Cinta Bersemi - Part 1

Hola!!seperti yang dijanjikan,ku akan post novel2 ku di blog..btw,F-Y-I,novel Cinta Bersemi ni ku wat mase awal form 4...and tajuk ni pon ku main banatai je letak..ahahahh..sukati ku la kan nk letak tajuk pe..korg jgn komplen..bace je and komen..tu je..heheheh....ok so enjoy reading...but before that,untuk menyedapkan lagi bacaan dan mendapatkan gmbaran watak,ni ade watak2 pilihan dr imaginasi ku sdri..


Kamarul Hisham - Aaron Aziz
Dania Sofea - Nur Fazura 


Khairul Izham - Ashraf Muslim

Adrian - Hans Isaac

Ariana - Jue Aziz

Faridah - Norlia Ghani

Datuk Hussien - Mustapha Kamal

Datin Zalia - Aida Rahim


(pertambahan watak di part2 seterusnya)


1

Keluhan kasar dilepaskan daripada mulut Kamarul. Melepaskan beban yang terbuku di dada. Wajah ibunya dan kekasih tercinta, Dania selang-seli bermain di benak matanya. Keduanya wanita yang disayanginya di dunia ini namun kini, dia harus memilih antara dua.
   “Mak tak restu hubungan kau dengan perempuan tu.” Bentak Faridah, ibu Kamarul.
   “Dania tu baik, mak. Berilah dia peluang.”
   “Buat apa? Dia tu pembawa sial!”
   “Ya Allah,” Kamarul beristighfar sambil memicit dahinya. “Tak ada seorang hamba Allah pun yang dilahirkan sial, mak.”
   “Ah. Pokok pangkalnya sekarang mak nak kau kahwin dengan Mastura. Bukan dengan perempuan…”
   “Perempuan apa? Sial?”
Kamarul dan ibunya berpandangan. Masing-masing menahan marah.
   “Samada kau tinggalkan dia atau kau jadi punca kematian mak!”
   Kamarul terpaku mendengar ugutan Faridah. Mana mungkin dia sanggup menjadi punca kematian ibunya sendiri.
   Ah! Kenapa segalanya menjadi begitu rumit? Kenapa Dania harus dipersalahkan atas segala yang telah ditakdirkan? Segalanya berlaku atas kehendak Allah. Tapi kenapa mak masih berdendam dengan Dania? Bertubi soalan diajukan pada dirinya sendiri. Kamarul bingung. Matanya dipejam seraya mengenangkan kenangan lama.

   Malam itu kelihatan sungguh indah. Kerlipan bintang menghiasi dada langit kelam. Angin bertiup sepoi bahasa dan Dania berdiri di jendela, merasa keasyikan malam diiringi nyanyian hatinya. Entah lagu apa yang dinyanyikan tetapi yang pastinya, ianya menggambarkan kegembiraan Dania.
   Teringat pertemuannya dengan Izham petang tadi. Pemuda tampan yang berusia 24  tahun itu mendekati Dania yang sedang asyik membaca novel di sebuah restoran di Ampang. Pada mulanya cuak juga hati Dania takut-takut diganggu oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.
   “Buat apa tu?” tanya Izham sambil tersengih menampakkan lesung pipitnya. Bukannya dia tidak nampak apa yang sedang dilakukan oleh Dania. Tetapi dia sengaja mencari topik perbualan untuk dibualkan dengan gadis ayu tersebut.
   Izham terpaut melihat keayuan Dania dari jauh. Dania memiliki kulit yang cerah dan dicantikkan lagi dengan  seulas bibir merah bak delima yang menyerlahkan kecantikannya. Ditambah dengan sepasang mata coklat yang memikat hati Izham.
   “Tengah cuci kapal terbang. Tak nampak ke?” Dania menjawab selamba. Masih meneruskan pembacaannya tanpa menghiraukan Izham yang semakin galak ketawa.
   “Besar kapal terbang yang awak cuci. Japan Airlines ke?”
   Jenaka Izham mengusik hatinya. Ingin sahaja dia ketawa tetapi ditahan. Lelaki macam ni bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan makin menjadi. Getus hati kecil Dania.
   “Saya Izham. Awak?” Izham memperkenalkan dirinya. Apabila dilihat Dania tidak langsung memberi respons, Izham cuba mencari alasan lain.
   “Orang datang restoran untuk makan, bukannya membaca novel jiwang macam ni.”
   Kali ini Dania pantas mengangkat mukanya. “It’s up to me nak baca novel jiwang ke, hantu ke. Ada masalah ke?”
   “Okey, okey. Sorry for the disturbance.” Izham bangun. “Nice meeting you. By the way, call saya bila awak ada masa ya?”
   Selepas kelibat Izham meninggalkan restoran, mata Dania tertumpu pada sekeping kad yang ditinggalkan oleh Izham tadi. Dicapainya kad tersebut.
  
Khairul Izham Zakaria
Admin and Finance Manager
HP:012-2234543

   Dania membelek-belek kad perniagaan Izham. Walaupun pada mulanya dia tidak menyenangi Izham namun sikap berjenaka Izham sedikit mencuit hatinya.

   Deruman BMW 5-Series milik Kamarul memasuki perkarangan banglo setingkat miliknya. Kamarul memegang briefcase dan beberapa dokumen masuk ke rumahnya. Kelihatan Izham sedang menonton televisyen di ruang tamu.
   Izham merupakan adik bongsu Kamarul. Selepas mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota, Kamarul mempelawa Izham untuk tinggal bersamanya.
   “Lambatnya balik, angah?” tanya Izham apabila melihat abangnya yang baru sahaja pulang dari tempat kerja walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.
   “Banyak kerja.” Ringkas jawapan Kamarul. “Angah nak mandi, solat dulu. After that, we’ll go out for dinner.”
   “Okay, set! Hmm, tulah. Cuba angah kahwin cepat. Tak payahlah kita nak keluar makan setiap malam. Duit pun boleh save!”
   Izham pun tak tahu kenapa abangnya masih membujang walaupun sudah berumur 29 tahun. Tidak pernah sekali pun dia mendengar abangnya itu bercakap tentang wanita apatah lagi mempunyai teman istimewa. Apa lagi yang ingin ditunggu oleh Kamarul. Wajahnya kacak, malah di antara beradiknya yang lain dialah yang paling kacak. Pekerjaannya sebagai seorang peguam juga sudah menjanjikan kehidupan serba mewah. Hanya teman hidup sahaja yang masih belum dimiliki oleh Kamarul.
   “Pandailah kau. Ingat nak cari isteri senang macam nak cari baju?” Kamarul masuk ke biliknya tanpa menghiraukan bebelan adik bongsunya itu. Memang sifat semulajadi Izham, suka mengusik dan menyakat sesiapa sahaja.
  



2

   “Asal tersengih ni?” tanya Kamarul apabila melihat Izham yang asyik tersengih sejak tadi. Mi goreng di pinggannya pun tidak luak. Asyik digaul dari tadi.
   “Iz rasa Iz nak kahwinlah, angah.”
   Buntang mata Kamarul mendengar kata-kata Izham. Hirupan teh tariknya terhenti. Izham pula masih tersengih macam kerang busuk.
   “Biar betul, Iz? Kau baru nak bina kerjaya…and now..nak bina masjid pulak?”
   “Eh, apa salahnya? Takkanlah nak jadi macam angah? Dah 29 tahun pun tak kahwin lagi. Cuba tengok kak long, umur 22 tahun pun dah kahwin.”
Jelas Izham panjang lebar.
   “Kak long tu perempuan, Iz.”
   Izham terdiam.
   “Hmm..nak kahwin dengan siapa?
   “Entahlah. Iz tak tahu nama dia, baru kenal hari ni.”
   Kamarul pula yang tersenyum melihat gelagat Izham. Beria-ia nak kahwin tapi calonnya pun belum diketahui namanya. Izham, Izham. Kamarul menggelengkan kepalanya beberapa kali.
 
 “Dania Sofea!” laung rakan sekerja Dania. Dania yang sibuk meneliti dokumen di bilik pejabatnya tersentak. Pen yang dipegang pun terjatuh ke lantai.
   Dania mengurut-urut dadanya. “Ari, boleh tak kalau kau bagi salam ke apa ke..ni main sergah je.”
   “Sorry,” Ariana tersengih sambil mengambil tempat di hadapan Dania. “Aku ada hal penting ni.”
   “What is it?”
   “Jom teman aku shopping.”
   “Lah, pasal tu je? Tak penting langsung. Kerja aku ni lagi penting, kalau aku tak siapkan kerja ni..isy…mati aku.”
   “Ala, please. Apa yang kau nak takutkan? Ni kan syarikat ayah kau, syarikat kau jugak. Lagipun dah nak lunch ni.”
   Dania diambil bekerja di syarikat milik bapanya, HZ Holdings setelah menamatkan pengajian di University of New South Wales, Australia dua bulan lalu.
   Datuk Hussien telah bekerja keras, membanting tulang membangunkan HZ Holdings sejak 10 tahun dahulu. Kini, dia boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapinya dengan terbinanya Menara HZ Holdings dan HZ Resorts di Langkawi. Impiannya ialah supaya anak-anaknya iaitu Adrian dan Dania mengambil alih perusahaannya dengan penuh tanggungjawab.
   “Nak pergi mana?” muncul seorang jejaka jacak berkemeja biru gelap beserta blazer hitam di muka pintu. Dania dan Ariana memandang lelaki tersebut.
   “Abang…hmm..mana ada kitorang nak ke mana-mana.” Dalih Dania. Namun pandangan mata Adrian jelas menunjukkan dia tidak mempercayai kata-kata adik bongsunya itu. Kemudian pandangannya beralih pada Ariana pula.
   Ariana memang menaruh hati terhadap abang Dania iaitu Adrian. Bukan dia sahaja malah ramai pekerja wanita HZ Holdings mempunyai perasaan yang sama terhadap Adrian. Adrian mewarisi ketampanan papanya manakala Dania mewarisi kecantikan dan kelembutan mamanya. Tetapi malangnya, Adrian telah menjadi tunangan orang.
   “Nia, papa is waiting for us in his room now,” ujar Adrian. Dania bingkas bangun.
   “Sorry.” Dania berbisik pada telinga Ariana sebelum mengekori Adrian ke ruangan papa mereka.

   Izham bersama rakannya, Mukhriz mengambil kesempatan cuti hujung minggu ke Suria KLCC. Sengaja ingin melepaskan tekanan di pejabat. Duduk di rumah pun bukannya boleh buat apa. Setiap kali Izham mengajak abangnya, Kamarul untuk bersiar-siar di hujung minggu pasti abangnya menolak. Alasannya, banyak kerja. Kerja dia pun memang tak pernah nak habis pun. Selesai satu kes, kes lain pula yang menyusul.
   Sedang Izham dan Mukhriz menikmati hidangan di Burger King, dia tertarik untuk mencuri dengar perbualan wanita yang duduk di belakangnya. Suara salah seorang daripada mereka seperti pernah didengar sebelum ini oleh Izham.
   “Cun gila awek kat belakang kita,” bisik Mukhriz.
   “Shh,” Izham meletakkan jari telunjuk di bibirnya, mengarahkan Mukhriz untuk diam.
   “Kat mana kau jumpa ‘handsome’ guy tu?”tanya Ariana apabila Dania menceritakan tentang Izham.
   “Restoran Cempaka. He gave me his card, tapi..eei takkanlah aku pulak yang terhegeh-hegeh nak call dia.”
   “Ala, call jelah. Tak pun kau pass je kat aku, Nia.”
   “Ah!” pantas Dania menjawab. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu. Mungkinkah aku dah sukakan Izham? Ah! Entah-entah dia dah ada girlfriend. Lelaki memang suka menggatal.
   “Ewah. Marah nampak. You like him, don’t you?”
   “Mana ada. Mesti dia dah ada girlfriend.”
   “Taklah, saya tak ada girlfriend,” sampuk Izham sambil mengambil tempat di sebelah Dania. Mukhriz pula mengambil tempat di sebelah Ariana. Dania terlopong. Tidak menyangka perbualannya didengari oleh Izham. Dan tidak sangka dia berjumpa sekali lagi dengan pemuda tampan itu.


3
   Dania tersenyum sendirian. Dia berbaring atas katilnya sambil memeluk teddy bear kesayangannya, pemberian abangnya, Adrian. Bulu teddy bear diusap lembut lantas terkenangkan peristiwa pagi tadi.
   “Kenapa tak call saya?” tanya Izham.
   “Saya..saya tak berani.”
   “Aik? Call pun tak berani? Pelik ni.” Ujar Izham.
   “Hmm. Boleh saya tahu nama awak?”
   “Dania Sofia!” Ariana menyampuk. Dia turut terpesona dengan ketampanan Izham.
   “Hmm. Nice name.”
   Pandangan Izham terpaut pada telefon bimbit Nokia N70 milik Dania yang terletak atas meja.
   “Handphone awak? Boleh saya tengok sekejap?” tanya Izham. Belum sempat Dania menjawab, Izham lebih pantas mengambil telefon bimbit Dania.
   Isy! Aku belum cakap apa-apa, dia dah terus ambil. Geramnya. Tak beradab langsung. Marah Dania dalam hati.
   Izham mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit Dania lantas memulangkannya pada wanita itu. “Kalau rindu, boleh tengok gambar saya.”
   Tolonglah aku nak rindu kat kau! Bentak Dania. Namun dalam diam, dia gembira dengan tindakan Izham. Bolehlah dia tatap wajah tampan Izham setiap hari.
   Tombol pintu bilik Dania dipulas perlahan. Datin Zalia dapat melihat anak bongsunya itu tersengih sendirian. Pasti ada sesuatu yang menggembirakan Dania. Datin Zalia menghampiri Dania.
   “Amboi, sayang mama ni nampak happy semacam je. Boleh mama tahu kenapa?” tanya Datin Zalia.
   “Mana ada,” Dania memeluk mamanya.
   “Don’t lie to me. I’m a mother. Mama kenal anak mama.”
   Dania mencium pipi Datin Zalia beberapa kali. “Mama ni…Nia nak kelentong pun tak jadi. Nanti Nia cerita tapi bukan sekarang.”
   Datin Zalia dan Dania berbalas senyuman.

 “Sham, long time no see,” Adrian berjabat tangan dengan Kamarul yang berkunjung ke Menara HZ Holdings. Menara HZ Holdings selalu berurusan dengan firma guaman milik Kamarul malahan Kamarul juga dilantik menjadi penasihat undang-undang bagi HZ Holdings.
   Adrian dan Kamarul memang berkawan sejak di universiti lagi. Dan persahabatan tersebut masih terjalin utuh namun atas kesibukan kerja, masing-masing jarang bertemu walaupun Kamarul menjadi penasihat undang-undang bagi HZ Holdings.
   “How are you?” tanya Kamarul.
   “Alhamdulillah, sihat. Baru habis discussion dengan papa aku ke?”
   “Yes. Kau dari mana?”
   “Meeting dengan client. Adik aku minta temankan. Yalah, baru nak belajar bekerja.”
   “Adik kau? Yang belajar di Australia tu ke?”
   “Yes. Dia baru je balik, nak dekat dua bulan. Kerja pun baru dua minggu. Eh, kita minum sama-sama nak? Dah lama kita tak berbual panjang.”
   “Hmm. Rasanya hari ni tak boleh kot. Aku ada klien. Maybe next time will do, okay?”
   Adrian ketawa kecil. “Sham, Sham. Kau masih tak berubah. Asyik ingat kerja, kerja, kerja. Dah ada calon ke belum?”
   “Hai, lain macam je bunyinya. Macam memerli je,” Kamarul pula ketawa.“InsyaAllah. Kalau ada jodoh, adalah.”
   “Bukan memerli. Just an advice from me, don’t work too hard sampai perkara lain yang lagi penting kau abaikan.” Nasihat Adrian. “Kau faham, kan?”
   Adrian dan Kamarul berbalas senyuman.

   Sejak belakangan ini, Izham selalu tersenyum sendirian. Kamarul sendiri hairan melihat kelakuan pelik Izham. Namun dibiarkan sahaja persoalan itu tetap di hatinya. Tidak mahu bertanya lebih kerana bukan sikapnya menjaga tepi kain orang lain walaupun adiknya sendiri.
   “Angah, Iz nak minta tolong boleh tak?” pertanyaan Izham membantutkan minat Kamarul untuk menonton televisyen.
   “Hmm. Apa dia?”
   “Angah boleh wakilkan Iz tak?”
   “Wakilkan untuk apa?”
   “Untuk..untuk..ala malulah nak cakap,” Izham tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kamarul tersenyum melihat keletah adiknya itu.
   “Nak malu apanya? Speak up.”
   “Boleh tak angah wakilkan Iz masuk meminang girlfriend Iz?”
   Kamarul tersentak. Biar betul budak ni? Ingat hal kahwin ni macam kacang goreng ke?
   Bagi Izham pula, dia sudah nekad ingin mengahwini Dania walaupun baru mengenali Dania selama tiga bulan. Hubungan percintaan mereka pula baru berusia sebulan.
   “Sungguh ke ni? I mean, this is a serious matter, Iz. Kena fikir masak-masak dulu,” nasihat Kamarul. Sebagai abang, dia tidak mahu Izham terburu-buru dalam membuat keputusan. Takut dia kecundang di kemudian hari.
   “Iz dah nekad.”
   Kamarul dapat melihat kesungguhan dalam diri Izham. Kalau itulah yang Izham mahukan, siapalah dia untuk menghalangnya. Dia juga ingin melihat Izham bahagia.



Jamal - Rusdi Ramli

Aishah - Umie Aida

Shayna - Maya Karin

4

  Izham dan Dania menikmati hidangan tengahari bersama semasa ‘lunch hour’. Dania memerhatikan Izham. Kulit cerah Izham dan mata yang agak redup serupa dengan Kamarul.
   “Nia, lawyer handsome yang aku tergila-gilakan tu ada kat bilik papa kau!” ujar Ariana, tak tentu arah. “Kau tak pernah jumpa lagi, kan? Itulah Kamarul Hisham, kawan abang kau.”
   “Nia, kenalkan Kamarul Hisham. Kita selalu deal dengan firma guaman milik Kamarul,” ujar Datuk Hussien. “and he’s Izham’s brother.”
   Berdebar hati Kamarul dan Dania apabila mata bertemu mata. Senyuman memikat yang dilemparkan Kamarul mampu mencairkan hati wanita. Mak oi, hensemnya abang Izham. Lagi hensem daripada Izham. Isy, bawa bertenang. Ingat, tu abang kekasih aku. Getus hati kecil Dania.
   “Hello? Dah sampai mana? Afrika ke atau baru sampai Jempol?” usik Izham melihat Dania yang termenung jauh.
   “Iz ni suka kacau Nia tengah syok berangan,” Dania memukul perlahan lengan Izham. Iee, kalau Izham tahu aku tengah termenung teringatkan abang dia, mampus aku. Hati Dania berbisik lagi diiringi tawa kecil.
   “Lah, tiba-tiba je gelak. Kenapa dengan Nia ni?” tanya Izham.
   “Nothing. Iz ni busybody lah.” Usik Dania.
   “Kalau Iz tahu Nia fikirkan pasal lelaki lain, siap Nia,” ujar Izham lembut tetapi tegas.Dania menelan air liurnya. Terasa perit kerongkongnya.
   “Mana..mana ada..Nia fikir pasal lelaki lain. Merepeklah.” Dania mengukir senyum. Fuh! Selamat.
  
  Kamarul tidak dapat menjadi wakil Izham untuk merisik Dania. Dia terpaksa ke Sarawak untuk menguruskan sebuah kes di sana. Bagi Faridah pula, dia keberatan untuk memenuhi permintaan Izham supaya masuk merisik Dania. Dia sebolehnya tidak mahu langsung Izham berkahwin dengan Dania atas alasannya sendiri.
   “Mak, macam mana?” tanya Izham apabila Faridah bersama ahli keluarga yang lain pulang dari rumah Dania. “Setuju tak?”
   Muka Faridah merah menahan marah. “Kan mak dah kata. Jangan kahwin dengan perempuan tu!”
   Izham melihat ibunya sebelum memandang ahli keluarga yang lain. Abang iparnya iaitu Jamal menepuk perlahan bahunya.
   “Datuk Hussien tak larang Iz berkawan dengan Dania cuma dia belum bersedia untuk membenarkan Dania berkahwin.” Jelas Jamal.
   “Alah, alasan je. Orang kaya manalah nak berbesan dengan orang miskin macam kita ni. Ingat anak dia tu cantik sangat?” jerkah Faridah.
   “Mak, bukan tu maksud keluarga Dania. Dania tu baru habis belajar, Iz pun baru nak membina kerjaya,” sampuk kak long. “Lagipun Iz dan Dania baru je berkawan. Banyak masa lagi, kan Iz?”
   Izham mengangguk perlahan. Hatinya pedih kerana peminangannya ditolak tetapi setelah mendengar penjelasan Kak long, hatinya kembali lega.
   “Orang kaya!” jerkah Faridah lantas masuk ke biliknya. Anak-anaknya hanya memerhatikan kelakuannya kerana mereka tahu betapa bencinya Faridah terhadap orang kaya kerana masa silamnya.

   Faridah berkahwin tanpa restu kedua ibu bapa mertuanya. Mungkin kerana darjat mereka tidak setaraf. Suami Faridah, Azman merupakan anak orang berada manakala keluarga Faridah pula hanya hidup bersumberkan pendapatan menorah getah. Namun atas dasar cinta, Azman sanggup meninggalkan keluarga dan kemewahannya demi berkahwin dengan Faridah.
   Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun menyaksikan kehidupan rumahtangga Azman dan Faridah yang semakin goyah. Selepas dua tahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Aishah. Namun, kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak memberi harapan kepada rumahtangga mereka supaya bersinar kembali.
   Azman sudah tidak sanggup hidup dalam kemiskinan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Penyesalan demi penyesalan dirasakan oleh Azman. Kesal kerana meninggalkan keluarga. Kesal kerana meninggalkan kemewahan hidupnya. Lantas Azman meninggalkan Faridah dan Aishah terkapai-kapai dalam kemiskinan untuk kembali kepada keluarga dan kemewahan.
   Namun Faridah masih setia menunggu kepulangan suami. Aishah yang sudah berumur dua tahun sentiasa menjadi tempat dia mengadu nasib. Akhirnya Faridah pasrah. Dia dilamar oleh seorang pemuda berketurunan cina untuk menjadi teman hidupnya. Alhamdulillah, pemuda cina itu memeluk Islam dengan nama Zakaria Abdullah dan menjaga Faridah dan Aishah dengan penuh kasih sayang.
   Kasih mereka membuahkan bunga cinta yang diberi nama Kamarul Hisham dan Khairul Izham. Walaupun diulit kebahagiaan, dendam Faridah terhadap Azman dan golongan berada tidak pernah padam. Zakaria menghembuskan nafas terakhir semasa anak-anak mereka masing-masing berusia 20, 14 dan 9 tahun. Amanat terakhirnya ialah supaya anak-anaknya belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna. Dan hajatnya termakbul kini. Aishah berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang usahawanita berjaya, Kamarul pula semakin melakar satu demi satu kejayaan dalam bidang perundangan sebagai seorang peguam manakala Izham kini bekerja di sebuah syarikat swasta terkemuka sebagai pengurus kewangan.

   Izham memandu pulang dari rumah Aishah iaitu kak longnya yang terletak di Klang. Dia mendapat panggilan telefon daripada Dania sebaik dia sampai di banglo setingkat milik abangnya, Kamarul.
   “Iz, Nia minta maaf,” ucap Dania. Pipinya sudah dibasahi air mata.
   “It’s okay, sayang. Iz faham. Kita pun baru nak mengenali hati budi masing-masing Cuma Iz je yang tak sempat-sempat nak berkahwin dengan Nia.”
Kedengaran sedu-sedan Dania di hujung talian.
   “Dahlah, jangan nangis lagi. Bukannya family Nia tak benarkan kita berkahwin, kan?” pujuk Izham. “Tengok tu, berkedut muka Nia bila menangis.”
   “Mana Iz nampak?”
   “Iz nampak Nia setiap masa. Dalam lena, dalam jaga, Nia sentiasa dalam ingatan Iz.”
   Dania mengukir senyum. “Iz sayangkan Nia kan?”
   “Bolehlah.”
   “What did you say? Bolehlah?!”
   “Yalah. Bila Nia senyum, Iz sayang. Tapi bila Nia nangis sampai berkedut macam ni..isy…tak naklah sayang.”
   “Oh macam tu. Kalau kita kahwin, bila Nia dah berkedut Iz nak tinggalkan Nia lah?”
   Izham terkekeh-kekeh ketawa mendengar celoteh manja Dania. Sengaja dia mengusik Dania supaya kekasihnya itu kembali ceria.














5

  Kamarul sekali lagi ke HZ Holdings seminggu selepas pulang dari Sarawak. Kedatangannya hari itu adalah untuk memberi nasihat undang-undang kepada Datuk Hussien berhubung kes rasuah yang berlaku di HZ Holdings. Selesai perbincangan, Datuk Hussien dan Adrian berbual seketika dengan Kamarul berhubung perihal Izham dan Dania.
   “Uncle minta maaf pada Kamarul dan keluarga kerana menolak peminangan adik Kamarul minggu lalu,” luah Datuk Hussien samil diperhatikan oleh Adrian.
   “Kami sekeluarga faham, Datuk.” Kamarul mengukir senyum. Teringat kepada kata-kata ibunya sewaktu dia menelefon bertanyakan hasil peminangan tersebut.
   “Macam-macam alasan yang diberi. Anak dia mudalah, itulah, inilah. Bukannya mak tak tahu mereka malu nak berbesan dengan kita ni. Orang kampung je.”
   “Datuk Hussien dan keluarga dia bukan macam tu, mak. Mungkin betul jugak kata-kata mereka. Dania dan Izham masih muda.”
   “Hai, kau pun sama macam kak long dan Iz. Nak menangkan jugak orang kaya tu!”
   “Mak, Kamarul tak menangkan sesiapa. Dahlah, biarlah. Kalau ada jodoh tak ke mana.”
   Tepukan di bahunya oleh Datuk Hussien mematikan lamunannya. “Hah, tuan lawyer ni bila pulak nak kahwin? Asyik cerita pasal Izham dan Dania, tapi Kamarul bila lagi?”
   Aduh, ni yang malas nak jawab ni. Semua orang asyik tanya soalan yang sama. Bisik Kamarul dalam hati. Dipandangnya Adrian di sebelah yang tersengih memandangnya. Tahulah dia dah nak kahwin, nak perli aku pulak. Bukannya aku tak nak kahwin, tapi belum masanya lagi. Kamarul masih berbisik dalam hati.

   Hubungan cinta Izham dan Dania telah mencecah usia enam bulan. Kasih Izham terhadap Dania setinggi angkasa ciptaan Allah. Ingin sahaja dia memetik bintang yang bertaburan di dada langit dan dihadiahkan kepada Dania, kekasih tercinta.
   Bulan Ramadhan menyaksikan suatu kisah cinta yang akan sentiasa diingati dengan iringan air mata. Dania tidak menyangka hubungannya dengan Izham akan berakhir dalam keadaan yang begitu tragis.
   Faridah beristighfar dalam hati. Entah kenapa hatinya rasa berdebar. Bagaikan ada sesuatu yang akan terjadi..Dia terkenangkan Izham yang menelefonnya malam tadi.
   “Mak, Iz rindu sangat pada mak.” Ucap Izham.
   “Baliklah ke sini. Mak pun rindu pada Iz.”
   “InsyaAllah kalau sempat.” Balas Izham. “Mak, Iz minta maaf atas segala salah silap Iz pada mak. Jasa mak membesarkan Iz takkan Iz lupakan.”
   “Iz, kenapa Iz cakap macam tu. Kenapa nak? Iz ada masalah ke?”
   “Mak jangan risaulah,” Izham ketawa kecil. “Okeylah, mak. Iz nak jumpa Dania takut tak sempat ni.”
   “Dania? Iz masih lagi nakkan dia?” menyirap darah Faridah mendengar nama Dania.
   “Mak, Iz pergi dulu. Assalammualaikum. Sayang mak.”
   Ya Allah! Kau selamatkanlah anakku, Ya Allah! Jika hatiku tidak tenang kerana anakku, kau lindungilah anakku.

  Kamarul sedang menyiapkan kerjanya di bilik apabila dikejutkan dengan panggilan telefon daripada rakan Izham, iaitu Mukhriz.
   “Abang, tolong datang ke Hospital Ampang Puteri sekarang juga,” cemas suara Mukhriz. Kamarul juga berasa cemas.
   “Kenapa Riz? Apa dah jadi?”
   “Iz, bang. Iz…Iz accident. Cepat bang. Dia kritikal sekarang.”
   Kamarul pantas mematikan talian dan berlari keluar mendapatkan keretanya. BMW 5-Series miliknya laju membelah jalan, mendapatkan adik kesayangan yang sedang berjuang untuk hidup.
   Kamarul dan Mukhriz menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh berdebar. Kamarul mundar-mandir, merisaukan Izham. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Entah apa yang patut dilakukan untuk menenangkan hatinya.
   Menurut Mukhriz, Izham berlari mendapatkannya di seberang jalan. Namun, malangnya sewaktu dia melintas jalan, Izham dilanggar oleh sebuah lori. Sebelum kejadian, Izham baru sahaja berjumpa dengan Dania dan ingin bertemu dengan Mukhriz selepas itu. Namun, hajatnya tidak kesampaian.
   Kelibat doktor keluar dari bilik pembedahan. Kamarul dan Mukhriz lantas mendapatkan doktor tersebut.
   “Doctor, how is he doing? Adik I…he’s okay right? Dia selamat, kan?” tanya Kamarul, panik sekali nadanya.
   Doktor Choo menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia menepuk bahu Kamarul. “I’m sorry.”
   Dania yang baru sahaja tiba di hospital terpaku mendengar kata-kata doktor. Tak mungkin Izham tinggalkan aku. Tak mungkin! Kami baru sahaja berjumpa. Tak mungkin! Dania merintih dalam hati. Dia terduduk dan pipinya sudah dibasahi air mata.
   Kamarul turut terduduk. Wajahnya diraup perlahan sambil menggeleng beberapa kali.
 















6

 “Nia?” Mukhriz terkejut melihat kehadiran Dania. Dia pantas mendapatkan Dania yang sudah terduduk sambil menangis. Kamarul memerhatikan Mukhriz dan Dania.
   “Riz, apa yang doktor katakan tadi tak betul, kan?” tanya Dania. “Cakaplah, Riz! Kenapa kau diam?!”
   “Nia, Allah lebih sayangkan Izham.” Terpacul juga kata-kata daripada bibir Mukhriz. Hatinya cukup pedih dengan pemergian rakan baiknya namun dia harus redha.
   “Kau tipu! Iz baru jumpa aku tadi! Dia dah janji nak kahwin dengan aku, dia dah janji takkan tinggalkan aku!” tangisan Dania semakin kuat. Hati Kamarul dan Mukhriz tersentuh melihat Dania.
   “Kau memang perempuan sial!” jerkah Faridah yang baru tiba dengan Aishah dan Jamal. Faridah menarik kasar rambut ikal Dania. Kamarul berlari mendapatkan ibunya dan meleraikan pautan tangan Faridah daripada rambut Dania.
   “Mak, bukan salah Dania. Bawa mengucap,” ujar Kamarul. Aishah mendapatkan Dania dan memeluknya perlahan.
   “Mak cik, saya minta maaf,” teresak-esak Dania meminta maaf.
   “Maaf kau tak boleh pulangkan anak aku! Perempuan sial!”
   Pedih telinga Dania mendengar ibu Izham menggelarnya perempuan sial. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.
   
   Kamarul yang berbaju melayu putih sibuk melayan tetamu yang datang ke kenduri tahlil arwah Izham. Alhamdulillah urusan pengkebumian berjalan lancar. Ibunya Faridah, hanya mendiamkan diri. Selepas ramai tetamu yang pulang, Faridah mengurung dirinya dalam bilik.
   Kamarul terlihat kelibat seorang wanita yang berselindung di sebalik pepohon hadapan rumah ibunya di Melaka. Kamarul cuba mendapatkan wanita tersebut yangcuba melarikan diri sebaik Kamarul menghampiri.
   “Dania is that you?” tanya Kamarul kepada wanita berbaju kurung biru lembut serta bertudung. Kamarul menghampiri dan memaut lembut lengan Dania. Didongakkan wajah Dania dan kelihatan sembab matanya.
   “Kenapa tak masuk dalam?”
   “Nia..Nia takut mak cik marah,” jawab Dania.
   Kamarul menyeka air mata Dania. Dania seakan terpaku dengan perbuatan Kamarul namun dia merelakannya.
   “Maafkan mak. She’s still mourning. I hope you understand.” Jelas Kamarul. “Mari masuk.”
   Dania pantas menggeleng. “Nia nak balik K.L malam ni. Nia balik dulu.”
   “Biar abang hantarkan.”
   “Takpe, abang. Your family needs you here.”
   “Dalam keadaan Nia macam ni, abang tak yakin you can drive in peace.” Kamarul merenung Dania.
   “Macam mana abang nak balik nanti?”
   Kamarul terdiam. Ya tak ya jugak. Macam mana aku nak balik ke sini semula? Bisik hati kecil Kamarul.
   “Abang sama macam arwah. Funny,” Dania ketawa kecil. Diikuti Kamarul. Buat seketika kemudian, reaksi wajah Dania berubah. Air matanya kembali bercucuran. “Nia tak dapat lupakan arwah. Last night he came to see me. He..he..said he’s going to propose me after Hari Raya. Tak sangka..”
   Kamarul memerhatikan kesedihan Dania. Turut tersentuh hatinya. Dania menundukkan wajahnya yang sembap dengan air mata.
   “Nia kena ingat, Allah lebih sayangkan Izham. Kita kena redha. Maybe there’s something hidden behind all this.”
   Sekali lagi Kamarul menyeka air mata Dania. “Don’t cry. Kalau arwah masih hidup, tentu dia pun tak nak lihat Nia menangis kan?”
   Dania dan Kamarul berpandangan. Hati Dania berasa tenang di samping Kamarul. Kamarul lebih matang daripada arwah Izham yang suka berjenaka setiap masa. Pandai berkata-kata. Dah tentulah nama pun peguam. Bisik Dania dalam hati.








7

   Datuk Hussien sekeluarga merisaukan keadaan Dania. Dania lebih banyak mengurungkan dirinya dalam bilik. Sudah seminggu dia tidak ke pejabat. Teringat di fikiran mereka sewaktu Dania pulang dari hospital. Ketika itu, Datuk Hussien, Datin Zalia, Adrian dan tunangnya Shayna berbual di ruang tamu.
   Wajah Dania pucat. Matanya bengkak kerana banyak menangis. Ditatapnya satu persatu ahli keluarganya dengan wajah penuh kebencian.
   “Nia, kami dah tahu apa yang berlaku. Nia bawa bersabar ya?” ujar Datin Zalia, lembut.
   “Sekarang semua gembiralah, kan? Izham dah meninggal dan tinggalkan Nia untuk selama-lamanya!” jerkah Dania. Air matanya merembes keluar.
   “Nia,bawa mengucap. Ini semua ketentuan Allah.”
   Dania ketawa sinis.”Tak payahlah nak buat-buat peduli pasal Izham. Dulu papa dan mama tolak pinangan dia untuk mengahwini Nia. Sekarang Izham dah meninggal, papa dan mama gembiralah kan?”
   “Nia! Jangan kurang ajar!” Adrian menempik Dania.
   “Apa?! Salah ke apa yang Nia kata? You’ve ruined my life!” Dania berlari mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
   Adrian mendengus kasar. Tidak senang dengan Dania yang menyalahkan mereka sekeluarga. Datuk Hussien pula kelihatan tenang manakala Datin Zalia sudah menitiskan air mata. Shayna menenangkan bakal mertuanya itu.

   “InsyaAllah, Iz akan meminang Nia lepas Hari Raya ni,” bisik Izham di telinga Dania. “Itupun kalau Iz panjang umur.”
   “Kenapa Iz kata macam tu? Nia tak sukalah.”
   “Iz minta maaf ya, sayang. Iz nak Nia tahu, Iz begitu menyayangi Nia.”
   “Iz..”
   “Iz belum habis cakap. Nia, kalaulah jodoh antara kita tak berpanjangan, Iz harap Nia boleh buka pintu hati Nia untuk mencintai Angah.”
   “Angah?”
   “Abang Iz.”
   Dania ketawa kecil kerana menyangkakan Izham sedang bergurau. Izham turut tersenyum melihat Dania.
   Dania menangis kuat teringatkan kata-kata terakhir arwah Izham.

   Kamarul baru sahaja selesai mengadakan ceramah bagi pelajar undang-undang di salah sebuah universiti swasta di Shah Alam. Dia dijemput menjadi penceramah bagi mendedahkan pelajar-pelajar terhadap dunia perundangan yang begitu mencabar.
   “Apa yang dimenungkan tu?” tanya Irfan, rakan peguam Kamarul yang bernaung di firma guaman milik Kamarul. “Tentang amanat arwah?”
   Kamarul mengangguk perlahan.
   “So, macam mana? Dah terbuka pintu hati kau untuk laksanakan permintaan arwah?”
   “Aku tak tahu, Fan. Everything seems so hard for me. Kubur arwah masih merah lagi. Apa pulak yang orang akan kata kalau aku laksanakan permintaan arwah?”
   Sehari sebelum Izham meninggal dunia, Izham sempat bergurau dengan Kamarul mengenai Dania.
   “Iz rasa, Nia lebih sesuai dengan Angah,” ujar Izham. Kamarul tersentak.
   “Hai, bergaduh ke dengan Nia?”
   “Taklah. Kalau tak ada jodoh Iz dengan Nia, Iz lebih rela Nia bersama Angah daripada bersama lelaki lain.”
   “Don’t say like that, Iz. Macam mendoakan pulak. Kalau betul-betul jadi, gigit jari nanti.” Usik Kamarul dan Izham ketawa. Galak benar dia ketawa.
   “Betul, angah. Iz harap angah dapat jaga dan berkahwin dengan Nia kalau Iz tak ada nanti.”
   Wajah sayu Izham sentiasa berlegar di fikiran Kamarul. Sebak hatinya setiap kali terkenangkan adik kesayangan yang sudah kembali ke rahmatullah. Semoga dia bahagia di alam sana. Amin.
  
   “Nia, jom jalan-jalan,” pelawa Ariana sewaktu mengunjungi Dania di banglo dua tingkat milik Datuk Hussien dan keluarga. Dania kelihatan tidak terurus.
   “Aku penat.” Ringkas jawapan Dania.
   “Nia, sampai bila kau nak berkurung macam ni? Tengok, diri kau pun tak terurus.”
   Dania diam. Satu perkataan yang diucapkan oleh Ariana langsung tidak melekat di kepalanya. Ariana mengeluh perlahan. Sedih melihat keadaan Dania.
   “Aku tahu kau begitu sayangkan arwah. Tapi, Allah lebih menyayanginya. Kau kena teruskan kehidupan kau, Nia.”
   “Kau cakap senanglah,” Dania tidak puas hati. Ariana tidak berada di tempatnya. Dania tidak mengerti perasaannya.
   “Aku faham sangat-sangat, Nia,” ujar Ariana. “Mungkin aku tak kehilangan kekasih, tapi aku kehilangan ayah aku.”
   Air mata Ariana mengalir. Dania terpana.
   “Aku kehilangan ayah aku sejak kecil, Nia. Aku faham bagaimana perasaannya apabila kita kehilangan orang tersayang.” Ariana menangis.
   “Aku..aku minta maaf Ari.” Dania memeluk Ariana. “Aku tak bermaksud….,”
   “It’s okay. Tapi kau kena promise one thing dengan aku.”
   “Apa dia?”
   “Teruskan kehidupan kau macam biasa. Jangan salahkan takdir…dan keluarga kau.” Nasihat Ariana. “Ini semua ketentuan Allah.”
Dania mengangguk perlahan.








8

  “Good morning,” ucap Dania kepada ahli keluarganya yang sedang berbual di halaman rumah pagi itu. Dania kelihatan begitu ceria. Ahli keluarganya gembira melihat perubahan Dania.
   “Adik abang cantik-cantik ni nak ke mana?” Adrian mengusap rambut Dania. Dania berkemeja kuning lembut beserta seluar slack bewarna putih.
   “Nak kerjalah.”
   “Baguslah tu. Nia masih marahkan kami?” tanya Datuk Hussien. Dania memeluk papa dan mamanya.
   “Nia minta maaf. Nia sedar segalanya takdir Allah. Ini ujian untuk Nia. Arwah dah meninggalkan Nia hampir dua minggu. Biarlah dia tenang.” Ujar Dania lembut.
   Dania melangkah masuk ke HZ Holdings bersama Datuk Hussien dan Adrian.Kakitangan syarikat masing-masing melemparkan senyuman pada Dania, tanda ‘selamat kembali’ kepada Dania.
   “Thanks for your advice,” Dania memeluk Ariana.
   “You’re welcome.”
   Ariana tersenyum. Kemudian, senyumannya semakin pudar. Pandangannya teralih pada Kamarul yang berdiri di belakang Dania.
   “Aku nak buat kerja. Bye,” Ariana meninggalkan Dania yang terpinga-pinga. Sebaik Dania berpaling ke belakang, terkaku dia sebentar melihat Kamarul yang sedang tersenyum padanya.
   Hensemnya. Dania memuji Kamarul dalam hatinya. Kamarul segak berkemeja putih serta bertali leher biru gelap. Turut meyerlahkan kekacakannya apabila Kamarul mengenakan kot hitam.
  
   “Feeling better?” tanya Kamarul sewaktu berbual dengan Dania dalam bilik pejabat Dania. “Hmm?”
   Dania mengangguk perlahan. “Macam mana keadaan mak cik? Dia masih marahkan Nia?”
   “She’s staying with me for a mean time. She’s fine.”
   “Abang tak jawab soalan Nia. Mak cik masih marahkan Nia, kan?”
   Kamarul diam. Wajah sayu Dania menyentuh perasaannya. Teringat permintaan arwah Izham.
   “Nia puasa hari ni?” tanya Kamarul. Isy! Apa aku tanya ni? Nama pun bulan puasa dah tentulah puasa. Tapi, perempuan ada alasan kalau tak berpuasa. Ah! Lantaklah. Getus hati Kamarul.
   “Hmm. Mestilah Nia puasa,” Dania ketawa kecil. “Abang sambut raya di Melaka tahun ni?”
   “Takkan nak sambut kat rumah mertua pulak,” gurau Kamarul. “Kahwin pun belum lagi.”
   Buat seketika mata mereka bertaut. Kamarul dan Dania masing-masing teringatkan kata-kata terakhir arwah Izham. Namun, kedua-dua mereka tidak tahu bahawa mereka sedang memikirkan perkara yang sama.

   “Hi my future sister-in-law!” ceria Dania menyambut kedatangan Shayna, tunangAdrian yang dipelawa berbuka puasa bersama keluarganya. Shayna dan Dania berpelukan.
   “Dah okey?” tanya Shayna. Dania mengangguk perlahan.
   “Honey, I nak mandi dulu. You berbuallah dengan Nia dulu,” ujar Adrian kepada Shayna. Adrian dan Shayna sudah berkawan hampir tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk bertunang tahun lepas. Mereka bakal berkahwin pada pertengahan bulan Disember ini. Persiapan perkahwinan telah hampir siap sepenuhnya.
   “Dah nak kahwin pun still panggil honey. Takkanlah bila dah ada anak cucu pun masih nak berhoney lagi. Eii…gelinya,” usik Dania.
   Datuk Hussien dan Datin Zalia ketawa. Begitu juga Shayna. Adrian pula mencubit pipi adik bongsunya.
   “Suka hati abanglah nak panggil honey ke..darling ke..Nia mesti jeles kan?”
   “Eii, pleaselah nak jeles. Nia dengan Iz…” Dania terhenti daripada berkata-kata. Ibu bapanya, abang dan tunangnya melihat reaksi pada wajah Dania. Mereka tahu Dania masih menyayangi arwah Izham.
   Bagaikan mengerti perasaan Dania, Datin Zalia memeluk anak gadis tunggalnya itu.
   “Nia okey. Don’t worry,” Dania cuba menguntum senyum namun dirasakan hambar senyumannya itu. Iz, Nia begitu merindui Iz!

   Kamarul pulang ke kampung dua hari sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya tahun ini mungkin tidak seindah sebelumnya. Jika sebelum ini arwah Izham yang sentiasa bersemangat menyambut Hari Raya.
   Kebiasaannya Kamarul akan mencari buluh untuk membuat lemang bersama arwah Izham. Mereka juga yang akan menyembelih ayam untuk dibuat rendang. Tetapi itu semua telah tersimpan kemas sebagai kenangan. Tiada lagi jenaka Izham yang menjadi penghibur semua orang.
   “Termenung fikirkan apa ni?” tanya abang iparnya, Jamal sewaktu melihat Kamarul bersendirian di beranda rumah.
   “Terkenangkan arwah,” balas Kamarul, perlahan. “Selalunya, mulut dialah yang paling bising time nak hampir raya ni.”
   “Dahlah, jangan dikenang lagi. Doakan arwah supaya tenang di sana.”
   “InsyaAllah.”
   “Raya kali ni cuti lama tak? Takkanlah macam setiap tahun kot. Raya kedua je terus lesap ke K.L. Terus masuk kerja.”
   Kamarul ketawa. “Tahun ni saya cuti lama sikit. Nak temankan mak. Sebelum ni arwah yang selalu temankan mak. Saya mula kerja raya kelima.”
   Jamal mengangguk faham. “Hmm eloklah tu.”
   Kemudian, perbualan mereka terganggu dengan kemeriahan anak-anak buah Kamarul iaitu anak Jamal dan Aishah. Ketiga-tiga anak buahnya itu begitu galak bermain bunga api di halaman rumah. Kamarul seakan melihat arwah Izham turut bermain bersama anak-anak buahnya. Begitulah keceriaan Izham sewaktu hayatnya.


9

   Dania terkocoh-kocoh mendapatkan Kamarul yang sedang menunggunya di Restoran Bora Ombak, restoran kegemaran mereka berdua. Kelihatan Kamarul sedang menyandarkan badannya pada kerusi dengan mata terpejam. Kesian Kamarul, penat agaknya.
   “Assalammualaikum,” ucap Dania, lembut. Mata Kamarul dicelikkan perlahan. Bahagian bawah matanya kelihatan merah kerana tidak cukup tidur. Melihatkan wajah manis Dania, keletihannya beransur hilang.
   “Waalaikumussalam.”
   Dania mencium tangan buah hatinya itu. Sudah hampir seminggu meraka tidak berjumpa kerana kesibukan tugas Kamarul. Kamarul sedang sibuk menguruskan kes berprofil tinggi.
   “Maaf lama tunggu Nia. Tadi papa tiba-tiba adakan mesyuarat tergempar,” jelas Dania.
   “It’s okay, sayang. Abang pun baru je sampai.”
   “Hmm..Last weekend abang balik kampung kan? Abang dah bincang dengan mak abang?”
   Pertanyaan Kamarul mengingatkannya pada pertengkarannya dengan ibunya, Faridah apabila Kamarul menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Dania.
   “Ha’ah,” Kamarul mengangguk. “Kita order makanan okey? I’m sure you must be hungry.”
   Dania pantas memegang tangan Kamarul. “Mak abang masih tak setuju kita berkahwin, kan?”
   Kamarul menggenggam jemari halus milik Dania. “Abang yakin hati mak akan lembut jugak suatu hari nanti.”
   “Jadi, betullah yang mak abang tak setuju?”
   Kamarul terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Takut menyinggungkan hati kekasih tersayang.
   “Nia rasa, hubungan kita langsung tak bermakna tanpa restu mak abang. Nia tahu mak abang masih marahkan Nia,”jelas Dania. Dia mengambil nafas panjang sebelum menyambung kata. “The best way is, stop seeing each other.”
   Kamarul tersentak. Diamatinya wajah sayu Dania. Dia tidak sanggup kehilangan Dania. Tidak!
   “No, I won’t let you go. Sayang beri abang masa ya?” pinta Kamarul.
   “Nia tak nak abang membelakangkan keluarga abang sendiri kerana Nia. Sebelum ni kita pernah jumpa mak abang tapi mak abang halau Nia. Perkara yang terjadi dulu tak mungkin mak abang dapat lupakan dalam sekelip mata.”
   “There must be a way..”
   “I’m sorry but I don’t see any other way, abang. Mungkin ini jalan terbaik buat kita.”Dania bangun dan meninggalkan Kamarul sendirian.

   Kepulangan Dania dengan wajah sugul merisaukan Datuk Hussien dan Datin Zalia. Mereka tahu bahawa Dania keluar makan bersama Kamarul. Melihatkan kesugulan wajah Dania, mereka menafsirkan berlaku ‘perang’ antara Kamarul dan Dania.
   “Perang cintalah tu,” ujar Adrian yang sedang sibuk melayan anak tunggalnya, Emeer Aiman yang baru berusia dua bulan.
   Dania terus mencampakkan dirinya ke atas katil. Air mata yang ditahan dari tadi, mula merembes keluar tanpa henti. Esakannya makin kuat, melepaskan kesedihan yang terbuku di hati.
   Telefon bimbitnya berbunyi. Namun Dania membiarkan sahaja Lilly Allen menyanyikan lagu ‘Friday Night’ berulang kali. Panggilan tersebut adalah daripada Kamarul. Sengaja tidak diangkat kerana Dania tidak mahu lagi berhubungan dengan Kamarul.
   Matanya dipejam. Cuba mengenang kembali saat cinta antaranya dan Kamarul mula berputik. Cuba menghayati saat-saat bahagianya bersama Kamarul.

   Dania bersama ibu bapanya sibuk melayan para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Adrian dan Shayna di dewan ballroom Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Warna tema majlis tersebut ialah ungu ‘violet’, warna kesukaan Shayna.
   Ramai yang memuji kecantikan Dania yang mengenakan kebaya chiffon bewarna ungu ‘violet’. Ada juga kenalan papanya yang bergelar ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ cubamencucuk jarum dengan Dania. Eii..dah tua bangka pun masih nak menggatal. Bentak Dania dalam hati.
   Mungkin ramai lelaki terpaut pada kecantikan Dania namun Dania pula terpaut pada kekacakan seorang lelaki…iaitu Kamarul. Kamarul hadir sendirian dengan berkemeja rona yang sama, seakan mengikut tema. Kehadiran Kamarul disambut oleh Datuk Hussien dan Datin Zalia. Kemudian, giliran Dania pula mengucapkan selamat datang kepada Kamarul.
   Masa bagaikan terhenti seketika apabila Kamarul dan Dania berdiri bertentangan satu sama lain.
   “Silakan masuk,” pelawa Dania.
   “Cantik,” Kamarul sempat berbisik lembut pada telinga Dania sebelum mengambil tempat duduk di dewan ballroom Hotel Hilton.
Kembang kuncup Dania apabila dipuji sebegitu oleh Kamarul. Hatinya berbunga riang.
   “Hah, apa yang lawyer handsome tu bisik kat kau tadi?” Ariana tiba-tiba muncul. Entah bila pun Dania tidak sedar.
   “Tak ada apalah,” ujar Dania.
   “Kau jangan tipu aku, Nia. Ceritalah. Aku nak tahu jugak!”
   “Janji jangan bising, okey?” Dania berbisik ke telinga Ariana. “Dia puji aku cantik hari ni.”
Bulat biji mata Ariana mendengar bisikan Dania.

   Kamarul berbual dengan beberapa orang tetamu yang dikenalinya tanpa menyedari dirinya menjadi topik perbualan rakan-rakan perempuan Dania. Dania yang mendengar perbualan rakan-rakannya berasa cemburu. Ya Allah, kenapa aku cemburu ni? Sedangkan Kamarul tu abang kepada arwah Izham dan aku tak patut melupakan Izham sebegitu saja. Adakah aku sudah mula menyukai Kamarul? Fikir Dania.
   “Nia, tu kawan abang kau ke? Or your cousin?” Farhana menjuihkan bibir ke arah Kamarul yang sedang rancak berbual.
   “Kalau kau nak tahu, itu boyfriend Nia,” sampuk Ariana. Rakan-rakan Dania terkejut. Dania pula menyiku perlahan pinggang Ariana.
   “Mak oi, hensemnya.”
   “Sorrylah kalau kitorang berbual pasal dia. Kitorang tak tahu pun tu boyfriend kau.”
   Dania tersenyum. Kemudian, dia memerhatikan Kamarul. Untuk seketika, Kamarul dan Dania berpandangan. Ada debar di hati mereka. Ada gelora di jiwa mereka.





10

   Kamarul diiringi rakan sejawatan yang bernanung di bawah firmanya, Michelle dan Hazman keluar daripada perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas perbicaraan ditangguhkan keesokan paginya. Mereka menaiki BMW 5-Series milik Kamarul, pulang semula ke firma guaman di ibu kota.
   Sebaik sampai di firma guaman, Kamarul menerima panggilan telefon daripada wakil HZ Holdings. Kamarul dan kakitangan firma guamannya dijemput ke ‘HZ Holdings: Annual Dinner’ pada 12 Mac iaitu seminggu dari itu. Majlis makan malam itu akan diadakan di Hotel Quality, Shah Alam.
   Sebagai peguam yang sentiasa berurusan dengan HZ Holdings selama dua tahun, Kamarul tidak pernah ketinggalan menghadiri majlis tersebut. Namun baginya, majlis tahunan ini pasti lebih ceria. Terbayang wajah Dania yang sentiasa tersenyum. Adakah aku mula menaruh hati terhadap Dania? Kamarul bingung.
   “Who was that?” tanya Irfan yang sedang membimbit briefcase dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang jubah peguam miliknya
   “HZ Holdings. As usual, invitation to annual dinner,” Kamarul membalas ringkas sambil mencari fail kes di laci mejanya.
   “So, apa cerita kau? Dengan Dania?”
   “Hmm. Aku tak tahulah Fan.”
   “Satu je nasihat aku, kalau kau dah sukakan dia, just be honest,” nasihat Irfan. “Don’t let the grass grow under your feet.”
   Kamarul tersenyum. Sejak berkahwin kira-kira setengah tahun lalu, Irfan semakin petah berbicara tentang cinta.

   Dania membongkar almari pakaiannya. Lantai bilik ditutupi dengan selerakan pakaian-pakaian Dania. Puas dia mencari baju yang sesuai untuk ke majlis makan malam pada keesokan malamnya. Ligat otaknya berfikir apa yang harus dipakai untuk majlis esok supaya bersesuaian dengan tema majlis iaitu ‘tradisional’.
   “Nia, kenapa bersepah ni?” tanya Shayna sewaktu memasuki bilik adik iparnya sambil mengikat rambutnya.
   “Eh, Kak Shayna.” Dania menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Nia tengah cari baju untuk dinner esok. Peningnya.”
   “Oh, patutlah. Kenapa tak guna je kebaya chiffon Nia ni? Ada warna ungu, biru..Pakai jelah. Tak pun baju kurung.” Cadang Shayna.
   Ala, tak naklah. I want something special!” Dania memeluk tubuh. Lantas, pandangannya terpaut pada sepasang kebaya nyonya bewarna hijau epal. Kebetulan seluruh keluarganya juga akan mengenakan pakaian bewarna hijau epal. Dania pantas mencapai kebaya tersebut lantas menunjukkan kepada Shayna. Mereka berdua tersenyum penuh makna.

   Majlis makan malam tahunan yang dianjurkan oleh HZ Holdings sempena meraikan penubuhan HZ Holdings selama sebelas tahun. Dewan ballroom Hotel Quality, Shah Alam dipenuhi dengan kakitangan HZ Holdings dan panelnya. Masing-masing bergaya dengan busana tradisional mereka.
   Datuk Hussien dan Adrian segak berbaju melayu hijau epal. Datin Zalia mengenakan baju kurung sutera juga dengan warna yang sama manakala Shayna menggayakan kebaya satin. Dania begitu jelita dengan kebaya nyonya yang digayakannya dan kejelitaannya lebih terserlah dengan rambut yang disanggul ala-ala jepun.
   Sekejap-sekejap Dania menjenguh ke pintu masuk dewan. Cuba mencari kelibat Kamarul. Hatinya meronta untuk bertemu Kamarul. Adakah Kamarul tidak akan menghadiri majlis tersebut? Dania berdoa supaya Kamarul dapat hadir. Dia merindui Kamarul. Apa yang aku mengarut ni? Bentak Dania dalam hati.
   “Assalammualaikum,” suara garau kedengaran di telinga Dania. Sebaik dia berpaling, hatinya berdegup pantas melihat kekacakan Kamarul berbaju melayu hijau epal. Ini bukan kali pertama mereka berpakaian sedondon. Adakah ini satu kebetulan? Atau suatu petanda bahawa Kamarul dan Dania ditakdirkan untuk satu sama lain?
   “Nia tunggu abang ke?” tanya Kamarul sambil membetulkan songkoknya. Dania mengetap bibir. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Patutkah dia mengaku?
   “Bila abang sampai?” Dania menukar topik.
   “I just came,” Kamarul melontarkan renungan romantis kepada Dania. “You look pretty tonight.”
   Aduh, dia puji aku sekali lagi. Dania bangga. Kembang kuncup dadanya mendengar pujian daripada Kamarul. Wajahnya ditundukkan, malu membalas pandangan romantis Kamarul. Terasa lemah lutut dibuatnya.

   Pelukan Dania terhadap teddy bear kesayangannya semakin erat. Semakin lebar senyumannya terkenangkan Kamarul, semakin kuat pelukannya. Hati Dania berbunga riang teringatkan perkara manis yang berlaku di majlis tadi.
   Datuk Hussien mempelawa Kamarul untuk menyertai makan malam di meja yang dikhaskan untuk keluarganya. Datuk Hussien dan Datin Zalia begitu menyukai Kamarul. Mereka sengaja ingin merapatkan hubungan Kamarul dan Dania kerana mereka merasakan Kamarul dan Dania begitu serasi.
   Kamarul dan Dania duduk bersebelahan. Di sebelah kiri Kamarul ialah Adrian. Kamarul dan Adrian begitu rancak berbual dan yang palingmenarik sekali, Kamarul sempat mencuri lihat Dania yang banyak berdiam. Sesekali pandangan mereka bertaut tetapi cepat-cepat mereka mengalihkan pandangan ke tempat lain.
   Bagaikan memberi peluang kepada Kamarul dan Dania untuk menyelami gelora di jiwa masing-masing, Datuk Hussien dan Datin Zalia sibuk berbual dengan kenalan VIP mereka. Adrian dan Shayna pula sibuk melayan para tetamu yang lain. Kamarul dan Dania berbual berdua di meja makan.
   “How’s your life?” tanya Kamarul. Hatinya tertanya samada Dania masih mengingati peristiwa kira-kira lima bulan yang lalu.
   “Alhamdulillah, getting better. Nia dah dapat terima peristiwa lalu, kalau itu yang abang nak tahu,” balas Dania, dengan senyuman kecil.
   Kamarul mengangguk faham. “Ready to move on?”
   Pertanyaan Kamarul mematikan senyuman Dania. Pandangan redup daripada Kamarul mendebarkan hati Dania.
   “InsyaAllah. Life has to move on, right?” balas Dania.
   “Right,” Kamarul mengangguk. “If you have any problems, do tell me. Ingat, Abang akan selalu ada untuk Nia.”
   Sekali lagi, mereka berpandangan. Mereka bagaikan hanyut dengan kesyahduan dan gelora jiwa di setiap sudut hati mereka.








11

   Sebulan telah berlalu. Sejak kali terakhir bertemu di majlis makan malam anjuran HZ Holdings, Kamarul dan Dania tidak lagi bertemu. Seolah-olah Kamarul telah hilang ditelan bumi, Dania setia menanti kedatangan Kamarul di HZ Holdings. Namun hampa.Hanya kelibat peguam lain yang mewakili Kamarul sahaja yang kelihatan. Sebulan dia menunggu namun Kamarul masih belum menghubunginya.
   Kamarul pula sibuk naik turun mahkamah menghadiri perbicaraan berhubung kes berprofil tinggi yang menyaksikannya sebagai peguambela bagi salah seorang tertuduh. Kesibukannya sedikit sebanyak mengikis fikirannya terhadap Dania. Langsung tidak mengendahkan kehidupan peribadinya, Kamarul menghambakan dirinya kepada kerja.
   “Hey, cheer up. Macam tak bersemangat je nak kerja,” Adrian menyandarkan sebelah bahunya pada muka pintu bilik pejabat Dania. Adrian pula sejak isterinya, Shayna disahkan hamil tujuh minggu, senyuman dan tawa tidak lekang dari bibirnya.
   “Teringatkan siapa? Kamarul Hisham?”
   “Apa abang ni? Mana ada!” Dania mencebik.
   Adrian ketawa besar. “Abang tahulah, Nia. You like Kamarul, don’t you? Betul kan?”
   “Crap!”
   Adrian ketawa besar. “Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang,” Adrian bernyanyi sambil berlalu meninggalkan Dania. Dania mengukir senyum. Gembira dengan usikan abangnya walaupun dia sendiri tidak memahami perasaannya terhadap Kamarul.

   Kamarul menutup buku bacaan Yassin selepas selesai membacanya. Tangannya mengusap batu nisan di kubur arwah adiknya, Izham. Matanya mula berkaca namun Kamarul pantas menyeka sebelum air mata sempat mengalir jatuh ke pipi.
   “Iz, angah sedang cuba menunaikan permintaan Iz,” ucap Kamarul. “Tapi, semakin hari semakin angah menyedari bahawa perasaan angah pada Dania bukan sekadar memenuhi permintaan Iz…tetapi juga permintaan hati kecil angah.”
   “Angah dah mula menyayangi Dania, Iz.”
   Kamarul bangun dan melangkah meninggalkan kubur arwah Izham. Namun langkahnya terhenti apabila kelibat Dania yang lengkap berbaju kurung serta bertudung sedang memerhatikannya.
   “Nia..” Kamarul bagaikan kaku sebentar.
   “Nia nak ziarah arwah,” ucap Dania lembut.
   “Abang tunggu di luar.” Kamarul meninggalkan Dania bersama ‘Izham’.
   Dania turut menyedekahkan bacaan doa’ supaya arwah Izham tenang dan rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Tanpa disedari, air matanya mengalir. Semakin deras sehingga mengeluarkan tangisan perlahan.
   “Iz, Nia tak tahu apa yang pernah Iz katakan pada abang Iz sebelum Iz meninggal dunia..tapi Nia tahu ianya sama dengan permintaan terakhir Iz kepada Nia.”
   “Nia juga sudah mula menyayangi abang Iz. Nia minta maaf, Iz namun Nia tidak akan melupakan kenangan kita bersama. Nia akan abadikan kenangan kita bersama buat selamanya.”
   “Nia sayangkan Iz.”

   Kamarul menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Dania yang melangkah keluar daripada tanah perkuburan di Melaka. Kelihatan mata Dania sembab kerana menangis. Kulit wajahnya yang cerah kelihatan kemerahan.
   “Terima kasih,” Dania mengambil sapu tangan daripada tangan Kamarul. Dia menyapu air matanya yang tiba-tiba mengalir tanpa henti.
   “Nia menangislah sampai puas. Jangan dipendam,” Kamarul seakan memahami.
   Tangisan Dania makin lama makin lantang. Dia bagaikan seorang anak kecil yang menangis kerana inginkan perhatian ibu bapa. Hati Kamarul tersentuh melihat keadaan Dania. Kamarul mendongakkan wajah Dania dan mereka berpandangan seketika.
   Kamarul menyeka air mata Dania dengan jarinya. “Shh…Nia dah keluarkan segala yang terbuku dalam hati Nia? Luahkan dengan tangisan. Trust me, it makes you feel better.”
   “Nia…Nia banyak susahkan abang sejak arwah tak ada. I’m sorry.”
   Kamarul mengeluh perlahan. Kemudian dia mengangguk lemah. “Abang ikhlas.Abang jaga Nia bukan semata-mata atas dasar permintaan arwah Iz, tapi atas permintaan hati abang sendiri.”
   Permintaan Iz?”
   “Arwah minta abang jaga Nia Masa tu abang tak tahu kenapa tiba-tiba arwah cakap macam tu. And now I know why.”
   Dania terkedu.
 “Izinkan abang menjaga dan melindungi Nia,” pinta Kamarul, romantis nadanya. “Seperti yang pernah dilakukan oleh arwah Izham dahulu.”
  Dania terharu dengan pengakuan Kamarul. Sudah hampir tujuh bulan pemergian Izham, dan perasaan Dania terhadap Kamarul melebihi perasaan sebagai kawan. Perlahan-lahan Dania menganggukkan kepalanya.







12

   Hati Dania berlagu riang apabila keluarganya merestui hubungannya dengan Kamarul. Teringat sewaktu dia ingin berterus-terang dengan keluarganya tentang hubungan cintanya dengan Kamarul yang sudah berusia dua minggu. Kecut perut dibuatnya apabila ibu bapanya merenung tajam ke arahnya selepas berterus-terang kepada mereka.
   “Papa tak benarkan,” ujar Datuk Hussien. Tegas sekali nada suaranya. Mata Dania sudah mula berkaca.
   “Tapi papa…”
   “Papa tak benarkan Dania bercinta dengan Kamarul,” ujar Datuk Hussien lagi. “Tak payah nak bercinta, terus je kahwin.”
   Wajah Dania kembali berseri. Matanya tertulis sinar gembira. Dia pantas memeluk ibu bapanya.
   “Papa ni…suka takutkan Nia,” rajuk Dania.
   “Sorry, sayang. Papa takkan rampas kebahagiaan Nia. Cukuplah sekali,” Datuk Hussien sebak.
   “Susahlah nak kahwin dengan lawyer ni,” sampuk Adrian. “Diorang ni lagi busy daripada businessman. Sanggup ke Nia nak tidur beralaskan bantal, Kamarul pulak tidur beralaskan meja?”
   “Sanggup!” Dania pantas menjawab.
   “You jangan nak kacau Nia lagi,” sampuk Shayna yang sedang hamil lima bulan. “Tak pasal-pasal malam ni you tidur beralaskan simen.”
   Dania dan ibu bapanya mentertawakan Adrian. Itulah, nak mengata orang, terkena batang hidung sendiri. Bisik hati kecil Dania.

   Kamarul membawa Dania ke rumah kak longnya, Aishah di Klang. Ibunya, Faridah berada di Klang selepas tinggal di rumah Kamarul selama hampir tiga bulan.
   “Dah sampai,” ujar Kamarul, mematikan enjin kereta miliknya di perkarangan rumah Aishah. “Tak nak turun ke?”
   “Abang, Nia takut.” Dania menundukkan wajahnya.
   Kamarul menggenggam jemari halus Dania. Sejuk dirasakan apabila jemari mereka bersatu.
   “Ya Allah, sejuknya tangan,” Kamarul ketawa. “Sayang janganlah takut sangat. Abang kan ada.”
   Kamarul dan Dania berjalan bepegangan tangan menuju ke rumah Aishah. Terasa kuat pautan tangan Dania. Terlalu takut untuk bersemuka dengan ibu kekasihnya.
   “Assalammualaikum,” ucap Kamarul. Wajah ceria Aishah dan Jamal menyambut kedatangan Kamarul dan Dania. Diikuti laungan keceriaan anak-anak buah Kamarul yang gembira dengan kedatangan ‘Pak Ngah’ mereka.
   Selepas bersalaman dengan Jamal dan Aishah, Dania dan Kamarul duduk di ruang tamu sambil melayan kerenah anak-anak buah Kamarul. Jamal turut sama melayan anak-anaknya manakala Aishah sedang membancuh minuman untuk tetamu istimewa mereka.
   Jantung Dania berdegup pantas apabila kelibat ibu Kamarul muncul di ruang tamu.Mata Faridah tajam merenung Dania.
   “Mak sihat?” Kamarul bersalaman dengan ibunya. “Kamarul nak kenalkan dengan..”
   “Mak dah cukup kenal dengan perempuan ni,” keras nada suara Faridah. Kamarul, Dania dan Jamal terpana seketika. “Buat apa kau bawa dia ke mari? Kata nak bawa bakal menantu mak. Mana dia?”
   Aishah muncul dengan membawa dulang beserta minuman yang dibancuhnya tadi.“Inilah dia, bakal menantu mak. Dania.”
   Tersembur darah Faridah mendengar penjelasan Aishah. Ditenungnya anak mata Kamarul, inginkan kepastian.
   “Ya, mak. Kamarul dan Dania datang ke sini untuk meminta restu mak.” Jelas Kamarul.
   “Kamarul Hisham! Kau sedar tak perempuan jenis apa yang kau bawak untuk jadikan menantu mak?” jerkah Faridah. “Perempuan ni yang menyebabkan mak kehilangan Iz!”
   “Mak,” Kamarul cuba menenangkan Faridah. “Itu semua takdir Allah S.W.T. Tak ada kena-mengena dengan Dania, mak. Sudah-suahlah tu, mak.”
   “Arh! Mak tak peduli. Kau bawak balik perempuan ni sekarang. Balik!” Faridah masuk ke biliknya.
   Air mata Dania sudah mengalir laju. Aishah cuba menenangkan Dania manakala Jamal menenangkan Kamarul yang kelihatan kesal dengan kelakuan Faridah terhadap Dania.

   Suasana hening antara Kamarul dan Dania semasa dalam perjalanan pulang dari Klang. Sesekali Kamarul mengerling Dania di sebelahnya. Kelihatan air jernih menitik jatuh daripada mata coklat Dania.
   “I’m sorry for everything,” ujar Kamarul, perlahan.
   “It’s okay, bang. Nia dah agak mak abang takkan terima Nia.”
   “Nia, jangan cakap macam tu. Suatu hari nanti, hati mak akan lembut juga. Kita kena bersabar. Boleh Nia bersabar mengaharungi dugaan ini bersama abang?”
   Dania mengangguk perlahan. Tangannya dikucup hangat oleh Kamarul. Sehangat cinta mereka berdua.

   Terasa begitu pantas waktu berlalu. Shayna telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya bersama Adrian. Bayi lelaki yang diberi nama Emeer Aiman itu menjadi pelengkap kebahagiaan mereka. Suasana di banglo dua tingkat milik Datuk Hussien dan keluarga semakin meriah dengan kelahiran Emeer. Dan yang paling manis ialah, Emeer lahir sehari sebelum hari lahir Dania.
   Dania mendukung anak buahnya, Emeer Aiman yang baru berusia sehari sewaktu di hospital. Turut berada di sebelahnya ialah Kamarul. Dania mencium pipi Emeer yang gebu.
   “Hah, dah ada potensi nak jadi ibu,” usik Adrian. Kamarul dan Dania tersenyum malu.
   “I nak ke bilik air,” kata Shayna.
   “I temankan. Baik-baik sikit,” ujar Adrian. Kemudian, dia memimpin Shayna ke bilik air, meninggalkan Kamarul dan Dania di bilik wad.
   “Hmm..bilalah kita nak ada baby sendiri, kan?” tanya Kamarul sambil melirikkan mata ke arah Dania.
   “Tak kahwin lagi, dah nak ada baby.”
   “Coming soon.”
   “Not so fast. Mak abang macam mana?”
   Kamarul mendengus perlahan. “Let me handle the problem. But I can ensure you, dalam ramai-ramai wanita yang berebutkan abang, you’ll be the lucky one. Tulah, susah jadi lelaki rebutan ramai.”
   “Hello, kenapa perasan sangat ni? 
Hah, pergilah dengan girlfriends abang tu.”
   “Janganlah marah,” Kamarul mencubit pipi Dania. Kemudian, dia mencium pipi Emeer. “Kalau kita ada baby boy, I’ll name him….Kamarul Hadziq. And the baby girl is…”
   “Dania Alya.” Dania pantas menyampuk.

   Kamarul dan Dania pula sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tiada bantahan daripada keluarga Dania. Dania pula sudah berusaha untuk melembutkan hati Faridah. Pelbagai cara telah dilakukan, namun Faridah masih belum dapat melupakan peristiwa silam.
   Pada hari lahir Dania yang ke-26 tahun, Kamarul mengadakan kejutan buat Dania di bilik pejabat Dania. Ketika itu, Dania begitu leka melakukan tugasannya sehingga tidak menyedari kehadiran Kamarul.
   “This is for you,” Kamarul menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepada Dania. “Happy birthday, sayang.”
   Dania tersenyum riang. “Terima kasih.”
   Kamarul memaut jemari Dania. Diusapnya lembut. “Nia..” kata-kata Kamarul terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
   “Yes?” Kamarul menjawab panggilannya. “Oh, thanks for reminding me. I’ll be there in 15 minutes.”
   “Who was that?” tanya Dania sebaik Kamarul mematikan talian.
   “My secretary. Abang ada meeting,” jawab Kamarul. “Before I go,I have something to ask you.”
   Kamarul mengusap jemari Dania. “Dania Sofea, will you marry me?”
   Mata Dania bercahaya. “Are you serious?”
   “This is a serious matter, sayang. And I’m serious.” Kamarul tersenyum kecil. “Will you marry me?”
   Mata Dania mula berkaca. Dia hanya mampu mengangguk perlahan.
   “Abang sayangkan Nia. Percayalah.” Kamarul mengucup lembut tangan Dania.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

Nor Syafika said...

Whoaaaaa best2,,,

Anonymous said...

waaaaa!!!! best sgt sgt sgt!!!! finally bahagia milik mereka ;)

Post a Comment