapa tadi?”
   “Entah dengan jantan mana yang tidur dengan perempuan tu.”
   Leeya tersenyum sinis.
   “Murah jugak perempuan tu.”
   “I akan tinggalkan dia.” Tegas Badri.
   “Betul ke, sayang?”
   “Sejak akhir-akhir ni, dia selalu mengelak daripada I. Dan sekarang dia dah ada jantan lain. Sebelum dia tinggalkan I, biar I yang tinggalkan dia. I pun kena jaga maruah I sebagai lelaki.”
   “Tapi kan masih ada lagi sebulan?”
   “You nak I tinggalkan dia atau tak? Kalau tak nak…It’s fine with me.”
   “Mestilah I nak you tinggalkan dia! I can’t wait.”
   Leeya masih senyum. Gembira rasanya bila Badri akan meninggalkan Fazura.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

Anonymous said...

besttt :)

Anonymous said...

bestnye !!

Post a Comment